Aku merebahkan badan di atas katil. Sambil menghela nafas berat. Apa agaknya yang Allah tulis untuk aku? Hidup aku ni haru biru sejak berpisah dengan manusia bernama Adam.
***
Aku bangun jam 3 pagi. Aku tetapkan hati untuk bertanya dengan pencipta apa yang terbaik untuk aku. Aku merintih, meluah segala apa yang tertanam di benak fikiran juga lubuk hatiku.
Hatiku beransur tenang. Entah dari mana ketenangan itu hadir aku juga tidak tahu. Mimpi? Tiada satu mimpi pun yang hadir bagaikan pentunjuk seperti yang selalu aku baca di novel-novel cinta.
Namun aku tetap yakin akan jawapan Allah untuk setiap soalanku. Seminggu berlalu aku masih lagi bangun di tengah malam menagih jawapan yang pasti. Adam? Dia ada mengejar meminta jawapan. Tapi sudah aku titikkan untuk bagi aku waktu supaya dapat menetapkan jalan.
Setiap hari ada saja terserempak dengan dia. Tapi aku biarkan saja. Biarlah jiwa ini bicara dan menilai rasa hati.
***
Aku menatap sepi bukit yang tesergam indah di hadapanku sambil ku teguk sedikit air mineral ditangan.
Aku menarik nafas sedalam dalamnya. Mencari kekuatan dengan pilihan yang aku buat.
"Assalamualaikum, dah lama ke awak tunggu? Saya minta maaf. Ada student datang untuk consultation tadi. " sapa Adam sambil mengambil tempat hadapanku.
Dia terlihat sedikit mengah. Mungkin dia tergesa-gesa ke sini. Wajahnya sedikit memerah mungkin disebakan cuaca. Malaysia is so hot la katakan.
"Tak la, saya pun baru habis lelas tadi." Ucapku tenang.
Adam mengangguk perlahan sambil mengukir senyum kepadaku.
"Tak penat ke asyik senyum?" Soalku.
"Awak tu, tak penat ke asyik buat saya senyum?" Ucap Adam sedikit ketawa.
"Kenapa awak nak jadikan saya isteri?" Soalku bersahaja namun ada ketegasan.
" Sebab hati saya terpaut pada awak. As I said before, you are not my first. But I don't know mandrem apa awak pakai, sejak pertama kali saya kenal dengan awak, saya rasa awak sangat menarik. Walaupun that time saya hanya membaca mesej-mesej dari awak. Saya tak kenal muka, suara dan juga karakter. Tapi awak menarik minat saya." Ujarnya tenang sambil tersenyum.
Aku mengangguk perlahan.
"Saya ingatkan awak nak cakap sebab saya cantik" selorohku.
" pernah ke cik Iriena Lyana tak cantik?" Ucapnya.
"Awak nak tahu ke jawapan saya tentang lamaran awak?" Soalku.
"Mustahil saya cakap tak." Ucapnya.
Aku menarik nafas dalam lalu menghembusnya perlahan.
" jawapan saya ni, bukan sehari dua punya jawapan. Lama saya fikir. Lama saya pertimbangkan. Saya setuju. Tapi Saya tak nak orang dekat kampus tahu hubungan kita. Saya juga nak awak jujur dengan saya sejujur jujurnya. Jangan berani atau cuba musnahkan kepercayaan kedua saya yang bersusah payah saya bina semula." Tuturku sambil menatap wajahnya.
Adam diam seketika. Dia terlihat berfikir sejenak.
" Erm boleh tak saya nak tahu kenapa awak nak rahsiakan? " soalnya lembut.
" Awak pensyarah saya. Saya tak nak orang mengata tentang ketulusan kerja awak. Lagi pun bagi saya enjoy hidup saya sebagai pelajar." Ucapku.
"Boleh saya tanya?" Ungkap Adam.
Aku mengangguk.
" keputusan awak hari ni atas dasar apa? Awak masih sayangkan saya, atau awak rasa family awak... Mendesak? " soal Adam sedikit teragak agak.
" keputusan ni saya pilih, sebab Allah hadirkan rasa yakin kepada saya. Sukar untuk saya ungkapkan macam mana rasa tu. Tapi setiap kali saya melihat awak, saya rasa yakin untuk hidup dengan awak. Saya rasa tenang melihat awak. Saya rasa selamat untuk bergantung pada awak. Segala amarah saya bagaikan lenyap bersama rintihan saya. Jadi, saya rasa rasa, perasaan yakin itu adalah jawapan istikharah saya." Jawabku jujur.
Adam mengangguk lalu mengukir senyum.
"Terima kasih Lyn, sebab berikan saya peluang kedua. Juga beri saya ruang di hati awak." Ucapnya.
"Eyy gedik la" ucap aku sambil ketawa kecil melihat Adam,.
"Aish. I'm so happy to see your smile again." Ucapnya sambil melentokkan sedikit kepalanya ke ke kiri.
"Kenapa, selama ni hidup awak merana ke tanpa senyuman saya?" Soalku.
"Haih.. kosong jiwa ni. There's no word can describe how I felt without you. Mandrem apa la ye yang awak pakai?" Ucapnya bersama senyuma.
***
Aku melangkah laju menuju ke bangunan akademik. Haih macam mana la boleh terlelap lepas subuh tadi. Aku dan Niya sama-sama tak sedar. Buka je mata, jam sudah pun menunjukkan pukul lapan. Apa lagi kelam kabut kami jadinya.
"Kau ah Lyn, tak kejut aku" bebel Niya.
"Eh eh eh, kita sama-sama tidur pastu nak salahkan aku pula. Dah la. Lambat dah ni. " ujarku
"Alah ni kan kelas bakal tunang kau, tak kan dia nak marah kan? Kalau dia marah kau ugut je la nak putus." Kata Niya sambil ketawa.
"Eh kau ni, cakap tu pandang-pandang sikit. Nanti kalau ada orang dengar macam mana? Bakal tak bakal, dah memang kita lambat."
***
Sesampai sahaja di depan pintu kelas. Aku dan Niya sama-sama menarik nafas. Mengah kami masih tersisa. Mananya tidak kami memanjat tangga sampai tingkat empat.
Aku sangat berharap Adam belum sampai ke kelas.
Aku menolak daun pintu, sambil mata terus terarah pada meja pensyarah.
Tiada. Haaa dia belum sampai. Alhamdulillah.
Baru sahaja ingin pengukir senyum satu suara telah menepa.
"Baru sampai?" Ucapnya
Aku dan Niya sama menoleh ke arah pemilik suara.
Gulp! Adam. Lelaki setinggi 180cm itu benar-benar berada di hadapan aku.
" kamu berdua lambat 20minit. Pergi mana?" Soalnya. Nak kata marah, tidak la kedengaran marah. Namun sedikit tegas.
"Sorry Dr, kami terlajak tidur." Ucap Niya.
Adam mengangguk. Lalu matanya merenung aku sekilas.
"Ok. Pergi la duduk. Next time jangan lambat." Ucapnya.
"Baik Dr, kami minta maaf." Ucapku.
Adam tersenyum lalu menunduk kan sedikit badannya.
"Maaf diterima sayangku." Bisiknya ditelingaku.
Bulat mataku memandang dia. Berani dia buat begitu ye.
***
Kelas berakhir, sedang aku mengemas barang-barangku masuk ke dalam beg. Seseorang masuk ke kelas.
"Sorry Dr, saya nak hantar barang boleh?" Ucap seseorang. Yang kelihatan seperti pelajar juga.
"Sure. Untuk saya?" Soal Adam yang sedang menutup smart tv
"Bukan.. untuk Irena. ." Jawab lelaki tersebut ringkas.
Untuk aku? Setahu aku, aku tidak memesan apa-apa. Dari siapa pula ni?
"Oh. Ok. Bagi la" balas Adam ringkas.
Lelaki tersebut berjalan ke arah aku. Sambil membawa sejambak bungan yang dihias bersama coklat.
"Ni ye. Ada kad dekat situ, mungkin awak tahu la kot siapa yang hantar." Ucapnya.
Aku meneliti jambangan itu. Cantik. Tapi dari siapa? Adam? Mungkin dia sengaja buat tak tahu.
Rakan-rakan di kelas sudah rancak bersorak menyakat aku. Aku sendiri pun tak tahu siapa gerangannya.
Satu mesej masuk ke dalam notifikasi aku
"Ramai juga ye persaing saya."- Adam.
BERSAMBUNG.
P/s: enjoy reading ye. Korang rasa sape hantar?