webnovel

[pemberontakan]

Adolf pergi ke bilik air,dia melihat cermin yang ada disitu.Pikirannya kusut memikirkan semua ini,ayahnya sama sekali tidak memberikannya peluang untuk memilih masa depanya sendiri.

"Orang tua keras kepala"ucapnya.

Dia terus termenung dan berfikir langkah yang terbaik untuk dia lakukan.Bermacam macam cara sudah dia gunakan untuk menunjukkan rasa bantahan buat ayahnya namun tidak ada satupun yang berhasil.

Dia menarik nafas panjang,menutup matanya untuk menstabilkan emosinya.

Setelah beberapa minit,dia membuka semula matanya.Kali ini,kelakuannya lebih tenang dari sebelumnya.

Dia segera mandi.Setelah itu,dia pun pergi ke bilik dan menyiapkan semua barangnya,dia pergi ke dapur dan mengambil madu,mayonaise dan roti dalam kuantiti yang besar.Kemudian,dia memerhatikan ayahnya.

Setelah melihat ayahnya pergi ke bangsal untuk menyusun sayuran mereka untuk dibawa pergi.Dengan cepat dia menyarung kasut di kakinya lalu berlari pergi dari situ.

Dalam hanya kiraan saat,kelibatnya mulai hilang dari pandangan.

Adolf berlari sehinggalah dia yakin yang ayahnya tidak dapat menemuinya.Kemudian,barulah dia sambung dengan berjalan kaki, sendirian di tengah pekan.Di poketnya cuma ada beberapa keping duit syiling yang dicurinya dari tempat simpanan ayahnya.

Dia sempat mengambilnya sebelum bertolak.Dia yang tadinya tenang mulai kusut,dia baru merancang sampai sini.Selebihnya dia tidak tahu.

Adakah aku perlu balik ke rumah,atau aku teruskan sahaja?.Aku tidak mahu balik sekarang,aku yakin yang sekarang bapakku sudah marah.Pertama sekali,betulkah apa yang aku cuba lakukan ini?.

Emosinya mulai dalam bahaya lagi.Seperti biasa,aku segera mengambil cermin lipat yang ada di begku lalu menatapnya.Perlahan aku menutup mata dan mengambil nafas panjang.

Tidak sampai dua minit,aku membuka kembali mataku.Seperti biasa juga,aku kembali tenang dari sebelumnya.

"Baiklah,Untuk sekarang,aku akan pergi dari sini.Pergi ke tempat yang jauh.Selebihnya aku akan fikir di dalam perjalanan nanti."Ucapku dengan yakin.