6 Kod Dewa Perubatan (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan, kamu bertindak terlalu melulu - kalau saya tidak sempat mengejutkan tuan, mungkin tuan sudah mati di sini."

Suara lembut muncul dalam kepala Yun Luofeng lalu mindanya menjadi kosong. Apabila dia sedar, dia berada di kawasan yang sempit…

Berdiri di hadapannya seorang budak lelaki kecil, dengan pakaian serba putih, kelihatan seperti kerubian1 yang diukir dengan jed merah jambu. Jelas sekali suara yang tadi Yun Luofeng dengan dalam kepalanya datang daripada budak lelaki ini.

"Tuan, lama tidak berjumpa, saya merindui tuan."

Setelah melihat Yun Luofeng, budak lelaki itu tersenyum menunjukkan gigi taring comelnya lalu terbang dengan gembira ke arahnya.

Dia terhempas!

Siapa sangka sebaik sahaja perempuan itu melihat pergerakan budak lelaki itu, dia terus bangun dan mengelak.

Budak lelaki itu tidak sempat berhenti dan terhuyung-hayang ke tanah. Dia terjatuh bagaikan anjing mencium lumpur. Dia kemudiannya bangun dan menjeling Yun Luofeng dengan mata yang sedih. "Tuan, sangat kejam…"

"Tunggu!" Yun Luofeng memberhentikan budak lelaki itu. Dengan sangat muram, dia bertanya, "Kamu siapa? Di manakah ini? Adakah kita saling mengenali?"

"Tuan telah lupakan saya?" Budak lelaki itu menjadi muram setelah mendengar pertanyaan itu, mulutnya tiba-tiba melengkung seperti hendak menangis. "Jika tuan tidak mengambil saya dari perpustakaan, mungkin saya tidak akan bertemu dengan tuan. Tapi saya tidak sangka tuan akan lupa tentang saya dalam masa dua minggu sahaja!"

Perpustakaan?

Yun Luofeng sangat bingung. Apa yang dia katakan? Perpustakaan apakah?

"Tuan, saya roh penjaga Kod Dewa Perubatan. Tuan mengambil saya dari perpustakaan Universiti Huaxia."

Kod Dewa Perubatan.

Boom!

Hal itu seperti guruh yang mengejutkan, lalu Yun Luofeng terpaku.

Dia telah mengambil Kod Dewa Perubatan di sudut perpustakaan sekolah, tapi tiada rekod tentang Kod Dewa Perubatan itu di perpustakaan; jadi orang tua yang menjaga perpustakaan itu memberikannya kepada Yun Luofeng.

Dia tidak tahu kenapa, tetapi Kod Dewa Perubatan itu tidak dapat dibuka. Dia telah menggunakan pelbagai cara tapi tidak berkesan.

Dia tidak menyangka selepas rohnya berpindah, Kod Dewa Perubatan itu akan mengekorinya dan budak lelaki yang mengaku roh penjaga Kod Dewa Perubatan akan muncul.

"Bagaimana kamu boleh berada di sini?" Yun Luofeng tersedar dan bertanya.

Dia ingin bertanya lebih lagi; adakah ini sebab dia telah melintasi benua?

Yun Luofeng percaya kejadian ini ada kaitan dengan budak ini!

"Tuan, sebelum ini, tuan sedang melakukan eksperimen di dalam makmal, hasilnya menyebabkan letupan. Sayalah yang membawa tuan ke tanah besar Longxiao, jika tidak tuan pasti mati." Budak lelaki itu bangga mendabik dada meminta penghargaan. Kemudian, dia seakan-akan teringat sesuatu dan menjadi sedih. "Tapi malangnya, tenaga rohani tidak wujud di Huaxia. Saya tidak dapat membawa tuan ke dunia di dalam Kod Dewa, apatah lagi untuk bertapa. Jika tidak, tuan tidak akan mengalami kehancuran fizikal dari letupan kecil itu."

Dahi Yun Luofeng berkerut. Bibirnya membentuk senyuman jahat. "Daripada apa yang kamu katakan, maknanya, kamu tidak sepatutnya berada di Huaxia?"

Budak lelaki itu mengangguk. "Saya berasal dari tanah besar Longxiao, saya muncul di Huaxia kerana suatu kemalangan. Di sana, tuan telah mengambil saya. Tapi tuan, tuan betul-betul dalam bahaya. Jika saya tidak menghentikan tuan, mungkin tuan sudah mati berdarah."

avataravatar
Next chapter