webnovel

kisah perjalanan hidupku

mengisah seorang lelaki bernama Zack atau aku bukan nama sebenar mencari jati diri, cinta dan pertemanan. saksikan kisah Zack dalam menempuh dunia tanpa akhir cerita ini tidak berkait yang hidup atau yang mati. kisah ini hanyalah fantasi penulis atau gambaran penulis jika ada terguris hati dengan cerita ini saya berbesar hati memohon maaf

Muhammad_Akmal_99 · Others
Not enough ratings
8 Chs

Jasa yang tidak dapat dibalas

Aku telah berjaya menjadi orang yang mampu di banggakan tidak aku sudah menjadi anak yang dibanggakan. Aku berjaya dengan karier ku, aku berjaya menjadi manusia yang sesungguhnya bukan sebagai manusia sampah yang tidak menghargai keperitan ibu dan ayah membesarkan mereka, bukan sebagai manusia yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dan bukan juga manusia yang bergantung harap kepada ayah. Ya, aku manusia biasa yang tidak lokek membuat kesilapan dan kesalahan tapi aku tidak pernah menyatakan aku manusia special yang lahir dari benih insan yang mulia. Ya, aku lahir dari mereka manusia yang hebat yang pernah aku lihat. Sepanjang hayat ku, aku tidak akan pernah untuk menjadi seperti mereka.

Pergorbanan mereka tidak dapat dibalas, kebaikan mereka tiada banding, kepedulian mereka selalu di ikuti dengan gerakan tubuh yang selalu berkerja keras. Setidaknya itu yang aku tahu, mereka adalah malaikat tak bersayap yang berwujub manusia biasa.

Aku telah berjaya membuat hidupku, ayah dan ibu ku hidup senang tanpa kekurangan makanan, tanpa kekurangan air, tanpa kekurangan keperluan harian, dan yang lebih penting aku selalu merawat mereka dengan baik selain itu, aku selalu membawa mereka ke klinik jika keadaan mereka tidak baik. Aku selalu akan menjaga mereka walaupun mereka sudah tua, aku rela berkorban demi mereka jika tiada siapa yang ingin menjaga mereka ketika mereka sakit aku rela meninggalkan kerja demi menjaga mereka, perkerjaan itu tidak penting jika berhadapan dengan ibu dan ayah kita. Ya bukan aku kata kerja tidak penting, betul perkerjaan itu penting sebenarnya tapi apa kah kita sanggup melihat mereka dengan jasad yang sudah terkujur di hadapan kita sedang kan kita lebih penting kan perkerjaan. Ingatlah tanpa mereka kita tiada , tanpa mereka kita tidak akan berjaya, tanpa mereka kita tidak akan pernah mampu berdikari dan sesungguhnya mereka melakukan ini bukan terpaksa tapi mereka inginkan sungguh mulia hati mereka.

Aku dan keluarga hidup asing-asing tapi kami tidak pernah berpaling muka dari adik- beradik walaupun kami berjauhan. Kami selalu saling tolong menolong, selalu menjenguk ibu dan ayah di kampung walaupun kami di sini sibuk berkerja mencari wang untuk menghidupkan diri di zaman yang mencabar ini. Kami berlima telah berjanji untuk tidak pernah mengabaikan sosok yang menjaga kami iaitu ibu dan ayah kami. Kami juga melafazkan ikrar untuk berjanji menjaga hubungan persaudaraan walaupun jarak memisahkan kita.

Tiada apa yang perlu di katakan lagi, kami buat semua ini untuk membalas jasa ibu dan ayah kami yang membesarkan kami sehingga menjadi orang yang berguna dalam masyarakat kini sejujurnya kami tidak pernah berharap untuk berjaya membalas jasa mereka kerana jasa baik mereka tidak pernah mampu di balas oleh kami berlima walaupun sudah berkerjasama itu perlu pasti mampu di balas hanya Allah @ tuhan yang mampu membalasnya. Kami semua menjaga ibu dan ayah sebaik-baiknya.