webnovel

DHA 3

Jalan raya hening. Hanya beberapa biji kereta saja yang mereka nampak. Mungkin sebab masih awal pagi. Farhana yang disebelah diam saja sejak tadi, membuatkan Haris menarik tangan wanita itu ke dalam genggamannya sekali lagi.

Terkejut, Farhana berpaling melihat Haris. Wajahnya keliru.

" Just let me hold you, Hana. Hold on to me. Okay?" Ujar Haris seakan memujuk.

Bergenang air mata Farhana sebelum dia merangkul bahu Haris. Wajah Farhana disembam ke lengan lelaki itu.

" I don't care if you wanna scream or cry your heart out tonight, I won't leave you alone." Haris memujuk. Kereta Volkswagen Passat Highland diparkir di sebelah Tasik Putrajaya.

Tasik Putrajaya tampak indah tatkala simbahan lambu merah putih memantul pada permukaan air. Ia beralun lembut tatkala angin awal pagi yang sepoi - sepoi bahasa meniup permukaan. Cukup romantis untuk pasangan yang dilamun cinta berbagi hati di sini.

Tapi tidak untuk Farhana, permandangan indah nan permai dihadapannya kini tidak mampu membuatkan hatinya yang gundah tenang.

" Oh my god Muiz... This hurts me so bad... Losing him felt my whole life is just so meaningless. Why don't He take me instead?" Farhana mula meraung dan menangis.

Dada kiri yang menyasak pedih ditepuk - tepuk kuat. Dicengkam kuat bahu Haris sambil dia berabis melepaskan apa yang terbuku di hati. Rindu pada Qaish melimpah dalam linangan air mata.

Haris di sebelah tak peduli. Dia diam saja. Basah lengan bajunya, perit telinganya, dia tidak peduli. Dia mahu wanita itu melepaskan segala isi hati padanya.

" Let it out love. I'm here. I'm going nowhere..." Haris usap tudung Farhana.

Ah! Fikirannya masih teringat akan rambut halus beralun milik wanita itu. Kini, dia hanya mampu menyentuh tudungnya saja.

" Muiz... You tahu kenapa I balik?" Kepala Farhana mendongak sedikit lalu dia mengunci pandangan pada Haris.

Bila mata mereka bertaut, Haris terus merenung dan meneroka isi hati seorang wanita di sebalik mata yang berkaca, cuba mencari jawapan. Tapi dia bukanlah sang menilik hati, dia tak tahu. Perlahan dia mengeleng.

" Sampai hati you Muiz... You macam dah tak peduli pasal I. Kenapa? You dah benci I ke?"

Haris mengeleng lalu dengan berani tangannya naik menyeka air mata Farhana yang mulai luruh lagi.

" Shyyyhhh... Jangan cakap macam tu. I will never ever hate you. Sorry kalau I hilang dua tiga tahun ni. I sibuk. Sorry ya?" Mungkin alasannya begitu tetapi hanya dia saja tahu kenapa.

Tangannya mengusap lembut pipi mulus Farhana. Mahu saja dia menarik Farhana terus ke dakapannya tapi apakan daya wanita itu bukan sesiapa baginya.

" Muiz... You have anyone special?" Soal Farhana tiba - tiba.

Kelopak mata Haris keras tidak mengerdip. Pertanyaan itu ada jawapannya. Dan bila itu ditanya Farhana lidahnya menjadi kelu. Keras.

Haris mengumam, " Actively none, secretly yes. Kenapa?"

Farhana sudah menunduk. Lengan Haris dipeluk kejap.

" I tahu apa yang I mintak ni bodoh tapi I really need your help... I dilemma Muiz. I tak tahu apa nak buat..."

" Kenapa ni? Apa yang bodoh?" Haris mengerut dahi. Rasa tidak sedap hati mula menular. Wajah sugul Farhana ditatap dalam - dalam.

" Marry me Muiz."

Haris diam tidak terkutik. Apa dia salah dengar ke? Betul?!

" What? A— Apa dia?"

" No? Never mind... Haha, tak patut I drag you dalam hal ni." Farhana melepaskan tangannya lalu dia menyandar tubuh ke kerusi. Mata terkatup rapat dan kepala digeleng lembut, sendiri tidak percaya dengan apa yang terzahir di bibir baharu saja tadi.

Air matanya diseka cepat - cepat sebelum dia pandang Haris semula dan tersenyum manis.

" Tak ada apalah Muiz... You should forget what I said. Ridiculous me. Haha." Kata Farhana lagi dalam sendu. Haris naik risau.

" Tell me Hana, kalau tak kita stay kat sini sampai pagi." Ugut Haris. Farhana menjeling manja sambil ketawa.

" Sorry, kepala I rasa macam tak betul pulak. Tiba - tiba je cakap macam tu." Farhana cuba mengelak lagi.

" I know you Hana. Tell me..." Pujuk Haris yang sudah tak sabar mahu mendengar kisah Farhana.

Menarik nafas, Farhana memberitahu," I kena kahwin... And you won't believe with whom I'm gonna marry."

Mungkin sebak di dada Farhana datang kembali kerana suaranya kedengaran seperti orang menahan tangis. Serak dan tersekat - sekat.

" Bukan dia kan Hana?" Wajah Haris pucat.

Tak mungkin Har Azmeer. Lelaki itu pernah membuat janji gila di hadapan mereka bertiga untuk memberi kesusahan pada hidup pasangan bercinta itu. Waktu itu, Qaish yang terkenal dengan barannya pun resah gelisah dengan lelaki berkaca mata berambut belah tengah itu dahulu.

" Haha... I tak tahu nak cakap apa tapi yes! He is Muiz! Macam mana ni... I thought dia takkan dapat cari I lagi... Tapi I silap, rupanya dunia ni kecil sangat, dia anak kawan papa I Muiz. I tak boleh lari...

I tahu... Dia setuju sebab dendam kita dulu. Bukan sebab cintakan I. Malam esok, papa jemput sekeluarga dia dinner di rumah. He will be there. And — and I don't even know how to face him."

Sendu yang ditahan tadi itu semakin kuat. Menghambur bagaikan halilintar. Bergema gempita di dalam kereta. Dipegang kepalanya yang rasa berdenyut tiba - tiba.

" That dorky? Serious Hana?"

" You think I'm kidding?!" Tinggi suara Farhana membalas.

Haris tersentap seraya menyambung " You asked me to marry you, Hana. Out of the blue. Mana I nak process semua benda yang you cakap?"

" I told you, I was being ridiculous kan..."

Haris lontar pandangannya pada Tasik Putrajaya sebelum dia dengar pintu kereta dibuka. Dia perhatikan saja gerak geri Farhana yang menapak ke but depan. Melihat figura itu dia semakin tidak keruan. Hatinya meronta - ronta ingin memegang Farhana kembali dalam taklukannya seperti tadi.

Jauh dilubuk hatinya dia senang hati hingga itu terlakar di bibirnya. Senyumannya melebar mengingatkan lamaran Farhana tadi.

Marry me Muiz...

Marry me Muiz...

Marry me Muiz...

Haris berjalan dan duduk bersebelahan Farhana, kot hitam miliknya disangkut pada bahu Farhana, tak mahu wanita itu kesejukan dengan angin dinihari yang membawa molekul air sejuk.

" Thanks Muiz..." Farhana memeluk kot Haris ke tubuhnya. Serta merta bau minyak wangi Polo Black menerobos halus ke lubang hidung Farhana. Dia keawangan seketika. Terasa bagai dia masih berada di dalam pelukan Muiz.

" I'm sorry... You've had so much going on and I'm not being helpful pulak..." Haris mengeluh kecil.

Farhana menoleh lalu dia menguntum senyum nipis. " No you're not. Staying here with you actually calm me. Thank you Muiz..."

Haris mengelus pipi Farhana sebelum mereka berdua kembali melontar pandangan pada Tasik Putrajaya yang terbentang luas.

" Being here with you, make me feel like he's still here with us. Maybe he was running to come to us, because of overslept or getting hot coffee for us to drink, or buying some pizzas cause only god knows how easy he gets hungry... Or maybe picking up a fight with anyone who had bullied us." Bergetar suara Farhana mengungkapkan kerinduan pada Qaish. Bibirnya yang dibasahi air mata, terukir senyum rindu.

Farhana menunduk, " It's so unfortunate that he is now gone..."

Haris mahu memeluk tapi dia bukan di bumi Eropah. Dia di Malaysia. Menjaga perbatasan antara dan perempuan itu perlu, apatah lagi pada waktu - waktu sunyi begini, jadi dia hanya mengusap lembut belakang tubuh Farhana yang tersendu - sendu menangis.

" Hana..." Haris keluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu dia mengenggam hal itu erat.

Di dalam tangannya, ada sebuah kotak cincin kecil yang sudah bertahun - tahun usianya. Cincin yang dibeli untuk melamar Farhana suatu ketika dahulu kini kembali berguna. Haris mendehem cuba membuang debar di dada yang tiba - tiba menyerang.

" H— Hana... Err, you betul - betul nak I—"

" Maksud I —."

" No — Maksud I kejap —." Haris menarik nafas. Cuba mencari ayat yang sesuai.

Tapi sayang, bunyi deringan telefon Farhana membantutkan perbualan mereka. Farhana bergegas mencari telefon bimbitnya. Nombor tidak dikenali tertera pada papan layar telefon. Sejenak dia perhatikan Haris, bila lelaki itu mengangguk segera Farhana menjawab panggilan.

" Hello..."