webnovel

Pelakon Handalan dan Pelakon Baru

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Okey. Mari umumkan perkahwinan kita pada hari kita selesaikan penggambaran."

'Di depan saya, kamu boleh buat apa saja yang kamu nak.' Mo Ting berfikir sendiri.

Selepas kembali ke hotel, Mo Ting terus memimpin Tangning ke bilik mandi. Selepas dia selesai membasuh semua kepenatan yang dikumpulnya seharian, Mo Ting menariknya ke katil dan memeluk erat. "Pukul berapa kamu mulakan penggambaran esok?"

"Hmmm… 4 petang." Tangning membalas dengan mamai.

Mo Ting menariknya lebih dekat. Ketika hidungnya menyentuh rambut Tangning, dia menghirup bau unik isterinya.

Tanpa sedar, Tangning menyembamkan tubuhnya dalam pelukan Mo Ting dan menekan mukanya pada dada Mo Ting. "Saya rindukan Abang."

"Saya kat sini sekarang."

Tangning menggumam, tanda bersetuju. Hatinya tenang ketika dia memejamkan mata dan tertidur. Ketika ini, Mo Ting bangun dan memeriksa kakinya dengan teliti jika ada sebarang kecederaan.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com