webnovel

Tiga : Dodo dan Sumire

Waktu menunjukkan jam 12.30 tengahari, waktu di mana sekolah sepi dan sunyi. Semua pelajar telah pulang, kecuali Emma dan Ad. Emma mengajak Ad untuk pergi ke Bukit Memori, tempat yang terkenal dengan pemandangan indahnya dan sering menjadi tempat orang beriadah dan bersantai.

"Ad, bagaimana kalau kita pulang lewat sedikit hari ini?" tanya Emma dengan nada yang penuh harapan.

"Tapi, ibu Emma tak marah ke kalau kita pulang lewat nanti?" balas Ad dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Tak apa, Ad. Emma dah beritahu ibu awal-awal lagi."

Mendengar jawapan itu, Ad tersenyum dan berkata, "Kalau macam gitu, Ad ikut saja lah. Lagipun Ad pun tak ada aktiviti tambahan sekolah petang nanti."

Emma tersenyum senang dan berterima kasih kepada Ad. Mereka berdua kemudian berjalan menuju Bukit Memori. Setelah sampai, mereka mencari tempat yang nyaman untuk duduk. Mereka memilih untuk berhenti di bawah pokok yang besar dan redup, tempat yang sempurna untuk mereka berdua bersantai tanpa terganggu oleh pancaran matahari yang terik. Mereka duduk bersama, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menenangkan.

"Nyamannya kan, Emma!" puji Ad.

"Betul, Ad." balas Emma sambil tersenyum.

Setelah beberapa saat, Emma bertanya kepada Ad, "Ad, boleh tak Ad janji dengan Emma? Ad akan sentiasa ada dengan Emma sampai bila-bila?"

Ad menggenggam tangan Emma dan dengan penuh keyakinan, dia menjawab, "Ad janji takkan tinggalkan Emma."

Mereka berdua saling memandang dan hendak berciuman. Namun, sebelum sempat bercium, tiba-tiba Ad merasa dengung di kepalanya yang membuatnya sakit teramat sangat.

"Arghh…sakit!" jerit Ad.

"Ad, kenapa?!" Emma mulai panik.

"Kepala Ad terasa sakit sangat, seperti nak meletup." balas Ad sambil memegang kepalanya.

Emma terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dia hanya bisa memegang kepala Ad dan berusaha untuk menenangkannya. Tiba-tiba, sekilas imbasan datang kepada Ad. Imbasan itu sungguh menyakitkan, namun lama kelamaan sakit itu beransur hilang dan nafas Ad yang tadi laju kembali seperti biasa. Ad kembali tenang.

Melihat Ad kembali tenang, Emma mula menangis. Air matanya menitik dan membasahi baju Ad. "Ad, Emma risau Ad nak tinggalkan Emma," ucap Emma dengan suara yang penuh kekhawatiran.

"Ad baik-baik saja, Emma. Mungkin Ad salah makan semasa rehat tadi. Ad takkan tinggalkan Emma," balas Ad sambil mencoba menenangkan Emma.

"Kalau begitu, kita pulang ya, Ad. Ad perlu berehat. Emma minta maaf sebab ajak Ad ke sini," ucap Emma dengan nada yang penuh penyesalan.

"Eh, mana ada. Bukan salah Emma. Sakit tu yang tiba-tiba datang. Kalau macam tu, jom lah kita pulang," balas Ad sambil tersenyum.

Mereka berdua kemudian turun dari bukit dan pulang ke rumah masing-masing.

Kembali semula di situasi di hospital, seorang gadis yang sedang melawat pesakit yang sedang dibaluti kepalanya. Seorang doktor sedang melakukan pemeriksaan kepada pesakit itu. Doktor itu kemudian datang kepada gadis itu dan memberitahu tentang status pesakit tersebut.

"Agak sukar untuk saya jangka bila waktunya dia akan bangun. Boleh jadi sebulan hingga empat bulan, mungkin juga setahun dan jika sampai pada satu tahap di mana bahagian otak kirinya mati mungkin dia akan begini buat selama-lamanya dan memerlukan alat bantuan. Sekarang kita cuma berharap kepada semangat pesakit. Sama-sama doakan semoga semangat pesakit kuat," ujar doktor itu dengan nada yang serius.

Mendengar perkataan doktor itu, air mata gadis itu mengalir deras. Dia hanya mampu duduk dan meratapi, "Saya minta maaf sebab tidak percayakan awak, kalau saya selalu ada beri awak semangat pasti awak tak jadi begini."

Jam pukul 8 malam, Ad sedang duduk santai di rumahnya dan menonton rancangan tv. "Bosannya rancangan tv ni, tak ada cerita yang menarik. Patutnya jam sekarang ni cerita Adi Pahlawan Dewa Petir tapi ditukar pula jadual ke minggu hadapan," keluh Ad.

Tiba-tiba, Ad terdengar pintu rumahnya diketuk. Ad tertanya-tanya siapa yang datang ke rumahnya pada waktu begini. Dia membuka pintu dan terkejut melihat Dodo dan Sumire berdiri di depan pintunya.

"Hai Ad, saya datang sini sebab saya hendak minta maaf tentang hal kelmarin. Saya sedar saya tak sepatutnya cakap begitu kepada kamu. Tentang Sumire pula, pada hari itu mood dia tidak seberapa baik, itu yang dia agak kasar kepada kamu. Sebenarnya kami ingin berteman dengan kamu, Ad. Oleh itu, saya dan Sumire ingin minta maaf pada kamu. Harap maafkan kami," ucap Dodo dengan nada yang penuh penyesalan.

Puan Nohara, ibu Ad, keluar dari dapur dan bertanya kepada Ad, "Siapa yang datang, Ad? Kawan kamu ke? Ajak lah mereka masuk makan sekali."

"Tidak apa lah, Puan. Kami cuma datang hanya sebentar saja," jawab Dodo.

Namun, Ad memotong kata-kata Dodo dengan nada yang serius, "Aku tak akan memaafkan kamu berdua."

Penyataan itu membuat Dodo dan Sumire terdiam. Mereka hanya memandang ke bawah. "Aku tak akan maafkan melainkan kamu berdua ikut sekali masuk ke dalam. Tak sopan kan bila dah dihidangkan makanan malah nak balik pula kan," ucap Ad dengan nada yang tegas.

Mendengar penyataan itu, Dodo dan Sumire merasa lega. "Maafkan kami ya, Ad," ucap mereka berdua.

"Baik lah, saya maafkan. Saya pun tak mahu fikir lama-lama benda yang tak memberi kepentingan kepada saya. Jemput masuk ke dalam ya," balas Ad sambil tersenyum.

Mereka berdua kemudian masuk ke dalam rumah dan duduk di tempat yang disediakan oleh Puan Nohara. "Ibu, kenalkan ini Dodo dan ini Sumire, mereka berdua rakan Ad di kelas sebelah," perkenalkan Ad.

Dodo dan Sumire memberikan salam perkenalan kepada Puan Nohara. "Jemput makan ya semua, jangan malu-malu. Kebetulan hari ini makcik ada masak lebih, perasaan seperti ada tetamu akan datang, kebetulan pula kamu berdua datang," ucap Puan Nohara sambil tersenyum.

Setelah selesai makan, Dodo dan Sumire pun memberi izin untuk pulang. Mereka berdua berjalan pulang dengan hati yang lebih lega, berharap bahwa kejadian yang tidak menyenangkan di masa lalu tidak akan mengganggu persahabatan mereka dengan Ad.