Tetapi, jika dia melaporkan hal ini kepada polis…
… maka, kenyataan yang dia mengandung sebelum bernikah akan terdedah.
Yue Shanshan menundukkan kepala buat seketika tanpa sepatah kata. Sebahagian dirinya perlu memikirkan anaknya, manakala, sebahagian lagi perlu mempertimbangkan kerjayanya. Dia tidak mahu hilang salah satu.
Lu Che dapat memahami keraguannya. Jadi, dia menambah, "Tak mungkin Presiden Mo akan lepaskan Raja-J. Sama ada dia cuba rampas kuasa atau menipu helah menentang Tangning atau kerana dia ada rancangan untuk plagiat 'Bodoh'. Semua ini tahap sabar Presiden, tapi dia dah pijak tanpa teragak-agak."
"Saya datang cari kamu hari ini hanya untuk beri kamu peluang supaya tak kalah teruk sangat."
Selepas bercakap, Lu Che menyimpan telefonnya dan berdiri. Ketika ini, Yue Shanshan akhirnya bersuara untuk menahannya. "Saya nak lapor kepada polis. Tapi, kamu perlu jamin yang anak saya tak akan apa-apa."
Support your favorite authors and translators in webnovel.com