Pada masa ini, Wanita Bawang betul-betul berharap yang dia rabun dekat... kerana dia tidak akan menjadi setakut ini jika dia tidak melihat dengan jelas pesanan di atas telefon Song Shuhang!
Lagipun... kenapa mereka bercerita tentang memotong akar daun bawangnya dengan sangat 'bersahaja'? Adakah mereka rasa dia ialah Wanita Daun Kucai Bawang Putih, cukup sekadar merenjiskan sedikit baja ke atasnya setelah memotong daun bawangnya untuk membuatkan ia membesar kembali?! Sangat susah untuknya membesar semula selepas akar daun bawangnya dipotong... lagipun, perbuatan itu sama seperti memotong kepalanya! Ia adalah perbuatan yang sangat kejam!
Wanita Bawang memandang ke arah Song Shuhang dengan matanya yang berlinang air mata.
"..." Song Shuhang berkata, "Awak nampak ke teks di atas telefon itu?"
Wanita Bawang mengangguk.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com