webnovel

Bab 2: humanity

Pada 25 Mei 1996, bumi Amerika syarikat yang dahulunya berwarna-warni kini gelap gelita. Langit yang dahulunya sentiasa biru dan cerah indah yang tak terkata, kini diselimuti asap kelabu. Tanda jari "peace" yang ditunjukkan oleh Presiden Bill Clinton lima bulan lepas hanyalah harapan palsu demi menyemarakkan semangat rakyatnya menentang Dinasti Cain. Sementara itu di selatan timur tengah, segerombolan askar UN sedang bergelut meminta bantuan negara terdekat untuk menghantarkan bantuan kepada mereka. Mereka tidak berdaya lagi untuk menahan serangan Dinasti Cain yang begitu kuat sekali sehinggakan mereka semua terpaksa berundur ke markas utama timur tengah. Keadaan di timur tengah menjadi tidak terkawal apabila tentera Dinasti Cain mula memasuki tanah Cairo mesir, lebih daripada 90 buah bangunan dijadikan sebagai tempat perlindungan tentera Dinasti Cain dan tempat penyimpanan peluru berpandu. Terdapat 25 buah Kereta kebal t-14 armata mengelilingi bandar Cairo, Dinasti Cain terlihat seperti merancang sesuatu di Bumi Mesir, di setiap penjuru bandar Cairo diletakkan pagar dawai besi yang dibuat oleh tentera mereka. Selepas beberapa hari bandar Cairo ditawan oleh Dinasti Cain, mereka mula mengerah jurutera profesional mereka di ibu pejabat utama mereka di tengah-tengah bandar Cairo. Skuad khas UN mendapati bahawa mereka Dinasti Cain telah mengerah sebanyak 5 jurutera profesional mereka tersebut dan tak terlepas juga bahawa skuad khas UN mensyaki salah seorang jurutera tersebut adalah daripada bekas jurutera global defender.

"Jadi Luke, macam mana dengan kristal biru itu?" tanya koperal Gerhard.

"Conzytus? sudah merebak diseluruh kawasan Itali" jawab Luke Reynald

"Kita perlu buat sesuatu Luke, PBB sekarang hanya memfokuskan kepada Dinasti Cain sahaja. Tapi Conzytus? dibiarkan begitu sahaja. Kita sedang bermain dengan batu kristal racun Luke! sekarang mungkin itali, tapi bagaimana pula dengan tanah-tanah lain. Kau sendiri boleh melihat batu kristal itu tumbuh seperti rumput" jawab Gerhard.

"Kau nak aku buat apa Gerhard? PBB sedang buta semenjak Pentagon musnah, masing-masing jaga periuk nasi sendiri. Mereka tahu yang mereka sedang terancam. pasukan UN di timur tengah dibiarkan begitu saja. Bantuan, perkataan bantuan? tiada maknanya, semuanya hilang." balas Luke Reynald.

"Hah!? bercakap tentang Askar UN di timur tengah, bagaimana dengan keadaan mereka?" tanya Gerhard.

"Terkepung, bandar Cairo telahpun dikawal sepenuhnya oleh Dinasti Cain. Markas Utama Global Defender di Timur tengah tidak ada lagi komandan. Komandan mereka tewas di medan perang seminggu yang lalu. Kami di Markas utama Sepanyol sedaya-upaya untuk menghantarkan bantuan disana. Tapi seperti yang kau tahu, ia mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk sampai di sana melalui darat. Itupun kalau tidak diserang hendap Dinasti Cain" Jawab Luke Reynald sambil meletakkan fail sulit.

"Bagaimana pula dengan udara?" tanya Gerhard.

"Kau ni tidur ke sewaktu perjumpaan strategi haritu? Disetiap penjuru benua afrika dipenuhi tentera Dinasti Cain, ditambahkan lagi senjata permukaan anti-udara (SAM) disetiap daerah." jawab Luke Reynald

"herm!" hela nafas berat Gerhard.

"Kau jangan risau Gerhard, aku akan terlibat ekspedisi kali ini. Pihak atasan telah membuat keputusan untuk menghantar aku ke sana sekali gus aku diarahkan menjadi komandan ekspedisi kali ini." jawab Luke Reynald

"hah?" Gerhard terkejut dengan ucapan luke sebentar tadi.

Situasi beralih ke tanah Cairo Mesir yang sangat tegang, Skuad khas UN telah pun menerima panggilan telefon daripada markas utama Global Defender Sepanyol. Mereka bergembira apabila mendengar berita tersebut bahawa bantuan akan tiba tidak lama lagi.

"Siapkan pelan strategi serangan semula keatas kota Cairo!" jerit kapten Bassel.

"Yeah!" jerit askar UN.

Keadaan di Markas utama Global Defender timur tengah yang tadi sunyi sepi itu tiba-tiba menjadi sibuk menyiapkan persediaan serangan semula.

"Black Monday! Nama operasi serangan semula kota Cairo" jerit kapten Bassel

T-72 Ajeya, sebuah kerata kebal berat yang berasal daripada India masih lagi utuh dan lebih daripada 30 buah di Markas Utama Global Defender Timur Tengah. Askar UN menyiapkan 15 buah T-72 untuk dibawa ke medan perang disertai 200 tentera UN yang siap bertempur. Pangkalan data intel Sepanyol menghantar isyarat satelit peta bandar Cairo dan maklumat senjata musuh. Mereka menerima data tersebut dan keadaan menjadi lebih semangat buat tentera di situ kerana di pintu masuk bandar Cairo dijaga tidak ketat.

"Apa!? hanya 50 orang sahaja di pintu masuk? biar betul? Dinasti Cain apa yang kau rancangkan!" jerit kapten Bassel dengan penuh semangat.

Tiga hari berlalu di Markas Utama Global Defender timur tengah, Sebanyak 200 askar UN di tapak perhimpunan mereka. Mereka dihimpunkan untuk mendengar ucapan kapten Bassel sebelum bergerak ke medan tempur.

"Hari ini! hari ini adalah hari kita memperjuangkan hak kebebasan kita daripada pengganas! Demi Tuhan, Bumi Mesir akan jatuh ke tangan Global Defender semula! Kita tamatkan segala-segalanya apa yang mereka mulakan dan akhiri apa yang mereka lakukan! Mara ke hadapan rakan seperjuangan ku!"

Mereka telah pun keluar dari kawasan markas utama timur tengah, mereka terus mara kehadapan tanpa diserang hendap musuh. selama dua jam bergerak tanpa henti mereka pun tiba di pintu masuk bandar Cairo. Askar UN mula tembakan di kedua buah bangunan yang mengelilingi Pintu masuk bandar cairo itu.

"boom!" tembakan peluru berpandu menghempas bangunan tersebut sehingga hancur berkeping-keping.

Namun mereka tentera Dinasti Cain tidak membiarkan begitu sahaja. Mortar yang dibina mereka itu berfungsi dengan baik. Mereka menembak sebanyak lima kali. Tentera UN yang berada di pintu masuk terkena tempias letupan mortar itu yang sungguh dahsyat. dua kereta kebal berat UN telah hancur akibat tembakan peluru mortar itu. Tentera Dinasti Cain mara ke hadapan seolah-seolah tiada penghujungnya. Namun, kereta kebal berat milik global defender berjaya menembak semua askar Dinasti Cain sehingga berkecai tubuh badan mereka. Pasukan mortar Dinasti Cain menerima panggilan berundur ke dewan besar bandar tersebut, hanya selang enam buah bangunan itu sampai ke dewan besar tersebut. pasukan UN mara ke dewan besar itu. Mereka diserang hendap dengan melancarkan peluru berpandu sebanyak tiga kali tetapi tidak memberi impak besar kepada mereka. Semua kereta kebal berat menembak enam buah bangunan itu tanpa ragu-ragu, kesemua bangunan itu hancur berkeping-keping. Dinasti Cain tadi yang boleh mara kehadapan kini bergelut untuk mendapatkan isyarat untuk berundur ke markas utama mereka. Namun selepas bergelut menghantar isyarat kepada markas utama mereka. Mereka dikejutkan dengan bantuan puak mereka di sebelah utara. sebanyak 50 orang fanatik Dinasti Cain dan lima artileri AS-90 bersedia untuk menerima arahan daripada kapten Dinasti Cain di dewan besar itu. Keadaan sangat tegang apabila skuad bantuan itu tiba di sebelah utara skuad UN. Kumpulan fanatik sebanyak 50 orang itu berlari seperti orang gila ke kereta kebal berat milik global defender itu. Mereka tanpa ragu-ragu meletupkan diri setibanya di hadapan kereta kebal berat itu. Sebanyak lima buah kereta kebal tidak berfungsi lagi akibat letupan tersebut. Tidak dapat ketinggalan juga lebih daripada 60 orang askar UN mati dibunuh artileri AS-90 milik Dinasti Cain itu.

"Mayday mayday!" jerit leftenan muda barisan utama itu.

"Maju kehadapan! pisahkan kepada dua kumpulan! satu pasukan untuk musnahkan artileri musuh dan satu lagi pasukan mara ke dewan besar. Bergerak sekarang!" jerit kapten Bassel dengan penuh semangat.

Tiba-tiba entah daripada mana datangnya jet pejuang menembak bertalu-talu pasukan tentera musuh yang mengelilingi dewan besar. Tanpa disedari pasukan UN, jet pejuang tersebut juga melepaskan tiga roket ke artileri musuh menyebabkan kelima-lima buah artileri musuh musnah.

"Pesawat siapa itu!" jerit salah seorang tentera UN.

"heh itu pesawat milik kerajaan mesir! rupa-rupanya mereka tidak sepenuhnya kalah lagi! Mara ke hadapan! kemenangan di pihak kita!." Jerit kapten Bassel.

Operasi black monday pun berjaya dilaksanakan. Tujuan operasi ini dilakukan bukanlah untuk menumpaskan markas utama dinasti cain di cairo, tetapi untuk membuka jalan kepada bantuan yang tidak lama lagi sampai di tanah mesir, iaitu ekspedisi Luke Reynald daripada Sepanyol. Namun peperangan di timur tengah tidak usai. Dinasti Cain telah membuat perancangan strategi semula untuk menawan kembali dewan besar Cairo. Operasi seterusnya akan menjadi mimpi ngeri di tanah Mesir!