webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
39 Chs

BAB TIGA PULUH LAPAN

"Vee.…" Ariel memanggil isterinya.

Dia perlu ke pejabat lebih awal sedikit hari itu kerana dia ada mesyuarat dengan ahli lembaga syarikat mereka. Mesyuarat bulanan itu merupakan mesyuarat yang cukup penting dalam kalendar syarikat mereka kerana mereka dapat melihat sejauh mana hasil gerak kerja dan juga persefahaman yang mereka tunjukkan sebagai satu pasukan.

Ariel sendiri perlu berusaha lebih kuat lagi kerana bilangan tanggungannya juga bakal bertambah. Dia juga perlu bijak untuk membahagikan masa agar tidak terlalu fokus dengan kerja sehingga mengabaikan isterinya yang kini sedang sarat mengandung.

"Sayang?…" wajah isterinya yang tercinta muncul dengan perut yang sudah pun memboyot besar.

Bila - bila masa sahaja, Vee akan melahirkan anak pertama mereka. Wajah putih itu di basahi dengan peluh. Ariel lantas mengesat peluh di wajah isterinya dengan sapu tangan. Timbul pula rasa bersalah kerana memanggil isterinya itu, tadi.

"Tolong ikatkan tie abang, boleh?" ujar Ariel sambil menghulurkan tali leher berwarna biru muda itu kepada Vee.

"Sejak bila abang dah tak pandai nak pakai sendiri ni? Takkan nak ikat tie pun, nak kena panggil Vee juga kot…" balas Vee sambil mencebik, manja.

Tangan isterinya mulai bergerak pantas. Sambil menunggu ikatan tali lehernya siap, Ariel sempat lagi memicit hidung mancung itu, dengan penuh perasaan. Dia geram melihat wajah montel Vee semenjak dia berbadan dua. Perut isterinya juga turut di usap beberapa kali.

"Thanks sayang, sebab sudi nak lahirkan zuriat untuk abang…" ujar Ariel sedikit emosi, tiba - tiba. Vee angguk dengan senyuman manisnya seperti selalu.

"Thanks to you too, jugak sebab bagi pengalaman yang tak ternilai ni untuk Vee. Vee sanggup buat apa saja, asalkan abang sudi untuk jaga Vee seumur hidup abang…"

"In Shaa Allah, sayang. Abang pergi dulu. Kalau ada apa - apa nanti call abang cepat - cepat tau" Ariel lantas mencium dahi isterinya.

Namun belum pun selangkah dia pergi, langkahnya terhenti apabila Vee menarik tangannya, manja.

"What?"

"I love you!" Ariel senyum. Dia lantas mengucup bibir isterinya, lama.

"I love you too Honey. Now I gotta go…" balas Ariel mesra sambil mencuit dagu isterinya sebelum bergerak pergi.

"Abang!.." sekali lagi langkahnya terhenti. Ariel berpaling dengan kerutan di dahinya.

"Now, what?" soal Ariel dengan wajah geram.

Dia terkejut melihat perubahan pada wajah isterinya yang semakin pucat dan mulai di basahi dengan peluh dingin.

"Abang!!…" Vee cuba menahan sakit perutnya yang tiba - tiba menyerang dengan menarik nafas dalam beberapa kali. Dia memaut lengan suaminya kejap dan kuat.

"Hang on... kita pergi hospital sekarang!"

Masing - masing tidak senang duduk, menunggu. Sudah hampir sejam Vee berada di dalam wad bersalin. Ariel melirik jam tangannya yang di rasakan begitu perlahan berputar. Bapa mertuanya turut kelihatan resah menunggu di hadapan pintu wad. Hakimi dengan Shakira turut datang sebaik sahaja dia menelefon mereka mengenai keadaan Vee, pagi tadi.

"Sabar Riel. Dulu Shak pun lama macam ni jugak! I'm sure... Vee akan selamat. In Shaa Allah…" ujar Hakimi lembut memujuk.

Dulu dia pun resah macam Ariel juga, sewaktu isterinya melahirkan putri sulung mereka. Sekarang tiba giliran Ariel untuk merasai apa yang dia sudah rasakan sebelum ini. Waktu berlalu pergi dan sudah hampir dua jam menunggu, namun masih belum ada sebarang berita lagi dari dalam.

Ariel meraup wajahnya yang kusut kerana terlalu risaukan keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik bersalin ketika itu. Kepala yang tidak gatal boleh jadi gatal dibuatnya. Dia mulai resah.

"Dah lama sangat tu Pa…. Ma, Bu? Nak kena tunggu lagikah?.... Riel nak masuk!" ujar Ariel yang semakin hilang sabar menunggu.

Dia takut perkara yang buruk berlaku kepada isteri dan juga anaknya. Debaran di dalam hatinya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

"Sabar, Riel. Ayah pasti isteri kamu takkan ada apa - apa, percayalah. Sabar, okey. Banyakkan berdoa … In Shaa Allah, Vee dengan anak kamu selamat" pujuk Datuk Sri Zainal, membawa Ariel untuk kembali duduk semula.

"Tapi dah lama sangat tu, Yah. Riel takut ada yang tidak kena…" ujar Ariel meluahkan kerisauannya.

"She'll be fine, Riel. Bertawakallah, sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha mengasihani. Kalau DIA berkehendakkan sesuatu, kita tidak boleh menolak ketentuanNYA. Banyakkan berdoa dan bertawakal!" tutur Tuan Victor Hashim, tenang.

Dia pun risau juga. Tapi dia harus kuat semangat kerana tidak mahu menambahkan lagi perasaan risau ahli keluarga mereka yang lain. Takut kalau dia turut menunjukkan reaksinya nanti, keluarga mereka akan bertambah panik.

Setelah hampir tiga jam berlalu, barulah pintu wad terbuka. Doktor Aryanna muncul sambil membuka penutup mulut yang menutupi sebahagian dari wajahnynya. Dia kuntum senyuman lebar.

"Mrs. Vee, husband?" Ariel tampil ke hadapan. Dia menyambut tangan Doktor Aryanna yang menjabat tangannya.

"Congratulations sir, you got twins!" sebaik mendengar berita baik itu, masing - masing menarik nafas lega dan mengucap syukur yang tidak terhingga.

Alhamdulillah!

"Both babies and mom are fine. Lepas Puan Vee dah di pindahkan masuk ke dalam wad nanti, bolehlah semua lawat dia sekali. Tahniah!" ujar doktor wanita itu sambil terus berlalu meninggalkan mereka semua.

Mereka berbalas pelukan, gembira. Tuan Victor Hashim turut menitiskan air mata gembiranya. Dia begitu terharu dan gembira mendengar anak dan cucunya selamat.

Bilik yang menempatkan Vee di penuhi dengan ahli keluarganya. Bayi kembar mereka yang masih lagi kecil dan kemerahan, lena di dalam tempat masing - masing. Vee sendiri masih lagi tidur saat Ariel mengazankan bayi kembar mereka. Dengkuran halus isterinya juga jelas kedengaran.

Masing - masing cuba untuk mengawal suara mereka ketika bercakap, takut mengganggu Vee yang sedang terlena. Sebaik waktu melawat tamat, Ariel masih lagi menemani isterinya disitu. Sementara ahli keluarga mereka berjanji untuk datang melawat semula besok pagi.

Ariel mengelus wajah isterinya dengan penuh kasih sayang. Perlahan - lahan Vee membuka mata. Bibirnya yang kering mengukir segaris senyuman nipis. Dia bangun dari pembaringannya dan duduk bersandar di katil.

"Alhamdulillah, sayang selamat. And we got twins too!" ujar Ariel berseloroh gembira. Vee yang masih lagi keletihan sekadar tersenyum lebar melihat suaminya.

"Thanks, Honey.... thank you very much for everything..." ujar Ariel seraya mengucup dahi isterinya itu untuk kesekian kalinya.

"You are most welcome dear husband... baby kita dekat mana?"

"Ada dekat dalam wad baby. Abang baru aje balik dari jenguk mereka tadi. God they are so cute and adorable! Sebijik macam rupa mama, mereka juga"

"Abang dah fikir nak bagi nama apa?"

"Nantilah kita fikirkan sama - sama. Sayang berehatlah dulu. Rehat puas - puas, sebab lepas ni kita kena kerja kuat balik. Especially you.. so rest well sweetheart" Vee mencubit lengan suaminya sedaya yang dia termampu. Ariel menjerit kecil, sakit.

"Gatal!" Ariel pecah ketawa.

"Alah, gatal abang pun cuma untuk sayang sorang aje.." balas Ariel mengusik. Vee mencebik.

"Sayang janganlah merajuk. Karang baby ikut kuat merajuk macam sayang, senget bahu abang di buatnya nanti! Sayang tak kesian dengan, abangkah?" Vee yang tidak dapat menahan lucu, ketawa mendengar luahan perasaan suaminya.

Namun rasa ngilu di bahagian bawa pusat sehingga ke lututnya membuatkan dia tidak berani ketawa kuat - kuat.

"Ouch…" Vee yang mengadu sakit membuat Ariel panik serta - merta.

Dia bingung mahu berbuat apa bila melihat wajah isterinya berkeriut sebegitu. Dia turut sama dapat merasakan perasaan isterinya bila melihat wajah itu berkerut menahan sakit yang tiba - tiba menyerang.

"Gotcha!..." Ariel terkebil - kebil memandang isterinya yang tersenyum manis. Vee memeluk lengan suaminya yang mulai melayan rajuk.

"Abang memang handsome! Lebih - lebih lagi dengan wajah macam tu… I love you…" Ariel lantas memicit hidung isterinya.

Dia geram. Ingatkan isterinya betul - betul kesakitan tadi. Mujur dia tidak memanggil jururawat tadi.

"You deserve to get it! I love you too, Honey. I love you more than you love me...." balas Ariel seraya membenamkan bibirnya di atas bibir isterinya.

Sudah tidak ada kata - kata lagi yang mampu untuk mereka ucapkan bagi menggambarkan perasaan kasih sayang dan cinta mereka berdua. Apa yang penting, mereka bahagia sekarang dan berharap kebahagiaan itu akan berkekalan.

Just be my little princess and never change... because I love you so much!

Selagi jantung ini berdenyut, selagi itulah cintaku tidak akan pernah surut untuk mu....

kerana melalui mu, aku kenal cinta, dendam, cemburu dan curiga. Melalui mu jugalah aku mulai mengenal apa erti setia, janji dan asmara... thanks for everything Sweety!

Semoga hubungan suci ini akan kekal sehingga ke Jannah. Selagi nyawa di kandung badan, kau tetap akan bertakhta di hati ini selamanya...

Ariel Syah Hafiz

july 23rd!

Lantas diari hitam itu di tutup kemas semula. Ariel menoleh pada isterinya yang sudah kembali terlena diatas katil. Baru sekejap tadi dia bangun dan menyusukan bayi kembar mereka. Sekarang dia sudah kembali terlena semula. Ariel mengukir senyuman tipis.

Dia betul - betul bahagia dengan kehidupannya sekarang. Sambil melabuhkan badannya di sisi isterinya, dia turut merangkul tubuh itu erat ke dalam pelukannya. Masih banyak lagi cinta yang ada di dalam dirinya untuk di kongsi bersama - sama dengan isteri yang tersayang.

"What happen?" Ariel menggelengkan kepalanya.

Rupa - rupanya isterinya masih belum terlena sepenuhnya lagi. Dia ingatkan Vee sudah lama hanyut di buai mimpi indahnya tadi.

"I love you..." bisik Ariel perlahan.

"Ummm…"

"I love you!" Vee mengerut dahi.

Dia memandang wajah suaminya yang tersengih di sebelahnya...

orang nak tidur pun dia masih pakai bahasa jiwang dia pulak!

"Hummm…"

"Sweety..."

"Umm..?"

"I love you!!"

"Just sleep, will you!" balas Vee mulai geram dengan sikap suaminya. Ariel lantas ketawa.

Hahaha… padan muka. Kan dah kena marah?!..

Cengkerik mulai bernyanyi. Setelah puas mengusik isterinya, Ariel terlena sambil bermimpi indah di samping dengkuran halus Vee yang berada erat dalam pelukannya.

Ariel dan Vee bertukar pandangan bila bayi kembar mereka mulai meragam di kawasan shopping mall. Mama, papa, Datin Sri Roqaiyah, Datuk Sri Zainal dan juga Ery Saffiyah pantas mengangkat tangan masing - masing. Mereka tidak mahu mengambil alih tugas itu buat masa sekarang.

"Sayang jelah yang pergi tukar lampin dia orang…" Vee mencebik memandang suaminya yang tersengih.

Pandai ehk! Time macam ni, semua pun tak nak. Tapi bila baby dah bersih, wangi... bukan main cepat lagi korang bawa lari. Hurm!

"Takkan nak Vee buat sorang - sorang. Ma, tolong Vee boleh? Lepas Vee tukar lampin Danial, mama bagi Danish dekat Vee…" Puan Aisyah angguk.

Dia menemani anaknya untuk menukar lampin pakai buang cucu - cucunya itu di tempat nursery yang di sediakan di dalam pusat membeli belah tersebut.

"Vee penat jaga baby tak?" Vee menoleh pada mamanya yang berdiri di tepi dengan senyuman. Dia lantas menggelengkan kepalanya perlahan - lahan.

"Penat tu memanglah penat, Ma. Inikan pula nak jaga anak kembar macam Danial dan Danish ni… tapi Vee taklah penat sangat sebab kadang - kadang Ery dengan Bibik pun tolong tengok - tengokkan mereka jugak! Mak Bibah lagilah, suka manjakan budak - budak ni… Lagipun waktu malam mereka bukan dengan Vee kan… Mama, tak penat jaga Danial dengan Danish?"

"Mama lagi seronok jaga cucu - cucu, mama! Papa pun sama jugak. Pantang dengar nangis sikit, dia terus bangun. Sama macam waktu Vee kecil dulu…

Papa memang pantang dengar Vee menangis, mulalah dia nak mama bangun susukan Vee… tengok kalau apa yang tak kena dan macam - macam lagilah!" ujar Puan Aisyah dengan senyuman lebar takala teringat akan kisah lalunya membesarkan anak tunggal perempuannya itu. Dia senang menjaga Danish dengan Danial yang tidak banyak karenah pada waktu malam.