4 DHA 4

" Hello..."

" So my wife-to be dekat mana? I didn't see you dekat balai ketibaan pun." Kedengaran suara garau bercakap di hujung talian. Bunyinya begitu maskulin. Farhana mengerut dahi masih tidak memproses sama ada itu adalah Har Azmeer atau bukan.

Farhana laju mencari wajah Haris dengan dahi yang berkerut. Apa ya dia nak bagitahu?

" I already took a cab. You can go home." Ujar Farhana mendapat akal. Mati dia kalau dia kata dia ada bersama dengan Haris.

" Hotel mana kau tinggal? Oh, actually your parents — I mean, our parents are expecting me to pick you up and send you home." Har senyum senget dari hujung talian. Hidup kau, akan hancur dalam tangan aku.

" Kau tak payah nak sibuk - sibuk pasal aku. The our parents thingy make me wanna puke. Cut it off. Meluat."

" Sebelum kau meluat dengan aku, baik kau meluat dengan keluarga kau sendiri. Macam anjing pengemis datang merayu untuk beli syarikat yang dah hampir muflis." Berang Har walaupun masih bernada tenang.

Terpempam Farhana mendengar makian tidak bertapis dari lelaki bernama Har Azmeer itu. Dia menelan air liur.

" Bapak kau muflis, siapa yang tolong? Aku. Kalau kau cuba - cuba batalkan perkahwinan ni, you might want to start to consider striping for your career." Tawa halus dari corong telefon mengegarkan jantung Farhana. Api kemarahan semakin membara.

" How dare you!" Marah Farhana.

Har memotong, " Kau fikir selama ni kau akan terlepas dari aku? No! Aku hidup untuk menjadi neraka untuk kau, Farhana! Kalau kau tak nak hidup keluarga kau merempat, bagitahu aku kat mana kau sekarang!"

Talian Farhana matikan. Tubuhnya jatuh terjelopok di lantai tanah. Tanggannya mengeletar hebat. Air matanya merintik jatuh.

Haris bergegas mendapatkan Farhana. Tangannya yang mahu memeluk tubuh wanita itu bangun berdiri, dihalang.

" Dosa I Muiz... Dosa I datang tuntut dengan I Muiz..." Ujar Farhana yang berjujuran air mata.

" Apa you cakap ni Hana?"

" It was Har. He insisted on our wedding. I takut Muiz. Dia cakap, dia hidup untuk beri neraka pada I. Macam mana ni Muiz?"

" That son of a bitch. Kurang ajar!"

" He's coming...."

" Buat apa dia datang sini? Dah jom, I bawak you ke rumah I." Ajak Haris.

Bila tangannya sekali lagi ingin mengangkat bahu perempuan itu, Farhana menolak. Kepalanya laju mengeleng.

" Parents I macam mana Muiz? Papa I dah muflis. Bank, Ah Long cari dia tapi Har tolong papa langsaikan semua hutang dia. He demanded nothing from my father except to hand me in marriage. I tak nak Muiz.... I tak setuju!"

Haris mengaup rambutnya yang sudah bersarang serabut. Dalam satu malam saja, dia sudah pening. Mujur masalah dia dan Raudah sudah selesai, kalau tidak bertimpa - timpa masalah dia.

" I — I pun tak tahu nak tolong you macam mana. Banyak sangat I perlu—."

Farhana mengeleng tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, " Its not your fault. Maafkan I, kalau I susahkan you."

Farhana pasrah. Dia sudah terlalu banyak dosa pada Har dan ini mungkinlah pembalasannya.

Haris tiba - tiba saja hilang kata - kata. Dia mahukan Farhana tetapi bukan dengan masalah yang bakal diheret sekali. Ahh! Pening!

Sebuah kereta Toyota Camry lama berhenti bersebelahan dengan kereta mewah Haris. Cermin gelap dari tempat duduk Haris dibuka lalu dia menoleh ke sebelah.

Kelihatan seorang lelaki tegap berbaju pagoda putih duduk ditempat duduk pemandu. Lelaki itu menoleh seraya matanya merenung ke arah Haris dengan pandangan jelek.

" What a small world, kau, Muiz?" Har tawa kecil lalu mengeleng. Kenapa dia tak boleh terfikir akan lelaki ini. Haris Muiz, bayang - bayang Qaish.

" Been a long time, huh, dorky..."

Senyuman di bibir Har serta merta hilang dek panggilan itu. Dia sudah lama menguburkan dirinya yang lama dan mendengar seseorang mengingatkan dia tentang itu, hatinya terus rasa membara.

" Mana Hana?" Har menyoal, malas sudah ambil pusing perihal dirinya yang sudah terkubur dulu.

" Lain kau sekarang?" Haris menongkat kening.

" Nak aku bukak meja ke ajak kau menyembang?" Perli Har. Masakan orang seperti Haris mahu berbual lama dengan dia. Hanya sekadar mahu mengapi - apikan dia saja.

" Kau memang manusia tak tahu malu kan? Apa yang kau nak dari dia? Apa masalah kau?" Bentak Haris sambil bola matanya melirik ke arah figura itu.

Lain. Tidak seperti dulu, kurus dan comot. Wajah Har lebih maskulin dan tubuhnya berotot sana sini. Cermin mata bulat juga sudah tidak kelihatan menongkat pada batang hidung.

" Tak ada masalah. Cuma aku nak dia jadi hak aku. Masalah tu sebenarnya dengan kau kan? Lelaki yang tersayang girlfriend kawan baik sendiri... Tapi akhirnya kalah juga. Qaish mampus, dapat dekat aku." Har ketawa kecil.

Puas rasanya dapat mencabar kejantanan lelaki yang kononnya di kolej dahulu, seorang lelaki yang digilai ramai.

Penumbuk sudah dikepal, menunggu mangsa saja untuk dilibas. Haris mengetap giginya geram namun melihatkan Farhana yang lena ketiduran di sebelah, dia batalkan niatnya dari terus merosakkan keadaan.

Pintu kereta Toyota Camry dibuka dan Har melangkah ke arah kereta mewah Haris. Kakinya selamat menapak di sebelah pintu kereta pemandu sebelum dia tundukkan badannya separas dengan wajah Haris.

Kepalanya pula menjenguk ke dalam kereta dan mencari jasad Farhana. Dia menyungging senyum melihat wajah cantik Farhana yang lena ketiduran. Apatah lagi sekarang dengan bertudung litup.

" Buka pintu kalau kau tak nak aku apa - apakan keluarga Hana... Rasanya kau tahu apa yang aku boleh buatkan?" Kata Har mengugut lalu tanpa menunggu jawapan dari Hari, dibawa kakinya ke arah bertentangan.

Haris menjeling geram melihat Har sudah berada di sebelah pintu penumpang. Tingkap kereta diketuk lembut mengisyaratkan Haris supaya membuka kunci kereta.

Mengalah, Haris buka kunci lalu pintu dibuka. Tanpa isyarat, Har rentap tangan Farhana keluar dari kereta.

Terjaga Farhana dari tidurnya tadi. Pandangannya berpisat - pisat dan tubuhnya terasa seperti melayang sebelum ia menghempap tubuh seseorang.

" Ahhh!!!"

" Woi!" Amarah Haris. Dia meluru keluar dari perut kereta.

" Sakitlah! Sakit!!" Farhana meronta ingin melepaskan diri. Genggaman tangan Har semakin kuat.

" Tau pun sakit. Lepas ni, ada banyak siri lagi Hana. Kau jangan risau..." kata Har tersenyum sinis melihat wanita yang berada di dalam genggaman itu, meronta - ronta ingin melepaskan diri daripadanya.

" Bodoh! Lepaskan Hana!" Arah Haris dengan kakinya sudah mara ke arah Har.

Jari Har menunding tepat pada Haris menyuruh lelaki itu berhenti berganjak.

" Kau datang, perempuan ni aku kerjakan."

Haris termangu saja melihat Farhana diheret masuk ke dalam kereta Har lalu melihat perempuan berlalu pergi begitu saja bersama lelaki pendendam itu.

" Arghhhhh!!!! Setan!!!!!"

avataravatar
Next chapter