webnovel

Struktur Organisasi

編輯: EndlessFantasy Translation

Musim sejuk kini memasuki bulan kedua. Barov berjalan masuk kamar bacaan Roland sambil membawa beberapa buah buku.

Dia menghampiri meja Roland dan perhatiannya tertarik kepada satu lukisan berwarna besar yang terbentang atas meja itu. "Ini... Ini peta keseluruhan Rantau Barat?"

"Bukan hanya Rantau Barat sahaja," jawab Roland sambil tergelak. "Ia termasuk sekali kawasan Tanah Orang Gasar dan Hutan Kabut, terutamanya di bahagian ini." Roland menunjuk ke arah sebuah kawasan di bahagian utara Banjaran Puncak Langit – itu Dataran Subur yang diperkatakan oleh Agatha. "Buat masa ini, kawasan yang kita telah terokai adalah bersamaan dengan tiga kali ganda keluasan Rantau Barat. Jika kita dapat membangunkan tanah seluas ini, kita boleh membuat penempatan untuk ratusan ribu orang."

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者