Ariel duduk sambil bersiul kecil di luar balkoni biliknya. Dia sempat mengerling ke balkoni sebelah yang kosong. Lampu di bilik tidur wanita itu juga sudah tidak menyala. Ariel melihat jam tangannya yang baru saja merujuk pada angka sembilan sepuluh minit malam. Malam masih muda untuk Vee tidur. Dia tahu Vee suka tidur lewat. Ariel melarikan pandangannya ke kawasan laman di sebelah sana yang turut sunyi, sebelum kembali berbaring malas semula, di bangkunya sambil kedua belah tangannya di letakkan di belakang kepala.
Hurmm... ke mana pulak Sweet pergi?Biasanya dia mesti call aku dulu kalau dia nak pergi mana - mana ... Takkan dia pergi rumah Shak dengan Kimi pulak? Tapi mustahil dia tidak ajak aku pergi sekali, kalau betul dia pergi sana? Kimi pun tak cakap apa pun tadi dekat aku. Zariel?? Mustahil, dia keluar dengan Zariel lagi. Aku dah cakap awal - awal lagi tentang mamat tu dekat dia!
Ariel lepas keluhan kecil. Dia kembali termenung jauh, fikirannya tiba - tiba teringat kepada Sweet. Vee dengan Sweet memang amat jauh berbeza. Mungkin sebab Sweet ketika itu masih lagi kecil dan montel dan juga tidak pandai bergaya serta mendandan dirinya berbanding Vee yang sekarang ini, jauh lebih matang dan pandai membawa diri.
Tapi walau apa pun keadaan mereka, dia tetap mencintai mereka berdua seadanya. Ariel teringat perbualannya dengan ayahnya beberapa minggu yang lepas ketika mereka sama - sama ber jogging di kawasan taman berhampiran kawasan perumahan mereka. Ayahnya tiba - tiba bercerita mengenai masa kecil Vee dengannya tanpa dia perlu bersusah payah untuk bertanya.
"Riel kenal tak siapa Vee tu, yang sebenarnya sebelum ni?" Ariel yang baru hendak mula merenggangkan badannya berhenti seketika dari membuat senaman.
Dia duduk bersebelahan ayahnya yang sedang membuat senaman ringkas sambil menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali.
"Maksud ayah anak Uncle Victor tu? Humm … kenal biasa macam itu sajalah, dulu. Dia memang serius masa dekat kampus... tak sangka pula dia jadi tunang Ariel sekarang!" ujar Ariel sambil ketawa kecil.
Datuk Sri Zainal turut sama ketawa. Siapa pun Vee yang sebenarnya, dia sudah pun sah menjadi tunangan Ariel. Baik dan buruk wanita itu akan di terimanya dengan hati terbuka.
"Betul kamu tidak ingat langsung dengan dia?! Dulu bukan main lagi kamu tak nak berpisah pelbagai dengan Vee tu…" Ariel kerut dahi.
Dia lantas geleng kepala mendengar kata - kata ayahnya...
Teka - teki apa pulak yang ayah cakap ni? Suka sangat sebut pasal minah celup tu dekat aku, kenapa? Macam dah tak ada perempuan lain lagi yang dia orang berdua nak promote dekat aku selain dari minah panas baran tu! Ugh... rimaslah, asyik nak dengar pasal dia.
"Laa, betul satu pun kamu tak ingat langsung tentang dia?!"
"Maksud, ayah?"
"Ayah pun bukannya kenal sangat dengan Vee tu waktu dia masih kecil dulu. Adalah sekali dua ayah nampak dan berbual sekejap dengan dia. Budak - budak mana nak ingat lagi semua tu, bila dah dewasa… Tapi sekali tengok aje Ayah sudah ingat, dia siapa dah sebenarnya. Ayah ingat benar dengan anak mata bundar dia tu… besar, galak dan cantik…" ujar Datuk Sri Zainal dengan senyuman manisnya.
Cuba untuk mengimbau kembali ingatannya terhadap wanita yang kini bergelar tunangan anak lelakinya itu.
"Ayah kenal dengan, Vee?"
"Laa, mestilah Ayah kenal! Diakan pernah duduk berjiran dengan arwah atuk dan nenek kamu dekat kampung dulu … budak perempuan yang kecil montel, yang kamu usung ke hulu ke hilir selalu masa dekat kampung itu dialah, siapa lagi... Takkan kamu langsung tidak ingat wajah dia? Ayah yang sekali dua nampak dulu pun dah kenal bila tengok dia sekali masa majlis ulang tahun perkahwinan Tan Sri Hamdan hari tu! Kamu yang hari - hari jumpa dengan dia, langsung tak ingat sedikit pun dekat dia, Riel? Memang betul, kamu ada masalah mata yang serius, kalau macam ni…." ujar Datuk Sri Zainal dengan nada tidak percayanya.
Mulut Ariel terbuka luas, mendengar kata - kata ayahnya itu. Tapi kalau betul Vee ialah Sweet, orang yang di cari - carinya selama ini, kenapa dia tidak pernah memakai gelang yang pernah dia berikan kepadanya dahulu?...
Vee is Sweet?? and Sweet is Vee?! No way...
"Biar betul, Yah? Ayah rasa ayah tidak tersalah orangkah? Mana mungkin Vee pernah duduk dekat kampung …" soal Ariel dengan nada tidak percayanya.
Dia bukannya tidak percaya, tapi dia terkejut. Dia memang pernah mengagak akan persamaan Vee dengan Sweet sebelum ini. Cuma dia tidak yakin bila dia asyik bergaduh dengan Vee.
"Kamu tak percaya cakap Ayah? Kalau Riel nak tahu, Riel tanya dengan Auntie Aisyah. Tak pun tanya Vee sendiri. Ayah memang tidak sangka pulak bila kamu sudah besar, kamu boleh bertunang dengan dia. Sudah jodoh kamu agaknya, sebab itulah kamu jumpa dengan dia balik dan bercinta …" sambung Datuk Sri Zainal lagi sambil ketawa.
Percaturan Allah, tidak ada siapa yang akan tahu. Itulah yang di katakan sebagai takdir dan jodoh. Dia sendiri tidak menyangka yang anaknya akan jatuh cinta dengan anak temannya. Dia juga tidak menyangka yang anak - anak mereka juga pernah menjadi sahabat baik ketika kecil dahulu.
"Dekat kampung dulu duduk berjiran. Dekat sini pun duduk berjiran jugak! Kalau dulu kawan, sekarang tunang. Tak lama lagi nak jadi suami dan isteri… Bukankah itu jodoh yang baik, namanya. Ayah cukup bahagia dan gembira sebab Ariel pilih Vee sebagai calon isteri. Vee pun memang pandai membawa diri..." Di dalam hati Ariel sudah pun melonjak girang.
Alhamdulillah, penantiannya tidak sia - sia dan dia juga tidak akan berada dalam dilema lagi selepas ini. Patut sangatlah dia begitu mudah tertarik kepada Vee, rupa - rupanya kedua - duanya saling berkaitan di antara satu sama lain...
Yes! Yes! Finally I can breath with ease now. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH... akhirnya ENGKAU makbulkan doa hamba MU ini Ya ALLAH... terima kasih.
Ariel membuka matanya. Dia bangkit dari tempat pembaringannya dan berdiri, sambil berpeluk tubuh. Senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya. Dia mahu menduga sejauh mana, Vee masih memikirkan tentang diri Aloy.
"Senyum sendiri nampak, apa yang lucu?" Ariel berpaling dengan senyuman manis dan lebarnya. Dia langsung tidak terasa hati dengan sindiran wanita itu terhadapnya, kini.
"U dari mana? Sejak tadi abang tunggu, tak muncul - muncul. U keluar dengan Zariel lagi?"
"Mana ada. Saya tak pergi ke mana pun. Dekat sini jugak..."
"Cakaplah sayang pergi mana… Kalau sayang keluar dengan Zariel sekali pun, cakap ajelah. Abang bukannya nak marah sayang..." Vee angkat kening tinggi...
Lain macam je bunyi dia... hai, masih cemburu lagikah dengan Zariel tu? Aku dengan dia mana pernah ada hubungan apa - apa pun!
"Adalah… awak tak perlulah risau sangat" Ariel mengeluh, kecil.
Dia diam. Dia memandang wajah Vee penuh dengan rasa kasih dan sayang.
"Tak apalah kalau Vee tak nak cakap…" Vee sekadar tersenyum tipis....
Merajuk lagilah tu! Hai... payah juga nak faham hati lelaki ni.
"Awak kalau saya tak report 24 jam sehari dekat awak, tak bolehkah? Saya takkan curang dengan awak, jadi awak tak perlulah risau. Sebenarnya saya dari rumah awak tadi…" Balas Vee panjang.
Dahi Vee berkerut seribu. Ariel kelihatan seperti tidak fokus dengan perbualan mereka. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Assalamualaikum, Encik Ariel oi…"
"Humm, Vee cakap apa tadi?" Ariel senyum sumbing.
Vee lantas mengulangi pertanyaannya semula sambil menarik nafas dalam. Ternyata Ariel termenung jauh sekali lagi. Pasti dia sedang memikirkan tentang little princess itu lagi, sebab itulah dia begitu.
"Saya dari rumah awak!" ujar Vee turut mengulangi jawabannya semula.
"Kenapa tak bagi tahu abang awal - awal, sayang datang tadi. Kalau abang tahu, taklah abang duduk melongo sorang - sorang dekat sini. Sayang datang sorang?" balas Ariel dengan nada rajuknya.
Entah apa saja yang dia sedang fikirkan sehinggakan dia kerap termenung sendiri. Malah lelaki itu juga turut memanggilnya dengan nama Sweety atau pun Sweet sejak kebelakangan ini.
"Tak. Papa dengan mama pun ada sekali. Awak buat apa duduk sorang - sorang dekat luar ni? Rindu dengan gf awak ehk…."
"Mana ada! U always look so beautiful wearing baju kurung" ujar Ariel, memuji.
Dia ikhlas memuji tunangnya itu. Wanita kacukan itu memang nampak cantik dan menarik bila memakai baju kurung. Vee sendiri, kembang kempis juga mendengar pujian Ariel...
Cinta itu buta. Cakap apa saja pun, semuanya nampak elok. Hurmm....
"Besok U free tak?"
"Kenapa?"
"I nak ajak U keluar dengan I…"
"Besok saya kena ganti tempat papa untuk mesyuarat. Lagipun banyak kerja yang saya kena pick up balik besok. Lepas waktu pejabat, bolehlah…" Ariel diam.
Dia semakin kerap merenung wajah manis di hadapannya itu. Fikirannya kembali terbang jauh. Waktu kecik - kecik dahulu, bolehlah dia mengajak Sweet pergi kemana - mana saja. Paling syok bila dapat main pondok - pondok bersama - sama. Sweet memang seorang yang cukup aktif dan agak nakal juga ketika kecil dahulu. Sekarang, keterampilannya sudah jauh berubah. Barannya pun boleh tahan juga.
Mahu memegang tangan dia sedikit pun, dia akan melenting. Jalan seiring terlalu dekat pun, dia tidak suka. Pendek kata, Ariel memang tidak ada peluang langsung untuk bermesra dengan Vee seperti mana pasangan bertunang yang lain. Wanita itu memang berbeza dengan wanita - wanita yang pernah di temui dan kenalinya sebelum ini. Vee terlalu mementingkan dirinya sendiri.
"Ehem…" Ariel kembali tersentak dari lamunannya. Dia tersenyum sendiri sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Landing dekat planet Zuhalkah atau Marikh ni? Berdiri, terlopong macam Pak Nujum dari tadi ... penting sangatkah awak nak jumpa dengan saya besok?" Ariel perlahan - lahan menganggukkan kepalanya.
"Hurm, tak apalah kalau sayang tak sudi keluar dengan abang. Biasalah, kalau bukan kita yang dia sukakan, nak buat macam mana!" Vee mencebik. Dia terasa dengan kata - kata Ariel yang secara terang - terang menyindirnya.
"Bukan tidak sudi. Cuma kalau tidak penting, tak payahlah ajak keluar. Bukannya kita tidak jumpa dekat rumah pun tiap malam, macam ni… iya tak? Awak pun sibuk dengan kerjakan kebelakang ni…" tutur Vee dengan nada lembut memujuk.
Dia bukannya sengaja tidak mahu keluar dengan lelaki itu tapi dia betul - betul sibuk besok dan masih banyak kerja lagi yang memerlukan perhatiannya. Ariel sendiri bukannya punya banyak masa untuk mengajaknya keluar pun sekarang. Dia turut sibuk dengan urusan hartanah di luar negara.
Kadangkala bila mereka keluar makan tengahari berdua, tiba - tiba Ariel terpaksa pergi menguruskan kerjanya dan meninggalkan Vee makan sendirian. Bukan sekali dua mereka terpaksa membatalkan janji temu mereka. Ariel pasti tahu itu semua dan dia pasti faham mengapa Vee tidak dapat memenuhi kehendaknya kadang - kadang. Kening Vee bertaut erat bila melihat senyuman yang terbit di bibir Ariel.
"Senyum semacam nampak… awak sudah jumpa semula dengan little princess awakkah?"
"Erm, maybe…"
"Owh, good for you than. Bila nak kenalkan saya dengan dia?" Ariel tiba - tiba ketawa lucu. Vee jadi malu sendiri bila melihat reaksi Ariel terhadap kata - katanya itu.
"U tak perlu cemburu, sebab I dah lama tak fikirkan dia lagi, pun. I takkan tinggalkan U, Vee. Itu janji I! selagi nyawa I masih di kandung badan selagi itulah I akan cuba untuk menyayangi U sepenuh hati I…" Vee diam, terkasima mendengar kata - kata Ariel. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, semakin banyak teka - teki yang bermain di bibirnya.
Mungkin di sebabkan faktor usia mereka yang semakin bertambah dan matang maka tahap pemikiran Ariel terhadap cinta juga semakin banyak yang berubah. Sejauh mana kejujuran kata - kata Ariel, hanya dia sahaja yang mengetahuinya. Vee sendiri sukar untuk mentafsir keikhlasan kata - kata Ariel kerana dia kadangkala tidak serius bila berbicara soal perhubungan mereka yang masih lagi tidak punya kata putus.
"So, jadi tak ajak I keluar ni?" Vee senyum tipis.
Pulak! Dia yang ajak kita, kita pulak yang di tanyanya. Urm, whatever lah Ariel. Janji awak tak buat perangai sudah!
"Siapa yang ajak siapa ni?"
"Laa, bukankah sayang yang nak ajak abang keluar dating besok? Takkan dah lupa kot … macam mana jadi tak, nak ajak abang ni?" Vee sekadar tersenyum tipis dengan gelengan kepala, melihat Ariel yang ketawa gembira di sebelah sana.
"Whatever…"
"Okey! Nanti abang jemput sayang dekat ofis besok. Lepas waktu pejabat, okey. Vee jangan bawa kereta tau. Minta Pak Deris je yang hantar Vee besok pagi"
"Baiklah, Encik Ariel … ada apa - apa lagi yang awak nak cakap?"
"Tak ada. Vee rehatlah… Sweet dream. Sweety!" Vee berhenti melangkah.
Dia menoleh pada Ariel yang sedang mengenit mata nakal sambil membuat adegan flying kiss kepadanya.
"Alah, takkan itu pun tak boleh nak balas?" Vee pura - pura geram. Dia mencebik memandang Ariel yang mengharapkan balasan daripadanya.
"Gila!" ujar Vee lantas meninggalkan Ariel yang sudah pun kembali ketawa di sebelah. Vee turut tersenyum lucu dengan sikap Ariel yang kadangkala seperti budak - budak yang baru berusia 10 tahun.