webnovel

Pertukaran Roh (1)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Mata Qiao Chu bersinar-sinar mendengarkan berita itu. Adakah mereka akan akhirnya memulakan langkah?

"Pergi balik dan beritahu Jun Xie. Tengok kalau dia perlukan kita untuk sediakan apa-apa." Jun Xie merupakan orang yang memikirkan rancangan mereka. Jadi Hua Yao merasakan Jun Xie patut tahu tentang berita ini.

"Kamu berdua hanya menantikan berita ini selama ini?" Qiao Chu akhirnya faham sebab di sebalik penantian mereka. Hua Yao baru sahaja mengambil alih tempat Ke Cang Ju. Walaupun dia tahu siapa Ke Cang Ju, dia memerlukan lebih banyak masa untuk meniru personaliti dan perlakuan Ke Cang Ju sepenuhnya. Tambahan pula, Ke Cang Ju amat jarang pergi ke tempat Qin Yue tanpa dipaksa. Jika mereka terus bertemu dengan Qin Yue dan menyatakan permintaan mereka, Qin Yue mungkin akan menjadi curiga. Sebab itulah mereka hanya menanti Qin Yue datang kepada mereka.

Hua Yao mengangguk mengiakan.

Qiao Chu menjadi teruja, "Baik! Saya akan pergi beritahu Xie Kecil sekarang."

Qiao Chu cepat-cepat bangun dan menyelinap keluar melalui tingkap. Dia kemudiannya berlari untuk memberitahu berita itu kepada Jun Wu Xie.

Hujung bibir Hua Yao menggerenyet sewaktu dia memandang tingkap yang terbuka itu. Dia bersungguh-sungguh mahu menyuruh orang menutup dan mengunci tingkap itu hari esok juga!

Qiao Chu terus meluru mencari Jun Xie. Seperti yang dijangka, budak itu sedang sibuk di batas herba. Dia bergegas mendapatkan Jun Xie dan berkata dengan teruja, "Qin Yue akan datang bertemu dengan Hua...Ke Cang Ju. Abang Hua minta saya tanyakan kalau kamu perlukan kami untuk sediakan apa-apa.

Jun Wu Xie berdiri, matanya jelas menunjukkan yang dia memahami berita itu.

"Bawa kucing ini kepada Hua Yao esok. Beritahu Hua Yao untuk pastikan kucing ini ada sewaktu mereka berbincang," Entah dari mana, Jun Wu Xie tiba-tiba mengeluarkan seekor kucing hitam yang merenung tajam pada Qiao Chu dengan matanya yang bulat.

Qiao Chu terkejut. Dia merasakan seperti pernah melihat kucing hitam itu.

"Adakah itu roh berkontrak kamu?" Qiao Chu akhirnya teringat! Sewaktu mereka dicampak ke dalam bangunan di dalam ruang bawah tanah itu, kucing hitam ini telah bersembunyi di sebalik rak. Tapi selepas itu dia tidak melihat kucing ini lagi.

"Tidaklah. Qin Yue tidak akan dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena dengannya." Kucing hitam kecil itu bukannya roh berkontrak dan tidak pernah memiliki kuasa rohani. Qin Yue tidak akan menyedari ada sesuatu yang berbeza dan akan hanya menganggap kucing itu sebagai haiwan biasa.

Qiao Chu mengangguk dan menghulurkan tangan untuk mengusap-usap kucing hitam itu sambil bertanya pada Jun Wu Xie, "Adakah roh berkontrak kamu binatang hitam yang pernah muncul sebelum ini?" Qiao Chu masih tidak melupakan binatang hitam yang muncul di dalam ruang bawah tanah itu.

"Hiss!" Kucing hitam itu mengeluarkan kukunya, menunjukkan ancaman terhadap tangan Qiao Chu yang dihulur kepadanya. Qiao Chu cepat-cepat menarik tangannya kembali. Dia merenung kucing yang angkuh itu dengan perasaan tersinggung.

Qiao Chu tiba-tiba berhenti sewaktu terlihat corak keemasan berbentuk halilintar di dada kucing itu. Dia teringat ada melihat corak yang sama pada binatang hitam besar itu sebelum ini. Rupa bentuk corak dan kedudukan corak itu juga sama.

"Ini..." Qiao Chu tidak percaya dengan apa yang difikirkannya sewaktu menuding jari ke arah kucing hitam kecil itu. Matanya kelihatan terkejut.

"Ya." Jun Wu Xie dapat mengagak apa yang Qiao Chu fikirkan dan mengesahkannya.

"...….." Qiao Chu hanya tercengang dengan mulut yang ternganga. Dia tak mampu menyuarakan perasaan terkejutnya. Kucing hitam kecil itu tidak kelihatan seperti roh berkontrak, jadi Qiao Chu telah memutuskan kucing hitam ini bukannya roh berkontrak. Tetapi...kucing hitam yang boleh bertukar rupa menjadi binatang hitam yang besar, jadi bukan hanya sekadar kucing biasa!

Dia tidak tahu mengapa Jun Xie mahu dia menghantar kucing hitam kecil itu kepada Hua Yao tetapi dia akan buat apa yang disuruh. Dia kini tahu bahawa budak pendiam yang tidak suka bercakap itu banyak melakukan sesuatu yang tidak dapat difahami oleh orang biasa. Dia juga meneka yang Abang Hua sekalipun tidak akan faham rahsia di sebalik keputusan Jun Xie kali ini.

Bawa kucing…..

Nak buat apa?

"Satu lagi," kata Jun Wu Xie, seolah-olah baru teringatkan sesuatu.

"Apa?" Qiao Chu memandang Jun Xie, menanti untuk mendengar sesuatu yang lebih memeranjatkan.

"Berkawal di luar bilik saya esok dan jangan benarkan sesiapa pun, termasuk diri kamu sendiri, masuk ke dalam." Setelah menyampaikan pesanannya, Jun Wi Xie berpusing dan berjalan pergi sambil membawa kucing hitamnya.