webnovel

Bab 1: Arrival to earth!

Sejak dahulu lagi bumi dipenuhi perkara-perkara yang misteri yang boleh dipecahkan mahupun yang tidak boleh dipecahkan sehingga kini. Terdapat banyak cerita mitologi yang disampaikan oleh generasi terdahulu kepada generasi baru. Tetapi manusia hanya memandang enteng kerana tidak dapat memberi apa-apa manfaat jika hendak dikaji semula. Kebanyakan peristiwa yang berlaku di muka bumi hanyalah kesilapan manusia berfikiran gila kuasa sanggup melakukan apapun demi naik ke puncak pengakhiran yang dapat memuaskan kehendak dan menidakkan kebenaran serta keadilan mahupun kebebasan setiap orang. Namun kejadian ini berbalik apabila berlakunya peperangan yang tidak diinginkan oleh manusia selama berdekad-dekad lamanya. Disinilah bermulanya kisah perpecahan umat manusia yang amat dasyat sehinggakan tidak lagi boleh disatukan semula dengan apa-apa cara sekalipun.

Pada 2 September 1945, selepas usai peperangan dunia kedua yang dimenangi oleh pakatan bertiga iaitu Amerika Syarikat, British dan Russia membuatkan negara Jerman dan Jepun mendatangani perjanjian gencatan senjata. Pada 26 disember 1991 kejatuhan Soviet Union telah merubah negara Rusia sebagai negara bebas komunis.

Pada 4 julai 1995, organisasi yang muncul entah daripada mana datang menyerang tanah Eropah dan mengambil alih lima puluh peratus ekonomi dunia yang mengakibatkan semua negara bersatu untuk menyerang semula organisasi misteri itu. Semasa di persidangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) berlangsung beberapa negara telah bersepakat untuk melancarkan senjata nuklear ke atas tanah Eropah itu. Tetapi majoriti pemimpin-pemimpin negara diseluruh dunia telah menolak keras idea tersebut. Usaha tersebut menjadi sia-sia dan keadaan semakin tegang apabila PBB mula mengemukakan cadangan yang tidak berperikemanusiaan hingga menyebabkan persidangan tersebut menjadi rusuhan daripada pelbagai pemimpin negara.

"Tuan Zarchen, saya tak setuju langsung dengan cadangan tuan! Kita perlu memikirkan juga manusia yang tak bersalah di sana" tegas Robert Anthony wakil negara timur tengah

"Saya tak akan benarkan perkara ini berlaku! Kalau kita lancarkan nuklear ke Eropah, tanah disana tidak akan dapat didiami oleh manusia selama 100 tahun. Tuan pun faham kan?" kata Luke Raynald.

"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sekarang berada dalam keadaan kritikal. Saya ada satu cadangan yang agak bernas bagi pihak kami Amerika syarikat. Cadangan saya ialah berikan kami kuasa penuh dalam mengendalikan krisis ini. Kami akan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam membenteras pengganas. Inilah peluang kita untuk menyerang semula. Inilah masa kita semua! Jadi bagaimana tuan-tuan dan puan-puan?" celah wakil Amerika.

Setelah beberapa jam berbincang mengenai isu Eropah mereka pun telah bersetuju bersepakat untuk menubuhkan satu organisasi pertahanan dunia yang diperuntukkan oleh beberapa buah negara. Organisasi tersebut dinamakan Global Defender. Situasi menjadi tenang apabila jalan penyelesaian sudah terbuka luas bagi menyerang semula dinasti Cain. Sewaktu selesainya perbincangan PBB, langit yang membiru indah bertukar menjadi warna biru gelap seperti pengakhiran umat manusia. Umat manusia diseluruh dunia menyaksikan momen bersejarah itu dengan ketakutan, kegembiraan dan kebahagiaan. Batu kristal besar menghentam Rom yang terletak di itali hingga menyebabkan tiga puluh peratus populasi manusia mati. Kesemua infrastruktur tumbuh kristal biru berkilauan seperti bangunan usang yang ditumbuhi akar-akar pokok, sehinggakan udara juga bertukar menjadi gas biru. Hal ini mengejutkan para pemimpin negara yang baru sahaja selesai perbincangan PBB seolah-olah perkara ini telah dirancang. Namun begitu, ini hanyalah kejadian yang tidak dapat dihindari umat manusia.

Selepas beberapa hari hentaman batu kristal biru di Rom itali, organisasi misteri telah membuat pergerakan dengan menyerang asia pasifik. Namun mereka gagal menawan asia pasifik dan mundur ke timur tengah untuk membangunkan semula pakatan ketenteraan.

Di ibu pejabat penyiaran BBC News, professor Dr. Mobius telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada umat manusia tentang batu kristal biru.

"Jadi prof boleh terangkan tak tentang batu kristal biru?" tanya pengacara radio.

"Batu kristal biru atau nama saintifiknya yang saya gelarkan ialah conzytus merupakan sejenis batu racun kepada hidupan bumi" jawab professor mobius.

"Adakah itu disebut sebagai berita buruk atau baik?" tanya lagi pengacara radio.

"Sebenarnya, batu ini mengandungi bahan yang tak pernah wujud di muka bumi ini. Kita juga jumpa elemen baru dalam batu tersebut. Saya sangat yakin dengan adanya elemen baru ini, kita dapat menaik taraf teknologi yang sedia ada. Saya sedar batu biru ini adalah tingkat evolusi kepada generasi baru." jawab professor mobius dengan megahnya bahawa ini merupakan satu berita baik dan harapan cerah buat umat manusia diseluruh dunia.

Siaran langsung BBC News radio tamat begitu sahaja.

Sementara itu di pentagon kolonel james termenung melihat skrin komputer di hadapannya.

"Apa yang kau fikirkan james? Dari tadi kau termenung jauh." tegur Luke Raynald

"tak, sebenarnya aku agak ragu dengan dinasti Cain yang berjaya tawan Eropah. Apa motif mereka?" ujar kolonel james

"Lagi pelik batu kristal jatuh di kawasan Eropah kan?" jawab luke raynald

"Entah, seolah-olah perkara ini dirancang." kata luke raynald

"Cis, mana mungkin manusia boleh rancang segalanya" jawab kolonel james.

"Herh memang la, tak logik kalau manusia yang rancang" kata luke raynald.

--------

Pada 16 Januari 1996, berhampiran sempadan serbia novi sad. Terdapat sekelompok keluarga yang hidup gembira aman damai tanpa menghiraukan isu semasa yang sedang digembar-gemburkan masyarakat setempat.

"Giliran ayah kira hingga 10." kata seorang budak lelaki yang bernama gideon bermain permainan aci sembunyi bersama ayahnya.

"Dimana aku nak sembunyi ni... Aha! Sembunyi bawah rumah la" aku terus berlari ke ruangan bawah tanah.

"8,9,10 sedia! Ayah cari ni" ayah terus mencari gideon di dalam rumah

Malangnya sewaktu kami bermain. Kami dikejutkan dengan bunyi kapal terbang yang kuat. Ayah terus keluar daripada rumah, tanpa sempat mengatakan sepatah perkataan cahaya putih meliputi langit yang sebelumnya cerah nan indah. Tiba-tiba bertukar menjadi langit putih yang membuatkan penduduk setempat ketakutan.

Bom dilepaskan bertalu-talu sehingga bangunan-bangunan dan perumahan menjadi debu. Termasuk keluargaku yang malang. Selepas pengeboman itu berlaku aku mencuba untuk keluar daripada ruangan bawah tanah rumah

"Ayah! Ayah!" aku cuba menolak pintu bawah tanah. Malangnya pintu itu tersekat, aku mencuba sekali lagi menolak pintu dengan kekuatan penuh. Akhirnya pintu bawah tanah itu terbuka, aku terus keluar melihat keadaan diluar semuanya menjadi debu dan hanyalah tinggal kawasan lubang luas. Mungkin hanya aku yang terselamat daripada pengeboman ini.

"Mana yang lain! Hei! Sesiapa saja! Tolong! Ayah! Ibu! Tolong!" aku menjerit meminta tolong. Tetapi tiada respon, aku terus berlari kedepan namun tiada apa-apa dihadapanku. Tanpa menghiraukan keadaan aku terus berjalan kaki keluar daripada daerah Novi sad.

19 jam selepas pengeboman kawasan serbian. Di pentagon yang sedang bergelut terhadap serangan hendap oleh Dinasti Cain.

"Hei! Hantarkan mesej kepada ibu pejabat global defender" jerit seorang leftenan tua yang sedang mempertahankan pintu masuk Pentagon.

"alat komunikasi tak berfungsi!" jawab leftenan muda.

"Argh sial" kata leftenan tua itu yang terkena tembakan di bahunya.

Tiba-tiba datang sekelompok manusia berjubah hitam berlari ke arah pintu masuk Pentagon.

"hei sasarkan ke arah kumpulan berjubah itu!" arah kapten pasukan.

"Tuan!" jerit seorang leftenan.

Tiba-tiba kelompok berjubah hitam itu melepaskan jubah. Badan mereka dipenuhi bom masa dan mereka menekan tombol yang berada di telapak tangan mereka.

Pintu masuk Pentagon musnah, pasukan Dinasti Cain sebanyak tiga ratus tentera darat dan dua puluh kereta kebal memasuki kawasan pentagon yang sudah lumpuh.

Para VIP dibawa ke tempat helikopter, tetapi disekat oleh tentera Dinasti Cain. Para VIP dibunuh begitu sahaja tanpa ada kompromi. Motif dinasti Cain masih lagi tidak jelas kerana membunuh orang-orang penting global defender.

Rampasan pentagon berlangsung selama 5 jam. Akhirnya pentagon jatuh di tangan Dinasti Cain, bendera Dinasti Cain terpacak di setiap penjuru bangunan pentagon untuk menunjukkan bahawa mereka telah kalahkan kuasa besar negara pertama di dunia iaitu Amerika syarikat.

Berita jatuhnya pentagon telah membuatkan PBB mula mendesak untuk menyerang semula dinasti Cain yang bertapak di Eropah. Global defender telah menghantar batalion tentera ke Lisbon Portugal, mereka membina sebuah kem besar pertama di tanah Eropah. Berek tentera dibangunkan memastikan keperluan tentera sentiasa terjamin. Sebanyak 80 Kereta kebal dibawa melalui kenderaan amfibia ciptaan terbaru global defender. Pergerakan pertama global defender menyerang daerah coimbra Portugal penempatan kem kecil Dinasti Cain.

Mereka berjaya menjatuhkan kem kecil Dinasti Cain itu tanpa kerosakan kereta kebal yang kritikal lalu global defender membahagi dua pasukan untuk menjajah semula tanah Sepanyol. Pasukan pertama diketuai sarjan chester manakala pasukan kedua diketuai oleh kapten ghost.

Keadaan semakin tegang di kawasan pentagon dimana tentera Dinasti Cain dikepung besar-besaran oleh global defender selama tiga hari. Pasukan Dinasti Cain sudah tidak mampu bertahan lagi, mereka memutuskan untuk memasang bom di badan mereka dan meletupkan diri mereka. Bangunan pentagon musnah akibat tindakan pasukan Dinasti Cain itu.

"ya tuhan! Pentagon musnah!" jerit askar muda itu

"berundur! Arahkan semua unit berundur!" jerit kapten pasukan itu dalam walkietalkie

Presiden Amerika syarikat iaitu bill clinton telah membuat satu sidang media penting. Didalam sidang media tersebut bill clinton sedaya-upaya menenangkan rakyatnya.

"Saya sebagai presiden Amerika syarikat yang ke 48 berjanji bahawa kita akan berada dalam keadaan yang baik sahaja. Kami telah kerahkan semua tentera untuk menyerang dinasti Cain. Jadi bantulah kami! Berikanlah sokongan kamu semua sebagai rakyat Amerika syarikat! Demi masa depan yang cerah! Demi negara demokrasi!" kata bill clinton dalam sidang media.

"kami semua menyokong!" jerit wanita itu.

"kalahkan dinasti Cain tuan!" jerit pemuda lelaki.

"kami akan berikan sokongan sepenuhnya!" jerit para tentera darat.

Dalam masa yang sama kedudukan bill clinton semakin utuh kerana ucapan beliau yang menyentuh hati rakyatnya. Bill clinton terus menunjukkan jari "peace" menandakan kebebasan daripada pengganas.

Sementara itu di bangunan tertutup daerah Sarajevo.

"Hahaha! Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan" kata pemuda berjubah hitam.

Siapakah Lelaki Berjubah Hitam Itu?

Apakah Agenda Dinasti Cain?

PrinceXebeccreators' thoughts