Ariel menarik tangan Vee masuk ke dalam salah satu kedai yang cukup mewah di dalam pusat membeli belah itu. Vee sendiri yang tidak menyangka akan tindakan Ariel itu, terkejut bila dia sudah berada di dalam kedai tersebut. Dia berpaling memandang wajah Ariel dengan kerutan seribu.
Vee cuba untuk menarik tangan Ariel untuk keluar dari kedai itu, namun tidak sempat kerana Ariel sudah pun meminta salah seorang dari kakitangan di kedai tersebut untuk melayan mereka.
"Kita nak buat apa pula dekat sini, Riel?" soal Vee perlahan dengan nada protesnya.
Bukannya dia tidak suka dengan barang perhiasan itu semua, cuma dia tidak mahu membebankan Ariel. Dia tidak perlukan itu semua.
"I nak U pilih cincin perkahwinan yang U suka. Takkan itu pun U tak nak? Bukankah diamonds is girl bestfriends? So pick one for yourself, Hon..." ujar Ariel bersungguh - sungguh.
Vee jadi serba salah di hadapan kakitangan kedai tersebut yang sedang memerhatikan mereka berdua. Vee lantas menarik Ariel menjauhi kawasan ruang pameran barangan itu untuk berbincang seketika. Senyumannya turut di lemparkan kepada kakitangan yang sedang menunggu, untuk dia membuat pilihan. Vee cuba untuk memujuk Ariel agar tidak terlalu membazir dalam soal itu kerana mereka tidak memerlukannya.
"But its too expensive, Riel. Saya tak demand ini semua. Kalau betul kita nak kahwin sekali pun, saya tak nak awak membazir dalam soal ni. Kalau boleh biarlah ianya berlangsung sederhana. Saya tak nak kita menunjuk - nunjuk lebih" ujar Vee masih lagi tetap dengan keputusannya.
Ariel bersetuju dengan kata - kata Vee itu dan dia sendiri tidak ada niat langsung untuk menunjuk - nunjuk kepada orang lain akan kemampuannya. Cuma apa yang dia mahu ialah yang terbaik untuk wanita itu. Dia mahu jari runcing wanita itu di hiasi dengan salah satu dari batu permata tersebut.
Duit bukanlah segala - galanya. Harta yang banyak itu pun akan dia tinggalkan juga bila tiba saatnya nanti. Tapi dia memang mampu untuk memberikan itu kepada Vee dan dia berharap sangat wanita itu akan bersetuju dengan kehendaknya kali ini. Kerana Vee merupakan orang yang paling bernilai di dalam hidupnya dan dia mahu Vee tahu akan itu.
"You are way more expensive and worthy than those gemstones, Vee. I really want you to have it! I pun bukannya suka - suka nak buat semua ni... please... Sweety. I betul - betul ikhlas nak sayang pakai benda ni" Vee menyeka air matanya yang tiba - tiba saja jatuh.
Hatinya sudah lama meraung. Kalau dahulu dia akan mudah panas dan melenting dengan Ariel, kini segalanya sudah pun berubah. Berubah! Hatinya mudah tersentuh dengan setiap kata dan juga sikap lelaki itu terhadapnya. Begitu hebat kuasa cinta. Bila cinta sudah mula melanda hati manusia, benda mustahil pun boleh menjadi realiti. Kalau sudah jodohnya di takdirkan dengan lelaki itu dia akan merelakannya dengan seikhlas hati.
"But why? Vee tak layak untuk dapat semua ni..."
"Because I'm truly madly deeply in love with you, Sweety!" ucapan Ariel itu betul - betul membuat Vee di buai rasa bahagia untuk seketika sebelum bayangan Aloy muncul dan menepis semula perasaan itu jauh - jauh.
Vee lepas keluhan kecil, hampa dan lemah. Dia cuba untuk menguntum senyuman manis buat Ariel, sebaik yang mungkin. Dia tidak mahu membuat Ariel rasa bersalah dengan perubahan sikapnya itu. Dia akan menurut apa saja kehendak Ariel kali ini. Biar lelaki itu rasa di hargai, walaupun pada hakikatnya perasaan Vee masih lagi berbelah bagi.
Vee yakin pasti satu hari nanti dia akan dapat menghargai Ariel sepenuh hatinya tanpa perlu memikirkan orang lain. Senyuman manis dan lebar Ariel di balas sepenuh hatinya. Genggaman tangan lelaki itu di biarkan kejap menggenggam jemarinya. Itu sahaja yang dia termampu untuk membuat lelaki itu merasa bahagia ketika ini.
Setelah memenuhi hasrat Ariel, mereka singgah ke "Scoots Picnic Food Court", yang terletak di aras dua bangunan KLCC. Sesekali anak tekak mereka ingin juga merasa hidangan tradisional tempatan yang kini sudah banyak di komersialkan. Mereka memesan nasi dagang, laksa dan lai chee kang untuk mengalas perut yang kosong. Kesempatan berjalan berdua sebegitu, di manfaatkan oleh Ariel dengan sebaik - baiknya.
Dia mahu melamar wanita itu sebagai isterinya, malam itu. Kali ini Ariel yakin dengan keputusannya. Bayangan Sweet sudah tidak muncul lagi di dalam minda dan juga kamus hidupnya. Kebahagian yang di carinya selama ini, kini sudah berada di depan matanya. Hanya tinggal menunggu kata putus dari dirinya sahaja.
Vee duduk menunggu kehadiran Ariel di laman rumahnya. Ariel sudah berjanji untuk datang bertemunya disitu selepas selesai solat isyak, katanya. Vee sendiri baru sahaja habis menunaikan solatnya tadi dan kelibat Ariel masih lagi belum muncul. Pasti dia masih dalam perjalanan balik dari masjid agaknya. Vee ukir segaris senyuman melihat cincin yang tersarung di jari manisnya. Ariel memang pandai memilih apa yang terbaik untuk dirinya.
Vee mendongak memandang dada langit yang kelam tanpa kehadiran cahaya bulan. Bintang pun tidak banyak yang muncul, malam itu. Sambil - sambil duduk menunggu kehadiran Ariel di laman rumahnya, Vee sempat membalas panggilan dari Shakira. Semenjak bergelar isteri, Shakira sudah jarang benar menelefonnya. Hanya bila rasa perlu atau rindu sahaja barulah temannya itu akan menelefon. Alasan yang di berikan Shakira amat mudah, dia sibuk menguruskan soal rumahtangganya yang hanya di huni oleh dia dan suaminya berdua sahaja.
Vee turut ketawa bila mendengar lawak basi Shakira yang sudah pun bertukar menjadi lawak wanita berstatus isteri. Ada - ada sahaja yang akan dia katakannya mengenai perhubungan suami isteri kepada Vee.
"Kau jangan cakap yang bukan - bukan dengan aku boleh tak? Aku ni belum pegang status isteri orang macam engkau!"
"Hahaha, alah... bukannya kau takkan jadi isteri orang pun! Sekurang - kurangnya kau sudah tahu banyak dari aku tau..." ujar Shakira ketawa. Vee turut sama ketawa lucu.
"Bawa - bawa bertenang sikit mulut kau tu Shak. Aku tak cadang lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni tau. Ariel pun masih lagi sibuk dengan kerja dia... langsung tak ada masa nak bincang soal kahwin pun dengan aku.."
"Takpe kalau lambat sikit, Vee. Janji kau dengan Ariel kahwin sudah!" balas Shakira dengan nada cerianya.
Semenjak berbadan dua juga, temannya itu makin galak bergurau. Dia langsung tidak kelihatan letih sepanjang tempoh dia mengandung...
Ceria tahap kritikal! Hahaha... macam itu pun ada jugakkah???
Vee menamatkan perbualannya dengan Shakira di dalam talian sebaik sahaja melihat Ariel datang menghampirinya. Dia kelihatan lebih matang memakai kain pelikat dengan baju melayu berserta kopiah di kepala. Wajah teduh dan redup itu membuat Vee berasa tenang setiap kali memandangnya.
"Berbual dengan siapa tadi?" soal Ariel sambil menarik bangku di hadapan Vee.
"Shak. Rindu katanya. Dia nak ajak kita makan malam dekat rumah dia malam besok" Ariel kelihatan terangguk - angguk sebelum memberikan persetujuannya. Dia pun sudah agak lama tidak bertemu dan berbual panjang dengan Hakimi.
"Awak nak bincang apa? Tak bolehkah kalau kita tunggu sampai besok?"
"Tak. Hal ni penting untuk kita bincang berdua malam ni. I tak nak tunggu sampai besok pagi" balas Ariel dengan wajah serius.
Vee mendengar kata - kata Ariel tanpa sepatah pun bicara. Dia memberikan sepenuh perhatiannya kepada lelaki itu dan juga tujuan sebenar mereka bertemu, malam itu.
"I serius ni, Vee. I dah tak nak kita tangguh lama - lama dengan bertunang macam ni... I pun sudah bincang dengan ibu dan ayah I tadi ... mereka setuju dengan keputusan I. Kalau U pun setuju, I akan bawa ibu dengan ayah I datang bincang dengan parents U besok..."
"Besokkan kita nak jumpa Shak dengan Kimi..."
"I bukannya maksudkan malam ... petang macam itu kot ... lepas I balik dari mesyuarat dengan klien besok, I tak balik ofis lagi terus. So I bolehlah bawa ibu dengan ayah datang rumah U nanti ... besok pun awak sibuk jugakah?" Vee angguk kepala perlahan.
Kerjanya sebagai pengarah hiasan dalaman bukanlah kerja yang cukup mudah dan senang. Banyak yang perlu dia teliti terlebih dahulu sebelum membuat apa - apa keputusan.
"Kenapa tiba - tiba awak buat keputusan? Habis itu macam mana dengan little princess awak nanti? Kita kahwin pun tak guna kalau hati kita masih lagi milik orang lain. Saya tak nak kita jadi hipokrit, Riel..." Ariel kuntum senyuman lebar.
Lantas dia meraih jemari runcing itu di elus penuh kasih. Cintanya sudah jatuh seribu peratus terhadap wanita itu.
"I know what I am doing, Vee... I dah tak perlukan dia lagi. You are way more important to me now. She is already in my past while you are my future..... Lagipun cinta I dengan dia cuma sekadar cinta monyet saja. Cinta yang I nak semai dengan U sekarang ni jauh lebih bermakna dan berharga untuk I... takkan itu pun U tak faham?.... I bukannya suka - suka nak cakap macam ni dengan U, Vee. Tapi inilah kata hati I sekarang ni ... dan I pasti dengan keputusan I"
"Tapi..."
"Shhh.... tak ada tapi - tapi lagi, Vee. Always believe theres is a miracle out there for us and destiny will follow. I akan cuba lakukan yang terbaik untuk kita berdua kelak! Itu janji I... please...." Vee cuba untuk mencari kekuatan diri. Mulutnya terasa berat untuk berbicara dan akhirnya dia akur dengan anggukan.
"Thank you! Thank you so much, Sweety! I love you with all my heart and I'll promise to be good and honest with you" genggaman Ariel kini seerat kasih dan cintanya terhadap wanita itu.
Dia yakin dia mampu untuk membahagiakan Vee. Cuma dia masih perlukan sedikit masa untuk berterus - terang dengan wanita itu mengenai dirinya.
Datin Sri Roqaiyah dan Datuk Sri Zainal yang gembira mendengar perkhabaran baik dari anak teruna mereka itu, tidak mahu menunggu lebih lama lagi. Mereka mahu segera melihat anak teruna mereka itu naik pelamin dan punya isteri dan juga keluarga sendiri. Akhirnya hajat mereka untuk melihat Ariel mendirikan rumahtangga bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. 1001 kesyukuran di ucapkan. Akhirnya pintu hati anak mereka terbuka juga dan dia sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
"Kalau itu keputusan Riel, Ayah dengan ibu setuju sangat - sangat. Besok kita bincang dengan keluarga Vee.." ujar Datuk Sri Zainal dengan wajah ceria.
"Ibu tak nak tunggu lama - lama. Lepas aje besok, minggu depan kita hantar rombongan meminang terus. Riel dah bagi tahu dengan Uncle Victor dan Auntie Aisyah tentang perkara ni?" Ariel angguk.
Senyumannya kini selebar senyuman ayah dan juga ibunya. Hatinya berbunga riang kerana dia bakal mendirikan rumahtangga dengan orang yang dia cintai. Tuan Victor Hashim dan Puan Aisyah turut tidak menunggu lama untuk memberikan keputusan mereka. Mereka yakin Ariel mampu membahagiakan satu - satunya anak perempuan mereka itu dengan penuh kasih dan sayang. Hajat untuk melihat keluarga mereka berkembang dan bertambah juga pasti akan tercapai satu hari nanti.
"Tak payah nak merancang - rancang lepas kahwin nanti. Papa dengan mama nak jadi grandparents secepat yang mungkin! Usia Papa dan mama pun bukannya semakin muda lagi..." Vee telan liur.
Cepat benar papa dan mamanya merancang. Dia sendiri belum terfikir sejauh itu. Apatah lagi mahu menghadap wajah Ariel setiap hari dan membuat itu dan ini untuk lelaki itu pun masih belum terlintas di fikirannya. Dia hanya mampu berserah kepada Illahi. ketetapanNYA itu sudah pun dia terimanya dengan rela hati. Mungkin Ariel yang terbaik untuknya dan bukan Aloy.
"Selamat tinggal Aloy! Izinkan Sweet untuk di miliki, Ariel...." Vee membuka telekungnya.
Dia bersandar lemah di birai katil. Walaupun berat hati untuk membuat keputusan seperti itu tanpa bertemu dengan Aloy terlebih dahulu, dia redha. Dia harus memilih salah seorang dari mereka. Aloy sendiri sudah hilang lebih lima belas tahun darinya dan dia juga tidak tahu bagaimana cara untuk dia menghubungi Aloy. Sedangkan Ariel sendiri, sudah lebih sepuluh bulan menjadi tunangnya.
Biar pun masih banyak yang perlu dia fahami mengenai sikap dan sifat Ariel yang sebenarnya, tapi sekurang - kurangnya lelaki itu ada di depan matanya tidak seperti Aloy yang hanya wujud di dalam hati dan ingatannya sahaja. Ariel sudah membuat yang terbaik untuk membuat dia jatuh hati. Berat untuk dia akui namun, hatinya lebih selesa dengan Ariel.
Will there be a shining star in our lives? Ya Allah... aku redha dengan segala apa yang ENGKAU berikan kepadaku Ya Allah... Berikan aku kekuatan untuk memikul tanggungjawabku sebagai seorang isteri....Kerana aku ingin menjadi seorang isteri yang taat dan soleh kepada suamiku, Ya Allah... redahilah perhubungan kami dan berkatilah ia sehingga ke Jannah.... Amin, ya rabbil alamin...