webnovel

Bersedia untuk Membalas (2)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Bau darah segar dengan jelas memberitahu Jun Wu Xie yang ketika Gu Ying pergi ke fakulti Pemulih Roh, dia sekali lagi telah menumpahkan darah di Akademi Zephyr.

"Apa yang Senior ajar saya tadi, Gu Li Sheng pun tak dapat jelaskan," kata Gu YIng sambil ketawa san memandang tepat pada Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie tidak berkata sepatah pun, tapi sekali lagi menunjukkan cara menukarkan tenaga rohani.

Sama seperti Li Zi Mu dahulu yang tidak dapat mempelajari teknik itu walaupun Gu Li Sheng sendiri yang mengajarnya. Kalau tidak berbakat dalam teknik ini, mereka tidak akan dapat mempelajarinya sekali pun mereka tahu segala-galanya tentang Teknik Pemulih Roh.

Gu Ying juga begitu. Jun Wu Xie pula tentulah tidak terlalu mengambil kisah tentang hal ini.

Ketika waktu makan malam barulah Gu Ying menyedari kehilangan Ah Jing. Namun dia cuma ketawa, merungut sedikit dan tidak lagi menyebut apa-apa tentang hal itu.

Tapi...

Tanpa adanya Ah Jing, tak ada seorang pun di hutan buluh itu yang tahu cara memasak.

Gu Ying "menjemput" Jun Wu Xie mengikutnya untuk "berkongsi makanan". Sebaik mereka sampai ke tempat tersebut, mata Jun Wu Xie bertukar menjadi dingin.

Gu Ying telah membawa Jun Wu Xie ke halaman Guru Besar. Tempat itu dahulunya adalah merupakan kawasan kediaman Fan Qi. Tetapi sekarang ini, semuanya sudah menjadi milik Ning Rui.

Ketika sekali lagi bertemu dengan Ning Rui, wajah Jun Wu Xie langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan. Ning Rui pula kelihatan seperti seorang yang terpelajar dan lemah-lembut, mesra serta mudah didekati. Namun semuanya hanyalah kepura-puraan yang Ning Rui tunjukkan.

Ning Rui memandang Jun Wu Xie sambil tersenyum berseri-seri. Tetapi hatinya tidak merasakan sebarang kegembiraan. Jun Wu Xie mempunyai hubungan baik dengan adik-beradik Fan. Malah dia juga memainkan peranan dalam menyebabkan kematian Ning Xin. Tetapi demi menimbulkan minat Gu Ying dan yang lain, Ning Rui tidak ada pilihan selain mengumpan mereka dengan hakikat bahawa Jun Xie mahir dalam Teknik Pemulihan Roh. Namun dia juga tahu yang dia tidak boleh lagi mengapa-apakan Jun Wu Xie sejak saat itu.

Ketika teringatkan kembali keadaan Ning Xin yang begitu menyedihkan sewaktu saat kematiannya, senyuman mesra yang Ning Rui bergelut untuk pamerkan itu mula berubah sedikit. Baru sahaja mereka mahu memulakan makan malam, Ning Rui tiba-tiba meletakkan kayu penyepitnya dan berkata pada Jun Wu Xie, "Dah lama kamu tidak berada di Akademi Zephyr. Malah sewaktu kamu belajar di sini dulu pun kamu jarang datang dan saya tak selalu dapat bertemu dengan kamu. Hari ini kamu datang ke sini tapi tak berkata apa-apa. Kamu tak selesa? Saya risau kamu tak boleh menikmati makan malam ini kerana tidak rapat dengan saya dan Gu Ying. Apa kata kita buat begini?"

Sekilas cahaya kekejaman terpancar di mata Ning Rui. Dia berpaling dan berkata pada Gongcheng Lei. "Pergi 'jemput' Fan Jin ke sini untuk makan malam."

Mata Jun Wu Xie kelihatan tenang dan tak ada satu riak emosi pun yang kelihatan. Malah dia langsung tidak menjeling ke arah NIng Rui.

Gongcheng Lei tercengang. Seketika kemudian barulah dia menurut arahan dan pergi dari situ.

Gu Ying memusingkan kayu penyepit di tangannya dan memandang Jun Wu Xie sambil tersenyum.

"Saya dengar kamu agak rapat dengan Fan Jin?"

Gu Ying samar-samar dapat meneka niat Ning Rui, tetapi tidak berniat untuk menghentikan lelaki itu. Dia lebih berminat untuk melihat sendiri bagaimana budah tak guna yang dingin dan tidak berperasaan ini akan memberikan reaksi sebaik melihat keadaan Fan Jin.

[Mungkinkah akhirnya rekahan akan muncul di topeng tanpa riak wajah itu?]

Jun Wu Xie menikmati hidangan makan malam itu perlahan-lahan. Dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berbual dengan Gu Ying.

Sebaliknya Ning Rui pula mula bercerita sambil tersenyum lebar, "Ketika Jun Xie mula-mula masuk ke Akademi Zephyr dulu, Fan Jin adalah mentornya. Pada mulanya ada banyak khabar angin jahat tentang Jun Xie yang tersebar ke seluruh akademi. Tapi Fan Jin tetap melindunginya. Malah dia membawa Jun Xie ke kediaman di hutan buluh kecil itu. Setelah duduk di sana barulah Jun Xie dapat berasa tenang."

Ketika Ning Rui bercakap, sinar jahat di matanya nampak berkilauan.

Berdasarkan apa yang Gu Ying katakan tadi, Ning Rui sudah pun faham yang Gu YIng tidak kisah jika dia menyeksa Jun Xie. Kalau begitu, tak ada apa-apa lagi yang dapat menghalangnya.