webnovel

bab4

" Apa maksud awak? Mama mana awak bercakap tadi? Haih setahu saya awak tak panggil ibu awak mama. " tuturku penuh sangsi.

" Cik Iriena saya ni masih simpan memori pasal saya rupanya. Lega hati ni. Ah! Tentang soalan awak tadi, saya bercakap dengan bakal mak mertua saya, Puan Zura. Saya rasa awak sangat kenal dia. Kenal kan?" Ucapku sambil tersenyum simpul.

" Apa ni Adam?! Suka hati awak je nak call mama saya. Awak lupa ke yang awak dah tinggalkan saya? Kita dah tak ada apa-apa. Tolong la jangan kacau hidup saya macam ni. Bila awak nak, awak datang bila awak tak nak. Macam tu je awak biar saya. Semua ni awak buat keputusan ikut kepala awak je. Awak ingat saya ni apa?! Barang terpakai?!." Hilang habis semua mood aku yang ceria nak jumpa keluarga tercinta.

" Lyn.. berapa kali saya nak kena explain yang saya tak berniat pun nak tinggalkan awak. Saya tahu itu salah saya, tapi bagi la sekali lagi peluang untuk buktikan yang saya betul-betul ikhlas." Ucap Adam sedikit merintih.

"Tak berniat? Are you making a joke? Awak tahu tak semua perkara bermula dengan niat. Boleh pula ye awak nak claim yang awak tak berniat? Awak mabuk ke masa tu? Hilang kewarasan? Penat la saya nak cakap benda yang sama dengan orang yang sama." Ucapku sinis dan tegas.

Pantas kaki ku hayun masuk ke bangunan penginapan siswi.

Baru sahaja beberapa langkah, telefonku bergetar. Mama. Pangggilan daripada mama.

"Ye ma." Ucapku

"Sayang mama nak pergi mana tu? Mama sampai dah ni. " tutur mama lembut.

Aku menoleh ke belakang. Benar mama sudah pun sampai. Kelihatan mama dan ayah keluar dari kereta.

Aku melangkah lemah menghanpiri mereka.

Saat kaki ini baru sahaja mendekat telinga ini menangkap perbualan mesra antar Adam dan ibu ayahku.

Entah apa la yang dia rancang. Terasa muak dan lemas.

Aku bersalam dengan kedua orang tua ku. Tapi mukaku sudah pun sedikit kelat. Mungkin bukan sedikit tapi memang kelat.

"Mama ke yang ajak dia ni?" Soalku.

"Siapa dia ni?' Soal mama sambil tersenyum

"Adam la." Ucapku.

"Adam yang ajak mama. Terkejut mama yang jadi lecturer kamu sekarang. Kamu tak cerita pun dekat mama." Kata mama lembut.

"Bukan mama patut terkejut kenapa fia tiba-tiba muncul ke? Lepas tu buat macam tak ada apa-apa jadi." Perliku.

"Lyn, apa cakap macam tu. Ayah tak suka anak ayah cakap macam tu." Ujar ayah yang dari tadi hanya berdiam diri.

"Ayah.." belum pun sempat aku menghabiskan kata-kata, ayah telah pun masuk ke kereta mengajak kami makan tengah hari.

***

Sudah lah panas hati melihat Adam bukan main mesra lagi dengan mama. Di tambah pula perlu naik satu kereta dengan dia. Sibuk je nak naik kereta ayah mama aku. Hergh.

Adam dan mama rancak bersembang di dalam kereta. Macam-macam mereka bualkan. Dari kisah kuliah sampailah khabar keluarga Adam.

"Lyn pelik la, bukan mama dengan ayah tak suka Adam ke dulu? Kata dia scammer la, orang jahat la, tak tahu niat dia apa la. Ni suka pula." Kata ku yang dari tadi hanya diam membisu.

"Bukan Lyn ke yang beria pujuk cakap Adam ni baik? Ikhlas dengan Lyn. Sekarang terbalik pula?" Ucap ayah sedikit tegas.

"Haih. Haah dulu dia nampak ikhlas. Sekarang tak penting pun. Lyn dah tak nak dia. Along pun tak suka dia kan?" Ucapku sambil mencuit bahu abang sulungku.

Dia ni dari tadi diam. Usah nak sebelahkan aku. Macam halimunan pula dia buatnya.

" Lyana.. kalau ye pun tak suka, jangan la mengata depan dia. Lyn tak kesian dekat Adam tu? Malu dia." Tutur Along.

Aku menjeling tajam Adam sekilas. Panas betul hati aku ni. Selama perkenalan kami ada lah beberapa kali dia bertemu orang tua aku. Di awal pertemuan, memang ayah dan mama tak setuju. Tapi lama kelamaan, Adam pandai ambil hati mereka. Sampai sekarang pula tu sayangnya. Pakai minyak apa la si Adam ni.

Aku pula, hanya sekali sahaja bertemu orang tua Adam itu pun sekejap sahaja. Iyalah mereka bukan tinggal di sini. Selebihnya aku banyak bertemu dengan atuk dan neneknya. Mereka baik-baik saja. Tapi tu la cucu mereka ni yang tak berapa.

Aku pun tak pasti, kenapa marah betul aku tatkala melihat wajah Adam. Walhal tidak lah teruk mana cara dia tinggalkan aku. Aku ni dikira ego ke?

***

Usai kami menjamu selera. Aku makan saja tanpa satu patah perkataan pun keluar dari bibirku. Malas. Malas nak bercakap, nanti aku juga yang salah. Padahal mat salleh celup tu yang tinggalkan anak mereka ni. Geram betul aku.

"Lyn, Adam ada bagitahu Lyn tentang minggu depan?" Soal Ayah sambil memandangku.

"Bagitahu apa ayah?" Soal aku kembali.

"Kamu tak bagitahu Lyana ke Adam?" Soal ayah kepada Adam pula.

"Belum" ucap Adam sambil tersenyum nipis.

"Bagi la tahu." Ucap Ayah sedikit tegas.

"Awak, minggu depan, parents saya balik Malaysia. Saya bercadang nak hantar rombongan merisik dan bertunang sekali. " kata Adam selafaz.

"Apa? Merisik? Bertunang? Saya? Ke orang lain?" Soalku sedikit terkejut.

"Erm awaklah. Takkan orang lain pula. Saya ada awak je." Tuturnya.

Aku diam. Terkedu. Masih memproses kata-katanya. Bagai taufan sedang melanda hati dan mindaku.

"Saya tak setuju." Ucapku ringkas dan tegas.

"Ayah dan mama setuju." Ucap Ayah.

"Apa ni ayah? Mama? Lyn tak setuju. Hubungan Lyn dengan Adam dah tamat la. Nak tunang apanya? Lagipun tak nak la! Sebelum kahwin pun dah pandai berahsia. Nanti dah kahwin entah apa la dia nak sorok dari Lyn. Lagi pun Lyn tak habis belajar pun lagi. Big No ayah mama." Ucapku tegas namun masih mengawal nada suara.

" you are at your final semester Lyn. Tak salah pun kalau Lyn kahwin awal. Lagipun sekurang-kurangnya ada suami yang boleh jaga Lyn. " ucap mama.

" apa ni... Along cakap la. Tak kan nak diam je dari tadi? Along setuju ke? Abang tak suka Adam kan?" Rintihku.

Along tersenyum melihat aku. Sambil menggelengkan kepala.

"Bagi along slow talk dengan dia kejap" ucap Along lalu menarik tanganku pergi keluar kedai.

***

"Lyn betul ke dah tak sayang Adam?" Tanya Along.

"Dia tipu Lyn. Perlu ke Lyn sayang dia?" Ucapku

"Aip, along tanya lain dia jawab lain. Sayang Adam lagi ke tak?" Tanya along lagi.

"Haih Iriena Lyana, jangan drama sangat. Relax ok. Look, Lyn marah dekat Adam sebab Adam tipu, and berahsia dari Lyn kan? Betul apa abang cakap ni?" Tanya abang.

Aku mengangguk perlahan.

"Ok , but don't you remember yang Lyn pun ada tipu Adam dulu? Bukan sekali, tapi banyak kali kan?" Soal abang lembut namun menjerat.

"Itu hal remeh je la. " ucapku membela diri.

" Lyn tipu pasal umur, nama siap gambar pun guna gambar orang lain. Tapi dia ok je. Siap masa along cakap dia scammer , dia siap datang rumah kita lagi. Tunjuk ic lagi . Abang tak nak paksa Lyn kahwin pun. Tapi jangan menghukum orang. Hukum lebih-lebih pula tu. Cuba Lyn bayangkan kalau Adam telling you the truth pasal dia kemalangan. Abang kerat jari la Lyn akan terus fly pergi UK. Sambil nangis-nangis. Bahaya kan macam tu? Lepas tu abaikan semua benda. Jadi cuba tengok hikmah tu. " ucap abang lembut.

Aku menghela nafas berat. Ye apa yang along katakan itu. Semuanya betul. Tak ada satu pun yang salah.

"Ok fine. Pastu kenapa tiba-tiba je mama ayah setuju nak kawinkan Lyn? Lyn budak lagi la." Luahku.

"Budak ye? Haha . Adam tu sebenarnya selalu je contact mama ayah. Dan dah lama dia minta nak jadika Lyn isteri dia. Macam ni, along dapat offer untuk kerja dekat Arab saudi next year. Along ingat nak bawa mama ayah sekali. Memandangkan ayah pun ada plan nak buka branch baru dekat sana. Jadinya, tak nak la tinggal Lyn sorang-sorang. Faham tak maksud along?" Ucap Along

Aku memandang along tajam. Patut la dari tadi dia diam je. Rupanya ni semua berpunca dari dia. Geramnyaaaaa.

" Alah, macam alonh tak tahu yang awak tu suka je dekat Adam tu lagi. Buat jual mahal pula." Sakat along.

"Diam la. Bagi Lyn masa Lyn nak buat istikharah." Pintaku.

***

Selesai sahaja berpamitan dengan keluarga, aku melangkah masuk ke bangunan asrama.

"Awak, can I get your answer?" Ucap Adam yang berada di belakangku.

Aku menoleh. Menatap raut wajahnya. Dia baik. Sangat baik. Sepanjang perkenalan kami. Tiada cela yang aku lihat pada dirinya. Kecuali hanya waktu itu.

BERSAMBUNG...

P/s: enjoy reading semua! Komen banyak2 tau. Jangan lupa vote jgk. New chap hari selasa malam.