webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Teen
Not enough ratings
59 Chs

Bab 40

Hatiku tidak senang daripada dapat berita tentang papa aku sampai lah sekarang. Aku dan Sarah masih berada di dalam plane. Sarah sudah tertidur. Kesian dia. Dari pagi tadi tak dapat peluang untuk tidur disebabkan teman aku. Aku tidak dapat melelapkan mata. Aku risau akan keadaan papa aku. Aku harap tak ada apa-apa jadi dekat papa.

___________________________

Kami selamat sampai di KLIA. Kawasan lapangan terbang itu sungguh lengang pada awal pagi sebegini. Kami duduk di tempat menunggu.

"Emm... Sarah." panggil aku. Sarah yang berada di sebelahku berpaling.

"Kenapa?" tanya Sarah.

"Kalau awak nak balik rumah awak, awak balik lah. Kita nak pergi hospital terus..." kata aku.

"Eh. Kenapa pulak? Biar lah saya teman awak pergi hospital jugak. Saya pun nak lawat papa awak jugak. Lagipun saya dah book grab untuk ambik kita and terus pergi hospital." kata Sarah.

"Hm... Okay lah. Thank you temankan kita." ucapku.

"No problem. Dalam 10 minit lagi grab sampai." kata Sarah. Aku hanya mengangguk.

"Nayli..." panggil Sarah. Aku memandangnya.

"Jangan lah risau sangat... Saya rasa papa awak tu okay je... Sakit sikit je. Tak teruk kot. Don't worry, okay?" pujuk Sarah. Aku hanya mengangguk.

"Thanks, Sarah." ucapku sambil tersenyum nipis.

"Welcome! Awak, kita dah kawan lama lah... Kalau awak ada masalah, saya akan tolong awak. No worries, okay?" kata Sarah.

Aku hanya tersenyum. Syukur dapat kawan-kawan macam ni. Susah nak dapat. Diorang selalu ada masa aku perlu. Diorang dah banyak tolong aku selama ni. Aku harap aku dapat balas budi diorang.

Telefon Sarah berdering.

"Qis." kata Sarah kepadaku. Dia menjawab panggilan itu.

"Ye, Qis?" sapa Sarah.

"Awak dengan Nayli dah sampai sana ke?" tanya Qistina.

"Dah. Baru je. Sekarang ni kitorang tengah tunggu grab." kata Sarah.

"Oh... Nayli macam mana? Dia okay ke?" tanya Qistina, simpati.

"Dia okay je. Takpe, jangan risau, okay?" kata Sarah kepada Qistina.

"Hm... Ye lah." akur Qistina.

"Em... Awak dah nak pergi class ke?" tanya Sarah kepada Qistina.

"Haah. Tengah bersiap. Kenapa?" tanya Qistina.

"Takde apa-apa lah. Take care, sorry tinggal awak sorang-sorang..." kata Sarah.

"Huhuhu... Lonely kita korang takde..." kata Qistina.

"Ala... Jangan lah macam tu... Johan kan ada..." kata Sarah, nakal. Sempat lagi sakat Qistina. Aku yang mendengar kata-kata Sarah itu turut terhibur.

"Eeeyyy... Sarah! Awak ni selalu sangat kacau kita! Eeeyyy tak suka lah!" balas Qistina, geram. Sarah tergelak lagi. Suka sangat bahan Qis...

"Okay lah bye! Grab dah sampai." kata Sarah.

"Hm. Ye lah. Jaga Nayli tu. Awak nasihat dia, jangan risau sangat. Nanti tak pasal-pasal sakit lagi." nasihat Qistina.

"Yeah. I know. Bye!" ucap Sarah.

"Bye!" balas Qistina. Mereka menamatkan talian. Sarah memandangku sambil mengambil begnya.

"Jom, Nayli. Grab dah sampai." kata Sarah. Aku mengambil begku dan kami masuk ke dalam grab.

Kami menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Sampai saja, kami terus menuju ke wad papa aku dengan pantas. Aku membuka pintu wad itu. Kelihatan papa sedang baring di atas katil. Papa yang terkejut akan kehadiranku. Aku bersalam dengan Mama dan Papa. Sarah juga bersalaman dengan mamaku.

"Kakak? Kenapa balik?" tanya papa.

"Papa okay ke?" tanya aku.

"Okay je. Bila balik ni?" tanya papa.

"Tadi. Baru sampai." jawabku.

"Pa, macam mana boleh pengsan?" tanya aku. Hari banyak soalan yang aku akan tanya papa. Hahaha... Bersedia lah! Eh. Sempat lagi...

"Doktor cakap papa stress... Lately ni memang banyak kerja papa. Penat sangat sampai pengsan." beritahu mama.

"Eeii papa ni. Elok-elok lah kerja. Jangan lah sampai sakit. Tu pun nak suruh orang pesan ke? Eiii... Papa kan dah tua. You should've know better than me!" kata aku. Papa tergelak.

"Hok aloh... Tak payah lah marah I... I tengah sakit ni..." kata papa. Kami tergelak.

"Eh... Sarah pun ada." kata papa.

"Ye... Teman Nayli balik." kata Sarah.

"Kakak. Mana bakal menantu papa? Tak balik sekali ke?" tanya papa. Mama dan papa tergelak kecil.

"Huh! Papa ni. Bila masa pulak papa ada bakal menantu ni?" tanya aku.

"Haizeq?" kata papa. Ey papa ni sakit ke tak? Orang tengah risau pasal dia, dia sempat lagi kenakan orang. Eeee... geram je aku. Sarah tergelak. Aku tidak menjawab, sebaliknya menjeling papa aku. Papa aku tergelak.

"Ei... Mama! Tengok papa ni! Ish! Baik tak payah balik kalau macam ni!" rungutku.

"Hahaha... Sorry lah. Gurau je." kata papa.

Aku dan Sarah keluar mencari makanan untuk dibawa balik ke hospital. Kitorang beli McD je. Nak drive-thru tapi ramai... So kitorang decide untuk order kat dalam and take out je.

"Awak duduk je lah. Biar saya yang order. Kita kena beli makanan untuk adik-adik awak jugak kan?" tanya Sarah.

"Haah." jawabku. Beberapa saat aku termenung, phone aku berdering. Aku menjawab panggilan itu.

"Mia!" panggil orang di sana.

"Ye Haizeq." sahutku.

"Kau dekat mana? Kenapa kau tak datang class tadi? Kenapa kau tak jawab aku call kau banyak kali tadi?" tanya Haizeq bertalu-talu. Ya Allah. Aku lupa nak bagitahu dia...

"Oh. Haizeq. Aku tak sempat nak bagitahu kau... Aku dekat KL sekarang ni..." kata aku.

"KL?! Bila kau balik Malaysia?!" tanya Haizeq, dengan nada yang tinggi. Huh! Pekak telinga aku.

"Okay macam ni cerita dia. Pukul 4 pagi tadi aku tersedar. Sebab mimpi tu. Lepas tu, aku dapat call daripada mama aku, mama cakap papa pengsan..." kata aku.

"Pengsan? Sekarang papa kau macam mana? Dia okay ke?" tanya Haizeq, risau.

"Hum... Okay kot. Tadi kitorang dah gelak sama-sama... Macam tak ada apa-apa..." kata aku.

"Oh... Kau? Kau okay ke?" tanya Haizeq. Muka aku berkerut lagi berkedut memikirkan soalan Haizeq tadi. Apa kena mengena dengan aku?

"Aku? Aku okay je. Kenapa kau tanya pasal aku? Bukan aku yang sakit..." kata aku.

"Takde lah... Mana lah aku tahu, kau tengah sedih ke pasal papa kau tu... Sebab tu lah aku tanya." kata Haizeq.

"Oh... Aku okay, aku okay." jawabku.

"Hmm... Mia." panggil Haizeq.

"Ye?" sahutku.

"Kau duduk sana berapa hari?" tanya Haizeq.

"Entah la. 3 hari kot. Aku nak tunggu papa aku sihat..." kata aku.

"Hmm... Jangan lah lama sangat dekat sana... Boring lah kalau kau tak ada dekat sini..." kata Haizeq.

"Ye lah, Haizeqku..." akurku. Haizeq tergelak kecil apabila mendengar aku memanggilnya dengan panggilan itu.

"Okay lah. Aku ada class lagi ni. Kirim salam dekat mama and papa kau." ucap Haizeq.

"Okay." akurku.

"Bye, Mia sayang..." ucap Haizeq.

"Bye, Haizeq..." balasku.

"Huh! Sayang mana sayang?" tanya Haizeq.

"Heh... Mengada lah Haizeq sayang ni!" kata aku.

"Hehehe... Gurau je. Bye!"

"Bye!" balasku. Haih... Berapa kali nak 'bye' ni? Kami mematikan talian. Aku tersenyum.

"Hah! Apa tersenyum sorang-sorang ni?" tegur Sarah. Adui... Terkejut aku...

"Senyum pun tak boleh. Takkan nak menangis, meraung pulak dekat sini..." jawabku.

"Heh... Dah, dah. Tolong bawak makanan ni jugak." arah Sarah. Aku hanya menurut. Aku tolong Sarah membawa makanan itu dan diletakkan di dalam kereta.

"Kita nak pergi ambik adik-adik awak dekat sekolah, kan?" tanya Sarah.

"Haah." jawabku sepatah.

"Hehehe... Tak sabar. Dah lama tak pergi sekolah tu. Rindu sekolah lama..." kata Sarah.

"Kan? Jom!" kataku lalu menghidupkan enjin kereta dan mula memandu.

________________________

"Kakak!" panggil adik-adikku. Aku ada 3 orang adik. And, korang tahu kan? Aku anak sulung. Adik-adik aku semua lelaki. Aku seorang je 'Putri' dalam keluargaku. Yang lain semua 'Putra'. Mereka sudah masuk sekolah menengah. Huhuhu... Dah besar adik-adik kakak...

"Hi adik-adikku!" ucapku, teruja.

"Eh? Kak Sarah pun ada?" tanya mereka.

"Hello! Lama tak jumpa..." sapa Sarah. Mereka tersenyum.

"Bila kakak balik? Kenapa kakak balik?" tanya mereka.

"Papa kan sakit, kakak balik lah kejap... Kitorang baru sampai tadi." beritahuku.

"Abang tak balik sekali ke?" tanya mereka. Abang? Mereka anggap Haizeq sebagai abang mereka. Ye, mereka rapat.

"Tak. Kakak balik dengan Sarah je." kata aku.

"Oh... Kita nak pergi hospital ke ni?" tanya adik-adikku.

"Ye lah. Nak pergi mana lagi? Papa kan dekat hospital..." kata aku.

"Dah. Dah. Duduk diam-diam. Pakai tali pinggang semua. Kakak nak race dengan orang sebelah ni." kata aku. Aku mula memandu dengan laju.

"Kakak! Laju lagi!" arah adik-adikku.

"Ui Nayli. Jangan lah laju sangat. Kita tak nak mati lagi..." kata Sarah. Aku ketawa. Aku mengurangkan kelajuan. Sarah menghembus nafas lega.

"Alah kakak... Kenapa perlahankan? Nak laju..." kata adik-adikku.

"Eh. Banyak cakap lah. Duduk diam-diam. Kakak tinggal tepi jalan kang." ugutku. Aku tahu, ugutanku tak memberi kesan apa-apa. Sebab diorang dah besar. Tetapi, mereka hanya akur. Mereka senyap dan bermasam muka kerana aku tidak menunaikan hajat mereka. Aku dan Sarah tergelak memandang mereka.

Hi korang! Sorry lambat update. Sorry tak dapat tunaikan hajat korang. Sorry tau. Busy lah lately ni. And, here, your new chapter! Next chapter coming soon! Stay tuned, stay safe! Thank you sudi baca cerita ni! Love you guys! Bye! Love, author. ❤️❤️❤️

missmiaacreators' thoughts