webnovel

Puncak Berawan (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Wajah Jun Wu Xie berkerut sewaktu dia tersepit di celah kerumunan orang ramai itu. Setelah kuasa rohaninya mencapai tahap jingga, kelima-lima derianya menjadi semakin tajam. Setiap kata-kata cemuhan itu jelas didengarnya, tetapi dia tidak mempedulikan semuanya.

Kanak-kanak seperti ini tidak layak untuk diberi perhatian.

Memandangkan jumlah pemohon terlalu ramai, Kumpulan Qing Yun tidak boleh menaksir setiap seorang secara individu. Ini mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. Oleh itu, Kumpulan Qing Yun telah menyediakan satu ujian mudah untuk pusingan pertama peringkat saringan.

Ujian ini hanya di peringkat paling asas, mengenalpasti herba.

Di peringkat separuh jalan naik ke gunung itu, ada dua barisan panjang seratus buah disusun di kedua-dua belah laluan itu. Di atas meja itu ditimbunkan pelbagai rumput, herba dan tumbuh-tumbuhan. Setiap pemohon diberi masa lima minit untuk mengenalpasti dan memilih herba yang disediakan oleh pihak Kumpulan Qing Yun sebagai soalan ujian itu dan mengasingkannya daripada timbunan lain.

Tidak sukar untuk mengenalpasti herba tertentu, tetapi semuanya bercampur aduk bersama-sama beratus-ratus jenis herba yang lain. Jadi tahap kesukaran ujian ini amat berbeza.

Herba-herba yang bertimbun di atas meja itu jelas sekali baru dipetik. Banyak yang masih ada kesan lumpur di akarnya dan tidak ada yang berbentuk sempurna, seolah-olah telah ditarik dengan kasar sehingga berkecai-kecai. Calon-calon yang tadinya begitu berkeyakinan sewaktu menerima soalan ujian, kini telah menjadi pucat sebaik melihat meja yang dipenuhi pelbagai tumbuhan itu.

Untuk mengenalpasti herba, mereka perlulah mengenalpasti bentuknya terlebih dahulu. Tetapi herba-herba di dalam timbunan ini telah dipatahkan dan dikecaikan dengan begitu teruk. Bagaimana mereka boleh mengenalpasti setiap satu?

Ujian pertama yang kelihatan mudah ini telah membuatkan kebanyakan pemohon menjadi bingung.

Untuk remaja seusia mereka, walaupun datang dari latar belakang keluarga pengamal perubatan dan telah didedahkan dengan herba sejak dari usia muda, mustahil untuk mereka mengingati pelbagai jenis herba, apatah lagi untuk mengenalpasti dan memilih herba dari cebisan kecil herba dan tumbuhan lain ini.

Wajah mereka yang kelihatan bangga itu terus bertukar kecewa. Mereka merenung timbunan tumbuhan di hadapan mereka itu dan berusaha mencari herba yang betul kerana masa semakin suntuk.

Sementara itu, Jun Wu Xie berjalan tanpa tergesa-gesa dan berdiri di depan sebuah meja. Sewaktu dia sampai ke pertengahan jalan naik ke gunung, pengikut Kumpulan Qing Yun telah memberikan dia satu teg yang menunjukkan nama herba yang perlu dicarinya.

Pengenalpastian.

Mencari herba yang biasa digunakan dan kelihatan serupa dengan rumpai. Ada beberapa orang pemuda yang tiba pada masa yang sama dengan Jun Wu Xie dan telah menerima tugasan yang sama. Apabila mereka melihat nama herba yang mereka perlu cari, wajah mereka penuh gembira. Tapi kini ekspresi itu sudah bertukar menjadi ekspresi tidak berdaya.

"Macam mana mereka boleh fikir kita akan dapat cari?" Seorang pemuda yang menangis tersesak-esak memegang teg di tangannya dengan begitu kuat sehingga teg itu hancur.

Ramai di antara mereka bergegas ke setiap meja, dari pelbagai arah. Jun Wu Xie berjalan melepasi sebuah meja dan mencapai satu cebisan kecil herba. Saiznya kira-kira separuh panjang jari dan terus berjalan ke hadapan tanpa sebarang keraguan.

Beberapa orang pemuda di belakangnya perasan yang Jun Wu Xie telah memilih herba dengan cepat dan sudah bersedia untuk pergi. Mereka memerhatikan dia berlalu dalam keadaan tergamam.

Jun Wu Xie baru saja mengambil beberapa langkah apabila dua orang pemuda di berdiri di hadapannya untuk menghalang laluannya. Dia mendongak untuk memandang mereka dan perasan yang mereka ialah pemuda berpakaian mewah yang telah mengkritiknya di kaki gunung tadi.

"Tepi," kata Jun Wu Xie dengan dingin.

Dua orang pemuda itu tidak berniat untuk membenarkan Jun Wu Xie melepasi mereka. Mata mereka tertumpu pada herba yang Jun Wu Xie pegang. Hanya ada cebisan kecil sahaja tetapi cukup untuk mereka memastikan cebisan yang dipegangnya itu ialah herba sebenar.

Macam mana budak ini boleh lakukannya. Mereka semua menerima teg pada masa yang sama. Dalam sekelip mata sahaja, sebelum yang lain dapat memahami tugasan yang diberikan, budak ini berjaya menemui herba itu tanpa perlu berfikir panjang?