"Senior Putih, Ye Si, mahu ikut dan lihat bersama?" tanya Song Shuhang.
Putih Yang Mulia melambaikan tangannya. "Saya tidak pergi. Saya mahu memasak 'makanan binatang biasa Tahap Satu' sehingga berjaya dahulu!"
Ye Si berkata, "Kalau begitu, saya akan temankan Senior Putih. Apa-apa pun, minda kita kan berhubung dan apabila awak nampak gua abadi itu, saya pun tahu juga. Oh ya, Shuhang, tinggalkan serangga pedang lengkung itu juga."
"Baiklah," kata Song Shuhang.
Dia berharap apabila dia balik, serangga pedang lengkung itu tidak akan menjadi seperti Binatang Pertempuran – terlebih membesar.
❄️❄️❄️
Sebaik sahaja Song Shuhang dan Raja Agung Api Abadi keluar, mereka lihat pari-pari Dongfang Enam menunggang motosikal elektrik dan berhenti di depan Song Shuhang dengan pecutan yang cantik.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com