webnovel

Saya Sembilan Tanglung yang Sama Awak Nikmati 300 Tahun Lalu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Setelah bersungguh-sungguh bersalaman dengan Shuhang, lelaki tua berpakaian purba itu pergi dengan wajah yang puas, meninggalkan Song Shuhang yang sedang terpinga-pinga. 

Setelah melihat riak wajah Song Shuhang yang kaku, Tubo bertanya kekeliruan, "Shuhang, apa yang lelaki tua tu beritahu awak?"

"Tak ada apa-apa, dia cuma kata, kita boleh berseronok ketika tinggal di pulau ini," balas Song Shuhang.

"Itu sahaja?" Tubo semakin keliru. "Jadi, kenapa muka awak ni macam orang yang baru lepas kena cabul saja?" 

"..." Song Shuhang menepuk bahu Tubo sambil berkata, "Tubo, jika kita balik nanti, awak perlu betul-betul pegi ke kelas bahasa dan sastera tau. Perumpamaan yang awak guna tadi tidak kena langsung."

Pada masa ini, Gao Moumou berkata, "Shuhang, awak percaya ke lelaki tua itu? Awak rasa betul ke kita boleh meninggalkan pulau ini hanya dengan melakukan transaksi di dalam menara tinggi dalam bandar purba ini?"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com