webnovel

Dua : Keliru

Di suatu tempat yang berbeza, seorang gadis tampak berjalan menuju sebuah hospital. Dia membawa sejambak bunga ros, dan memasuki sebuah bilik wad. Di dalam bilik itu, seorang pesakit terbaring dengan wajahnya ditutupi balutan. Gadis itu termenung sejenak, melihat keadaan pesakit itu.

"Tadi semasa dalam perjalanan menuju ke sini, saya ada nampak sejambak bunga yang cantik sangat, dan saya terus beli bunga ni. Saya teringat yang awak suka sangat bunga ros ni. Setiap hari saya menunggu awak. Setiap hari saya tunggu awak untuk bangun. Saya yakin awak akan bangun."

Pagi itu, Ad berjalan kaki menuju sekolahnya, memandangkan motorsikalnya masih belum sempat dibaiki. Sebelum sampai ke sekolah, Ad akan melalui di hadapan rumah Emma, dan di situlah Emma akan menunggu Ad untuk mereka bergerak ke sekolah bersama-sama.

"Eh, di mana motor kamu, Ad? Bukan ke hari ini pelan kita naik motor?"

"Ad tak tahu lah, motor tu mogok apa hari ni. Tak mahu hidup pula."

"Kalau begitu, Ad tumpang Emma saja lah. Biar Emma yang bawa Ad. Lagi pula, Ad tak pernah kan naik motor yang Emma tunggang kan?"

Muka Ad mula berpeluh-peluh sambil angguk tanda setuju. Sebenarnya, dia takut duduk di tempat duduk belakang kerana dia pernah melihat Emma membawa motor dengan sangat laju. Tapi, dia tidak mahu Emma kecil hati, jadi dia hanya mengikuti sahaja Emma.

Sambil itu, Ad berpesan kepada Emma agar membawa motorsikalnya secara perlahan-lahan sahaja.

"Baik, Ad. Jangan takut ya, Emma bawa perlahan saja."

Tiba-tiba, Emma memulas motornya dan memecut laju. Ad terkejut melihat Emma menunggang motor dengan begitu bahaya. Emma membelok ke simpang tanpa perlahan.

"Ampun! Ampun! Aku tak nak mati dulu."

Akhirnya, mereka sampai ke sekolah. Ad menghela nafas lega, sudah selamat sampai ke sekolah.

"Emma, Ad taubat tak mahu tumpang naik motor dengan Emma lagi."

"Kenapa pula, Ad? Laju sangat ke Emma bawa Ad?"

Ad berkata dalam hati, jika begitu Emma bertanya lajukah, bagaimana pula kalau bawa dengan betul-betul laju. Mereka pun masuklah ke sekolah bersama-sama. Semasa di dalam kelas, Ad ternampak Sumire sedang termenung di balkoni sekolah. Kemudian, Ad datang kepadanya kerana hendak bertanya tentang hal semalam.

"Sumire, maaf ya. Kita mungkin tak pernah bertegur, tapi saya nak tanya apa yang awak maksudkan saya dah terlalu lama dekat sini dan selesa dekat sini. Dah tahun ke empat saya sekolah di sini, begitu juga awak kan?"

Sumire seperti hendak naik angin.

"Kau memang tak sedar lagi, Ad!"

Sumire terus pergi berlari turun tangga. Ad mula jadi bertambah bingung. Sedang dia hendak mengejar Sumire, tiba-tiba bahunya dipegang seseorang. Orang itu adalah Dodo, rakan sekelas Sumire. Ad juga taklah rapat dengannya, adalah sekali dua menyapa bila bertembung. Dodo berkata kepada Ad.

"Ad, tak perlu kejar dia."

"Kenapa ya, Dodo?"

Krinnggg…kringgg…kringg… Bunyi loceng waktu rehat.

"Nanti selepas rehat makan, jumpa saya dekat bumbung sekolah di atas. Saya akan beritahu kepada kamu."

"Err…baiklah, saya akan datang nanti."

"Kalau begitu, kamu pergi lah berehat dulu, Ad."

Ad menuju ke dalam kelas dan memanggil Emma untuk mengajaknya makan bersama. Setelah selesai makan, Ad memberitahu kepada Emma bahawa dia mempunyai sedikit urusan di tingkat atas. Emma bertanya apakah Ad hendak bertemu dengan guru? Ad hanya berkata tidak dan meminta diri untuk pergi. Ad terus bergegas ke bumbung atas sekolah. Dia melihat Dodo sudah pun menunggu. Dodo hanya duduk di bangku yang disediakan di sana. Angin bertiup dan awan meredup, suasana yang nyaman.

"Kamu dah lama tunggu ya? Kamu tak berehat makan ke, Dodo?"

"Tak apa, saya lama tunggu. Saya belum rasa mahu makan lagi. Lagi pula, ada yang lebih penting dari itu."

"Dengarnya semacam serius sangat tu. Kamu satu kelas dengan Sumire kan? Kamu tahu dia tu kenapa ya? Dia cakap benda yang pelik dekat saya. Saya tak paham langsung maksud dia."

"Lantaran itu lah saya hendak menjelaskannya kepada kamu."

"Baiklah, apa dia tu?"

"Sebelum tu, Ad. Saya ada pertanyaan. Boleh tak awak tinggalkan Emma?"

Ad tersentak dengan pertanyaan Dodo. Dia mula naik angin dan menarik baju Dodo.

"Soalan jenis apa ni? Kau bawa-bawa nama Emma. Apa kaitan kau persoalan aku tu antara Emma dan Sumire. Langsung tak ada kaitan! Aku cuma kenal kau sebagai rakan sebelah kelas saja. Kau tak ada kaitan dengan hidup aku."

Dodo hanya tenang dan berkata kepada Ad.

"Sumire setiap hari menangis."

"Apa kaitannya dengan aku? Dia suka aku?"

Dodo diam dan berkata kepada Ad.

"Saya akan jelaskannya, tapi tak boleh dengan keadaan kamu yang sedang marah ni, Ad."

Ad melepaskan Dodo dan terus pergi. Dodo berkata dari kejauhan.

"Sedarlah, Ad…"

Ad turun ke bawah dan kebetulan bertembung dengan Emma.

"Ad, kamu pergi kemana tadi? Emma cari Ad dari tadi."

"Apa entah masalah dia, saya langsung tak paham apa-apa. Saja nak buat saya naik angin."

"Awak cakap apa ni, Ad? Siapa yang buat Ad naik angin?"

"Tidak ada apa-apalah, Emma. Buang masa je untuk kita fikir. Tak usah dipeduli, jom kita masuk ke kelas."

"Baik, Ad."

Mereka pun terus berjalan menuju ke kelas, memandangkan waktu rehat sudah habis.