webnovel

BAB DUA

Jam loceng yang di letakkan di atas meja kecil di sisi katilnya berbunyi kuat dan nyaring. Dia mendengus seketika sebelum membuka matanya perlahan - lahan. Terasa seperti dia baharu sahaja melelapkan matanya tadi, dan sekarang dia terpaksa bangun untuk memulakan hari barunya semula. Dia menggeliat beberapa kali sebelum melemparkan pandangannya ke arah jam locengnya yang masih lagi berbunyi.

"Alamak! Jam 8?!....." matanya membulat besar. Dia terkejut besar melihat waktu yang di tunjukkan oleh jam locengnya itu.

Tanpa berfikir panjang dia bingkas bangun dari tempat tidurnya dan terkocoh - kocoh masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan bersiap secepat yang mungkin. Dia sudah terlewat untuk menghadiri kuliahnya pagi itu.Waktu kuliahnya bermula pada pukul sembilan. Kalau dia bertolak sekarang pun dia pasti akan tersekat dalam jam dan hanya akan sampai di kampus dalam pukul sembilan setengah pagi atau lebih.

Dalam berkira - kira mengenai waktu dan masa yang dia perlukan untuk itu dan ini, dia mencapai kain sejadah dan telekungnya tanpa berfikir panjang. Dia mahu mengqada solat subuhnya terlebih dahulu sebelum pergi ke kampus. Puan Zaharah sendiri turut tidak akan menyedari ke tidak hadirannya di dalam dewan kuliah pagi itu kerana prof wanita itu jarang benar mendongak untuk melihat dewan kelasnya mahu pun memandang setiap wajah pelajarnya satu persatu.

Siap memasukkan buku yang dia perlukan ke dalam beg, Vee turun ke bawah untuk bersarapan. Biar lewat macam mana sekali pun, dia tidak pernah tidak untuk mengambil sarapan paginya. Papa juga sering menasihatinya mengenai keperluan mengambil sarapan pagi.

Don't ever skip your breakfast or you'll lose all of your energy for the whole day!.....Itu kata - kata papa yang sememangnya betul.

Keningnya bertaut erat bila melihat meja makan mereka yang kosong pagi itu. Mustahil Mak Bibah terlupa untuk menyediakan sarapan pagi, pagi itu. Dia sakitkah? Urm.... tak apalah!

Vee lantas membuka peti sejuk untuk melihat apa yang ada. Seleranya hilang takala melihat makanan yang berada di dalam peti sejuk. Dia malas mahu memanaskan lauk - lauk itu semua. Apatah lagi dia sendiri, sudah pun terlewat untuk ke kelasnya pada pagi itu.

Tiga jam dari sekarang, barulah kelasnya akan bermula sekali lagi. Dia juga perlu keluar lebih awal jika dia tidak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang akan berada di waktu puncak ketika waktu tengahari dan petang. Malas mahu memenatkan diri sendiri, dia lantas mengambil keputusan untuk minum sahaja.

Vee mencapai cerek air dan mengisinya separuh penuh. Sambil menunggu air yang di jerangnya masak, dia berdiri dan cuba untuk mengintai keluar melalui ruang tingkap dapur yang masih tertutup rapat. Dia berasa pelik melihat keadaan di luar yang terlalu jauh berbeza dengan waktu yang di tunjukkan oleh jam locengnya sebentar tadi. Dia tahu dia masih belum lagi mencapai ke tahap rabun sifar dan keadaan di luar sana juga masih terlalu gelap untuk mengatakan waktu itu ialah pukul lapan pagi! Dahinya berkerut hebat. Dia lantas membuka tingkap dapur tersebut luas - luas biar dia melihatnyadengan lebih jelas dan terang.

Bunyi cengkerik dan gelap, di tambah dengan hembusan angin malam yang sejuk membuatkan dia terpegun, kaku seketika. Dia lantas meraup wajahnya, tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku dengan dirinya di tengah malam buta seperti itu. Vee segera berlalu ke ruang tamu untuk memastikan sesuatu. Dia tersenyum sendiri apabila melihat jam antik buatan German itu merujuk pada angka dua dan juga sembilan. Dia gigit bibir, geram. Terasa bodoh dengan segala tindakannya ketika dia mula - mula bangun sebentar tadi.

Arggh... siapa pulak yang berani set jam aku awal subuh buta macam ni huh?! Grrr... ini yang bikin aku high blood ni! Ugh....

Vee kembali semula ke dapur. Air yang di jerangnya tadi sudah pun masak. Mahu tidak mahu, dia terpaksa membancuh air kopinya memandangkan dia sudah pun terlebih dahulu memasukkan serbuk kopi segeranya ke dalam mug. Matanya yang kembali segar tidak dapat di ajak untuk menyambung tidurnya semula. Dia menghirup air kopinya perlahan - lahan sambil mendaki anak tangga ke tingkat atas satu - persatu dengan gelengan kepala.

Di dalam bilik dia tersenyum lucu sendiri bila teringat dengan keadaan dirinya sebaik saja dia melihat waktu pada jam locengnya itu, tadi. Dia bersiap mengalahkan lipas kudung sehinggakan dia mengqada solat subuhnya tanpa sebab. Dia langsung tidak terfikir untuk melihat jam tangan ataupun jam telefon bimbitnya terlebih dahulu sebelum dia terkocoh - kocoh untuk membuat itu dan ini, tadi.

Biasanya dia akan melihat sama ada jam tangan atau jam telefon bimbitnya terlebih dahulu, kalau jam locengnya itu di rasakan bermasalah. Tapi dia baru sahaja menukar bateri baharu ke dalam jam locengnya itu semalam dan jam itu juga kelihatan berfungsi dengan baik sebaik saja dia menggantikan bateri. Malah jam itu juga sudah banyak menaburkan bakti dan jasa untuk membangunkannya setiap hari.

Dia mengambil kain telekung dan sejadahnya yang masih lagi berada di atas lantai dan meletakkannya semula di tempatnya yang sepatutnya. Alhamdulillah, dia masih belum terlepas waktu solat subuhnya lagi hari itu. Sambil meletakkan mug nya di atas meja solek, dia melihat wajahnya di sebalik biasan cermin itu dengan teliti. Di dalam hati dia bersyukur dengan kurniaan yang di berikan kepadanya. Dia tidak sempurna sepenuhnya tapi sekurang - kurangnya dia juga tidak ada cacat celanya dan untuk itu dia amat bersyukur.

Jam tangan Swatch hadiah dari Shakira sempena hari ulang tahun kelahirannya, dua tahun lepas di belek. Begitu juga dengan leather bracelet, pemberian salah seorang sahabat baiknya ketika kecil dahulu. Entah apa khabar sahabatnya itu sekarang. Sudah agak lama mereka berdua terpisah dan juga terputus hubungan di antara satu sama lain.

Hurm... entah apa khabar Aloy sekarang ni agaknya? Sihatkah dia dekat sana atau tidak? Mesti dia makin handsome sekarang ni... agak - agaknya boleh lawan dengan Ariel tak?! Hahaha... nonesense! Urm, paling tidak pun dia mesti comel macam Aliff Satar. Hehehe, perasannya aku!.... by the way, dia masih ingat lagikah dengan aku ni?.

Sudah hampir 14 tahun berlalu namun segalanya masih lagi segar di dalam ingatan Vee. Serasa baru semalam dia kembali berusia 10 tahun semula.

"Aloy kena pergi jugakah?" Aloy kelihatan menganggukkan kepalanya perlahan - lahan. Wajah cerianya hilang dan dia juga kelihatan muram.

"Sweet jaga diri baik - baik tau. Nanti bila Aloy sudah habis belajar dekat sana nanti, Aloy balik jenguk Sweet. Tapi Sweet kena janji, jangan pindah tau!" Vee angguk lemah, setuju.

Tidak pindah? Uh, terpaksa pindah adalah...

Aloy hanya di kenali Vee tanpa mengetahui siapakah nama sebenar temannya itu. Vee tidak pernah bertanya mahupun ingin ambil tahu akan nama sebenar Aloy ketika itu kerana baginya mereka tidak akan pernah terpisah dan nama Aloy juga sudah cukup untuknya mengenali temannya itu. Nama Aloy melekat dengan dirinya kerana dia sering bermain dengan besi aloi setiap kali dia berada di bengkel Abang Hussin.

Mereka berdua juga sering bermain bersama - sama setiap kali musim cuti sekolah bermula atau pada setiap cuti hujung minggu, mereka akan kerap bermain bersama. Walaupun mereka tidak bersekolah di sekolah yang sama tapi persahabatan mereka berdua cukup rapat. Aloy bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina sementara dia bersekolah di sekolah rendah biasa. Setiap kali waktu sekolah berakhir, mereka akan bertemu dan berkumpul dengan kawan - kawan sekampung yang lain untuk bermain atau menelaah pelajaran bersama - sama.

Pada usia 11 tahun, Aloy di bawa berpindah ke luar negara oleh orang tuanya yang pada ketika itu mahu melanjutkan pelajaran mereka di sana. Aloy yang tinggal di kampung ketika itu bersama - sama dengan datuk dan neneknya terpaksa mengikut kehendak orang tuanya untuk berpindah, kerana segala keperluan mereka juga sudah di sediakan oleh majikan tempat ayah Aloy bekerja pada waktu itu. Mahu tidak mahu, akhirnya mereka terpaksa berpisah juga.

"Aloy nak Sweet pakai gelang ni" ujar Aloy sambil menghulurkan seutas gelang yang di perbuat dari kulit kepada Sweet.

"Senang sikit Aloy nak kenal Sweet bila kita berjumpa balik nanti. Sweet pakai selalu tau. Janji?!" sambungnya lagi sambil mengikat gelang tersebut di pergelangan tangan Sweet yang jauh agak kecil.

"Janji!..." itu janji mereka.

Janji di antara dua orang sahabat untuk bertemu semula setelah lama berpisah. Namun janji itu sudah pun mencapai usia 14 tahun dan tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kalau - kalau Aloy sudah pun kembali semula ke Malaysia. Vee sendiri sudah berusia 23 tahun.

Dia juga sudah layak untuk berpunya namun terpaksa menolak perasaannya jauh - jauh kerana janji yang di buatnya 14 tahun yang lalu itu masih menghantui ruang mindanya. Dalam diam hatinya sudah lama di bawa pergi oleh seseorang. Seseorang yang dia senentiasa ternanti - nanti akan kehadirannya.

Dia juga tahu kalau Aloy tidak semestinya akan berfikir perkara yang sama sepertinya. Itu kerana Aloy hidup lama di luar negara dan dia juga sudah terdedah kepada golongan masyarakat yang berfikiran terbuka serta luas dalam segi pergaulan sosial mereka. Sudah pasti juga Aloy turut punya kekasih saat ini.

Remaja di Amerika bukanlah seperti kebanyakan remaja di Malaysia. Mereka juga jauh lebih advance dan matang dari segi pergaulan mereka. Malah mereka turut berfikiran terbuka dalam pelbagai perkara jika di bandingkan dengan dirinya yang lebih suka duduk terperap di dalam rumah berbanding keluar berhibur bersama - sama Shakira mahupun teman sekampus mereka yang lain.

Hurm!

"Laa, khayal punya khayal sudah masuk pukul lima setengah rupanya! Urm.... tak lama lagi azan subuh..." gumam Vee sendiri sebelum bangkit dari tempat duduknya dan berlalu ke bilik air untuk mengambil air wuduk semula.

Dia mahu menunaikan solat subuhnya kembali. Biarpun Vee tampak moden namun dia tidak pernah meninggalkan waktu solatnya. Sesibuk mana sekalipun dia pasti akan cuba untuk memenuhi waktu solatnya sebaik yang mungkin. Alhamdulillah, dia masih belum terlepas mana - mana waktu solatnya lagi buat masa ini. Melainkan waktu itu dia sedang dalam keadaan bercuti, barulah dia akan berani untuk ponteng. Mahu mengharapkan siapa untuk menyediakan bekalan hari akhiratnya kelak kalau bukan dirinya sendiri...

Hanya amal ibadah selain dari amal baik kita yang lain, yang akan membantu kita di alam sana kelak... Itu kata mama. Kata mama lagi...

"Bila kita sudah meninggalkan alam nyata ini, kita akan di masukkan ke alam barzakh terlebih dahulu sebelum alam akhirat menjelang. Jika kita tidak melakukan amal ibadah, kita tidak akan mampu untuk bertahan di alam barzakh. Apatah lagi akhirat kelak... Hanya amal ibadah kita sajalah yang mampu untuk membantu kita di alam sana kelak selain dari sikap dan sifat baik kita sendiri... Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. DIA juga maha mengetahui dan maha pengampun. DIA yang berhak ke atas setiap makhluk dan segala - gala yang bertebaran di atas muka bumi ini. kita sebagai hamba harus sentiasa redha pada setiap qada dan qadar NYA"

Vee mengukir segaris senyuman manis. Surah Yasin yang di bacanya tadi di letakkan semula di tempat asalnya. Kali ini dia akan turun bersarapan sebenar - benarnya. Langkahnya di hayun perlahan - lahan menuruni anak tangga dengan hati berbunga riang. Setiap kali teringat dengan kejadian itu pasti akan terukir segaris senyuman lucu pada wajahnya yang masih lagi tidak percaya dengan apa yang terjadi kepadanya awal subuh tadi.

Kalau saja ahli keluarganya mengetahui akan kejadian itu, sudah pasti dia akan di jadikan sebagai bahan usikan mereka sepanjang hari.