Aku membeli tiket kereta api menuju ke ibu kota.Setelah berfikir banyak kali,aku mengambil keputusan untuk pergi ke ibu kota dengan harapan disana,aku akan mendapatkan pekerjaan sementara untuk menampung hidupku.
Ianya tidak akan lama,cukup setahun,selepas itu,aku akan balik semula ke rumah.Mana boleh aku meninggalkan orang tua itu sendiri di rumah.
Kereta api itu terus bergetar mengikuti laluannya.Aku terus duduk melihat keluar tingkap,gunung gunung hijau yang seolah olah bergerak kebelakang memukau mataku.Sungguh indah kampung halamanku ini,berat hatiku untuk meninggalkannya namun apa bole buat.Nasi sudah menjadi bubur.
Aku terus memujuk hatiku sendiri.
"Ini tidak akan lama.Aku janji."
Perjalanan dari sini ke Dublin sememangya mengambil masa yang lama.Aku hanya mengisi masaku dengan tidur dan memakan roti spesial ciptaanku sendiri iaitu roti madunaise.Syukurlah,aku tidak lupa untuk membawa dua benda ini,tanpa mereka,aku hanya akan memakan roti kering sahaja untuk mengisi perutku.
Aku membungkus badanku dengan jaket yang lebih tebal,kehangatan dari jaket itu menyebabkan aku tertarik ke alam bawah sedar.Aku terus tidur sehinggalah bunyi hon kereta api mengejutkanku.
Aku kemudian bangun dan mengambil barang barangku.Dengan anggota badanku yang belum segar sepenuhnya,aku ikut beratur untuk keluar dari tempat itu.Setelah sampai di stesen itu,aku melihat yang langit semakin gelap.Aku segera kelar dari stesen terus mencari tempat berlindung untuk malam ini.
Aku berjalan di tengah ibu kota.Aku tidak dapat mengira berapa kali aku mendongakkan kepalaku,semua bangunan yang ada di tengah tengah bandar ini tidak normal,hampir semuanya bersaiz gergasi.Aku perlu mendongakkan kepalaku untuk melihat denagan lebih jelas.
Aku singgah ke banyak bangunan yang mempunyai papan tanda tertulis hotel di atasnya.Namun aku membatalkan hasratku setelah melihat jumlah yang aku perlu bayar.Aku kaku,aku memang terfikir yang peluang pekerjaan disini tinggi namun tidak pernah terlintas di fikiranku yang kos sara hidup di ibu kota ini juga tinggi.
Habislah,Dimana aku akan tidur hari ini.