webnovel

Bab : 40

Raja Issak duduk diam di mejanya semasa meneliti dokumen urusan negeri dan rakyatnya dengan tekun semasa Lukariah duduk di tepi meja menjalani sesi tutor Bersama dengan Permaisuri Leona mengenai cara hendak menjadi seorang raja di suatu masa hari nanti.

Tenang sepi ruangan balairung seri itu. Beberapa pengawal berdiri di situ mengawal dengan komited tanpa menunjukkan sebarang reaksi di wajah masing-masing.

Selama beberapa minggu tanpa Puteri Luana di istana, semua orang di dalam istana itu sudah tidak ubah seperti ayam berak kapur.

Yalah,..biasanya kalau ada Puteri Luana, pasti ada saja kerja yang mereka perlu lakukan. Contohnya cuba selesaikan masalah yang ditimbulkan, ganti balik apa yang dirosakkan atau di hilangkan, bina semula apa yang runtuh atau musnah, cari Luana, ke hulu dan hilir ingin menyelesaikan apa saja yang Luana berikan kepada mereka.

Dan kini selepas perginya Puteri Luana dari istana, keadaan istana tidak sama seperti dahulu. Ianya sunyi tiada seri. Tiada lagi suara kepoh bicara gadis itu, tiada lagi suara orang terpekik-pekik menyuruh Luana berhenti, tiada lagi suasana kelam kabut dan tidak tentu arah yang sudah sebati dalam hidup mereka.

Siapa sangka orang yang mereka tidak senangi selama ini adalah orang yang mereka paling rindui. Dan hal ini jelas-jelas dirasai oleh Raja Issak dan Permaisuri Leona kerana dua orang insan ini la yang paling rapat dengan Luana. Susah sakit senang sihat Luana mereka yang uruskan. Bila sudah tiada lagi bebanan yang mereka perlu uruskan, pasangan suami isteri ini tidak seceria selalu dan sebising seperti biasa.

Putera Lukariah lagi la..oleh kerana sejak bayi lagi dia sudah Bersama dengan Luana. ketiadaan Luana buatkan kehidupan hariannya agak kekok dan kosong di dalam istana besar itu. Dia cuba isikan kekosongan itu dengan melakukan pelbagai perkara dan belajar sebanyak mungkin. Tapi hendak buat bagaimana, kekosongan itu tetap tidak dapat diisi kecuali dengan kehadiran Luana sendiri.

KEDEGUM!

Tidak semena pintu gergasi balairung seri itu terbuka dengan kuat hingga bergema bunyinya di seluruh ruangan tersebut apabila ia di tolak.

           "Olla mucho!...im back b*tches!"bila suara itu berkumandang dengan lantang semua yang ada di situ pun berpaling.

Raja Issak berdiri, Permaisuri Leona pandang dengan mata terbutang luas.

          "Lua!"sorak Lukariah yang terus berlari keluar dari meja dan mendapatkan kakak saudaranya itu.

Dengan senyuman lebar di bibir, Luana depakan tangan mahu menyambut Lukariah. Ohh...adik kesayagannya. Rindunya dia.

           "Hahahaha...kenapa tak beritahu kau nak balik.."tanya Lukariah semasa menarik Luana ke dalam pelukannya sebelum tepi kepala tu di kucup dengan kasih.

          Tangan Luana naik memegang belakang badan Lukariah yang tingginya itu paras dagu saja. Budak lelaki memang membesar lebih cepat dan lebih tinggi dari dia. Dah serupa seperti tiang pun ada. "Saja nak buat surprise.."beritahunya.

Pada masa itu la Aryan berjalan masuk ke situ. Dengan langkah megah dan aura seorang raja, dia berdiri di situ saja cukup buatkan Lukariah berasa tergugat. Dia cepat-cepat lepaskan pelukan itu dan undurkan sikit diri.

            "Selamat siang tuanku.."sapa Lukariah serta merta.

             Luana berpaling, dia pandang sekejap ke Aryan sebelum gerak hendak mendapatkan pakcik dan makciknya. "Makcik.."panggilnya sambil hulur tangan.

           Permaisuri Leona sudah kemerahan mukanya kerana berasa sebak dan gembira pada masa yang sama. "Kamu sudah pulang"

           "Miss me?"tanya Luana apabila dia memeluk Permaisuri Leona. Leganya dia dapat peluk ibu saudaranya ini.

          "Lebih dari tu nak.."Permaisuri Leona gosok belakang Luana dengan senyuman lebar di bibir. "Kamu sihat?"

            Luana jarakkan dirinya dari pelukan itu untuk tilik wajah makciknya lama-lama. "I'm good. Very good actually.." jawabnya sebelum pandang Raja Issak yang sedang mendapatkan Aryan. Dua orang itu saling berjabat tangan dan berpelukan sekejap sebelum bergerak ke penjuru ruang. Lalu Luana pandang makciknya semula. "Makcik...Luana balik ni pun sebab nak tanya sesuatu.."beritahunya.

          Permaisuri Leona pandang tidak berkedip buat seketika. Haitnya mula tidak sedap kerana dapat merasakan sesuatu yang Luana pasti sudah tahu sesuatu yang tidak sepatutnya gadis ini tahu. "Apa yang kamu hendak tanyakan?"

          Mata Luana kerling ke Aryan sebelum dia tarik Permaisuri Leona untuk ikut dia keluar dari situ. " Rasanya makcik ada rahsiakan sesuatu yang saya tak tahu mengenai persahabatan bonda dan juga Permaisuri Aries."kata dia sambil memberi senyuman manis penuh maksud.

Luana sudah tahu!Gadis ini sudah syak!Permaisuri Leona tahan nafas tanpa sedar. Dia telan air liur dengan susah payah.

          "Mari kita berborak dekat tempat yang lebih private ya.."ajak Luana dengan mesra sewaktu rangkul belakang bahu Permaisuri Leona ke pintu keluar.

Pada masa Raja Issak sedang bercakap, pada masa itu juga Aryan perhatikan langkah Luana yang keluar Bersama dengan Permaisuri Leona. Setelah itu dia kembali focus pada Raja Issak. membincangkan soal takhta dan pengurusan negeri memandangkan Luana kini tinggal dengan dia. Dan dia perlu berada di Vulcapela pada masa yang sama.