webnovel

Bab : 41

Luana tutup pintu bilik dan menguncinya sekali sebelum menyertai makciknya di sofa sebelah jendela.

           "Apa yang kamu mahu tahu mengenai mereka?"tanya Permaisuri Leona.

         "Semuanya.."Luana silangkan kaki dan sandar pada hand rest sofa menghadap Permaisuri Leona. "Kenapa saya tak tahu tentang persahabatan bonda dan juga Permaisuri Aries?"

Permaisuri Leona menundukkan pandangan mata ke bawah. Dia bermain dengan hujung jari jemarinya kerana berasa resah.

         "Pakcik kamu beritahu pada makcik untuk tidak beritahu apa-apa kepada kamu mengenai Aries dan Sophea."katanya sambil itu.

          "Kenapa?"tanya Luana. "Sebab dia orang bermusuh?Bukan sahabat?" tanyanya lagi.

          Kepala Permaisuri Leona terangkat. Dia pandang Luana dengan reaksi serba salah dan kebingungan. "Betul ke kamu nak tahu?"tanya dia mahukan kepastian. Dia tidak mahu Luana bersedih.

Luana buat muka.

        "Dah saya tanya...maknanya saya nak tahu la...beritahu saja la. Jangan risau mengenai saya."kata Luana dengan kening berkerut.

Permaisuri Leona bangun dari sofa dan gerak ke almari sebelah cabinet pakaian. Dari laci bawah sekali kemudian di tarik. Di situ dia keluarkan sebuah peti. Setelah itu dia dekati Luana semula dan duduk di tempat yang sama.

           Luana perhatikan saja dengan sabar. Menanti aoa saja la yang makciknya sedang lakukan. "Peti apa tu?"tanya dia yang masih bersandar pada lengan sofa.

          "Barang peribadi bonda kamu...mungkin sudah masanya untuk kamu tahu mengenai hal ini.."Permaisuri Leona tolak peti itu dekat kepada Luana. "Kamu buka selepas makcik ceritakan hal ini kepada kamu...okay?"

          "Okay.."balas Luana tidak memegang peti itu. Dia pandang makciknya.

         "Semua ni bermula 23 tahun yang lalu."mula Permaisuri Leona sambil menatap wajah Luana yang saling tidak tumpah seperti Sophea sewaktu muda dulu. Yang mana menjadi punca kenapa mereka suami isteri sayangkan Luana sepenuh jiwa raga mereka. "Sebenarnya sebelum bonda kamu mengahwini ayahanda kamu, bonda kamu terlebih dahulu telah mengahwini Raja Eros, ayahanda Aryan."

Duduk tegak Luana dibuat kenyataan itu. Dia pandang terkejut. Apa dia?

            Permaisuri Leona beri senyuman nipis. "Awalnya perkahwinan bonda kamu dan Raja Eros bahagia dan gembira walaupun tidak di kurniakan anak. Sehingga la di suatu hari, maka muncul kawan baik bonda kamu iaitu Aries...disebabkan Aries seorang gadis kampung yang berasal dari keluarga yang susah dan telah Bersama dengan bonda kamu sejak kecil lagi, bonda kamu bawa Aries masuk ke istana untuk menemani dia. Tapi sayang...kepercayaan bonda kamu di musnahkan oleh Aries apabila dia buatkan Raja Eros berpaling tadah dengan bercinta dengan Aries. Oleh kerana patah hati, bonda kamu berpisah dengan Raja Eros tidak lama selepas dia dapat tahu Aries hamil anak Raja Eros."

Luana tergamam. Dia tidak tahu hendak rasa apa selepas mendengar cerita itu. Bonda dia berkahwin sebanyak dua kali?Wow!

          "Maka ayahanda kamu muncul...dia mengahwini bonda kamu dan sayangi dia sepenuh hati." Permaisuri Leona menangis semasa memandang Luana. "Tapi bonda kamu tidak dapat lupakan semuanya, Jadi sewaktu dia sarat hamilkan kamu, bonda kamu cuba bunuh diri dengan lemaskan dirinya di tasik. Sewaktu orang menemui dia, bonda kamu sudahpun tiada. Dan sedaya upaya mereka selamatkan kamu dari kandungan tu...mujurla kamu selamat."

Oh my god!Mulut Luana ternganga tidak terkata. Bonda dia meninggal dunia kerana Bonda Aryan?What the hell?

            "Ayahanda kamu jaga kamu tapi kerana dia terlalu sayang dan cintakan bonda kamu, dia jatuh gering dan sakit tak lama kemudian kerana rindu dan bersedih akan pemergian bonda kamu...dia cuba bertahan tapi kemurungan dia telah rosakkan kesihatannya. Maka dia pula yang meninggalkan kamu.." permaisuri Leona capai tangan Luana dan di pegang dengan lembut.

           "That is so f*cked up!"lafaz Luana dengan perasan kecewa yang teramat sangat. Siapa sangka dia telah mengahwini anak kepada wanita yang telah musnahkan hidupnya.

          "Selepas kematian Sophea, berita ini sampai ke telinga Aries. Dia begitu serba salah hingga menjadi tidak tentu hala dan kerap datang ke istana ingin meminta maaf kepada ayahanda kamu. Tapi ayahanda kamu tidak memaafkan dia. Kerana itu Aries pun jatuh sakit. Dia benci kepada Aryan, raja Eros dan semua orang. Dia salahkan Aryan kerana punca dia hamilkan Aryan dia kehilangan sahabat baiknya. Rasa serba salahnya telah menyebabkan Aries kurung diri dan tidak bercakap dengan sesiapa buat tempoh yang lama. Mungkin kerana terlalu tertekan, Aries disahkan menghidap dementia. Buatkan dia hilang ingatan dan mudah lupa. Setelah itu Raja Eros pula jatuh sakit. Sejak itu Aryan yang uruskan ibubapanya."jelas Leona lagi dengan nada memujuk. Dia tahu Luana seorang anak yang kuat walaupun berhati lembut. Jadi dia yakin Luana tidak akan breakdown selepas mendengar semua ini.

Buat seketika, Luana hanya mendiamkan diri memandang mak saudaranya. Dia cuba proses semua maklumat yang dia peroleh. Tidak tahu hendak bagaimanakan lagi. Dia sudahpun berkahwin dengan Aryan. Malah dia sudahpun menemui Aries sendiri. perasaan dia mula berputik menyukai mereka. Dan sekarang selepas mendengar semua cerita ini, adakah dia patut membencikan mereka?

            "Nak...ianya bukan salah kamu apa yang berlaku kepada mereka berdua...dan ianya bukan salah Aryan semua ini terjadi...cinta itu membutakan sesiapa..dan semua orang akan lakukan kesilapan yang sama sekiranya mereka jatuh cinta..."

Luana memandang kecewa ke Permaisuri Leona.

         "Kenapa makcik tak beritahu dari awal?Kenapa makcik tak halang perkahwinan Luana terjadi Bersama dengan Aryan?"tanya dia dengan nada tiada semangat.

          "Raja Aryan yang minta supaya kami kahwini kamu berdua...dia sudah tahu segalanya. Untuk tebus kesalahan ibubapanya, dia mahu bertanggungjawab menjaga kamu...kerana itu pakcik kamu tidak mahu kamu tahu mengenai kisah silam dua permaisuri ni..sebab semuanya sudah pun terjadi.. "beritahu Leona dengan kening berkerut.