Pada masa ini, di dalam bilik latihan di belakang villa Yu Jiaojiao.
Enam Belas Dari Puak Su masih membantu Song Shuhang dalam latihannya.
Sebaik sahaja mereka sedang berlatih, Song Shuhang menerima panggilan telefon daripada Putih Yang Mulia dan mendapati yang Senior Putih akan balik dengan segera. Selain itu, dia juga berkata yang dia agak lapar dan mahu makan sesuatu yang sedap.
Semasa makanan disebut, Song Shuhang terus teringat Pari-pari Abadi Bie Xue.
Hidangan abadi yang pernah dihidangkan dahulu sangat sedap sehingga dia berharap boleh memakannya selama-lamanya.
Oleh itu, Song Shuhang membuat keputusn untuk menelefon Pari-pari Abadi Bie Xue.
Telefon itu terus diangkat dan suara Bie Xue pun kedengaran. "Hello, kawan kecil Song? Awak perlukan sesuatu daripada saya?"
"Ya, saya mahu tanya awak sesuatu, Pari-pari Abadi. Berapa harga yang diperlukan untuk menempah satu set hidangan abadi berkualiti sederhana?" tanya Song Shuhang,
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com