76 Tamparan besar

cempaka terjaga apabila terasa cahaya terang menyuluh matanya. terasa ada tangan suam memeliknya. membuat tidurnya lena sepanjang malam. perlaha-lahan cempaka membuka matanya.

ikran masih dibuai lena. malam tadi dia tidur lewat. menyiapkan beberapa tugas penting. meneliti beberapa fail projek terkini. sehingga telinganya menangkap bunyi tangisan kecil. rupanya cempaka menangis dalam tidur. pasti isterinya itu bermimpi sedih. seketika kemudian dia melihat cempaka mula meracau. teringat kata-kata doktor yang merawat cempaka. istetinya itu masih dalam keadaan trauma. tidak normal bagi seorang wanita yang kehilangan janinnya tidak menunjukkan sebarang riak.

perlahan-lahan ikran membuka matanya. menangkap sepasang mata yang merenungnya.

ikran pamer senyum. bibirnya mengucup dahi cempaka.

" hmm...hmm..." tengku ikbal berdehem melihat kemesraan pasangan itu yang langsung tidak menyedari kedatangannya dan ku najah.

ikran dan cempaka mula melihat suasana sekeliling. ikran perlahan-lahan bangkit turun dari katil.

" awal umi dengan abi datang.." sapa ikran. dia membantu cempaka bersandar di kepala katil.

" ni ha.. umi kamu ni.. tak sabar nak datang awal..kalau boleh selepas subuh nak datang.." balas tengku ikbal sambil matanga tekun membaca surat khabar.

" umi bukan apa.. takut cempaka nak sarapan ke.. apa ke.. senang kalau umi sampai awal.. boleh umi tolong mana yang patut." ku najah mempertahankan dirinya.

cempaka senyum.

" terima kasih umi.. maaf sebab buat umi risau.. sepatutnya sekarang umi patut berehat sahaja di rumah.. ada maid boleh tolong.." terselit rasa bersalah dan terharu di hati cempaka.

" jangan cakap macam tu.." bantah ku najah. dia tidak mahu cempaka sedih.

" nak mandi?" tanya ikran. menukar topik sebelum ada drama air mata.

" sekejap lagi mira dengan yana sampai.. saya minta tolong mira.." cempaka tidak mahu ikran membantunya mandi. kasihan dengan suaminya.

" lama nak tunggu mira tu.. " bangkang ikran.

" haah.. pergilah ikran tolong mandikan.." ku najah bersetuju sahaja. apa salahnya suami mandikan isteri.

baru cempaka ingin menjawap,pintu ditolak daripada luar seorang doktor wanita melangkah masuk.

" selamat pagi.. macam mana keadaan puan hari ini?" tanya doktor yang bertugas pada pagi ini. dia membaca fail berkenaan maklumat pesakit yang diberikan oleh jururawat.

cempaka mengangguk.

" sudah maklum suami puan.. saya difahamkan disini.. suami puan berada di luar negara.." tanya doktor itu sambil tangannya mencatat sesuatu.

" saya suaminya.." akui ikran.

doktor itu menoleh kepada ikran. tersipu malu dia melihat wajah kacak ikran.

" doktor.. saya masih boleh mengandung lagi?" tanya cempaka.

" boleh.. tiada masalah.. tetapi puan kena jarakkanlah. dalam 3 ke 6 bulan selepas keguguran. bagi rahim puan betul-betul sihat dulu sebelum merancang untuk dapatkan anak seterusnya." jawab doktor itu yang mengenakan tag nama khuzaimah. senpat lagi doktor itu menitipkan pesanan.

cempaka mengangguk.

" doktor.. isteri saya boleh balik hari ini?" tanya ikran dengan wajah seriusnya.

doktor itu diam sambil membaca charting cempaka.

" hari ini... boleh.. tetapi selepas ini puan cempaka kena dapatkan rawatan selanjutnya di hospital berdekatan rumah."

lega hati mereka yang ada di dalam ruangan itu.

ku najah membantu cempaka mengemas barang-barangnya sementara ikran menyelesaikan urusan discharge cempaka.

" cempaka nak berpantang dekat rumah mana??" tanya ku najah. sebolehnya dia mahu cempaka berehat di villa utama. namun ikran pula tidak setuju.

" kena pantang juga ke umi??" tabya cempaka pelik.

ku najah mengangguk. dia mula menceritakan proses dan prosedur penjagaan diri selepas keguguran. cara menguatkan rahim kembali. ubat-ubatan yang bagus. minuman air kayu yang pahit tapi bagus. cempaka yang 50-50 tahap kepahamannya mengangguk sahaja.

" takpelah.. umi dah minta seorang bidan yang pakar menjaga perempuan lepas keguguran jaga cempaka.. dia akan mula datang esoklah ke villa kamu.." ku najah sudah merancang segala-galanya. dia mahu yang terbaik untuk menantunya.

" bidan ni pandai berurut. nanti mintalah dia urut badan cempaka.." saran ku najah.

cempaka angguk. terharu dengan layanan ku najah. mamanya sendiri juga tidak sesibuk ini. tetapi walau begitu,puan rahimah tetap menghubunginya tadi. bertanya tentang keadaannya. malah siap bagi tip lagi untuk kuatkan rahim.

" dah siap?? kereta sudah tunggu dekat bawah.." tanya ikran di muka pintu. cempaka dan ku najah mengangguk.

ikran masuk ke dalam bilik sambil menolak kerusi roda.

" umi.. abi tunggu umi dekat lobby utama.. umi naik kereta dengan abi ye.." maklum ikran sambil membantu cempaka duduk di kerusi roda.

ku najah mengangguk.

" umi balik berehat.. esok baru umi datang villa ik.." pesan ikran lagi. dia tidak mahu ku najah letih. kasihan wanita itu.

" kamu tak suka umi jaga isteri kamu ke?" tanya ku najah seolah berjauh hati.

ikran mengeluh. memandang cempaka. minta bantuan pujuk ku najah.

" umi... abang sebenarnya taknak susahkan umi.. perjalanan jauh.. umi kena berehat.. esok kalau umi free umi boleh datang teman cempaka.. " pujuk cempaka sambil menjelaskan tindakan ikran. prang lelaki bukan tahu nak melembutkan ayat. cakap sebaris macam robot. mahu tak kecil hati ku najah. betullah kalau orang cakap suaminya itu hati kayu.. memang kayu pun. diakui..

" tapi umi risaukan kamu..." ku najah membantah.

" umi.. kat rumah tu ada mak pah.. umi tak payah risau ye.. lagipun kan umi cakap nak bawa bidan tolong jaga cempaka?" cempaka men-psyko pemikiran ku najah.

terangguk-angguk wanita itu.

" betul juga.. esok je lah umi datang.. nanti umi call pah sekejap lagi.. nak suruh dia masak makanan untuk orang berpantang.." akhirnya ku najah berjaya memakan pujukan cempaka.

cempaka pamer senyum kepada ikran.

ikran mengangkat keningnya. seronok melihat ke najah yang tewas kepada menantunya. jarang ku najah mengaku kalah angkat bendera putih.

cempaka membetulkan duduknya di dalam kereta. menyelesakan dirinya.

ikran pula masuk sahaja dalam kereta terus membuka tabletnya.

" yana... barang senua sudah siap?" tanya ikran sambil mata masih ralit ke tablet.

" sudah tengku.. kita terus gerak ke kl sahajalah.." jawap dayana. dia menjadi pemandu tidak bertauliah hari ini.

" erm..."

" kalau mengantuk.. tidur sini.." pesan ikran sambil menepuk pehanya.

cempaka mengangguk. dia meletak kepalanya di bahu ikran.

" kenapa?" tanya ikran.

cempaka menggeleng.

" rehatlah.. sampai nanti abang kejutkan.." suruh ikran sambil menepuk bahu cempaka. membawa tubuh itu ke dalam pelukannya.

" tak mungkin.. tak mungkin..." jerit nasha sewaktu membaca berita hiburan hari ini. tajuk berita itu memberi tamparan besar di wajahnya

" BEBERAPA ORANG PERAGAWATI DIDAPATI TERLIBAT DENGAN SKANDAL SEKS"

walau sudah di-blur-kan gambarnya,nasha masih mengecam itu adalah gambarnya bersama kekasih gelapnya. suami orang. mereka keluar dari bilik hotel. beberapa keping gambar lain lagi. nasha mendail nombor telefon putri untuk bertanya tentang kesahihan berita itu. takkan keluarga putri tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang berita itu. selalu kalau ada benda yang melibatkan putri,pasti kes itu akan diselamatkan oleh keluarganya. kali ini.

" babe.. you dekat mana?" tanya nasha dengan riak sebal.

" dekat rumah family i.. tengah mengadap big boss.." jawap putri. lemah suaranya. dia sedang dalam tekanan. daddynya memaklumkan company mereka ada masalah. rakan urus niaga daddynya mula menarik diri satu persatu tanpa sebab yang kukuh. projek yang sudah 70% selesai ditangguhkan kerana syarikat usahasamanya mula menarik diri. seandainya keadaan yang sama masih berlanjutan,witty group akan berada dalam keadaan genting. mereka mula diserang daripada pelbagai penjuru. kerisauan jelas terpancar di wajah daddynya. ditambah pula dengan berita skandalnya yang sudah mula tular di media sosial. pihak pengurusannya tidak dapat menahan khabar angin itu. malahan orang dalam yang selalu membantu daddynya menyelesaikan masalahnya juga tidak dapat berbuat apa-apa.

" putri... putri... macam mana ni.. gambar kita ada dah tersebaf meluas..." suara nasha yang seakan menjerit mematikan lamunan putri.

" you.. bagi i masa untuk cool down dulu.. i tengah stress ni.." putri berkata lemah.

" babe... kalau semua orang tahu tu i.. dan kecoh..macam mana babe?" nasha mula mendesak. dia sudah mengelabah.

avataravatar
Next chapter