webnovel

Tiba-tiba Menjadi Mesra (2)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sewaktu Fan Zhuo membuka pintu utama di depan halaman tersebut, dia terkejut seketika melihatkan gadis cantik yang berdiri di luar. Matanya bersinar sekilas dengan perasaan yang tidak dapat dipastikan, tetapi kemudian perasaan itu cepat-cepat menghilang.

"Ning Xin?" Fan Zhuo kelihatan bingung sewaktu terpandan Ning Xin, orang yang sudah lama tidak ditemuinya.

Walaupun mereka berdua sudah bertunang, keadaan kesihatan Fan Zhuo yang semakin merosot hari demi hari telah menghentikan sesiapa sahaja daripada menyebutkan hal ini. Demi membolehkan dia mempunyai tempat yang sesuai untuk memulihkan diri, Fan Zhuo telah berpindah ke hutan buluh ini dan Ning Xin pula jarang muncul di sini.

Seingat Fan Zhuo, kali terakhir Ning Xin menjejakkan kaki ke sini ialah lebih setahun yang lalu.

"Abang Zhuo." Wajah Ning Xin berseri-seri dengan senyuman manis dan polos. Dia kelihatan seperti gadis kecil yang baik dan naif, seseorang yang membuatkan orang lain mudah mesra dengannya.

"Abang Zhuo, Ning Xin dah lama tak datang ke sini. Abang marah ke dengan Ning Xin?"

Fan Zhuo tersenyum lembut lalu berkata, "Tidaklah."

Ning Xin memberi pandangan seolah-olah meminta maaf pada Fan Zhuo. Matanya ditundukkan dan wajahnya kelihatan gelisah.

"Saya sebenarnya sangat rindukan Abang Zhuo tapi Ayah berulangkali mengingatkan yang Abang Zhuo perlu berehat dan Ayah tak benarkan saya datang mengganggu. Sebab itulah Ning Xin menahan diri sebegini lama dan tak datang melawat Abang Zhuo. Bolehkah Abang Zhuo maafkan Ning Xin?"

Fan Zhuo ketawa perlahan dan mengganggukkan kepalanya dengan senang hati.

Senyuman gembira terus kembali ke wajah Ning Xin. Sambil memandang Fan Zhuo. dia berkata dengan nada lemah-lembut, "Ning Xin ada sediakan sedikit hidangan kuih pulut untuk Abang Zhuo. Saya masih ingat lagi yang Abang Zhuo suka makan hidangan ni sewaktu kita masih kecil." Sewaktu mengucapkan kata-kata tersebut, Ning Xin mengangkat tangannya dan menggoncang sedikit bekas makanan kecil yang dipegangnya.

Mata Fan Zhuo ditundukkan sedikit. Seketika kemudian dia cepat-cepat kembali memandang Ning Xin dan berkata dengan lembut. "Ning Xin ni memang baik hati. Matahari terlalu panas di luar ni. Masuklah minum teh dan berehat sebentar."

Ning Xin mengangguk sambil tersenyum dan mengekori Fan Zhuo untuk masuk ke kediaman kecil di dalam hutan buluh tersebut. Kelakuan seorang gadis yang malu-malu dan naif itu lenyap sepenuhnya sebaik Fan Zhuo membelakangkannya. Ning Xin merenung badan Fan Zhuo yang kurus itu. Matanya memancarkan sinar 

Fan Zhuo sebenarnya agak tampan dan kelakuannya juga baik. Satu-satunya kekurangan yang dia ada ialah keadaan kesihatannya yang tidak membolehkan dia mencapai apa-apa kejayaan.

Kalau Fan Zhuo sihat, Ning Xin tidak kisah untuk berkahwin dengan seorang anak muda yang hebat. Tetapi keadaan tubuh badan Fan Zhuo yang lemah telah merosakkan potensinya. Dia sentiasa kelihatan sedang nazak dan siapa tahu secepat mana dia akan menghembuskan nafas terakhirnya. Kalau Fan Zhuo mati, kepimpinan Akademi Zephyr mungkin sekali akan jatuh ke tangan Fan Jin. Pada ketika itu, Ning Xin dan ayahnya tidak akan mempunyai peluang lagi.

Tapi…..

Ning Xin tersenyum kejam. Fan Zhuo ini ada gunanya juga. Hatinya yang tulus itu bebas daripada kepentingan duniawi dan ini membuatkan dia mudah dimanipulasi.

Di dalam hati Fan Zhuo, pasti dia masih menganggap Ning Xin sebagai gadis naif seperti ketika mereka masih kecil dahulu.

Ning Xin menenangkan diri dan memendamkan perasaannya. Dia mula memikirkan situasi di hutan buluh kecil itu. Selepas Ah Jing diusir keluar, hanya Fan Zhuo dan Jun Xie yang masih tinggal di sini. Fan Jin pula kerap datang pada waktu makan.

Fan Zhuo ada di depan matanya. Di mana Jun Xie?

Ning Xin mengecilkan matanya untuk meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Dia cuba mencari-cari sasaran sebenarnya.

Sedang Ning Xin mengelamun, Fan Zhuo tiba-tiba berhenti berjalan.

Ning Xin tidak sedar dan hampir terlanggar Fan Zhuo. Dia menggumam meminta maaf lalu mengangkat kepalanya. Tiba-tiba Ning Xin terlihat satu susuk tubuh kecil berdiri di tangga di hadapan kediaman buluh di situ, memandang tepat padanya dengan mata yang dingin dan tajam!

Jantung Ning Xin tersentak. Sejak menyaksikan pertempuran hebat sewaktu Jun Xie menentang Binatang Roh Gred Penjaga itu, Ning Xin berasa gerun dengan pemuda kecil molek yang lebih muda daripada dia ini.

Mata pemuda itu membuatkan Ning Xin menggeletar dengan tidak terkawal setiap kali dia memandangnya!