Belum pun sempat Ariel dengan Vee keluar dari lapangan terbang, tiba - tiba mereka mendapat panggilan kecemasan dari Hakimi. Vee sendiri terkejut mendengar berita Shakira sedang dalam perjalanan ke rumah sakit. Kemungkinan besar Shakira akan bersalin pada hari itu, kerana dia sudah mula mengadu sakit perut sebaik sahaja Hakimi tiba dari menghantar pemergian Ariel dan Vee ke lapangan terbang pagi tadi.
Ariel dan Vee terburu - buru membeli tiket untuk pulang semula ke ibu kota. Mujur tempat yang mereka pergi tidak terlalu jauh dan perjalanan balik mereka juga jauh lebih cepat dan mudah. Kalau mereka pergi ke luar negara, pasti mereka masih lagi berada di dalam pesawat sekarang dan mungkin juga mereka akan terlepas hari Shakira bersalin. Paling tidak pun bayi Shak sudah berusia empat hari baru mereka dapat kembali ke tanahair semula.
Sebaik tiba di hospital mereka bergegas ke wad bersalin. Disana kelihatan Hakimi menunggu bersendirian di luar bilik wad. Keluarga mereka yang lain masih belum ada kelihatan lagi disitu. Hakimi lantas menyambut kehadiran mereka dengan wajah gelisahnya.
"Sorry Vee, Riel… sebab hal ni korang terpaksa lupakan honeymoon korang!" ujar Hakimi dengan nada kesal dan gusar. Ariel lantas menepuk bahu Hakimi perlahan.
"Sejak bila pula kau mula berkira dengan kami berdua ni? Tak rosak pun plan honeymoon aku dengan Vee dibuat Shak. Tak pergi pun tak apa, bukannya duduk dekat rumah tak boleh nak honeymoon juga, iya tak?... Apa yang penting wife dan baby kau selamat. Soal aku dengan wife aku ni, kau jangan risau. Tahulah kami nak buat macam mana nanti" balas Ariel penuh diplomasi.
Vee bangga dengan sikap suaminya itu. Sebaik sahaja mendapat berita Shak bersalin, dia terus ke kaunter dan membeli tiket penerbangan balik mereka semula dengan serta - merta. Dia tidak berfikir panjang untuk membuat keputusan dan itu sudah cukup menunjukkan suaminya itu seorang yang amat berpegang pada kata - kata dan janjinya. Malah dia juga seorang sahabat yang baik dan cukup setia.
"Nasib baik jalan tak pulak jam sepanjang kami ke sini tadi. Mungkin baby nak tunggu auntie dia yang cute ni dan uncle dia yang serius tu sampai kot, baru dia nak keluar" ujar Vee berlawak bagi meredakan perasaan gusar di hati masing - masing yang masih lagi risau dan gelisah. Hakimi dan Ariel ketawa kecil mendengar lawak Vee.
"Engkau bila lagi, Vee?" soal Hakimi mula melencongkan perbualan mereka bertiga. Vee angkat kening tinggi. Dia mengerling Ariel yang duduk tenang di sebelah Hakimi.
"Erm, still tak tahu lagilah Kimi… who knows, maybe two or three months from now... rezeki, kita tak tahu. Tak gitu?"
"Korang merancangkah?" soal Hakimi lanjut. Ariel lantas menggelengkan kepalanya.
"Tak adalah, Kimi. Engkau jangan mudah percaya dengan cakap Vee tu. Dia sengaja nak buat kau terkejut aje. Aku garenti, tidak lama lagi adalah good news dari kami itu pulak … tak begitu, sayang?" Vee pura - pura mencebik mendengar usikan suaminya.
"Susah - susah sangat, abang ajelah yang pregnant dulu!" ucapan spontan Vee itu mengundang tawa kuat dari suaminya dan juga Hakimi. Mereka terlupa yang mereka sedang berada di hospital.
"Shhh…" salah seorang dari jururawat yang bertugas memberikan amaran.
Vee mematikan tawanya. Dia sempat melirik wajah suaminya dan juga Hakimi yang masing - masing cuba untuk menahan gelak mereka dari terhambur keluar semula.
"Kan dah cakap tadi, padan muka! Shhh… diam! Korang tu sekarang dekat dalam hospital bukannya taman bunga" ujar Vee seraya membuat mereka ketawa semula.
Kali ini mereka tidak tergelak sekuat tadi. Suara mereka di kawal sebaik mungkin agar tidak membuat bising.
"Masih tidak berubah lagi rupanya. Still nak jadi lawyer tidak bergaji lagikah wife kau ni, Riel?"
"Biasalah, Kimi. Kau bukannya tak tahu mood wife aku ni ada banyak… kalau mod dia low, okeylah. Tapi bila mod dia high itu yang bahaya sikit!"
"Ooo… mod saya, awak tahu. Habis tu ego awak pulak, macam mana?!"
"Shhh!… shh" sekali lagi mereka diberikan amaran oleh jururawat yang sama.
Ketiga - tiga mereka berbalas pandangan. Masing - masing cuba untuk tidak ketawa. Hakimi cuba bertenang dengan menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali. Ariel pula membuat pelbagai cara dengan meletakkan tangan pada wajahnya agar tidak ketawa.
Nanti tidak pasal - pasal pak guard pula yang akan muncul dan memberikan amaran kepada mereka bertiga. Kalau amaran tidak apa juga, tapi kalau di halau keluar dari situ terus yang susah sikit kerana Shakira masih lagi berada di dalam wad bersalin.
"Nah, kan dah cakap tadi. Padan muka!" ujar Hakimi mengajuk kata - kata Vee.
Mereka kembali pecah ketawa semula. Tidak sangka Hakimi akan mengajuk kata - kata Vee dengan lengkok nada yang sedikit lucu.
"Shhhh!!!…" kali ini bunyi amaran semakin kuat. Mereka turut di berikan jelingan tajam oleh jururawat terbabit...
Sorrylah missi... tapi bukan selalu pun! Ehek...
"Diamlah! Kimi, awak pandang sebelah sana. Abang pula, pandang sebelah situ. Vee nak pergi restroom kejap. Jangan nakal - nakal tau!" sempat lagi Vee berlelucon sebelum berlalu.
Ariel dan Hakimi hanya mampu tersenyum dengan gelengan kepala masing - masing.
Hakimi semakin gelisah. Ariel yang menemaninya sejak tadi, kelihatan tenang duduk di sebelahnya. Mungkin sebab bukan Vee yang bersalin ketika itu, jadi dia kelihatan lebih tenang berbanding dengan diri Hakimi sendiri. Hakimi cuba untuk memujuk hatinya agar terus bersabar dan berdoa agar isteri dan anaknya selamat.
"Aku percaya, mereka akan selamat. Shak is a strong woman" ujar Ariel perlahan.
Ariel sendiri sebenarnya cukup gelisah juga, cuma dia tidak menunjukkannya dengan jelas kepada Hakimi kerana Ariel tahu, Hakimi dengan Shakira lebih kurang saja orangnya. Kedua - duanya mudah panik dan cepat terkejut...
Kemana pulak Vee ni hilang? Lama benar dekat dalam bilik air tu... Takkan tak selesai lagi dari tadi?
"Riel, macam mana hubungan engkau dengan Vee sekarang, dah okeykah atau masih macam dulu jugak?" Ariel melegakan anak tekaknya dengan berdehem seketika.
Soalan yang muncul dari mulut Hakimi itu membuatkan dia terkenang dengan memori lama, dia dengan isterinya.
"Alhamdulillah, Kimi. Kalau dulu macam Tom dengan Jerry kan? Sekarang ni sudah macam Romeo dengan Juliet pulak. Vee sudah banyak berubah!" ujar Ariel sambil tersenyum lebar. Hakimi angguk mendengar.
Lega hatinya bila mengetahui perubahan hubungan kedua sahabat mereka itu sekarang... Eloklah kalau macam tu. Taklah aku dengan Shak risau sangat. Sekurang - kurangnya mereka sudah boleh menerima kelebihan dan kekurangan diri masing - masing...
Urm, Ya ALLAH... selamatkanlah isteri dan anakku Ya ALLAH... hanya pada MU aku bermohon. Amin...
"Apa yang paling penting sekarang ni, aku dengan dia care and loving each other very much. Aku rasa aku sudah tidak boleh hidup tanpa dia sekarang ni…" sambung Ariel sambil berpeluk tubuh di tempat duduknya.
"Aku tak nak berpisah macam sebahagian kawan - kawan kita dulu. Kahwin baru sekerat usia, sudah bercerai - berai. Kata kahwin atas dasar paksa, bercinta juga. Sudah lumrah manusia agaknya kot, bila sudah bosan main lepas macam itu saja….
In Shaa Allah, kalau di izinkan tuhan aku mahu hubungan kami kekal sepanjang hayat. Itu doa aku siang dan malam. Begitu juga dengan hubungan engkau dan Shak. Biarlah hubungan kita berempat kekal selamanya…" ujar Ariel panjang.
Besar harapannya untuk terus melayari bahtera rumahtangganya itu bersama - sama dengan isterinya.
"Mencari Sweet dulu pun bukannya mudah. Hendak cairkan hati isteri aku yang keras itu pun bukannya senang, Kimi. Vee, terlalu payah hendak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dia.… Bagi aku cukuplah Vee sorang saja, tidak akan ada orang lain. Kenapa kau tiba - tiba tanya aku soalan macam tu, kau ada plan lainkah?" Hakimi lantas menumbuk lengan Ariel, spontan.
"Hish, kau ni! Shak itulah satu - satunya buah hati pengarang jantung aku tau! Tidak akan ada duanya dia dalam hati aku ni. Tambah lagi bila dia sekarang tengah bergadai nyawa untuk melahirkan zuriat aku… Aku tak sanggup nak sia - siakan dia, Riel…
In Shaa Allah, aku pun macam kau juga. Mahu jodoh kami berkekalan dunia dan akhirat. Kita tidak tahu apa yang akan bakal terjadi kelak, tapi kita masih boleh berdoa dan membuat yang terbaik untuk isteri dan keluarga kita. Ajal maut itu belakang kira, janji kita semua bahagia sekarang ni" Ariel lantas angguk mengiyakan kata - kata Hakimi.
Setiap hubungan pasangan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Perselisihan faham itu pasti tidak akan pernah lari dari kehidupan berumahtangga. Pandai - pandailah mengalah dengan pasangan masing - masing, jangan terlalu mengikut emosi sehingga terpaksa bercerai - berai. Hakimi dan Ariel kembali diam.
Masing - masing melayan perasaan sendiri dan duduk menunggu berita mengenai Shakira yang masih lagi bersabung nyawa di dalam wad bersalin. Tidak lama kemudian, Vee muncul dengan membawa bakul yang penuh dengan buah tangan. Bakul yang di hias cantik dengan barangan bayi itu di letakkan bersebelahan dengan bangku Ariel.
"Dah selamat?" Ariel kembali menggeleng kepala.
"Lama sangat dah tu. Kejap, Vee nak tanya nurse dulu…" Vee lantas berlalu ke kaunter dan bertanyakan sesuatu disana. Ariel hanya memandang isterinya dengan ekoran mata.
"Encik Hakimi?" seorang doktor wanita yang memakai tag nama Suzanna yang muncul dengan mask menutupi sebahagian dari wajahnya, memanggil nama Hakimi. Mereka serentak bangkit dan menghampiri doktor wanita itu.
"Tahniah! Isteri encik sudah selamat melahirkan baby girl. Nanti encik bolehlah melawat isteri encik lepas dia sudah di pindahkan masuk ke dalam bilik wad nanti. Tahniah sekali lagi" ujar doktor wanita itu ramah.
"Alhamdulillah… tahniah, Kimi! Baby girl... hopefully, dia tak secerewet mummy dia pulak nanti. Tapi kalau boleh, biar dia cerdik macam auntie dia ni ha..." ujar Vee gembira.
Lega hatinya bila mendapat tahu temannya itu selamat dengan bayinya.
"Iyalah tu… aku tak nak dia pulak baran macam engkau nanti! Tak pasal - pasal muncul pula adegan engkau dengan suami engkau dalam family aku. Ish, tak nak aku, Vee kalau macam tu…"
Vee sekadar ketawa mendengar kata - kata Hakimi tanpa sedikit pun rasa sakit hati kerana dia akui kata - kata Hakimi mengenai sikapnya ketika remaja dahulu. Ariel lantas merangkul bahu isterinya mesra. Baran - baran pun isterinya itu seorang yang cukup sensitif dan lembut sebenarnya.
Shakira kuntum senyuman lebar takala melihat mereka bertiga masuk. Keluarga Hakimi dengan Shakira turut datang melawat sebaik sahaja mendengar Shakira sudah selamat melahirkan bayinya. Datuk Faizal dan Datin Suhana, ibubapa Hakimi begitu gembira menyambut kelahiran cucu pertama mereka itu.
Uncle Zahirman dan Auntie Zulaika turut mengucap seribu satu kesyukuran di atas kelahiran cucu mereka itu. Bertambah seorang lagi bilangan ahli keluarga Shakira lepas ini. Dahulu Rashid Hafizi, abang Shakira turut menjadi ayah kepada dua orang putra. Kini giliran Shakira pula menjadi ibu kepada putrinya. Entah bila pula giliran dia dengan Ariel untuk menimang cahaya mata.
Kalau boleh Vee tidak mahu merancang. Kalau ada nanti, adalah. Siapa yang tidak mahu bergelar seorang ibu. Dia tahu bukan mudah untuk melahirkan, namun saat seperti itu tidak semua wanita yang akan dapat merasai dan melaluinya. Jika dia di beri peluang dia tidak akan teragak - agak untuk menerimanya. Kerana dia tahu setiap kelahiran itu ada rezeki masing - masing.
"Comel baby kau, Shak. Sudah fikir nak namakan dia siapa?" soal Vee sambil mengelus lembut pipi gebu bayi Shakira yang masih lagi kemerah - merahan.
Baru beberapa minit yang lepas dia lahir ke dunia. Bacaan qamat pun, baru sebentar tadi di laksanakan oleh Hakimi. Vee sempat melirik pada suaminya yang kelihatan begitu khusyuk melihat Hakimi mengqamatkan bayinya sebentar tadi. Wajah Ariel amat mudah untuk di bacanya. Pasti suaminya juga sudah tidak sabar untuk bergelar seorang ayah.
"Aku dengan Kimi dah setuju nak namakan dia Firzah Azrine. Cantik tak nama tu?"
"Nice name, shak! Firzah Azrine Binti Mohd. Hakimi. Pandai korang namakan dia" Shakira ukir segaris senyuman sekali lagi.
Dia sudah tidak selemah tadi namun rasa ngilu masih lagi membuat dia tidak mampu untuk bergerak banyak. Kehadiran teman baiknya itu sudah cukup membuat rasa sakit yang di alamainya tadi hilang serta - merta. Dia gembira.
"Tidak lama lagi giliran engkau pula, Vee.." ujar Shakira perlahan. Vee sekadar tersenyum tipis.
"Aku pun harap macam itu jugak, Shak. Siapa yang tak nak jadi ibu" Shakira angguk lemah setuju dengan kata - kata temannya itu.
"Sorry, sebab aku kau tak jadi pergi honeymoon" Vee tergelak kecil mendengar kata - kata Shakira.
Dia langsung tidak berfikir sebegitu. Apa yang penting Shakira selamat melahirkan. Soal dia berbulan madu atau tidak itu belakang kira.
"Alah, bukannya aku tak honeymoon dekat rumah pun! Benda kecik aje tu, Shak. Kau dengan baby selamat macam ini pun sudah cukup buat honeymoon aku yang cancel itu berbaloi! Kau dengan Hakimi tidak perlu, rasa bersalah sangat" air mata Shakira tiba - tiba jatuh.
Dia berasa sebak mendengar kata - kata Vee. Vee lantas membalas pelukan Shakira.
"Thanks Vee..."
"Sama - sama. Kau rehatlah dulu, Shak. Aku dengan Ariel pun dah nak balik ni. Nanti aku datang lawat engkau dekat rumah bila kau sudah keluar wad nanti" Shakira angguk.
Dia membalas lambaian tangan Vee sambil mengukir segaris senyuman. Sebaik Vee dan Ariel beredar, Hakimi mendekatinya. Shakira membalas pandangan teguh suaminya. Kini hidup mereka semakin ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama yang mereka tunggu - tunggu selama ini.
"Thanks, sayang" ucap Hakimi penuh perasaan kasih sayang.
Dia mengucup dahi isterinya. Kini tanggungjawabnya sudah bertambah. Dia perlu bijak mencari masa untuk bersama - sama dengan keluarganya.