Ketika Litany didudukkan di salah sebuah seat di dalam kapal terbang, barulah Tonny membukakan gari di tangannya.
Litany menggosok-gosok pergelangan tangannya yang terasa perit. Terdapat juga garis merah seputar pergelangan tangannya. Mungkin kerana rontaan nya sebentar tadi.
Lelaki itu merenung wajahnya sebentar.
"Saya harap Cik Litany tak buat hal lagi. Balik saja ke Malaysia seperti yang dah diarahkan. Soal adik Cik Litany tu, kami akan mencarinya sedaya-upaya kami. Dan jangan cuba-cuba lari dari sini. Pegawai polis akan menanti di kawasan berlepas sehingga flight ni terbang. Jadi Cik Litany tak usah buat kerja sia-sia lagi," nasihat Tonny dengan nada suara tegas.
Litany mendengus sebal. Namun dia tidak berkata apa-apa. Dia diam sahaja. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang.
Kekecewaan di hatinya terbayang jelas dari raut wajahnya yang muram.
Heh kalau kau yang ada kat tempat aku skang ni takpelah. Ni tak....memanglah takde siapa yang faham apa yang tengah aku rasa. Mungkin kau pun akan buat benda yang sama kalau perkara sama terjadi kat kau. Hati gadis itu berbisik luruh bercampur geram tatkala mendengar nasihat Tonny itu yang aduhai baginya takde beza langsung bunyi macam petir. Buat bingit telinga je dengar!
Apabila kedengaran suara pramugari membuat keputusan, perlahan-lahan Tonny bingkas bangun. Lelaki itu merenung wajah Litany seketika sebelum beredar.
"Issh kalau nak jalan tu jalan je lah! Dah takyah duk tengok aku lagi. Buat aku mimpi buruk je nanti tengok muka badak kau tu lelama!" Ucap Litany separuh menyindir namun tidaklah sampai Tonny sekor tu dengar.
Setelah kepergian Tonny, Litany mengangkat wajahnya. Dia menarik nafas panjang. Perasaan hampa dan kecewa menjalar dan menjerut tangkai hati.
Sebentar sahaja lagi flight itu akan berlepas. Dan dia juga tahu, pasti ada beberapa orang pegawai polis akan mengawasi ruang perlepasan sehingga Cebu Pacific Air itu berlepas.
Dia sudah habis ikhtiar mahu mencuba.
Al, maafkan akak, akak terpaksa pulang. Tapi akak janji akan datang semula rintih Litany sebak.
"Excuse me." Satu suara memintas ingatan Litany terhadap Al Khairy Ikhal.
Litany berpaling. Melihat raut wajah lelaki di hadapannya, darah Litany serta-merta menyirap. Perasaan marahnya tidak mampu dibendung lagi.
Lelaki itu mengerutkan dahinya ketika mula mengecam wajahnya. Ketika itu juga seorang pramugari meminta lelaki itu untuk mengambil tempat duduk.
Lelaki itu menunjukkan ke arah tempat duduk di sebelah Litany.
"That is my seat," ujar lelaki itu memberitahu pramugari yang tidak putus-putus tersenyum.
Litany tergamam. Dia duduk sini? Eh jangan harap aku nak bagi dia lalu! Biar padan dengan muka toyeh dia tu.
"I don't want him to sit here," ujar Litany memandang ke arah pramugari itu.
Lelaki itu memandang dengan wajah yang sukar dimengertikan.
"This is not something that you're able to decide, lady." Lelaki itu berkata sinis.
"Bullshit! Damn you bitch! Your freaking fucking shit!" Sumpah Litany tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang ke arahnya.
Saat itu dia hanya mahu melampiaskan rasa marahnya pada lelaki yang menyebabkan usahanya melarikan diri gagal.
Lelaki itu tampak menghela nafas sebelum menoleh ke arah pramugari tadi.
"Sorry, but you can leave now. I can solve ourself problems" kata lelaki itu.
Pramugari tadi mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.
Kini tatapan lelaki itu beralih pula ke wajah Litany.
"I hate you so much!" Lirih Litany dengan suara serak namun masih dapat didengar oleh lelaki itu.
"How much you hates me girls...hmmm" wajah lelaki itu didekatkan ke wajah Litany. Ya benar-benar sangat dekat. Bahkan hangatnya nafas lelaki itu dapat dirasakan oleh Litany menyapu permukaan kulit nya.
-----------------------------------------
Litany tergamam. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu menjauh namun lelaki itu malah semakin menyita ruang di antara mereka.
"Tell me how much...." Lelaki itu berbisik tepat di tepi telinganya. Malah terlihat senyum nakal di hujung bibir.
Tersentap Litany dibuatnya. Litany meneguk liur pahit. Dapat dihidu nya wangian mint yang dipakai oleh lelaki itu. Apalagi saat melihat senyum menyebalkan seperti itu. Eeeits apa kena aku ni!?
Litany segera sedar. Dia tidak boleh terpedaya dengan musuh nya sendiri. Bibir bawah digigit.
Menyedari di mana mereka berada, Litany terpaksa mengalah. Dia tahu lelaki itu bukannya nak sangat tahu seberapa besar benci dalam dirinya. Lelaki itu cuma ingin dia pindah seat. Tu je tak lebih, noktah.
Eh palotak kau! Kalau bukan gara-gara seat flight ni memang aku tak bagi kau lalu walau sikit pun. Gerutu Litany dalam hati.
Litany dengan keterpaksaan mengalihkan tubuhnya ke arah seat di tepi jendela kapal terbang. Sempat jelingan super maut nya dilayangkan ke arah lelaki itu sebelum wajahnya dipalingkan ke luar tingkap.
Lelaki itu hanya tersenyum menanggapi jelingan mematikan darinya. Langsung tidak terasa hati.
(Ahahaha kalau aku mungkin dah lama kut bagi sebijik dua penampar tahap dewa🤣)
Lelaki itu mengambil tempat duduk di sebelah Litany. Namun Litany sudah tidak peduli. Lantaklah lelaki itu nak buat apa pun. Benci dia hendak memandang lelaki itu lama-lama.
"Sorry." Suara itu singgah menyapa gegendang telinganya.
Litany berpaling. Tatapan lelaki itu tepat memanah sepasang wajahnya. Tatapan yang Litany sendiri pun tak tahu macamana nak explain.
"Sorry for what?" Soal Litany dengan wajah cuak.
Kata-kata maaf lelaki itu sudah tidak bererti apa-apa lagi. Anehnya lelaki itu tidak pula menyambung kata-katanya.
Litany menghembus nafas berulang kali. Whatever lah! Dah orang tu tak nak jawab takyah lah nak soal bagai macam lagi kan.
Agak lama kedua-dua nya membisu. Sehinggalah kapal terbang itu mula berlepas meninggalkan kawasan perlepasan dan berada di awan biru. Litany tetap membatukan diri. Lelaki itu juga begitu. Masing-masing, seolah-olah tidak berminat mahu menggangu privasi pihak yang satu lagi.
Litany pada saat ini lebih tertarik memerhatikan ruang udara Filipina yang semakin jauh ditinggalkan. Dia kini berada beribu-ribu kaki di atas. Dan Al berada beribu-ribu kaki di bawah, hilang entah ke mana.
Litany memejamkan matanya. Pelupuk matanya bergenang. Hatinya benar-benar sedih dengan apa yang telah terjadi. Sebagai seorang kakak, dia gagal melindungi Al seperti yang sepatutnya.
Perlahan genangan air hangat di tubir mata jatuh jua membasahi pipinya. Namun dibiarkannya tidak berseka. Biarkan sahaja ia jatuh seperti itu. Hanya itu yang mampu mengurangkan rasa beban yang menumpuk di hati.
Tanpa disedarinya, sepasang mata menatap wajahnya sedari tadi.
"What is your name?" Lelaki itu tiba-tiba bertanya.
Litany cepat-cepat mengesat birai matanya yang berair. Namun belum sempat jari-jemarinya menyentuh butir-butir manik itu, sebuah jemari kasar lebih dulu menghentikan tindakan nya.
Litany segera menoleh. Kini terlihat lah mata indah nya yang basah dengan air mata yang tidak sempat diseka itu. Mata indah yang kini terkunci di dalam tatapan dalam netra hazel milik lelaki itu.
Lelaki itu perlahan menarik wajahnya mendekat. Dengan lembut mengecup kedua-dua kelopak matanya secara bergantian. Namun perbuatan lelaki itu seolah-olah tidak disedari oleh Litany, ianya seolah-olah hanya seperti sebuah mimpi.
Please don't cry...please. Don't let me see you in pain again like that...please.
Tiba-tiba suatu suara halus bergema di dalam ruang mindanya. Litany terpegun. Apa itu? Dan dari mana suara misteri itu?
--------------------------------------------
Hallo guys we're meet again😆. Macam mana oky tak. Kalau typo tu sekali lagi aku mintak maaf ya🙏.
Apa-apa pun thanks u all readers yg dah sudi baca sampai part ni🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰