webnovel

1.5

Litany hanya mengangguk.

Kartika segera menyinsing kaki seluarnya sehingga ke paras lutut lalu mengharungi air yang sudah menenggelamkan buku lalinya.

Ha kata tadi bukan urusan dia kalau paip tandas tu bocor. Kan dah dapat masalah.

Hairan! Kenapa air ni boleh bertakung pula? Timbul perasaan curiga dalam hati Kartika. Namun dia tidak membiarkan persoalan itu menggangu tugasnya.

Kartika segera menolak pintu tandas yang baru dimasuki oleh Litany sebentar tadi. Melihat beg tangan gadis itu tersangkut pada penyangkut di tepi pintu, Kartika tersenyum.

Tapi belum sempat dia hendak melangkah keluar, matanya membelingas ke arah satu lubang aliran air yang tertutup dengan tisu-tisu tandas.

Dahinya segera berkerut. Patutlah air melimpah ruah. Lubang aliran air tersumbat.

Kartika tergamam. Sesuatu menyelinap ke dalam kepalanya. Siapa lagi yang melakukan nya kalau bukan gadis itu? Dia menoleh pantas.

Tapi tanpa apa-apa amaran, batang leher Kartika dipukul agak kuat dari arah belakang. 

Wanita itu rebah pengsan namun sempat dipaut oleh Litany. Dia segera membetulkan posisi Kartika yang pengsan di atas pelantar mangkuk tandas. Beg tangannya yang hampir basah segera dicapai.

"Sorry, tapi aku terpaksa buat macam ni. Tapi aku benar-benar tak boleh pulang selagi Al tak ditemui," bisik Litany pada wanita yang tak sedarkan diri itu.

"Fuhh, nasib aku pandai karate ngan taekwondo. Tak lah susah sangat nak bantai orang" sempat lagi dirinya berseloroh.

Ewah ewah pepandai mak kau aje bantai orang eh. Kalau mati anak orang kang camne. Kau juga yang susah.

Sesudah mengemaskan dirinya, Litany merenggangkan pintu keluar. Dia mengintai kelibat Tonny dan dua lagi pegawai polis yang kelihatan gelisah menanti di luar.

Matanya dikatup rapat sambil menanti di belakang pintu dengan dada berdebar-debar. Nafasnya ditarik perlahan.

Bertenang Tany, you can do this. Just breathe slowly and calm, pujuk hati kecilnya.

Satu...dua...tiga...

Aaarrrrgghhhh!

Suara jeritan nya yang begitu nyaring dan kuat sehingga sampai ke luar menyita perhatian Tonny dan dua lagi pegawai polis itu. Seperti yang diduganya, Tonny dan dua pegawai polis Filipina itu segera menerpa masuk ke dalam tandas wanita. Dan kesempatan ini diambil peluang sebaik-baiknya oleh Litany yang bersembunyi di belakang pintu.

Dia segera menyelinap keluar setelah perhatian pegawai-pegawai polis itu teralih. Ands berjaya!

Langkahnya dihayun agak pantas, meredah ratusan atau mungkin ribuan orang ramai yang memenuhi pekarangan lapangan terbang antarabangsa itu.

Dia perlu cepat keluar dari situ atau pegawai-pegawai polis Filipina dan Kedutaan akan dapat menangkapnya kembali.

Sesekali dia menoleh ke belakang, bimbang jika pegawai-pegawai yang ditugaskan mengiringinya dapat mengesan keberadaan nya di situ. Apabila Litany meluruskan pandangan, tubuhnya tidak sengaja melanggar seseorang. Dia tercampak bersama bagasi-bagasi milik orang yang dilanggarnya.

Litany sempat menyumpah separuh geram dalam hati. Haish kenapa malang sangat nasibnya hari ini!?

"Awak tak apa-apa ke?" Sapa satu suara menyapa gegendang telinganya dalam bahasa Tagalog.

Litany berpaling. Melihat sepasang mata sedang menatap tepat ke wajahnya, dada Litany berdegup kencang. Lelaki Thailand yang pernah ditemui nya di pusat membeli-belah kelmarin. Apa dia buat kat sini?

---------------------------------------

"Awak cedera?' tanya lelaki itu.

Litany menggeleng.

"I'm okey," jawab Litany.

Lelaki itu tidak dipedulikan, sebaliknya dia sibuk mencapai isi-isi dari dalam begnya yang tercampak keluar.

"Awak nampak macam ada masalah," lelaki itu terus bersuara sedangkan dia pula seakan tidak berminat mahu meneruskan perbualan. Lebih-lebih lagi dalam situasi nya sekarang ini.

Tiba-tiba Litany terpandang kelibat Tonny dan beberapa pegawai polis Filipina yang sedang menuju ke arahnya sambil menudingkan jari. Serta-merta dia berasa cemas.

"Sorry, but I have to go," ujar Litany seraya mengangkat beg tangannya.

Namun belum sempat Litany mahu bergegas pergi, lelaki itu tiba-tiba memaut pergelangan tangannya dengan pantas. Litany terpegun. Terkejut melihat tindakan lelaki itu yang tak disangka-sangka.

"Lepaskan saya," marah Litany sambil meronta-ronta mahu melepaskan diri. Namun tenaga lelaki itu lebih kuat dari tubuh kerdilnya.

"Tak boleh lah awak," bisik lelaki itu seraya tersenyum.

Litany berpaling. Dia semakin cemas apabila dilihatnya Tonny semakin hampir. Sedaya-upaya dia cuba menolak pautan lelaki itu. Tapi setiap kali dia cuba, lelaki itu akan mengemaskan pegangan di lengan nya.

"Lepaslah bodoh!" Marah Litany mulai berang.

Tak semena-mena lelaki itu melepaskan pegangan pada lengan nya, namun belum sempat dia merasa lega, pinggang nya pula dipaut. Matanya terbeliak tidak percaya.

Tubuh kecilnya itu ditarik masuk ke dalam pelukan erat lelaki itu. Serta-merta semua pergerakan nya terkunci dalam pelukan lelaki itu. Litany tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Please let me go...pleaseee" dia cuba merayu. Bahkan suaranya terdengar bergetar. Dia tidak ingin dibawa pulang ke Malaysia!

"Ssshh..don't move or I'll kiss you right now" suara lelaki itu terdengar lembut namun jelas terselit amaran di situ.

Aargh! Kenapa dengan lelaki ni! Litany bertambah geram bila diberi amaran begitu. Nak terajang...tapi kedua belah tangan bahkan kakinya terkunci kemas dalam pelukan lelaki itu.

Lelaki itu seolah-olah tidak kisah langsung dengan reaksinya.

Apabila Tonny dan pegawai-pegawai polis itu sampai, barulah lelaki itu melepaskan pelukannya. Namun Litany sudah tidak mampu ke mana-mana lagi apabila dirinya sudah dikepung.

Tonny memandangnya dengan wajah berang. Dia hanya mampu menggumam geram ke arah lelaki yang menjadi perosak rancangannya itu.

Lelaki itu hanya tersenyum, menampakkan kedua-dua lekuk kecil di pipinya. Bahkan sempat menghadiai Litany sebuah flying kiss.

Tunggu kau jantan! Kalau aku jumpa kau lain kali aku bagi gak kau flying kick. Biar dengan nyawa kau sekali yang flying! Sebakul sumpah serana Litany ucapkan dalam hati.

Damn it!!! Kalau bukan kerana lelaki itu, pasti dia dah berjaya meloloskan diri.

Eeei kalau aku dapat kau, nak je aku penyek ii macam tanah liat. Biar dia merasa bagaimana rasa geram sekaligus kecewa dalam dirinya yang harus meninggalkan adiknya yang entah dah apa khabar sekarang ni sorang-sorang kat negara asing ni. Ya dia benar-benar kecewa.

Dia merasakan dirinya gagal menjadi seorang kakak yang berguna. Aaargh hatinya sakit!

Rasa macam nak jerit aje kat sini. Tapi dia masih waras untuk itu.

Tak terasa titis-titis air mata jatuh membasahi pipinya. Mengalir jatuh ke bumi tempatnya berpijak. Titisan air yang menandakan betapa hancur dirinya, betapa luluh hatinya, betapa terluka hatinya.

-----------------------------------------

.

.

.

.

Oky guys itu je lah untuk hari ini. Macamana oky tak. Kalau ada typo tu author minta maaf sesangat eh 🥺🥲.

Lain aku taip lain pulak dah yang kuar. Nasib dia tak kuar yang lain macam😂. Macam juga taip nama watak dalam citer ni. Kadang kalau aku taip nama dia contoh macam ni( Amar ) ha macam ni pulak dah yang kuar(Arak) Haduhai lah nasib keyboard ni😔😂.

Tapi apa-apa pun thanks u all readers yg sudi baca sampai part ni 🥰❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️