webnovel

Cinta Tidak Berpisahan

Iky_Miyuki · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
5 Chs

Insiden Pada Hari Sukan

Sudah seminggu setelah cuti musim panas tamat. Hanya tinggal sekitar enam bulan lagi sebelum Rizky pulang ke Malaysia. Semasa berada di dalam kelas, "Baiklah kelas seperti yang dirancangkan, minggu hadapan akan diadakan latihan untuk hari sukan tahunan. Jadi kamu perlu sediakan baju sukan kamu. " kata Kasumi-sensei. "Baiklah." jawab semua. Ramai orang bercakap tentang hari sukan itu. Semasa waktu rehat, Rizky dan Rin meluangkan masa bersama seperti biasa. Semasa makan bersama, "Hey Rin, hari sukan dah dekat. Jadi bagaimana kumpulan dibahagikan? " tanya Rizky. "Kumpulan terbahagi kepada empat iaitu biru, merah, kuning dan hijau. Kumpulan itu mengikut kelas kita. " jelas Rin. "Oh begitu. Jadi kelas kita merupakan kumpulan yang mana? " tanya Rizky. "Kita kumpulan merah. " jawab Rin. "Oh baiklah. " kata Rizky. Mereka sambung menjamah makanan mereka.

Seminggu kemudian iaitu minggu yang ditunggu-tunggu semua. Mereka semua duduk di dalam kelas sebelum menerima arahan daripada cikgu untuk pergi ke padang. Beberapa minit kemudian, "Diminta semua pelajar pergi ke padang untuk mejalani latihan sukan. " pengumuman daripada guru bertugas. Mereka semua pergi ke persalinan untuk menukar baju. Selepas selesai, mereka terus pergi ke padang. Mereka diberi taklimat dan kemudian memanaskan badan mereka. Mereka semua sungguh bersemangat. Mereka melakukan latihan dengan bagus. Pada hari kedua, semasa pasukan merah lakukan latihan di trek larian, mereka semua dikehendaki untuk lakukan larian 50 meter dan cuba untuk membuat masa yang paling cepat. Selepas beberapa pelajar melakukannya, tiba masa untuk Rizky melakukan larian. "Alamak giliran aku pula. Tak megapa aku cuma lari sahaja. " kata Rizky. Rizky duduk di posisi yang sepatutnya. "Sedia dan mula. " kata penjaga masa. Rizky mula berlari. Rizky lari sepantas yang mungkin. "Dan 'tick'. " penjaga masa itu menamatkan jam randik itu. "Wah menakjubkan 7.89 saat. Lebih pantas daripada orang lain. " kata penjaga masa itu. "Apa! Itu menakjubkan. Mungkin dia patut masuk larian berganti kita. " kata ketua kelas mereka, Shoya Kageyama. Rizky hanya mendengar dari jauh. Selepas beberapa latihan, Rizky pergi ke tempat yang tersembunyi untuk berehat. Sementata itu, "Mana Makoto pergi? Aku perlu sesuatu daripada dia. " kata Shoya. "Tak mengapa saya akan cari dia. " kata Rin. Rin terus mencari Rizky di merata tempat. Selepas mencari di merata tempat, Rin lalu di tempat Rizky berehat. Rin nampak Rizky sedang duduk disitu. "Makoto itu pun awak. " kata Rin. "Rin? Apa awak buat disini? " tanya Rizky. "Itu sepatutnya soalan saya. " kata Rin. "Saya cuma mahu berehat dan cuba mengurangkan kesakitan lutut kiri saya. " kata Rizky. "lutut awak sakit! Mari kita pergi ke bilik sakit. " kata Rin. "Tak perlu. Ia tak akan sembuhkannya. " kata Rizky. "Oh. Bagaimana ia jadi begitu? " tanya Rin. "Lutut saya sudah lama jadi begini. Tetapi kesakitannya tidak ketara. " jawab Rizky. "Begitu. Oh terlupa pula saya. Saya datang sini sebab kapten sedang cari awak. " kata Rin. "Kapten? Apa yang dia nak? " tanya Rizky. "Saya tak tahu."kata Rin. " Oh. Apa-apa pun mari kita pergi. "kata Rizky. "Tak apa ke? Kaki awak masih sakit. " Rin risau tentang keadaan Rizky. "Saya ok sahaja. Cuma sakit sikit sahaja. " kata Rizky. "Baiklah tapi betul ke awak ok? " Rin risaukan Rizky. "Saya ok sahaja. " kata Rizky. "Mungkin awak patut memegang bahu saya sebagai sokongan. " cadang Rin. "Baiklah." kata Rizky. Rizky memegang bahu Rin. Beberapa minit kemudian, mereka sampai di padang. "Makoto. Ke mana awak pergi? Puas saya cari awak . " kata Shoya. "Maaf kapten. Saya sedang berehat. " jawab Rizky. "Oh. Apa-apa pun saya ada berita untuk awak. " kata ketua pasukan. "Apa dia? " Rizky ingin tahu tentang itu. "Awak akan jadi pengganti kepada pelari yang tidak hadir pada hari itu nanti. " kata Shoya. "Alamak! " kata Rizky dalam hati. Rizky tidak tahu sama ada dia boleh lakukannya atau tidak kerana kakinya masih sakit. Dia cuma berharap yang pelari tersebut hadir. "Jadi itu sahaja? " kata Rizky. "Ya itu sahaja. Maaf mengganggu awak. " kata Shoya. Mereka pergi dari situ. "Makoto, awak yakin awak boleh buat jika pelari itu tidak hadir? " Rin masih risaukan Rizky. "Mungkin. Kebiasaannya ia akan sembuh dalam masa beberapa hari sahaja. " kata Rizky. "Tetapi saya tetap risau. Mungkin ia akan jadi lebih teruk. " kata Rin. "Tak perlu risau. Saya boleh bertahan. Ia bukannya patah atau apa. Jadi tak perlu risau ya. " kata Rizky sambil tersenyum. Keesokkannya, hari ketiga untuk latihan dan juga hari terakhir. Mereka bersungguh berlatih. Rizky hanya duduk dan tidak buat apa-apa. "Hari sukan akan diadakan pada hari Sabtu. Mungkin ia akan sembuh pada hari Ahad. Harap-harap tak ada sesiapa tidak hadir. " Rizky berharap sebegitu.

Hari sukan sudah tiba. Semua orang bersemangat. Ramai ibu bapa datang ke sekolah untuk melihat anak-anak mereka beraksi. Selepas upacara pembukaan, mereka semua bersedia untuk mulakan acara.Mereka semua lakukan kerja yang bagus. Selepas beberapa acara, tiba masa untuk acara larian. "Nampaknya semua pelari hadir. Selamat. " Rizky rasa lega. Semasa acara lari pecut. "Baiklah, sedia dan 'BANGGG! '. " pengadil menembak pistol angin tersebut. Semasa berlari, salah seorang pelari kumpulan merah terjatuh. Pelari itu kelihatan sakit. "Alamak! Dia salah seorang pelari dalam larian berganti. Baik aku pergi dari sini. " kata Rizky dalam hati. Rizky cuba untuk melarikan diri. Apabila sudah keluar dari situ, Rizky terus pergi ke tempat yang tersembunyi. Rizky duduk di situ selama 30 minit dan tiada siapa menjumpainya. Sehingga satu ketika, "Baiklah semua kita akan berehat sebentar kemudian ke acara seterusnya iaitu larian berganti. " kata pengacara itu. "Selepas ini larian berganti hah. " . Tiba-tiba Rin datang ke tempat itu. "Jumpa awak. Awak ingat boleh bersembunyi." kata Rin. "Oh hey Rin. Apa awak buat di sini? " tanya Rizky. "Mencari awaklah. Kapten suruh saya cari awak. Dan awak dah tahu apa sebabnya. " kata Rin. "Ya saya tahu. Tapi saya tak mahu berlari. " kata Rizky. "Tapi awak perlu. Tak kira apa pun. " balas Rin. "Saya rasa awak betul. Tak guna juga kalau saya asyik melarikan diri sahaja. " kata Rizky. "Betul tu. Tak mengapa saya akan sokong awak. Jadi sekarang, awak pergi ke sana dan tunjukkan apa yang awak ada. " kata Rin sambil menolak Rizky. Rizky hanya ikut sahaja. Setibanya di padang, "Ah Makoto jumpa pun. Okazaki tercedera jadi awak perlu menggantinya. " kata Shoya. "Baiklah." jawab Rizky. "Baiklah semua kita akan mulakan acara seterusnya. Semua pelari pergi ke posisi masing-masing. " kata pengacara. "Baiklah Makoto, kau ialah pelari yang terakhir jadi buat yang terbaik. " kata Shoya. Rizky menunjukkan ibu jarinya sebagai tanda setuju. Rizky pergi ke posisi yang sepatutnya. "Baiklah pelari, kegarisan... sedia dan... 'BANGG'. " pengadil menembak pistol angin itu sebagai tanda mula. Mereka mula berlari. Kumpulan hijau mula mendahului. Selapas satu pusingan, pelari kedua pula mula berlari. Kumpulan hijau masih mendahului. Kumpulan merah cuba untuk mengejar. Pelari ketiga sudah bersedia untuk berlari. Kemudian mereka paskan baton kepada pelari ketiga. Mereka mula berlari. Secara tiba-tiba pelari kumpulan biru melintasi kedua-dua pelari merah dan hijau. Mereka terasa tercabar. Jarak antara mereka tidak begitu jauh. Pelari terakhir sudah dalam posisi. "Bertenang. Lupakan tentang sakit ini. Hanya lari sahaja. " kata Rizky dalam hati. Pelari sudah menghampiri mereka. Mereka paskan baton kepada pelari terakhir. Apabila baton sudah ditangan Rizky, dia terus berlari dengan pantas. "Oh nampaknya kumpulan merah sedang mendahului. " kata pengacara. "Makoto awak boleh lakukannya! " jerit Rin untuk memberi semangat kepada Rizky. Rizky semakin menghampiri garisan penamat. Pelari yang lain ketinggalan di belakang. Rizky melepasi garisan penamat dan membuat kumpulan mereka menang perlumbaan ini. Selepas tamat, Rizky terus terjatuh ke tanah. "Makoto! " Rin terus berlari ke Rizky. Setelah tiba, "Argghh! " Rizky menahan kesakitan kakinya. "Makoto, awak tak apa-apa? " Rin risaukan Rizky. "Argghh! Ia semakin teruk. " kata Rizky. "Makoto bertahanlah ya. Awak boleh bangun tak? " tanya Rin. "Ya saya boleh." kata Rizky. "Mari kita pergi ke bilik sakit. " kata Rin. Mereka pergi ke bilik sakit. Setelah tiba, "Maafkan saya, Kagami-sensei. Awak di sini? " Rin memanggil doktor yang bertugas. Namun tiada siapa yang keluar. "Mesti dia keluar. Tak apalah awak baring di katil dahulu. " kata Rin. Rizky baring di atas katil. "Awak berehatlah dahulu. " kata Rin.

Beberapa minit kemudian, "Wah hari ini bagus. Eh apa kamu buat di sini? " tanya Kagami-sensei. "Saya bawa Makoto untuk berehat. " jawab Rin. "Oh kamulah yang jatuh selepas lari tu ya. " kata Kagami-sensei. "Ya betul tu. " jawab Rizky. " Jadi bahagian yang mana yang sakit? " tanya Kagami-sensei. "Bahagian lutut. " jawab Rizky. "Sudah berapa lama ia jadi begitu? " tanya Kagami-sensei lagi. "Saya rasa lebih kurang 4 tahun lepas." jawab Rizky. "Hmm agak lama. Kalau awak teruskan, mungkin awak tidak boleh berlari lagi." kata Kagami-sensei. "'gasp' awak lalui semua ini selama 4 tahun?!" Rin seperti risaukan Rizky."Ya betul tu. Itulah sebabnya saya tak mahu untuk berlari lagi. " kata Rizky. "Oh begitu. Saya tidak tahu tentang itu. Maafkan saya sebab memaksa awak untuk berlari untuk pasukan kita. " Rin berasa bersalah. "Tak mengapa. Ia bukannya salah awak. " kata Rizky. "Baiklah Yuuki-kun, saya rasa awak patut pergi ke hospital. " kata Kagami-sensei. "Saya rasa betul kata sensei. Saya akan pergi esok. " kata Rizky. "Baiklah ia sudah selesai. Hari sukan masih belum tamat, awak bercadang untuk menunggu? " tanya Kagami-sensei "Mungkin saya akan pulang ke dorm. " jawab Rizky. "Baiklah saya akan panggil teksi untuk kamu. Azaki-san, awak pergi bersama Yuuki-kun. " kata Kagami-sensei. Rin mengangguk tanda setuju. Mereka keluar dari bilik sakit. Untuk ke pintu hadapan, mereka perlu melalui padang. Semasa dalam perjalanan, "Makoto! " jerit Shoya. "Ah kapten. Apa yang kapten nak? " tanya Rizky. "Kau nak pergi ke mana?" tanya Shoya. "Aku nak pulang untuk berehat. " jawab Rizky. "Oh baiklah. Aku akan beritahu cikgu tentang ini. " kata Shoya. Rizky menganggukkan kepalanya. Mereka pergi ke luar pagar dan menunggu teksi. Beberapa minit kemudian, teksi pun tiba. Mereka menaiki teksi itu dan pergi ke dorm. Setelah tiba, mereka masuk ke dorm dan terus pergi ke bilik Rizky. "Awak tak apa-apa? " tanya Rin. "Ya saya tak apa-apa. Nampaknya saya tidak akan datang ke sekolah untuk sementara. "kata Rizky. " Tak mengapa. Apa yang awak perlu buat hanyalah berehat. "kata Rin. "Baiklah baiklah. " kata Rizky.

Keesokkan harinya, 'knock knock' "Makoto awak dah bangun? " tanya Rin dari luar bilik. Tiada jawapan dari dalam. "Makoto saya masuk dahulu. Maafkan saya. " Rin masuk ke dalam bilik. "Masih tidur lagi. Memandangkan dia sedang tidur, saya nak ambil gambar dia. Hehe. " kata Rin. 'click' "Alamak! Lupa nak tutup flashlight. " Rin risau jika Rizky tersedar dari tidur. Tiba-tiba Rizky tersedar dari tidur. "Rin? Apa yang awak buat? " tanya Rizky. "Ah..... ah saya nak kejut awak dari tidur. Saya tidak buat apa-apa selain itu. " kata Rin. "Betul ke? Awak tak ambil gambar saya bukan? " tanya Rizky. "Eh tak tak saya tak akan buat macam itu. " kata Rin. "Betul ke? Jadi kenapa awak pegang telefon awak macam itu? " tanya Rizky. "Ehh.... oh saya menulis mesej itu sebab saya memegangnya begini. " jawab Rin. "Hmm itu agak mencurigakan sebab ada cahaya yang terang yang menyebabkan saya sedar dari tidur. "kata Rizky. "Ah awak dapat saya. Maaf saya ambil gambar awak. " kata Rin. "Tak mengapa. Simpan sahajalah gambar itu. " kata Rizky. "Betul ke!? Saya boleh simpan? " Rin berasa begitu gembira. "Oh ya sebelum saya terlupa, hari ini kita perlu pergi ke hospital. " kata Rin. "Ya saya tahu. Terasa malas pula haha. " kata Rizky. "Jangan nak bermalas-malasan. Awak perlu pergi juga. " kata Rin dengan nada marah. "Baiklah baiklah. Kita akan pergi. Saya nak pergi gosok gigi dahulu. " kata Rizky. "Baiklah. " kata Rin sambil tersenyum. Selepas selesai, Rizky menukar pakaian dan terus keluar. Setelah tiba di hospital, mereka mendaftar untuk membuat pemeriksaan. Kemudian

mereka duduk di bangku sementara menunggu panggilan. Beberapa minit kemudian, "Makoto Yuuki! Ada sesiapa bernama Makoto Yuuki? " panggil jururawat itu. "Ya saya. Baiklah saya pergi dahulu. " kata Rizky. "Baiklah doktor sudah sedia untuk kamu. Mari ikut saya. " . Mereka pergi ke bilik rawatan. Rizky masuk ke dalam bilik itu. "Jadi..... Makoto Yuuki. Mengikut borang ini, awak menghidapi lutut yang sakit. Baiklah saya akan X-ray kamu supaya saya tahu apa masalahnya. " kata doktor itu. Rizky pergi ke mesin X-ray untuk membuat pemeriksaan. Setelah selesai, "Mungkin ia agak terlambat untuk merawatnya tetapi ia tetap masih boleh dirawat cuma ia mengambil masa sedikit. " kata doktor itu. "Baiklah. Saya akan buat apa sahaja. " kata Rizky. "Okay saya nak kamu pakai alat sokongan ini. Ia akan membantu kamu supaya ia kurang sakit. Jadi buat masa ini jangan terlibat dalam aktiviti larian. " doktor itu beri alat sokongan itu. Rizky terus memakainya. "Baiklah saya nak kamu datang lagi minggu hadapan untuk pemeriksaan. " kata doktor itu. Rizky menganggukkan kepalanya. Setelah selesai, Rizky keluar dari bilik itu dan terus ke arah Rin. "Ah Makoto, jadi bagaimana? " tanya Rin. "Doktor kata saya tak boleh berlari. Dan saya perlu pakai alat sokongan ini untuk seketika. " kata Rizky. Mereka terus pulang ke dorm. Setelah tiba di dorm, Rizky pergi ke biliknya untuk berehat. Semasa berada di dalam bilik, "Awak tak apa-apa? "tanya Rin. "Ya saya ok sahaja. "jawab Rizky. "Saya harap ia sembuh dengan cepat. " kata Rin. Seminggu kemudian, Rizky pergi ke hospital seperti yang disuruh oleh doktor tersebut. "Baiklah lutut awak tidak sepenuhnya pulih tetapi awak tidak perlu memakai ini lagi. Kurangkan aktiviti larian dan banyakkan regangan. " kata doktor itu. "Baiklah.". Setelah selesai, Rizky pulang ke dorm. Rizky terus masuk ke biliknya. Keesokka harinya, Rizky melalui harinya seperti biasa.