webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
39 Chs

BAB TIGA

"Along!" Ery Saffiyah memanggil abangnya yang sedang duduk membaca di laman belakang.

Ariel berpaling. Dia lantas mengukir senyuman takala melihat kelibat adik perempuannya itu muncul dengan keadaan tercungap - cungap pagi itu.

"Dari mana? Jogging?" soal Ariel seraya menghulurkan segelas air oren kepada adik perempuannya itu, yang kelihatan begitu dahaga sekali. Tidak sampai sesaat pun, jus yang di teguknya itu habis. Ariel menghulurkan segelas lagi. Kali ini baru kelihatan adiknya meneguk air jusnya itu perlahan - lahan.

"Ery jogging dengan anak jiran sebelah rumah kita ni...." balas Ery Saffiyah sambil menyeka peluh yang menitik pada wajahnya perlahan - lahan dengan menggunakan tuala kecil yang tersangkut pada bahunya. Badannya masih terasa hangat. Pipinya juga terasa panas. Dia perlu menyejukkan badannya terlebih dahulu sebelum membersihkan dirinya nanti.

"Emm, good! Jiran sebelah? Eh, setahu Along jiran sebelah kita ni tak ada anak. Jiran sebelah mana pulak yang Ery maksudkan ni?" ujar Ariel dengan wajah serius. Ery Saffiyah kuntum senyuman lebar. Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan - lahan beberapa kali sebelum menjawab pertanyaan abangnya itu.

"Apalah Along ni, jiran sendiri pun tak tahu! Takkan Along tak kenal dengan Kak Ifti?" Ariel pantas menggelengkan kepalanya.

Setakat apa yang dia tahu dan pasti mengenai jiran sebelah rumah mereka itu ialah, mereka merupakan sepasang suami isteri. Isterinya orang Melayu sementara suaminya pula berbangsa Inggeris atau mungkin salah satu dari bangasa Eropah yang lain, dia tidak berapa pasti sangat. Manakala pembantu rumah pasangan suami isteri itu bernama Mak Bibah.

Ariel tahu pun sebab hampir setiap hari sebelum kehadiran orang tuanya di tanah air, Mak Bibah pasti akan menghantarkan makanan untuknya. Tidak kira sama ada ia adalah waktu sarapan, makan tengahari atau pun makan malam, pasti Ariel tidak pernah tidak merasa setiap hidangan dari rumah jiran mereka itu. Pasangan suami isteri itu juga cukup prihatin dan baik hati dengannya. Mereka juga kelihatan ramah dan mudah mesra. Namun sepanjang tempoh enam bulan dia duduk bersendirian di situ, dia belum pernah lagi melihat kelibat orang lain selain dari pasangan suami isteri itu sendiri dan juga Mak Bibah.

Pelik!

"Cantik tak?" soal Ariel membuat Ery Saffiyah tersengih lucu. Dia lantas menganggukan kepalanya.

"Memanglah cantik! Sudahnya pun nama anak kacukan, mestilah cantik... muka Kak Ifti tu boleh lawan dengan model iklan antarabangsa tau. Kalau Along nampak mesti Along pun akan terpikat!" Ariel lantas menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sumbing.

Baginya minah celup jarang ada yang cantik. Lainlah kalau anak mat salih yang tulen. Mungkin sebab dia sudah terbiasa melihat wajah anak - anak mat salih yang real membuatkan dia berfikiran sebegitu bila terlihat atau mendengar mengenai anak gadis campuran atau peranakan membuatkan dia tidak terasa sedikit pun akan perbezaannya.

Cantik itu subjektif. Masing - masing punya pandangan dan pendapat yang berbeza - beza. Terserahlah kepada diri masing - masing untuk membuat penilaiannya. Dia pun bukannya seorang yang pentingkan kecantikan sangat pun. Cukup sekadar wanita itu mampu menjadi pelengkap kepada kekurangannya, cukup. Soal cantik atau tidak, itu belakang kira.

"Sudahlah, Long. Ery nak masuk mandi dulu... nanti kita sambung cerita balik, okay"

"Humm, patut sangatlah ada bau masam sejak tadi...." ujar Ariel bergurau mengusik adiknya.

Ery Saffiyah yang geram dengan gurauan Ariel lantas mencubit lengan abangnya itu sekuat hati sebelum dia berlalu sambil berlari anak masuk ke dalam rumah. Dia turut menjelirkan lidahnya ke arah Ariel yang sedang mengadu sakit. Tidak semena - mena kenangan indahnya ketika kecil dahulu menerjah ruang mindanya saat itu...

"Eee... bau Aloy tu dah macam kerbau baru lepas berkubang tau!" Sweet, budak sekampung yang turut merangkap sebagai jiran dan juga sahabat baiknya ketika di kampung dahulu menutup hidung mancungnya dengan jari sebagai tanda dia tidak selesa menghidu bau badan Ariel saat itu. Dia geli menghidu bau Ariel yang di penuhi peluh.

"Iyakah? Aloy tak bau apa - apa pun" balas Ariel sambil mengimbangi bola yang berada di atas kepalanya. Dia turut menghidu bau badannya sendiri tadi.

Hummm! Ehem...

"Yeak! Sudah - sudahlah tu. Aloy baliklah mandi dulu" Ariel kuntum senyuman lebar. Matanya terbuka luas semula.

Dia sendiri sudah tidak berapa ingat dengan raut wajah Sweet ketika kecil dahulu, bagaimana. Apa yang dia tahu, temannya itu merupakan seorang anak kacukan. Dia kembali menutup matanya erat semula. Cuba untuk mengenang semula kenangan manisnya itu.

"Kenapa Sweet tak sorak tadi?" ujar Ariel sambil memimpin tangan Sweet untuk melintas jalan bersama - sama.

"Sweet ada soraklah! Kalau tak sokong, rugilah Sweet turun padang tadi. Lagi pun, nak jerit buat apa? Buat sakit anak tekak aje...." balas Sweet yang kelihatan acuh tidak acuh.

"Teman Aloy pergi bengkel Abang Hussin kejap"

"Nak buat apa dekat situ? Takkan Aloy nak main lagi kot... kalau ianya pun nak main dekat bengkel Abang Hussin tu, Aloy baliklah mandi dulu" balas Sweet dengan wajah tidak berpuas hati.

"Adalah, Aloy nak buat. Jom! Tak lama pun, kejap aje ...."

Ariel kembali membuka matanya. Dia membetulkan keadaan duduknya sambil fikirannya ligat mencari persamaan yang ada pada Sweet dengan seorang gadis yang nyaris - nyaris menjadi mangsa keretanya tiga minggu lepas. Entah mengapa hatinya tiba - tiba memberontak untuk memandu dan melihat wajah gadis itu dengan lebih dekat, pagi itu. Kelibat gadis itu benar - benar membuatnya tergugat dan tertanya - tanya akan identiti sebenar gadis itu.

Walaupun dia tahu gadis itu bukanlah seseorang yang dia kenali. Tapi sikap ingin tahunya membuatkan dia mengambil keputusan drastik tersebut tanpa berfikir panjang. Namun niatnya itu tidak menjadi apabila kanta sentuhnya tiba - tiba terjatuh pula. Patut sangatlah matanya terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, rupa - rupanya kanta sentuhnya tidak melekap habis ke dalam anak matanya. Mujur dia tidak accident pada hari itu .

Hummm...

"Amboi, apa yang anak Ibu fikirkan sampai Ibu panggil beberapa kali pun tak menyahut ni? Riel rindu dengan buah hati, ya?" soal Datin Sri Roqaiyah sambil menarik bangku, duduk menghadap wajah anak terunanya yang sekadar menguntum senyum tipis padanya.

"Tak adalah, Ibu" dalih Ariel sambil bersandar pada bangkunya, bersahaja.

"Takkan dekat kolej tak ada yang sangkut kot?" soal Datin Sri Roqaiyah sambil tersenyum manis.

Ariel ketawa kecil mendengar kata - kata ibunya yang kedengaran agak lucu. Dia menggelengkan kepalanya. Ibunya memang pandai bila memancing rahsia. Sedikit leka sahaja, pasti ibunya akan dapat menghidu rahsianya.

"Mana ada, Ibu. Riel pun bukannya hebat sangat dekat kolej tu! Lainlah waktu Riel masih dekat US dulu. Dekat sini, Riel masih nak tinjau - tinjau lagi..." balas Ariel sambil meraup wajahnya. Dia sebenarnya rimas bila ibunya mulai bertanya soal kekasih atau soal hubungannya dengan mana - mana perempuan di hadapannya, sebegitu.

"Err... ayah mana, Ibu? Riel tak nampak pun...." ujar Ariel cuba untuk mengalih topik perbualan mereka.

"Ayah baru je berangkat keluar ke pejabat tadi"

"Ooo... habis tu Ibu nak keluar dengan siapa pula? Siapa yang nak hantar Ibu, nanti?"

"Pak Jak yang akan hantar Ibu nanti. Ibu tengah tunggu dia datang baliklah ni, ambil Ibu" Ariel angguk.

Patut sangatlah ibunya tiba - tiba boleh muncul di situ, tadi. Ingatkan dia sudah lama keluar. Ariel tahu ibunya masih lagi fobia dengan kemalangan yang pernah menimpa mereka berdua, dua belas tahun lepas. Ibunya juga masih lagi fobia untuk memandu kereta sendiri semenjak dari kejadian itu.

Ketika itu usia Ariel baru tiga belas tahun dan ibunya sedang memandu keluar dari kawasan tempat letak kereta di salah sebuah pasaraya sebelum sebuah SUV hitam, tiba - tiba muncul dan menghempas depan kereta mereka. Ibunya tersepit di bangku pemandu, sementara dia terhantuk pada tepi kereta. Mujur air bag kereta mereka berfungsi dengan baik dan mereka terselamat dengan kadar kecederaan yang agak kritikal juga pada ketika itu. Adik perempuannya tidak terbabit dalam kejadian tersebut kerana dia di tinggalkan kepada jiran sebelah rumah mereka.

"Ariel?..."

"Iya, Bu?"

"Kenapa suka sangat termenung jauh ni? Ariel ada masalah?" Ariel kembali menggelengkan kepalanya sekali lagi. Datin Sri Roqaiyah lepas keluhan kecil.

Dia sendiri kalau boleh tidak mahu memaksa anak - anaknya untuk mengikuti kehendak mereka saja. Namun begitu, sebagai ibu bapa mereka harus tegas agar anak - anak mereka tidak mudah terpengaruh dan lalai dalam meniti kehidupan mereka, masing - masing.

"Ingat malam besok. Ariel ikut Ibu dengan ayah, tau. Jangan pura - pura lupa pulak! Ibu dah janji dengan kawan - kawan Ibu nak bawa Ariel kali ni" ujar Datin Sri Roqaiyah mengingatkan anak terunanya itu sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Ariel kembali duduk termangu sendirian. Ariel mengeluh, hampa.

Sudah hampir berpuluh majlis yang dia hadiri semenjak kedua orang tuanya kembali ke tanahair. Puluhan anak gadis kenalan mereka juga turut sama di perkenalkan kepadanya, seolah - olah dia tidak tahu macam mana hendak mencari pasangan sendiri....

Asyik this is my son lah! Still bachelor lagi... Hurm, buat fed up kepala otak adalah! Kalau Sweet yang ada dekat situ, tak apa jugak! Humm... ke mana sajalah budak perempuan itu menghilang sebenarnya? Alamat lama juga sudah di jual dengan orang lain.. Arggh, geramnya!

Dia bukannya tidak suka dengan semua anak kenalan orang tuanya itu, cuma dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan mana - mana wanita pada ketika ini. Dia akui ramai juga anak gadis kenalan orang tuanya yang cantik dan menarik perhatiannya. Tapi dia tidak pernah terfikir untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi selepas dari majlis tersebut. Ini kerana hati dan fikirannya masih lagi tertumpu dan terarah sepenuhnya kepada Sweet seorang. Dia mahu mencari temannya itu terlebih dahulu sebelum dia memikirkan soal perempuan lain.

"Riel! Ariel?!..." Datin Sri Roqaiyah menjerit kecil dari balik muka pintu memanggil anak terunanya itu. Ariel berpaling.

"Ada call untuk kamu"

"Siapa, Bu?"

"Hakimi"

"Kejap.... Riel datang" Ariel bangkit dari tempat duduknya. Dia menapak masuk ke dalam rumah, untuk menjawab panggilan telefon temannya itu. Pasti Hakimi sudah menemukan lokasi yang sesuai untuk mereka bertemu malam nanti.

Vee yang duduk di atas lantai marmar rumahnya, hilang selera untuk menonton cerita kartun kegemarannya di kaca tv sebaik saja mama mulai membangkitkan soal menghadiri majlis bersama - sama dengan papa kepadannya. Dia lantas mematikan TV, sebelum beralih tempat duduk, di atas sofa.

"Vee malaslah, Ma. Vee penat! Mama dengan papa sajalah yang pergi..." Puan Aisyah mencebik. Dia tahu anak gadis tunggalnya itu akan cuba memberikan pelbagai bentuk alasan kepadanya gar dia tidak dapat mengikut dia dan suaminya pergi kemana - mana majlis keraian.

"Vee, ikut ajelah. Kali ni aje, okay? Uncle Hamdan nak sangat kenal Vee.... nanti apa kata dia pulak kalau Vee tak ada nanti? Vee ikut ya, sayang" ujar Puan Aisyah lembut, cuba untuk memujuk anak gadis tunggalnya itu. Vee masih lagi mendiamkan diri, tidak menjawab kata - kata mamanya itu. Otaknya ligat untuk mencari alasan baharu yang jauh lebih konkrit dan logik.

"Alah, Mama pandai - pandailah jawab dengan dia. Cakap aje dekat Uncle Hamidon tu..."

"Hamdan!"

"Whatever!... Mama cakap ajelah dekat dia yang Vee busy. Lagi pun Vee ada trial next week tau, Ma. Vee masih banyak homework lagi nak kena buat.. assignment toksah cakaplah...." balas Vee cuba untuk memujuk mamanya.

Dia betul - betul malas untuk menghadiri majlis yang turut di hadiri oleh kedua orang tuanya. Pasti akan ada saja benda lain lagi yang akan mereka bincangkan dan katakan kepadanya nanti. Dia sendiri sudah cukup arif dengan majlis yang di hadiri oleh papa dan mama.

"Okey. Mama terima alasan Vee. Habis tu kalau papa tiba - tiba tanya kenapa Vee tak nak ikut, Mama nak jawab apa pulak nanti? Vee nak Mama cakap apa dekat papa, hum?" Vee lepas keluhan berat. Kalau papa yang tanya, alamat tidak jadilah mogok dia nanti.

Dia sendiri takut dan segan hendak menolak permintaan dan kata - kata papa. Lebih - lebih lagi bila papa naik marah. Mahu kecut segala isi perut Vee di buatnya.

"Iyalah. Iyalah.... Vee ikut! Tapi Vee tak nak duduk lama - lama dekat situ. Vee harap Mama faham" Puan Aisyah angguk, faham akan maksud yang di katakan oleh anak gadisnya itu.

Setiap kali mereka di jemput untuk meghadiri majlis keraian rakan - rakan mereka, pasti Vee akan cuba mencipta pelbagai alasan. Bukan mahu memaksa anak gadis tunggalnya itu. Cuma kali ini suaminya dan juga Tan Sri Hamdan beria - ia benar mahu mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara keluarga mereka. Soal jodoh itu ketentuan Ilahi. Dia atau suaminya tidak akan mampu untuk menghalang kalau jodoh dan suratan anak gadis mereka itu bukanlah dengan orang yang mereka berkenan dan kenali.

"Vee dah ada boyfriend?" Vee membulatkan anak matanya, besar.

Dia terkejut dengan soalan cepu emas yang keluar dari mulut mamanya itu.... Nak jawab apa pulak kali ni? Aloy?! Ish.... mama ni, memang pandai main serkap jarang orang tau! Tsk... tsk... tsk...

"Mana ada, Ma. Vee bukannya popular sangat pun dekat kolej tu" Puan Aisyah tersenyum simpul mendengar jawapan merendah diri dari anak gadisnya itu. Mustahil wajah seperti anak gadisnya itu tidak ada yang berkenan langsung.

"Mama pun pernah muda macam Vee jugak! Mama pernah bercinta.... suka dekat orang lain dalam diam...." kening Vee terangkat tinggi mendengar pengakuan mamanya.

Dia memandang wajah mamanya dengan pandangan pelik.... Nak korek rahsia kitalah ni.. Hahaha, ma.. ma.. kalau mama nak tahu, anak mama ni still single mingle lagi tau! Mana ada yang nak dekat anak mama yang panas baran ni. Hump!

"Takkan anak Mama, langsung tak ada kot?" Vee senyum tipis. Dia sekadar menggelengkan kepalanya perlahan - lahan.

"Mama, tak percayalah kalau anak Mama ni langsung tak ada orang yang nak! Vee sengaja tak nak bagi Mama tahukan siapa dia tu...."

"Honest, Ma. Vee memang tak ada boyfriend langsung pun. Kalau ada, semua masih lagi dalam proses penilaian lagi kot! Banyak yang Vee nak kena tapis terlebih dahulu..." balas Vee sambil ketawa. Puan Aisyah sekadar tersenyum manis mendengar ucapan anak gadisnya itu.

Jelas sangat anak gadisnya itu sedang berahsia dengannya. Dia meninggalkan Vee sebaik mendapat panggilan telefon dari salah seorang temannya yang mahu mengajaknya keluar untuk bertemu. Selepas pemergian mama, giliran telefon bimbit Vee pula yang berbunyi. Dahinya berkerut seribu bila melihat nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu. Dia menggaru kepala yang gatal, tiba- tiba.

"Nombor siapa pulak ni?" dia lantas membalas panggilan tersebut sebaik saja dia tiba di anjung rumah. Dia tahu Mak Bibah suka memasang telinga untuk mendengar perbualannya kalau dia berada di dalam ruang tamu rumah.

"Hello.... Alien resident here. To whom I'm talking, please?" kedengaran suara Shakira ketawa terbahak - bahak di dalam talian sebaik saja Vee menjawab panggilannya sebegitu. Vee tarik muncung panjang. Dia mencebik sebaik mendengar bunyi ketawa temannya itu di dalam talian.

"Yo, Vee?! Shark, online ni..... kau tengah buat apa tadi?"

"Aku? Tengah duduk berbual dengan mama tadi. Aik, nombor baru lagikah, Shak? Nombor lama hang dah buang dekat mana pulak?"

"Ada. Saja aku nak pakai nombor baru. Banyak sangat kutu - kutu kampus yang call aku malam - malam buta sampai mak aku dah bagi warning dah, sedia lecture panjang setiap kali telefon aku bunyi!" Vee ketawa lepas.

Lucu pula dia mendengar cerita Shakira.... Nasib baik tak kena ban pakai handset dekat rumah! Yang dia tak set pergi vibrate tu kenapa? Shak... Shak... cakap tak ada pelajaran, universiti jugak dia belajar! Hai...

"Habis tu, nombor ni?"

"Kau dengan Kimi saja yang dapat, lain tak" balas Shakira masih lagi bersisa ketawa di dalam talian.

"Besok sajalah baru kita cerita panjang, Vee. Kau tunggu aku dekat varsity tau!"

"Buat apa?"

"Alah tunggu ajelah aku dekat situ. Takkan itu pun tak boleh kot?"

"Okey!"

"Okeylah, Vee. mak aku dah renung aku semacam tu... aku chow dulu. Jumpa kau besok, key. Bye..."

"Err, Shak!"

"Kenapa?"

"Besok kau tolong belikan aku something boleh tak?"

"Apa dia?"

"Kau belikan aku biskut chipsmore dengan kerepek pisang manis"

"Leh!"

"Alah, bolehlah. Besok aku ikut papa. Kau pun tahukan kalau parents aku nampak junk foods macam mana. Kau beli dekat 7 Eleven. Nanti aku bayar"

"Okeylah. Itu aje? Dah tak ada apa - apa lagi yang kau nak?"

"Hurm, yup! Tu je..."

"Okey, I see you tomorrow okay! Varsity tau, jangan kau lupa pulak nanti!"

"Okey. Bye Shak!" selesai berbual di talian, Vee terus menuju masuk ke dalam bilik tidurnya. Kucing siam peliharaannya itu mengieow saat di belai.

Mieow.... mieow.... Hurm, dari aku layan manja kau, baik aku layan brutal XPDC! Yeah... Yeah....