webnovel

BAB TIGA PULUH SEMBILAN

"Ariel, wake up!" dengan penuh rasa malas, Ariel membuka matanya yang masih lagi terasa berat itu perlahan - lahan.

Dahinya berkerut melihat senyuman manis isterinya. Dia lepas keluhan kecil sebelum melelapkan matanya semula. Vee gigit bibir, geram dengan reaksi bersahaja suaminya itu. Dia lantas mencubit lengan suaminya yang kemudiannya mengadu sakit.

Ariel membuka matanya yang masih lagi berat itu, luas - luas untuk tatapan isterinya. Dia tahu isterinya pasti akan bertambah geram lagi kalau dia kembali menutup matanya semula.

"Sayang nak apa ni?… abang letih tau…" Vee menghela nafas. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga suaminya dan berbisik.

"Morning prayer..." mata Ariel terbuka besar.

Dia lantas bangkit dari pembaringannya tanpa bicara sambil menggeliat beberapa kali sebelum dia berdiri.

"I love you!" Ariel berpaling.

Dia kerut dahi seribu melihat isterinya yang masih lagi duduk diatas katil.

"What?"

"I said I love you! Do you love me too"

"Of course, I do! Sayang ni dah kenapa? Tiba - tiba buang tabiat awal subuh ni, kenapa?" soal Ariel dengan nada mengusik.

Dia duduk semula diatas katil dan menghadap wajah isterinya penuh perhatian.

"Tak ada apa - apaa… saja je nak tahu" Ariel meraup wajahnya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya.

Dia tersengih. Semenjak dua menjak kebelakangan ini sikap isterinya kembali berubah pelik. Dia pantas bangkit semula untuk mengambil air wuduk.

"Sayang tunggu kejap, abang nak ambil wuduk dulu…" dia tidak jadi melangkah pergi bila tangannya di tarik lembut oleh isterinya untuk kembali duduk semula.

Ariel lepas keluhan kecil. Dia tidak ada mood untuk bergurau dengan isterinya subuh itu. Wajahnya tampak tenang tapi serius memandang wajah isterinya yang kelihatan ceria.

"Now what? Don't tell me you want to skip our morning prayer again. Abang tahu sayang dah habis menstruation tau...." ujar Ariel cuba untuk mengawal intonasi suaranya.

Dia betul - betul penat dan letih. Waktu pagi dia sibuk di pejabat. Balik dari pejabat dia turut sibuk melayan karenah anak - anak yang sudah pandai meminta dan bercakap sepatah dua perkataan mudah.

Biarpun anak - anaknya tidak memerlukan perhatian yang khusus darinya, tapi hari - hari yang di laluinya pasti tidak akan terasa lengkap kalau dia tidak melayan aktiviti dan karenah anak kembarnya itu.

Walau penat macam mana sekali pun, dia akan cuba untuk memberikan sepenuh perhatiannya kepada anak - anaknya, biar mereka turut merasakan kasih sayang dan perhatian dari ayah mereka juga.

Dia akui jiwa dan hatinya tenang melihat keadaan rumahtangga mereka yang aman dan bahagia semenjak kelahiran kembar sulung mereka berdua itu. Pertengkaran kecil di antara dia dan Vee juga tidak menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Biasalah hubungan suami dan isteri pasti ada pasang surutnya.

Tapi itu bukan bermaksud mereka sudah bosan dengan hubungan mereka berdua. Ariel amat mencintai isterinya. Dia tidak pernah rasa segan untuk menuturkan perasaan cintanya kepada Vee setiap hari kerana dia yakin isterinya juga mencintai dirinya.

"Actually is not even morning prayer yet..." Ariel mengetap bibir.

Dia cuba untuk bersabar dengan karenah isterinya yang kadangkala membuatnya runsing dan bingung sejak kebelakangan ini.

"What?? Habis tu kalau bukan, kenapa tiba - tiba nak bangunkan abang pulak?!" ujar Ariel sedikit emosi.

Dia menarik nafasnya dalam - dalam. Sikap isterinya itu sudah agak keterlaluan. Dia lepas keluhan berat sambil memandang wajah isterinya yang tersengih. Ariel kembali melabuhkan badannya di atas katil mereka yang terasa begitu empuk. Mungkin kerana dia begitu letih pagi itu jadi dia baru terasa selesa dan nyaman baring diatas katil yang selama ini langsung tidak di rasainya.

Dia yang memang masih lagi mengantuk, cuba untuk menutup matanya semula. Dia mahu segera tidur dan malas mahu melayan karenah pelik isterinya. Telinganya di tutup dengan bantal. Vee mencebik. Bantal yang menutupi wajah suaminya di tarik, penuh perasaan geram.

"Abang cakap abang sayangkan Vee…"

"Memanglah abang sayangkan sayang... so what is the problem now? Sayang merajuk sebab abang tak cakap I love you dengan sayang?" ujar Ariel dengan nada tidak puas hati.

Pandangan isterinya di balas dengan renungan kosong. Vee lepas keluhan kecil seketika sebelum wajahnya kembali ceria dengan senyuman. Ariel kerut dahi seribu. Dia pelik melihat perubahan isterinya yang sekejap saja boleh berubah.

"Vee saja nak bangunkan abang pun sebab Vee nak jadi orang pertama wish abang happy birthday and happy valentine..." ujar Vee sedikit merajuk.

Ariel lepas keluhan sekali lagi. Dia lantas menggenggam erat jemari isterinya. Hatinya kembali rasa terpujuk. Dia lantas duduk semula.

"Thank you sweetheart for remembering... I do love you and always be... sayang ingat tu. Abang tak akan sesekali menduakan sayang, well unless...." balas Ariel mengusik.

Vee membulatkan matanya. Dia tahu Ariel saja hendak bergurau.

"Ooo... abang ada niat pasang lagi satu ye..."

"Mana ada... abang saja nak gurau dengan sayang. Sumpah demi Allah! Cuma sayang dan anak - anak kita yang bertakhata dalam hati abang tau..." Vee kembali senyum.

"Vee tahu. Sebab itulah Vee nak jadi orang yang pertama wish abang! This is for you... happy birthday again!" ujar Vee ceria. Kotak berbentuk hati itu lantas di hulurkan kepada suaminya.

"Apa yang sayang letak dekat dalam?"

"Mestilah hadiah. Takkan Vee nak letak ular kot.." balas Vee dengan cebikan, geram. Ariel ketawa kecil.

Dia takut mengganggu ahli keluarga mereka yang sedang beradu dengan tawa kuatnya kalau dia terlalu mengikut perasaan lucunya saat itu.

"Mana tahu. Sayang tu suka sangat nak prank abang sekarang ni!" ujar Ariel sambil membuka kotak itu penuh hati - hati.

Matanya sengaja di kecilkan. Dia kembali menutupnya semula sebelum sempat untuk melihat isi kandungan kotak tersebut.

"Abang bukalah kotak tu betul - betul…" Ariel menggelengkan kepalanya sebelum membuka mulut untuk berbicara semula.

"Sayang cakap jelah apa yang sayang letak dekat dalam ni…"

"Lol! Tak surprise lah kalau Vee cakap. Abanglah yang buka dan tengok apa yang ada dekat dalam tu.…" Ariel kembali lepas keluhan kecilnya.

Dia membuka kotak itu semula. Perlahan - lahan, mata kuyunya terbuka luas dan menjadi segar - bugar semula sebaik sahaja melihat isi kandungan kotak itu.

"Congratulation, daddy?? Apa maksud dia?" soal Ariel pelik, membaca tulisan yang tertulis di dalam kad kecil itu.

Vee angguk selamba. Ariel menarik kertas kecil yang terlipat kemas dalam kotak itu keluar dan melihat apa di sebaliknya. Dia ukir senyuman manis dan lebar, memandang wajah isterinya. Pregnancy test kit itu lantas di keluarkan dan dia meneliti benda kecil itu penuh teliti dengan perasaan gembira.

"Berapa bulan?"

"A month! Vee ada scan dua hari lepas tapi Vee tak ambil gambar... so am using this as a gift..."

"Wow... abang akan jadi ayah sekali lagi..."

"Abang tak sukakah?"

"Gila, tak suka? Abang happy sangat - sangat... thank you Sweety! Yess... Yes! Yes!!!" Vee cepat - cepat mematikan sorakan suaminya dengan meletakkan tangannya pada mulut suaminya.

"Shh… Abang rendahkan sikit suara tu. Nanti semua orang dalam rumah ni terkejut pulak kalau abang menjerit macam tu..."

"Why not? Abang bukannya sengaja nak buat happy pun"

"Vee tahu. Tapi biarlah mereka berehat dulu. Sekarang ni dah lewat malam. Mereka pun penat juga nak layan karenah Danish dengan Danial tu… besok pagi baru kita bagi tahu dengan mereka" Ariel lantas memandang isterinya penuh makna.

Tidak sangka, sudah hampir dua tahun lebih semenjak dari kejadian pertama dia mendapat tahu yang dia bakal menjadi seorang ayah berlalu. Namun isterinya masih lagi mampu membuat dia terkejut seperti mana kali pertama dia menerima berita gembira seperti itu dulu.

"Vee ada buat kek pagi tadi…. abang tunggu kejap, Vee turun bawah ambil kek un.." Ariel menarik tangan isterinya dan lantas merangkul tubuh itu erat dan mesra.

"But I want more..." Vee mencebik seketika sebelum dia membalas senyuman suaminya.

Embun jantan yang mulai kelihatan dengan suasana pagi yang masih lagi gelap mengundang senyuman mereka berdua. Ariel bangkit dari tempat tidurnya. Masih banyak lagi yang perlu dia buat dan lakukan untuk melengkapkan kebahagiaan keluarganya itu pada masa hadapan.

"Sayang bangun, kita solat subuh sama - sama"

- SEKIAN -

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

thank you! hope you do enjoy reading the story.

warm regards!

cupideclipsecreators' thoughts