Kakak Lu Fei memecahkan kesunyian tersebut dengan bercakap tenang, "Walaupun Profesor Nan pakar dalam bidang lain, tapi dia masih berpengalaman menjadi seorang profesor universiti. Lagipun, kita tidak perlu mengajar lelaki-lelaki primitif ini tentang maksud yang mendalam <Analek Confucius>; kita hanya perlu membuatkan mereka hafal, jadi mereka boleh menghafal sebelum akhir cuti musim panas. Oleh itu, selagi kita bekerjasama, pasti kita akan menyelesaikan tugasan ini."
Walaupun tidak tahu apa pekerjaannya, tapi ketika mereka berada di dalam situasi kritikal begini, kakak Lu Fei mampu menenangkan keadaan dan mencari jalan keluar.
"Saya setuju dengan apa yang Cik ni katakan." Profesor Nan Tianxing mengangguk kepalanya tanda setuju.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com