webnovel

Ketegasan Mu Chen (2)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Di dalam Puncak Menjejak Awan, Mu Chen berdiri di kemuncak gunung itu sambil dikelilingi oleh semua pengikutnya. Matanya kelihatan tegas sewaktu dia memerhatikan Ke Cang Ju yang perlahan-lahan menghampirinya.

"Tuan Tua Mu, lama tak jumpa." Kini Hua Yao sudah semakin mahir meniru ketawa nyaring Ke Cang Ju. Ditambah pula dengan nada suaranya yang berniat jahat itu, suaranya menmbuatkan para pengikut di hadapan mereka ini berpeluh sejuk.

"Puncak Menjejak Awan tak mengalu-alukan Tuan Tua Ke. Kami mohon Tuan Tua Ke beredar dari sini." Wajah Mu Chen tidak berperasaan dan dia tidak teragak-agak menyuruh mereka pergi.

Jun Wu Xie memerhatikan Mu Chen dalam diam. Dia memikirkan yang Mu Chen ini memang benar-benar berbeza dengan Tuan Tua lain.

Di puncak-puncak lain, para Tuan Tua sudah pun tahu tentang niat "Ke Cang Ju", tetapi mereka menerima saja persetujuan Qin Yue lalu membenarkan pengikut mereka menjadi korban. Tak ada siapa pun yang bertindak seperti Mu Chen yang telah menolak permintaan mereka. Dia melindungi para pengikutnya tanpa tunduk mahupun teragak-agak.

Para pengikut yang berdiri di sekeliling Mu Chen tidak menunjukkan perasaan takut di mata mereka, sebaliknya kelihatan teguh dan ingkar dengan arahan itu. Dalam kalangan para pengikut itu, Jun Wu Xie terlihat Rong Hend yang berdiri di belakang Mu Chen. Dia terkejut seketika sewaktu terlihat Jun Wu Xie, tetapi cepat-cepat pulih dan penampilannya sama tegas seperti pengikut-pengikut lain.

"Ke Cang Ju" mendengar kata-kata Mu Chen yang biadab itu dan penampilannya yang kelihatan menggerunkan itu terus kelihatan marah. Dia berkata sambil menyindir, "Mu Chen, memandangkan kita berdua ni Tuan Tua, saya pilih untuk tak ambil hati dengan sikap kamu. Tapi kamu juga perlu sedar diri! Tujuan saya datang ke sini untuk memilih pengikut kamu itu idea Pemerintah. Berani kamu kata yang kuasa kamu sebagai Tuan Tua melangkaui kuasa Pemerintah?"

Wajah Mu Chen kelihatan marah dan dia menyumpah-nyumpah. Wajah para pengikut di belakang Mu Chen juga menjadi merah akibat marah dengan kata-kata yang jahat itu.

"Saya baru tahu yang Abang Hua ini semakin mahir membuatkan orang lain benci kepadanya." Qiao Chu amat kagum dengan ucapan Hua Yao yang membuatkan kemarahan para pengikut ini membara dan hampir melimpah-limpah. Dia berbisik-bisik dengan Jun Wu Xie untuk memuji Hua Yao.

"Bukankah memang perangainya begini?" Jun Wu Xie mengangkat keningnya dengan penuh tanda tanya. Personaliti Hua Yao kelihatan dingin dan tidak berperasaan. Selain itu lidahnya berbisa dan dia nampaknya mampu membuatkan orang lain naik gila hanya melalui kata-kata.

"Betul juga tu." Qiao Chu mengangguk kecil. Dia sendiri sudah selalu mengalami perasaan seperti ini.

Hua Yao menambah, "Tuan Tua Mu, saya cadangkan kamu terima saja permintaan kami yang tenang saja ni dan tak menyusahkan diri sendiri. Tugas saya untuk memilih pengikut daripada pelbagai puncak ini merupakan arahan Pemerintah kita sendiri. Tuan Tua lain memberikan kerjasama dan saya harap Tuan Tua Mu tidak bergelut secara sia-sia. Kami hanya minta dua orang pengikut saja."

Mu Chenmengetap giginya kerana marah dan wajahnya kelihatan marah. Dia menjawab ringkas, "Saya tak nak terima arahan itu!"

Wajah Hua Yao menjadi semakin menggerunkan. "Nampaknya Tuan Tua Mu ini memang mahu menentang arahan Pemerintah? Sebagai Tuan Tua sekalipun, menentang arahan Pemerintah itu ialah satu jenayah yang kamu tak boleh tanggung!"

Selepas Qin Yue mendapatkan pemerintahan Kumpulan Qin Yun, kuasa pelbagai Tuan Tua lain perlahan-lahan semakin hilang. Tak lama kemudian, Qin Yue memegang kuasa untuk memarahi dan menghukum seorang Tuan Tua. Selain itu, hubungan di antara Mu Chen dan Qin Yue sudah tersebar ke seluruh Kumpulan Qing Yun.

Selama ini Mu Chen tidak menonjolkan diri dan mengelak mengelakkan dirinya serta Puncak Menjejak Awan mendapat perhatian demi mengelakkan Qin Yue mendapat sebarang alasan untuk menentangnya. Tetapi jika dia dituduh melakukan jenayah ingkar arahan Pemerintah, Qin Yue akan mendapat alasan yang sempurna untuk menyingkirkan Mu Chen!

Semua orang di situ faham apa yang "Ke Cang Ju" maksudkan.

Tanpa menantikan jawapan Mu Chen, Rong Heng yang berdiri di belakangnya, melangkah ke hadapan.

"Tuan Tua Ke, tak perlu cakap apa-apa lagi. Saya akan pergi bersama-sama Tuan Tua."

Mu Chen tergamam sewaktu dia merenung Rong Heng yang menawarkan diri untuk berkorban demi semua orang. Tak lama kemudian, seorang lagi pengikut Puncak Menjejak Awan melangkah keluar juga, Dia menyatakan kesanggupan untuk mengikut Tuan Tua Ke balik ke Puncak Awan Tersembunyi.

Situasi ini langsung tidak pernah berlaku sebelum ini! Di puncak-puncak lain, semua pengikut menjauhi Hua Yao kerana takut akan terpilih untuk pulang ke Puncak Awan Tersembunyi. Mereka yang terpilih pula begitu gementar dan melutut di hadapan Guru mereka sambil merayu teresak-esak. Mereka meminta Tuan Tua di hadapan mereka untuk menyelamatkan mereka daripada nasib yang tidak dapat dielakkan ini.