Ning Xi memandang Lu Tingxiao dengan curiga, "Bos, kamu suka isteri yang macam mana? Yang lembut? Yang tak masuk akal? Yang lawak? Comel? Bodoh?"
Lu Tingxiao memandang Ning Xi, "Saya suka semuanya."
Ning Xi tersenyum sinis, "Bos, kamu ni memang tamak"
"Sebab semua tu kamu." Dia sukakan semuanya kerana karakter Ning Xi memang begitu.
Ning Xi mendiamkan diri. Dia masih rasa lemah, jadi dia takut hatinya tak mampu untuk tahan godaan Lu Tingxiao.
Di sebuah hotel lima bintang di D.C.
Guo Qisheng berasa sangat risau kerana masih tak ada khabar berita tentang Ning Xi walaupun sudah tiga hari. "Muye, kamu minta tolong siapa semalam tu? Dia tu boleh diharap ke?"
Jiang Muye menunduk dan tak katakan apa-apa.
Tak boleh diharap? Kalau Lu Tingxiao tak boleh diharap, jadi tak ada orang lain yang boleh diharapkan.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com