webnovel

Menawarkan Diri Kerana Rasa Bersyukur

Editor: EndlessFantasy Translation

Sepuluh saat berlalu sunyi sepi.

Ning Xi tak boleh tunggu lagi. "Helo… helo? Jiang Muye! Rambut Perang! Kamu ada dekat sana ke? Kenapa dengan talian ni?! Saat kritikal macam ni la nak buat hal! Helooo?"

Ning Xi hampir-hampir nak tamatkan panggilan dan mendail semula apabila Jiang Muye membalas, "Saya ada je dekat sini"

"Ah! Ada rupanya kamu! Cepatlah ajar saya!" desak Ning Xi.

"Macam mana… apa?! Saya tak pernah luahkan perasaan dekat lelaki sebelum ni. Macam mana saya nak ajar kamu?" Jiang Muye berasa jengkel. 

"Penipu! Saya pernah dengar kamu luahkan perasaan dekat seorang junior yang kacak masa di sekolah dulu dan dia terima kamu!"

"Ning Xiao Xi, kamu faham tak? Saya bergurau je lah!"

Jiang Muye tak boleh tahan lagi.

Ning Xi membuatkan dia naik angin!

Jiang Muye menarik nafas dalam. "Kenapa kamu tanya saya tentang nak luahkan perasaan dekat lelaki? Tanyalah diri kamu sendiri! Bukan kamu ke yang paling berpengalaman?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com