"Saya tahu, tapi berikan saya peluang sekali lagi, dan saya tetap akan buat perkara yang sama! Di tanah besar Longxiao, mereka yang lemah seperti semut! Dan saya akhirnya mendapat peluang kedua; kenapa pula saya dengan mudah hendak berputus asa? Jika saya ingin terus hidup, ia cuma boleh dicapai dengan menjadi lebih kuat."
Mendengar suara Yun Luofeng, budak lelaki itu terpegun seketika. Ketika itu, melihat wajahnya yang penuh keyakinan diri, budak lelaki itu terkesima tanpa sedar.
"Tuan, jika tuan ingin menjadi kuat, saya boleh membantu!" mata budak lelaki itu tegas. "Saya ingin katakan, nasib tuan sangat baik. Dengan tubuh fizikal tuan yang berkualiti, walaupun orang di dunia ini berkata Yun Luofeng yang asli adalah orang yang tidak berguna, ianya kerana tiada siapa yang membantu dia bertapa. Boleh dikatakan tiada siapa di benua Longxiao dapat memberikannya cara bertapa yang betul. Jika mengikuti cara bertapa yang biasa, tubuh ini akan menanggung kesakitan tidak terbayang! Tapi jika bertapa secara paksa, tuan pasti mati dengan kehilangan darah yang berlebihan!"
Dia berhenti sekejap, sebelum mengatakan: "Tapi tuan, disebabkan tuan telah memaksa diri untuk berlatih dan menyebabkan pendarahan berlebihan, saya dapat membentuk kontrak darah. Jika tidak, kita tidak akan bertemu begini cepat."
Mendengar ini, Yun Luofeng merasa tersentuh, lalu bertanya, "Betulkah kamu boleh membantu saya?"
Budak lelaki itu mengangguk. "Tuan, saya ialah roh penjaga Kod Dewa Perubatan. Jangan pandang rendah terhadap saya kerana tubuh saya kecil-tambahan lagi, saya telah lama hidup. Tiada apa dalam dunia ini yang saya tidak tahu! Satu lagi, tuan tahu ini tempat apa?"
"Apa?" Dahi Yun Luofeng berkerut.
"Ini adalah ruangan perubatan rohani, di dalam ruangan ini terdapat tenaga rohani yang sangat kuat; dan sudah tentu, selain memberi manfaat kepada herba, ini juga tempat menyerap roh untuk pertapa. Jika tuan letakkan herba biasa dari luar ke dalam ruangan perubatan rohani, herba biasa itu akan diisi dengan tenaga rohani; kesannya tidak akan dapat dibandingkan dengan herba biasa." kata budak lelaki itu dengan bangga. "Di Lungxiao sekarang, tenaga rohani sangat jarang didapati di tanah besar. Tiada cara untuk membuat tumbuhan rohani; jadi, jika tuan membawa keluar serumpun tumbuhan rohani, ia akan menyebabkan sensasi yang hebat di tanah besar."
Yun Luofeng merenung budak lelaki itu. "Saya tahu manusia dan haiwan rohani boleh bertapa, tapi saya belum pernah dengar tentang herba yang boleh menyerap tenaga rohani."
Setelah mendengar ayat itu, budak lelaki itu merasa marah. Dia menyangka Luofeng tidak mempercayai kata-katanya. Wajahnya yang seakan diukir dari jed merah jambu itu bertukar menjadi merah kerana marah.
"Apa yang saya katakan adalah benar! Herba perubatan perlu bergantung kepada tenaga rohani untuk tumbuh, tapi sekarang tanah besar sudah kekurangan tenaga rohani, herbanya tidak lagi sama seperti dulu. Jadi sudah bertahun lamanya tiada pertumbuhan herba rohani yang berjaya. Lihat tabib-tabib di tanah besar, mereka merawat pesakit luka tikaman menggunakan herba biasa dan masa yang lama diperlukan untuk sembuh- malah ada yang berparut. Jika tabib itu menggunakan herba rohani untuk luka tikaman yang dalam, ia akan sembuh serta merta. Itulah bezanya herba rohani dengan herba biasa.
Budak lelaki itu menambah lagi dengan marah. "Tambahan lagi, penyembuhan hanya salah satu aspek kegunaan herba rohani. Sebahagian herba rohani boleh digunakan untuk membantu latihan, dan ada juga yang mampu membuat pertapa roh terus berevolusi."
Berevolusi?
Ini…?
Hati Yun Luofeng tersentuh dan matanya berkilau dengan cahaya misteri.
Budak lelaki itu masih lagi bercakap, "Dan, walaupun jika satu hari nanti kekuatan tuan dimusnahkan, herba rohani mampu memulihkan tuan pada puncak kekuatan. Tapi dengan kekuatan tuan sekarang, ruangan rohani perubatan cuma boleh membuka tanah sekecil ini, jadi tunggu sehingga kekuatan tuan berevolusi, dan ia akan membuka tanah yang lebih luas."