webnovel

BAB DUA PULUH TUJUH

Berita mengenai perkahwinan Vee dengan Ariel turut di sambut dengan gembira sekali oleh Hakimi dan Shakira. Bakal ayah dan ibu itu juga turut tidak mahu ketinggalan dalam memberikan bantuan untuk melancarkan majlis perkahwinan Ariel dan Vee, agar segalanya bisa berjalan dengan lebih lancar. Shakira sendiri, dalam sarat - saratnya pun masih tetap aktif bergerak ke sana dan ke mari, menemani Vee untuk membuat persiapan akhir.

"Shak, bawa - bawalah berehat tu. Kau itu pun bukannya sihat sangat. Naik meremang bulu roma aku tau tengok kau aktif sangat dengan keadaan macam tu … nanti apa kata Kimi kalau dia tahu?...

Karang tak pasal - pasal kang... Err, Shak. Sudahlah buat kerja tu… kau duduk rehat je, key. Barang - barang itu nanti tahulah aku minta mama dengan Mak Bibah sudahkan. Sekarang ini, kerja kau sudah selesai. Kau cuma perlu duduk berehat aje…" Shakira ketawa mendengar bebelan panjang Vee yang sudah lama tidak di dengarnya. Apa salahnya kalau dia bertungkus - lumus untuk majlis Vee.

Dulu masa dia kahwin pun, Vee juga yang banyak membantunya. Dari membuat persiapan awal sehinggalah ke majlis akhirnya berlangsung, temannya itu banyak berkorban masa dan tenaga untuknya. Sekarang sudah tiba masanya untuk dia membalas balik budi baik Vee.

Cuma bezanya sekarang, dia sedang sarat berbadan dua. Kalau tidak, pasti dia tidak akan berhenti berehat biar pun di paksa. Dia mahukan temannya itu mendapat majlis yang terbaik sama sepertinya dulu. Kerana Vee layak untuk mendapatkan yang terbaik.

Shakira tahu Ariel seorang yang cukup romantik, malah mungkin lebih romantis dari suaminya sendiri. Siapa sangka Ariel dan Vee akan menjadi pasangan suami isteri di sebalik sejarah perkenalan mereka yang agak kelam - kabut. Shakira menarik nafas perlahan - lahan.

"Eh, minah! Cuba jangan banyak bergerak. Nanti inai kau tu tak cantik! Meh, aku betulkan" Vee tergelak lucu.

Shakira yang di kenalinya dulu tidaklah setegas bakal ibu di depannya itu...

Semakin lama di pandang makin bertambah cantik dan comel pulak Shak sekarang ni... patut sangatlah Kimi tangkap cintan dengan dia dulu... Bertuah korang, dapat kahwin dengan orang yang korang suka dan cinta... Aku? Cintakah aku dengan Ariel?? Dia pulak sendiri bagaimana? Masih lagikah dia memikirkan soal little princess dia tu?! Hummm...

Sementara itu di rumah Ariel lain pula ceritanya. Bakal pengantin itu lebih banyak termenung dan mengeluh panjang. Dia kelihatan gelisah dan tidak senang duduk. Hakimi yang melihat keadaan Ariel, turut bingung sendiri. Temannya itu bakal bergelar suami orang besok, tapi dia masih lagi memikirkan soal perempuan lain di saat - saat persiapan akhir majlis perkahwinannya.

"Sudah - sudahlah tu, Riel. Naik pening kepala aku tengok kau asyik ke hulu ke hilir macam ni tau. Besok dah nak jadi suami orang dah … bawa - bawa bertenang sikit, boleh tak?" Ariel berhenti mundar - mandir di hadapan Hakimi.

Dia lantas duduk di atas katil sambil memagung dagunya. Hakimi memandang Ariel, penuh tanda tanya.

"Kau rasa, aku patut berterus - terang dengan dia tak?"

"Berterus - terang dengan siapa? Vee?" Ariel angguk. Hakimi kerut dahi seribu.

Rahsia apa lagi yang di simpan Ariel dari pengetahuan mereka bertiga? Temannya itu sudah bertemu dengan Sweet kah atau dia ada perempuan lain selain Sweet dan Vee?... Aish, kalau Shak tahu, mesti dia akan mengamuk besar nanti. Aku tak sangka pulak dia ni spesis mata keranjang! Ugh... tak habis - habis nak undang masalah je mamat ni tau!

"Rahsia apa lagi ni, Riel? Kau sudah jumpa dengan Sweet kah atau kau ada orang lain lagi ni?!" Ariel dapat menghidu rasa tidak puas hati Hakimi hanya melalui nada suara temannya itu.

Lantas dia cepat - cepat menolak andaian Hakimi itu, tegas...

Eh eleh mamat ni... Dia ingat aku ni mamat romeokah apa?! Sudahlah time cari Sweet dulu satu hal. Nak pikat Vee pun bukannya senang... Banyak yang aku kena korbankan tau! Inikan lagi nak tambah sorang??? naik senget bahu aku nanti di buatnya adalah. Aku bukannya mamat playboy lah Kimi! Hump...

"Aku mana ada mambang lain selain dari Vee, sorang! Kalau ianya pun kau curious tak payahlah murai sangat mulut tu, tuduh aku sampai macam tu sekali.." ujar Ariel geram.

Dia bersandar lemah di birai katil, menghadap Hakimi yang duduk di bangku, di hadapannya.

"Mana tahu… kau pun bukannya suka sangat cerita masalah engkau dengan aku sekarang ni.."

"Kau pun tahukan kita bukannya dekat kolej lagi. Boleh duduk goyang kaki sambil berbual panjang dekat kafeteria atau padang lepas latihan... Kau sendiri pun sibuk dengan kerja, aku pun macam itu jugak… takkan aku masih nak bebankan engkau dengan cerita - cerita aku!" ujar Ariel cuba untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya kepada Hakimi dan membuat temannya itu berasa lega sedikit.

"Apa gunanya aku sebagai teman baik engkau kalau kau tak cerita dengan aku apa masalah engkau yang sebenarnya? Aku masih macam dulu jugak, Riel. Telinga aku ni tetap sudi dengar semua keluhan dan rungutan engkau!" Ariel meraup wajahnya.

Dia sudah tersalah cakap dengan Hakimi agaknya sebab itulah temannya itu sedikit terasa hati dengan kata - katanya tadi.

"Aku tahu… cuma kalau boleh aku tak naklah ganggu kau sangat dengan masalah aku. Shak lebih memerlukan perhatian dari engkau.." Hakimi tergelak kecil.

Dia akui kata - kata Ariel itu, tapi tidak salah kalau Ariel mempercayainya sama seperti masa mereka di kolej dulu. Dia tetap akan berusaha untuk membantu Ariel, sebaik yang mungkin.

"Sebenarnya aku ada simpan satu rahsia yang agak besar jugak dari, Vee. Kalau boleh aku tak nak berahsia lagi dengan dia. Aku ingat nak cakap dengan dia sebelum kami jadi suami isteri … tapi aku tak tahu nak mula macam mana. Aku takut dia rasa aku tipu dia, kalau aku cakap perkara ni, sekarang. Vee sendiri bukannya suka cerita tentang hal peribadi dia dengan aku. Aku pun nak jugak tahu sejauh mana keikhlasan dia untuk terima aku sebagai suami dia…" Hakimi jungkit kening, tinggi.

Ariel seperti sedang merahsiakan satu perkara yang cukup penting dari Vee yang berkemungkinan akan menjejaskan hubungan mereka berdua semula, nanti. Dan itu merupakan petanda tidak baik. Walaupun tanpa penjelasan lanjut Ariel, Hakimi rasa dia dapat memahami maksud tersirat dari kata - kata Ariel itu.

Kalau itulah yang berlaku, pasti hubungan Ariel dengan Vee tidak akan dapat bertahan lama. Rasa - rasanya mereka akan kembali bertegang urat dan berperang mulut selepas menjadi suami isteri kelak. Hakimi meraup wajahnya. Dia takut untuk melihat perkara itu menjadi realiti di depan matanya, nanti.

"Jadi, apa fikiran engkau sekarang?"

"Kau rasa, aku patut berterus - terang atau tidak? Kalau aku berterus - terang dengan dia, aku kena cakap perkara ni before or after our wedding. Aku tak sedap hatilah nak simpan perkara ni lama - lama, Kimi" Hakimi tongkat dagu.

Dia sendiri tidak tahu mahu menjawab apa kepada Ariel. Dia perlu bijak untuk memberikan nasihatnya kerana apa yang bakal dia katakan nanti akan menentukan keadaan rumahtangga kedua sahabatnya itu. Dia tidak mahu melihat hubungan Ariel dengan Vee putus di tengah jalan.

"Kalau ianya mendatangkan kebaikan dalam perkahwinan korang berdua, aku cadangkan baik engkau cakap terus - terang sekarang. Tapi kalau ianya hanya akan mengundang effect yang tidak baik dalam perkahwinan korang, baik kau simpan sajalah dulu perkara tu…

Kau cari satu masa yang sesuai untuk berbincang soal itu nanti dengan, Vee. Apa yang penting sekarang ni, dia dah nak jadi milik engkau, Riel. Vee tidak akan setuju untuk berkahwin dengan engkau kalau dalam hati dia tidak ada rasa sayang biar sekelumit pun untuk engkau. Vee sendiri yang setuju nak terima engkaukan?" Ariel angguk.

Kata - kata Hakimi itu memang masuk akal. Hakimi kembali menyambung kata - katanya semula.

"Itu maksudnya dia dah bersedia 300 % untuk menjadi isteri engkau. Ingat lagi tak apa yang aku pernah cakap dengan engkau dulu?" Ariel kembali angguk.

Dia turut mengukir senyuman bila teringat akan kata - kata Hakimi kepadanya sebelum ini.

"Kau dengan dia memang ada something, Riel. Ikatan korang berdua memang cukup kuat dan aku yakin dia memang yang terbaik dan sesuai untuk engkau. Bukan sebab dia kawan baik isteri aku tau! Tapi sebab dia ialah Vee….

Sejauh mana pun korang bergaduh, hubungan korang tetap tidak akan renggang. Korang ibarat air dengan api saling memerlukan di antara satu sama lain. Mungkin korang tidak akan sedar lagi, sekarang ni… tapi In Shaa Allah, aku yakin dia memang yang terbaik untuk engkau" Ariel terdiam.

Dia akui semua yang di katakan oleh Hakimi itu, ada betulnya. Tapi dia tetap berasa gelisah juga. Dia takut kalau dia berlambat - lambat nanti, hubungannya dengan Vee akan menjadi semakin tidak tentu arah pula nanti. Kalau mod hantu Vee merasuk semula saat mereka sudah pun sah bergelar suami isteri nanti bagaimana pula dia mahu menanganinya kelak? Kalau setakat hubungan kekasih atau tunang pasti cukup mudah untuk dia memutuskannya.

Ariel mahu hubungan mereka bertambah erat dan mesra sebagai pasangan suami isteri memandangkan dia sudah tidak memikirkan soal Sweet lagi. Dia mahu membuat Vee faham dan bukannya membuat wanita itu berteka - teki dengan semua tindak - tanduknya sebagai suami nanti. Dia lepas keluhan, berat sekali lagi.

"Kau cuba untuk bertenang dan jangan fikir yang bukan - bukan lagi lepas ni. Besok dah nak lafaz akad dan nikah depan tok khadi dan semua orang. Kau kena banyak bertenang…. rehat cukup - cukup malam ni, jadi besok taklah tergugup - gugup saat nak baca akad itu nanti!" Ariel kembali tersenyum mendengar kata - kata Hakimi.

Dia akhirnya akur dengan nasihat Hakimi dan berehat lebih awal malam itu. Penat berfikir dia akhirnya terlena juga. Besok dia bakal memegang status sebagai suami dan bakal memikul satu tanggungjawab yang cukup besar di dalam hidupnya nanti. Dia mahu membina satu keluarga yang bahagia dengan Vee. Selagi nyawa di kandung badan, dia akan cuba sedaya upayanya untuk menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab untuk isterinya. Itu janjinya pada dirinya sendiri.