webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · 青春言情
分數不夠
59 Chs

Bab 41

Aku menemani papa di dalam wad itu. Mama dan adik-adikku sudah pulang ke rumah. Sarah juga sudah pulang bersama ibu dan ayahnya petang tadi.

Aku menemani papa ke surau untuk menunaikan solat. Setelah itu, aku membawa papa kembali ke wad. Giliran aku pula untuk menunaikan solat. Selesai sahaja solat, telefonku berdering. Aku menjawab panggilan itu.

"Nayli." panggil Eiman.

"Ye?" balasku.

"Kenapa aku tak nampak kau dengan Sarah hari ni?" tanya Eiman.

"Ohh... Aku lupa nak bagitahu kau. Aku kat KL ni. Papa aku sakit. So awal pagi tadi aku naik flight balik sini." beritahuku.

"Kau balik KL? Papa kau sakit? Macam mana papa kau sekarang?" tanya Eiman.

"Papa aku dah okay. Esok dia dah boleh discharge." kataku.

"Ohh... Bila kau nak balik sini?" tanya Eiman. Soalan sama macam Haizeq tadi.

"Lusa." jawabku.

"Oh. Kau jaga lah papa kau. Kau pun take care tau." pesan Eiman.

"Sweetnya! Jangan rindu tau!" kata aku, bergurau.

"Hahaha... Tahu-tahu je aku tengah rindu..." kata Eiman.

"Heh. Jangan nak tipu aku. Dah dah." kataku. Eiman ketawa.

"Okay lah. Aku tak nak ganggu kau. Good night." ucap Eiman.

"Okay... Sweet dreams. Assalamualaikum." ucapku.

"Waalaikumussalam." jawab Eiman. Kami mematikan talian. Aku berjalan menuju ke wad. Aku melangkah masuk ke dalam wad itu. Kelihatan adikku berada di samping papa aku yang sudah terlena itu.

"Aik? Bila sampai?" tanyaku.

"Baru je." jawab adikku.

"Oh..." aku melangkah lalu mengambil tempat di sebelah adikku.

"Kakak tak nak balik ke?" tanya adikku.

"Tak nak lah. Lagi pun dah malam ni." jawabku. Adikku hanya mengangguk. Kami bermalam di hospital itu.

Aku cuba untuk tidur. Tak boleh. Haish... Asal tak boleh tidur ni? rungutku di dalam hati. Aku duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Papa aku. Risau betul aku masa tahu Papa pengsan. Dah lah seorang ni je Papa aku. Haih... Nasib baik lah tak ada apa-apa... Orang kata anak perempuan lagi rapat dengan ayah dia. Aku setuju. Sebab setiap kali aku minta apa-apa dengan Papa, mesti dia bagi punya! Hahaha... Kalau Mama, aku minta nak beli sesuatu yang mahal sikit, jawapan dia mesti 'no'. Lepas tu korang tahu aku buat apa? Mulut tu muncung je lah. Lepas tu kena tegur dengan Mama sebab buat muka. Tapi bagus lah apa yang Mama buat tu. Dia nak ajar aku berjimat... Bila aku dah meningkat remaja, baru aku paham. And, bila nak sesuatu, mesti check dulu harga. Kalau mahal, aku diam je. Tahu jawapan dia mesti 'no'. Hahaha... Selepas mengenangkan cerita lama, akhirnya aku terlelap.

Pagi itu, Mama dan dua orang lagi adikku datang ke hospital untuk menjemput kami pulang ke rumah.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Oh! Home sweet home!

"Mama." panggilku. Mama aku berpaling.

"Kakak nak tidur kejap boleh tak? Sebab semalam tak boleh tidur... Boleh tak nak rehat kejap?" tanya aku. Ohohoho... Aku minta izin sebab takut kena marah je...

"Ha. Pergi lah." jawab Mama aku. Yay! Aku terus menuju ke 'favourite place' aku. Oh katil kesayanganku! Rindu! Haa... Mula lah tu dengan perangai lama dia tu. Kalau korang nak tahu, ni lah perangai sebenar Nayli. Tidur je tahu! Haih... Kesian betul dekat lelaki yang kahwin dengan Nayli nanti... Aku sudah terlena dibuai mimpi yang indah bersama? Entah la...

__________________________

Aku membuka mata. Tersedar daripada tidur. Aku melihat jam. Haa... Ambik kau. 3 jam aku tidur. Pintu bilikku diketuk dan dikuak dati luar.

"Hey Nayli. Tidur ke sis?" tanya Sarah.

"Haah. Dah lama ke sampai?" tanya aku.

"Tak. Baru je. Bangun lah. Mama awak suruh panggil awak. Makan." kata Sarah. Aku akur. Aku bangun lalu menuju ke tandas membasuh muka dan menggosok gigi. Aku keluar tandas dan menuju ke ruang makan. Kami makan tengahari bersama-sama. Kami makan dengan berselera. Selesai makan, aku dan Sarah membantu Mama mengemas meja dan membasuh pinggan. Sesudah melakukan kerja, kami berkumpul di ruang tamu. Tengok movie sambil berbual.

"Mama, Papa. Kakak nak pergi dekat syarikat Karya Seni dengan Sarah ni. Nak bincang pasal novel tu." beritahuku.

"Oh... Pergi lah." kata Papa aku.

"Okay... Kakak nak siap-siap dulu. Mama dengan Papa tengok lah movie. Sarah tunggu kejap eh." kataku. Mereka mengangguk. Aku berjalan masuk ke dalam bilik. Kemudian membersihkan diri dan bersiap.

Kami sampai di syarikat penerbitan novel itu. Syarikat yang popular dengan novel-novel bestseller. Kami berbincang apa yang patut. Kemudian kami pulang ke rumah.

"Sarah. Awak nak balik terus ke?" tanya aku. Aku menoleh ke arah Sarah yang sedang memandu itu.

"Haah. Sebab kejap lagi nak jumpa Haras..." kata Sarah.

"Oh... Untung lah ada boyfriend..." balasku sambil tersenyum. Sarah tergelak kecil.

"Awak tak nak boyfriend ke?" tanya Sarah. Asyik soalan ni ke keluar...

"Tak nak..." jawabku.

"Takpe. Saya doakan awak dapat boyfriend cepat-cepat..." kata Sarah.

"Tak nak. Tak nak. Tak nak." jawabku. Sarah tergelak.

"Esok kita bertolak pergi airport sama-sama lepas Maghrib tau." kata aku. Sarah mengangguk.

"Dah la. Bye. Have a good date dengan Haras..." ucapku. Sarah tersengih.

"Bye!" balas Sarah. Aku melangkah kaki masuk ke dalam rumah.

Esok hari terakhir aku boleh luangkan masa dengan family aku. Aku rasa kejap sangat 3 hari ni. Rasa macam baru 3 jam. Aku ke ruang tamu setelah mandi dan menunaikan solat. Aku tengok movie dengan family aku hingga lewat malam. Bukan selalu macam ni. Kalau aku balik Malaysia je aku dapat tengok movie sama-sama dengan diorang.

Aku ingat lagi, hari pertama dekat Perth, aku menangis. Aku takut. Sebab tak pernah berpisah dengan keluarga aku. Tak pernah masuk asrama. Ini kali pertama. Dah la jauh. Nasib baik ada kawan-kawan aku tu. Tak lah keseorangan. Pada hari itu, keluarga aku menghantar aku ke sana.

"Belajar betul-betul. Dapat peluang macam ni, jangan sia-siakan. Niat belajar kerana Allah. Jangan tinggal solat, jangan buat dosa. Kalau gagal, takpe, cuba lagi. Jangan cepat putus asa. Buat keputusan betul-betul. In everything. Make sure jaga kesihatan. Kalau rasa sakit-sakit pergi klinik terus. Kalau ada masalah, bagitahu. Kawan-kawan tu pun ada. Jangan risau. Kakak dah besar. Tak perlu Mama dengan Papa pesan banyak kali. Jaga diri baik-baik." itu lah kata-kata, pesanan dan nasihat yang Mama dan Papa aku beri. Sebelum mereka bertolak pulang ke Malaysia.

Aku selalu ingat kata-kata mereka. Apatah lagi apabila aku rasa stress dan seakan putus asa. Kata-kata mereka lah yang menjadi penguat semangatku.

___________________________

Awal pagi itu, aku mengemas barang-barangku untuk pulang ke Perth. Aku mengemas bilikku. Aku tak nak tinggal bilik aku dengan bersepah dan menambah beban kepada Mama aku. Sudah lah dengan perangai aku yang lama. Bangun lambat, pemalas, buat semua benda last minute. Bergantung dekat orang. Sejak aku belajar dekat Perth, aku ubah perangai aku. Tu pun tak sempurna lagi.

Hari ini aku berjanji untuk keluar jalan-jalan dengan keluarga aku sebelum bertolak ke Perth. Aku bersiap cepat-cepat. Tak nak merugikan masa yang ada.

Kami ke Sunway Pyramid. Lama gila aku tak pergi sana. Kitorang jalan-jalan dan makan tengah hari.

"Kakak ada mimpi lagi ke?" tanya Mama. Aku hanya mengangguk.

"Hari tu kakak cakap kakak jumpa lelaki yang muka dengan suara dia sama macam lelaki dalam mimpi tu kan? Dah berapa kali kakak jumpa dia?" tanya Papa aku pula.

"First time jumpa dia dekat park, kali kedua jumpa dekat supermarket, lepas tu jumpa dekat mall and beberapa hari lepas jumpa dia dekat cafe. Haa... Empat kali dah jumpa dia." kata aku.

"Ada tak benda-benda pelik jadi?" tanya Papa. Aku menggeleng. Ada ke? Tak silap aku tak ada... Lagipun jumpa dia kejap-kejap je.

"Dia cakap nama dia Asyraff. And, dia senior kakak dekat Murdoch..." kata aku.

"Dia ada buat apa-apa tak dekat kakak?" tanya Mama.

"Takde pun. Dia nampak macam baik je..." jawabku.

"Kakak hati-hati tau. Jangan cepat sedap hati. Kita tak tahu apa akan jadi. So, jaga-jaga." pesan Mama.

"Ingat tu." kata Papa pula.

"Ye..." akurku, tersenyum. Aku pandang adik-adikku yang sedang menikmati makanan mereka.

"Cepat habiskan makanan. Kakak nak belanja something ni!" kata aku.

"Kakak nak belanja apa?" tanya mereka, teruja. Mata sorang-sorang bersinar memandang aku. Aku tergelak kecil.

"Tealive je..." jawabku.

"Yeah!" sorak mereka. Aku belanja diorang Tealive. Aku yang belanja, aku pulak yang rasa happy. Hari ini, kami berseronok.

Hi guys! Ya Allah... Tak sedar dah 2 minggu tak update. Cepat betul masa berlalu. Sampai tak ada masa nak update. Sorry korang. So, ni bab 41! Lama betul buat bab ni. Idea tak nak masuk dalam otak ni. Mungkin banyak kekurangan. So, saya harap korang boleh terima seadanya. And, THANK YOU for 100 collections! And 39k views! Terharu... Terima kasih korang yang sudi baca novel ni... Saya hargai jasa korang. Okay lah. See you next time! Next chapter is coming soon! Stay tuned, stay safe! Love you!

missmiaacreators' thoughts