Setiap kehidupan berkeluarga tidak ada satu pun yang dapat menghindari konflik kekeluarga seperti pembalahan, pergaduhan dan pertengkaran. Kata orang pertengkaran atau sebagainya baik untuk menjalin hubungan dengan lebih rapat tetapi lebih baik atau sebaik baik mungkin mencuba untuk menghindarinya jika tidak ia akan menjadi lebih parah bahkan mampu menhancurkan sesuatu ikatan yang telah terjalin rapat antara saudara. Dalam hal ini, kita akan melihat aku atau Zarul menghadapi konflik keluarga yang akan menhantuinya nanti. Pada masa ini hubungan kerluarga Zarul masih di bilang cukup rapat dengan ibu dan ayah mereka yang merupakan sumber perantaraan untuk mereka lebih rapat.
Pada suatu hari, terjadi satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan seseorang wanita mati di tempat kejadian dan selebihnya terluka parah. Kemalangan ini, di siar secara lansung di televisyen dengan keadaan di sana cukup mengerikan tapi ia hanya memakan satu korban dan selebihnya nyawa-nyawa ikan. Ketika waktu kemalangan tersebut aku berasa di pejabat untuk mendapatkan projek mega di wilayah Tokyo sebelum berehat sambil melihat berita tersebut. Ketika saat itu, aku merasa tidak sedap hati dan merasa berdosa kerana kami berlima tidak pulang untuk merayakan hari raya Idul Adha yang akan tiba beberapa hari lagi kerana hambatan kerja sejujurnya aku mampu pulang ke kampung untuk merayakan hari raya Idul Adha namun aku lebih memilih perkerjaan daripada keluarga. Tidak, jangan salah sangka terhadap aku, aku sejujurnya ingin pulang ke kampung tapi beberapa hal telah menyebabkan ia berlarutan hingga kini seperti pujuk rayu boss yang ingin aku mendapat kan projek tersebut dan adik-beradik yang lain tidak dapat pulang awal ke kampung. Sejujurnya mereka berempat menyuruh aku pulang dulu tetapi aku berkata untuk menyelesaikan urusan pejabat dan ingin pulang ke kampung bersama. Aku sudah mengabari ibu dan ayah aku bahawa kami berlima akan pulang selepas sembahyang sunat Idhu Adha kerana perlu menyelesaikan urusan perkerjaan yang harus di selesaikan secepat mungkin dan turut mengabari bahawa aku akan pulang membawa wanita yang cantik untuk dijadikan isteri ku.
Dalam hal ini, pengabari bahawa aku akan pulang membawa wanita yang cantik untuk dijadikan isteri telah meragut nyawa ibu kami berlima, mana tidaknya selepas mendengar pemberitahuan tentang hal tersebut ibu dan ayah kami tidak sabar untuk bertemu pujaan hati ku dan ingin beraya bersama di Kuala Lumpur untuk kali pertama Selain ingin memberi kejutan kepada kami semua di sana.
Takdir begitu kejam untuk kami sekeluarga, orang yang penting bagi kami diranggut pergi dari kami tanpa sepatah kata untuk kami berikan kepada ibu. Sejujurnya berita yang disiarkan di televisyen telah membuat hati kami berlima gundah gulana terasa tidak asing lagi dan firasat kami berlima merasa akan kehilangan sesuatu yang sangat penting untuk kami. Masa itu, kami tidak tahu apa yang pergi dari kami dan aku terlintas untuk bertanya khabar tentang mereka di kampung iaitu ibu dan ayah ku. Apakah mereka sihat di sana kerana kami akan pulang terlambat. Semakin aku menelefon semakin itu firasat aku semakin kuat mengatakan ada yang tidak beres tentang situasi ini, aku kembali melihat berita tersebut dan kelihatan samar kerana air mataku menutup mataku entah perasaan ini tidak asing bagiku dan tanpa henti air mata ku mengalir tanpa aku sedar air mata ini menandakan kemalangan tersebut ada kaitan dengan aku dan kami sekeluarga. Aku terus menefon tanpa henti sebanyak ratusan kali sehingga waktu ada seorang manusia yang mengangkat telefon tersebut sebagai ganti ayah dan ibu ku. Aku berkata ayah apa ayah sihat bagaimana ibu sihat, aku minta maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung awal untuk merayakan hari raya Idul Adha bersama di ikuti air mata yang mengalir yang belum berhenti lagi. Tiba-tiba aku terkejut terdengar suara yang asing bagiku dan berkata, aku bukan ayahmu, aku juga bukan ibu, aku bukan siapa-siapa bagimu dan aku mempunyai info kepada mu tentang ayah dan ibu mu, aku sudah kau sudah merasai tapi aku ingin memberitahu juga kali ini jangan kau menyesal kerana ini berita yang akan menhancurkan setengah kehidupan yang dulu. Aku berkata dengan keras jangan banyak berpuitis kerana aku tidak suka walaupun aku aliran tersebut tapi ini bukan main-main ini berkaitan dengan hidup dan mati ku. Jangan berkata begitu, hidup dan mati hanya Allah @ tuhan yang tahu, ok aku terus apa yang ingin aku sampaikan dengan baik-baik, aku tidak akan mengulangi untuk kali kedua dengar dan tadah telinga. Hari ini ibu dan ayah mu kemalangan jalan raya mengakibatkan ibu anda meninggal dunia manakala ayah mu cedera parah kamu boleh melawat mereka di hospital Kuala Lumpur atau di kenali sebagai HKL. Aku terdengar berita tersebut lantas membuang telefon dan berteriak ini tidak mungkin terjadi, orang yang berada di pejabat mula menenangkan kusam beberapa jam kemudian aku sudah tenang dan wakil setiausaha aku bertanya kenapa dan aku menjawab ini semua salah ku, aku membuat ibuku mati dan ayah ku cedera parah kalau aku tahu ini terjadi aku akan pulang awal ke kampung untuk menghalang mereka pergi ke Kuala Lumpur. Setidaknya itu yang aku mampu buat namun begitu nasi sudah menjadi bubur , aku tidak mampu melawan takdir Allah@tuhan kerana itu aku merasa diri ini tidak berguna. Sabar aku akan berada di samping mu susah atau senang walaupun kita hanya sebatas kawan sekerja, aku tidak ingin melihat kamu derita seperti ini, tolong kawal emosi mu. Baiklah, boleh tolong bawa aku ke hospital Kuala Lumpur (HKL) aku ingin melihat kali terakhir ibuku.
Berita kematian ibu kami telah tersampai kepada adik-beradik aku yang lain. Mereka berempat sudah sampai sebelum diriku dan kelihatan marah kepada ku. Aku tidak tahu apa salah ku dan aku terus maju lalu aku di tekan di baju dan di angkat oleh abang sulung ku iaitu Zarul yang marah terhadap ku kerana aku adalah punca kematian ibu ku. lantas Zuraida datang dan menenangkan abang sulung ku, dan berkata kepada nya kau sebagai orang yang lebih tua merangkap ketua keluarga perlu tenang menghadapi situasi ini, ini bukan salah siapa-siapa, ini masa bukan untuk menunding jari dan mencari salah siapa. Jika kamu ingin mencari salah siapa, kita semua yang salah kerana tidak pulang ke kampung. Ini semua takdir yang perlu kita hadapi dan ini ujian kita yang Allah@tuhan berikan kepada kita untuk menguji kesetiaan kita kepada Nya.
Hari demi hari setelah peristiwa tersebut, aku tidak lagi rapat seperti dulu, aku berjuang sendirian untuk menghadapi masa lalu yang sulit, aku merasa bersalah kerana hal ini, aku menjadi seorang tertutup dan selalu di rumah mengerjakan novel dan aku tidak pernah pergi ke pejabat setelah peristiwa itu, namun begitu, aku berkerja dari rumah dengan menyuruh setiausaha aku untuk membawa bekas-bekas kerja yang harus ku kerjakan.
Syahirah selalu menelefon aku dan menanyakan khabar tentang hidup ku tapi aku tidak mengangkat dan tidak memberitahu tentang keadaan ku namun begitu Syahirah selalu datang ke rumah ku untuk menjenguk ku dan merawat ku seperti menyediakan makan minum ku, membersihkan rumah dan sebagainya kerana aku sekarang tidak berdaya untuk menguruskan diri sendiri. Selain itu, ayah ku masih di rawat di hospital dan masih belum sedarkan diri dan yang menjaganya adalah kami berlima sebenarnya aku tidak termasuk kerana aku telah mengupah orang untuk merawat dan menjaga ayahku kerana kondisi ku yang parah sekarang bukan fizikal tapi mental.