webnovel

Mengundang Masalah (2)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ning Rui mengangkat kepala dengan penuh berhati-hati. Walaupun dia berasa sangat gelisah dalam hatinya, dia tidak berani membiarkan matanya berkeliaran. Walaupun pemuda di hadapannya ini kelihatan sebaya dengan anak perempuannya yang baru sahaja meninggal dunia, dia tetap sedar betapa kejam dan tidak berperikemanusiannya pemuda ini sebenarnya.

Pada pemuda ini, membunuh seseorang itu sama remeh seperti menikmati makanan. Dia langsung tidak akan berasa tidak selesa ketika melakukannya.

Ning Rui sendiri pun tidak berani bermegah-megah di hadapan Gu Ying.

"Saya tertanya-tanya sama ada Tuan-tuan lain ada di sini hari ini?" Ning Rui berkata, suaranya begitu merendah diri.

Gu Ying melompat dari pagar sambil ketawa. Badannya yang lincah itu tiba-tiba berada di hadapan Ning Rui. Sebilah pisau belati yang kecil dan tajam ditekankan ke leher Ning Rui. Ketajaman hujung pisau itu menusuk kulit Ning Rui sedikit. Setitis darah mengalir dari lehernya.

Jantung Ning Rui tersentak seketika. Kelajuan Gu Ying sangat pantas. Ning Rui langsung tidak sedar bila Gu Ying telah menghampirinya!

"Apa ada sesuatu yang kamu tak mahu beritahu saya?" Mata Gu Ying memandang wajah Ning Rui yang ketakutan. Ketika dia terhidu bau darah, Gu Ying tiba-tiba menjadi sangat teruja.

"Tidak... Mengapa pula saya mahu buat begitu?" Ning Rui berpeluh sejuk. Kalau bukan kerana hasrat membaranya untuk membalas dendam bagi anak perempuannya, dia tidak akan berani untuk bertemu dengan sekumpulan syaitan ini.

Walaupun Ning Rui amat kejam, dia tetap berasa gerun dengan Gu Ying dan sahabat-sahabat pemuda itu yang lain.

Gu Ying mengangkat keningnya. Kakinya diangkat dan dengan mudahnya dia memijak Ning Rui sehingga jatuh ke tanah.

"Apa kamu nak? Cepat cakap! Saya tak berminat nak tengok kamu hampir terkencing ni," Gu Ying berkata dengan bersahaja sambil bermain-main dengan pisau di tangannya. Dia mengimbangkan darah Ning Rui yang tertinggal di atas bilah pisau tersebut dengan mengalirkan darah itu di atas permukaan pisau belati itu yang licin.

Titisan darah merah terang itu mencerminkan mata Gu Ying yang kejam. Pemuda ini kelihatan seperti seekor syaitan yang telah merangkak keluar daripada lautan darah.

Organ dalaman Ning Rui hampir saja hancur hasil satu hentakan kaki Hui Ying. namun begitu, dia tidak berani merungut dan hanya mampu memegang perutnya sambil bergelut untuk berdiri dengan terhuyung-hayang. Dengan tangan yang menggeletar, Ning Rui mengeluarkan kotak kayu yang tersembunyi di dalam poet bajunya.

Saat Gu Ying melihat kotak kayu tersebut, matanya bersinar-sinar dan kelihatan aneh.

"Apa? Sewaktu kami berikan kotak ini pada kamu, kami suruh kamu mencari dengan betul.Tetapi kamu pula berulang kali berlengah dan menolaknya. Jika bukan kerana barisan Tuan Tua meminta saya untuk tidak membunuh kamu, saya dah pun sembelih kamu ketika itu. Hari ini, kamu membawanya ke mari? Apa maksud kamu?"

Ning Rui pantas menjawab, "Saya bukanlah berlengah dan menolak. Saya sudah pun menghantar ramai orang untuk pergi ke Cenuram Penghujung Syurga, tetapi mereka semua mati di dasar cenuram itu. Mana mungkin saya berani mengabaikan urusan Tuan-tuan sekalian? Tetapi Cenuram Penghujung Syurga itu ialah tempat yang berbahaya dan penuh muslihat."

"Saya tak berminat untuk mendengar kamu merepek." Gu Ying berkata sambil ketawa dengan menakutkan.

Ning Rui berasa seram sejuk. Dia menelan air liurnya sebelum berkata, "Saya tahu yang Tuan-tuan semua begitu mahukan Cenuram Penghujung Syurga itu diterokai. Selepas berfikir lebih lanjut mengenainya, saya telah mendapat satu idea. Sudi tak Tuan mendengarnya?"

Gu Ying menganggukkan kepala dengan tidak sabar.

"Cenuram Penghujung Syurga itu bukannya tempat di mana orang biasa dapat menerokainya dengan betul. Tetapi setiap pelajar di Akademi Zephyr dianggap sebagai golongan elit dan sejumlah besar telah berkumpul di sini. Jika kita boleh membuat semua pelajar Akademi Zephyr turun ke bahagian dasar Cenuram Penghujung Syurga bersama-sama, kita mungkin akan mendapat pengetahuan menyeluruh tentang kawasan di dasar Cenuram Penghujung Syurga itu dalam masa yang paling singkat." Ning Rui mencadangkan dengan berhati-hati.

"Jika cara itu akan berhasil, lakukan sajalah."

Dengan pantas Ning Rui membalas, "Saya sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk melakukan berbuat begitu selama ini, tetapi saya hanya memegang jawatan sebagai Naib Guru Besar. Saya bukan orang yang memegang kuasa mutlak di Akademi Zephyr. Guru Besar akademi ini memiliki kedudukan lebih tinggi dan saya telah pun membincangkan hal ini dengannya sebelum ini. Tetapi lelaki itu amat keras kepala dan tidak mungkin akan bersetuju dengan rancangan saya. Disebabkan saya kurang cekap, saya tak mampu untuk menggerakkan kekuatan keseluruhan akademi ini. Saya mohon maaf Tuan!"