webnovel

Tanggapan Pertama (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ekspresi tidak sabar dan jengkel lenyap daripada wajah semua Tuan Tua di situ. Malah wajah Tuan Tua paling berusia di kalangan mereka juga menunjukkan ekspresi terkejut setelah mendengar kata-kata Jun Wu Xie.

Pemupukan dan perkembangan arteri dan urat darah adalah aspek paling rumit dalam pelbagai bidang perubatan. Jalinan kompleks di antara arteri dan urat darah yang saling berkaitan di dalam badan manusia sahaja cukup untuk membuatkan seseorang itu pening. Apatah lagi kajian dan pengetahuan yang diperlukan untuk memperbaiki dan merawat masalah yang ditemui!

Memandangkan urat darah dan arteri yang tidak terkira banyaknya ini saling berkaitan, walaupun hanya satu bahagian kecil yang terjejas, masalah yang timbul akan memberi kesan kepada seluruh tubuh badan. Walaupun jika rawatan tertentu dapat dikenalpasti, ramai yang tidak tahu sama ada rawatan itu akan turut mengakibatkan kerosakan kepada urat darah dan arteri berdekatan! Sebab itulah, apabila ada masalah yang berlaku pada bahagian ini, ia paling sukar dirawat dan dibaikpulih. Rawatan yang diberikan bukan sahaja perlu dikenakan ke atas bahagian yang terjejas tetapi turut melibatkan seluruh badan!

Budak kecil molek ini bukan sahaja mampu membuat diagnosis ke atas keadaan pengikut itu dalam masa yang singkat, tetapi turut mampu memperkenalkan satu siri rawatan yang menumpukan pada pelbagai masalah yang dialaminya. Apa yang mengejutkan mereka ialah, rawatan yang dicadangkan ini secara individunya kedengaran mudah. Tetapi jika semua rawatan itu dilakukan serentak, kesannya akan jadi menakjubkan! Sambil melegakan kesakitan di bahagian atas badan, rawatan ini turut membersihkan bahagian bawah badan. Sambil menyembuhkan bahagian bawah badan, rawatan ini juga turut melindungi bahagian atas badan daripada sebarang kelemahan…

Rawatan yang Jun Wu Xie cadangkan sangat berkait rapat. Jika dilihat secara berasingan, ia tidak kelihatan mengagumkan. Tetapi jika dilihat secara menyeluruh, siri rawatan ini melengkapi satu kitaran. Para Tuan Tua itu juga tidak melihat ada kesan sampingan yang mungkin muncul akibat rawatan ini!

Berapa usia budak ini? Dia memahami begitu banyak mengenai kerumitan dalam pemupukan urat darah dan arteri manusia?

"Tuan Tua Mu, betulkah apa yang budak kecil itu cakapkan?" Pemahaman Tuan Tua lain mengenai urat darah dan arteri sangat kurang berbanding Mu Chen. Demi mengesahkan apa yang Jun Wu Xie telah katakan, mereka perlu bertanya kepada Mu Chen.

Pada ketika itu, Mu Chen langsung tidak berminat dengan soalan-soalan daripada Tuan Tua lain. Saat pemuda kecil molek itu menyuarakan kata-kata itu, Mu Chen tidak mengalihkan pandangannya daripada Jun Wu Xie!

Dia telah melibatkan diri dalam pembelajaran dan kajian urat darah dan arteri selama lebih satu dekad. Dia sangat berbakat sejak usia muda lagi dan segala hasil usahanya telah membolehkan dia melangkaui orang lain di seluruh Kumpulan Qing Yun dari segi pemahaman dan pengetahuan tentang urat darah dan arteri. Sebab itulah tidak ada orang lain di situ selain dia yang lebih tahu tentang betapa sempurnanya siri rawatan yang Jun Wu Xie usulkan itu!

Malah Mu Chen sekalipun mungkin tidak akan memikirkan sesuatu seperti itu.

"Budak itu, saya mahu dia!" Mu Chen tidak berniat menerangkan secara terperinci kepada Tuan Tua lain. Mu Chen yang selalunya tenang dan tabah itu tiba-tiba mengisytiharkan yang dia mahu Jun Wu Xie masuk ke Puncak Menjejak Awan, di bawah naungannya.

Tuan Tua lain patut faham maksud di sebalik kata-kata Mu Chen, bukan?

Apa yang budak muda itu katakan pasti benar! Kalau tidak, Mu Chen tidak akan buang tabiat sebegini dan membuat tuntutan ke atas seorang pemohon!

Perlu dijelaskan yang Mu Chen jarang menerima sebarang pemohon menjadi pengikut Puncak Menjejak Awan selama ini. Jumlah pengikut baru yang diterimanya dalam tempoh setahun boleh dikira dengan sebelah jari sahaja.

Melihatkan Mu Chen sudah memilih seseorang yang berharga, Tuan Tua lain menjadi cemburu. Jika dibandingkan dengan cubaan keanak-anakan dan tidak memuaskan oleh pemuda lain, bakat Jun Wu Xie dalam bidang perubatan membuatkan barisan Tuan Tua berasa lebih teruk dan semua mahu merampas pemuda itu daripada Mu Chen!

Permata yang jarang ditemui ini telah muncul dan Mu Chen agak mementingkan diri kerana menuntutnya begitu sahaja.

Tuan Tua lain berasa iri hati tetapi tidak berkata apa-apa walau sepatah. Pemuda itu berbakat dalam pengetahuan bidang urat darah dan arteri, berbeza dengan kepakaran mereka. Mu Chen lebih layak untuk membimbingnya.

Para pemohon yang lain masih menantikan situasi itu menjadi lebih teruk apabila mereka terlihat Tuan Tua paling muda itu berjalan ke arah Jun Wu Xie. Senyuman mereka semakin lebar sambil mereka menanti untuk melihat sama ada Jun Wu Xie akan dicampak keluar dari kawasan pergunungan ini.