webnovel

bukan orang biasa-biasa

putri mula naik angin mendengar desakan nasha.

" heyy... bukan i suruh you keluar dengan jantan-jantan tu pun.. you yang nak keluar dengan diorang.." marah putri. panas pula hatinya.

" putri.. i bukan apa.. tadi pengurus i call.. banyak projek dengan show i sudah di terminate.. i tak sedap hatilah putri.." nasha mengendurkan suaranya apabila dimarahi putri.

putri diam. keadaan yang dialami nasha sama seperti keadaannya dan witty group. nampaknya ada orang dibelakang tabir yang merancang semua ini.

" babe.. kau tak rasa pelik ke?" tanya nasha apabila putri mendiamkan dirinya.

" babe.. kau cool dulu..relax.. jangan buat apa-apa.. bagi aku siasat dulu benda ni.. " putri menenangkan nasha.walhak,keadaannya benar-benar gawat.

setelah seketika mereka berbincang,panggilan pun tamat.

putri mengadap daddynya. ada sesuatu yang ingin dikatakannya.

" daddy.. i need your help.." putri membuat muka sedih. dia sudah terdesak.

t.s.m jalil yang sedang sibuk menatap tabletnya membaca email penting mula memberi perhatian ke wajah satu-satunya anak gadis kesayangannya.

" daddy dah siasat kenapa syarikat-syarikat yang berkerjasama dengan kita semuanya mula tarik diri?"tanya putri mengambil berat.

t.s.m jalil mengeluh. dia sebenarnya masih terkejut. perkara ini terjadi dengan mendadak. dalam masa dua hari,rakan kongsi dalam pelbagai sumber mula menarik diri. syarikat yang mahu melabur dengannya mula menarik kembali pelaburan. segala projeknya yang berskala besar kini terhenti serta merta. semuanya sangat mengganggu. isterinya juga mempunyai masalah yang sama. siapa yang berani membuat kacau dengan witty group? siapa yang berani mengkhianatinya? itu yang utama.

" susah daddy nak cakap.. sekarang daddy sudah suruh mahfuz siasat.." setelah lama berdiam diri t.s.m jalil mula membuka mulut.

kelat wajah putri.

" kebarangkalian orang yang daddy syaki mengkhianati kita siapa?" tanya putri.

pada masa yang sama mummynya melangkah masuk. wajah itu kelihatan sangat stress.

" sayang.. sejak akhir-akhir ni.. you ada kacau company orang lain ke?" tanya t.p midah. suaranya marah-marah. ada beberapa pelanggan di butiknya memulangkan barangan dan mula bertanya tentang kesahihan barangannya. marah betul dia.

" mummy.. daddy.. putri rasa putri tahu sekarang ni siapa yang kacau kita.. ni semua perempuan kampung perampas tu punya fasallah ni.." putri mengepas penumbuk di tangannya.

" perempuan kampung??" tanya t.p midah.

" iya.. beberapa hari lepas.. putri jumpa isteri ik.. putri ajar sikit perempuan tu.. dan dia memang layak pun diajar.." cerita putri dengan rasa marah meluap-luap.

" putri buat apa dengan cik puan??" tanya t.p midah. suaranya melengking terkejut.

" putri cuma ajar dia sikit.. tapi dia sengaja minta simpati sampai admit hospital melaka.." cerita putri.

ct.p midah sudah kehilangan kata-kata. tidak sangka perbualannya bersama ku masni pagi tadi berkisar tentang anaknya sendiri. ku masni menceritakan tentang kejadian yang menimpa cik puan cempaka.

" dear... tahu tak.. mana mummy nak letak muka.. benda ni dah jadi gosip hangat.. dan ck puan cempaka keguguran.." marah t.p midah. berani betul anaknya mencari fasal dengan ikran. ikran betul-betul memanjakan isterinya itu. berani pula anaknya mencari fasal. nampaknya dia kena menebalkan muka mengadap cik puan cempaka dan ku najah.

" keguguran!!!" terjerit putri. dia tidak tahu pula yang cempaka mengandung.

t.s.m jalil mengurut dahinya. patutlah company-nya bermasalah. rupanya ada tangan ghaib dari tid bhd. siapa yang tidak kenal dengan tengku ikran? lelaki itu berjaya membina empayarnya bukan di dalam negara sahaja. sehingga ke luar negara dia menempa nama. malahan kegilaan ikran dalam membina empayarnya menjadikan sesiapa yang mendengarnya pasti gerun. siapa yang berani menghalang laluannya akan lenyap syarikatnya dalam masa sehari. apakah nasibnya?

" putri tahu tak cik puan cempaka tu bukan orang biasa-biasa.. dia bukan perempuan kampung macam namanya..dia anak kepada orang kuat pertahanan negara. ayahnya ketua menteri. ibunya puan sri rahimah. mega tech holding milik keluarganya. kenapa putri tak terfikir tentang benda ni semua.?" lemah suara t.p midah. kenapa anaknya berani mencari fasal dengan keluarga cempaka. memang dia marah sewaktu ku najah memilih cempaka untuk ikran. namun melihat status cempaka dan ikran,dia faham benar tahap kesepadanan cempaka dan ikran.

" mummy.. putri tak tahu.."putri tiba-tiba rasa menyesal. dia tidak tahu kebenaran itu. dia tidak pernah menyiasat latar belakang cempaka. semua orang mengatakan isteri ikran kampung girl.

" putri.. naik atas dulu.. biar mummy dengan daddy settle masalah ni." arah t.s.m jalil. dia perlu menenangkan dirinya dulu.

ikran mencempung tubuh cempaka membawa isterinya terus ke dalam bilik tidur utama.

" mario.. tolong call doktor fauzan.. tak..tak.. suruh isterinya yang datang sekarang.." arah ikran. risau melihat suhu tubuh cempaka yang panas. isterinya tiba-tiba demam sewaktu dalam perjalanan tadi.

" baik tuan.."

mira membawa besen berisi air dan tuala kecil untuk mengurangkan suhu panas badan cempaka yang masih tidak sedar itu.

ikran melabuh duduk di kerusi sudut dalam biliknya. memerhati mira yang meletak tuala kecil ke kepala cempaka. wajahnya tenang. tapi dalam hatinya sudah berkecamuk memikirkan keadaan isterinya.

selang 50 minit,dr fauzan dan isterinya dr shariza tiba. ikran mempersilakan dr shariza merawat cempaka di dalam bilik tidur utama. manakala, dia dan dr fauzan menanti di ruang rehat tingkat 3 sambil berbual kosong. dr fauzan adalah sahabatnya sewaktu zaman kuliah.

hampir 30 minit merawat cempaka,dr shariza akhirnya keluar.

" syer..macam mana keadaan cempaka?" tanya ikran memberi isyarat mata kepada mira untuk menuang minuman kepada dr shariza.

" keadaan dia dah okey.. dia tengah tidur sekarang.." maklum dr shariza yang mesra dipanggil syer. dia melabuh punggung di sebelah suaminya.

" tengku.. tak buat report polis?" tanya dr shariza yang perasan dengan beberapa lebam kebiruan di tubuh cempaka.

" sudah.. macam mana dia tiba-tiba dia boleh demam?" tanya ikran.

" dia keletihan. jangan bagi dia terdedah sangat dekat aircond. jangan bagi dia stress. make sute dia rehat secukupnya dalam dua tiga minggu ni. perempuan baru keguguran ni sensitif sangat-sangat. lagi-lagi anak sulung. luaran nampak macam dia okey tapi dalaman.. kita tak nampak.." panjang lebar dr shariza memberi penerangan.

ikran mengangguk. menghadam maksud kata-kata dr shariza.