webnovel

Cinta Tidak Berpisahan

Iky_Miyuki · Teen
Not enough ratings
5 Chs

Percintaan di Musim Panas

Musim panas sudah tiba. Cuti musim panas akan bermula dalam beberapa hari sahaja lagi. Mereka semua berasa teruja tentang itu. Mereka semua berpakat untuk pergi bercuti seperti pergi ke pantai dan pergi ke hotel yang ada 'hot springs'. Pelajar-pelajar yang tinggal di dorm dikehedaki pulang ke rumah masing-masing. Tetapi rumah Rizky terletak di Malaysia jadi dia membuat keputusan untuk tidak pulang. Sebaliknya menumpang di rumah sesiapa. "Hah cuti musim panas akan tiba tetapi aku tidak mahu pulang ke Malaysia. Apa yang aku perlu buat? " Rizky mengeluh. "Apa kata kau tinggal di rumah aku untuk sementara. " cadang Shidou. "Bagus juga idea itu. " Rizky setuju dengan candangan Shidou. "Baiklah aku akan beritahu ibu bapa saya. " kata Shidou. "Baiklah." jawab Rizky. 'ring ring' telefon Rizky berbunyi. Rizky menjawabnya.

"Hello."

" Hello. Ini ayah. "

"Ha ayah. Ada apa ni? "

"Kalau ikutkan di Jepun, nanti ada cuti musim panas betul tak. "

"Ya betul. "

" Kamu ada bercadang untuk balik? "

"Saya tak rancang untuk balik. Saya fikir untuk tinggal di rumah kawan saya."

"Begitu.Tak mengapa kalau begitu. Jadi kita cakap nanti ya. "

"Baiklah.Selamat tinggal ayah. "

" Selamat tinggal. Kita cakap nanti. "

"Kenapa tadi? " tanya Shidou. "Oh ayah aku telefon. Dia tanya aku mahu balik atau tidak. " jawab Rizky. "Oh begitu. Lagi dua hari untuk cuti musim panas. Baik kita berkemas. " kata Shidou. "Baiklah." jawab Rizky.

"Baiklah kelas, esok adalah harinya cuti musim panas. Jadi kamu semua jaga diri ya. " kata Kazumi-sensei. "Baik sensei. " jawab semua. Jadi mereka pulang ke rumah. Rizky dan Rin pulang ke dorm bersama. "Jadi Makoto, kita mungkin tidak akan berjumpa buat jangka masa yang agak lama. Saya akan rindukan awak. " kata Rin. "Saya pun akan rindukan awak juga. " jawab Rizky. Keesokkan paginya. "Baik semua kita akan jumpa selepas cuti. Jadi jaga diri. " kata ketua dorm. "Baiklah." jawab semua. "Mari Makoto ikut aku . " kata Shidou. "Baiklah. Rin jaga diri ya. " kata Rizky. "Awak juga. " jawab Rin sambil tersenyum dan melambai tangannya. Beberapa minit kemudian Rizky dan Shidou tiba di stesen kereta api. "Jadi Shidou, rumah kau berada di mana? " tanya Rizky. "Rumah aku di Yokohama. Perlu ambil tiga kereta api dari sini. " jawab Shidou. "Oh begitu agak jauh. " kata Rizky. "Memang jauh sedikit. Ia ambil masa 2 jam. Oh kereta api kita sudah tiba. " kata Shidou. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka menaiki kereta api itu. "Alamak, aku rasa aku terlupa ambil pemain mp3 aku dalam bilik tadi. " kata Rizky dengan rasa kecewa dengan dirinya. Shidou senyum lalu ketawa. Selepas dua jam, mereka tiba di Yokohama. "Akhirnya tiba juga. Mari, ayah aku kata dia tunggu di luar stesen. " kata Shidou. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka keluar dari stesen dan terjumpa dengan ayah Shidou. "Ayah! " jerit Shidou sambil melambai tangannya. "Ah Shidou, kamu sudah sampai. " sambut ayah Shidou. "Ya ayah. Oh ini saya perkenalkan Makoto Yuuki. Saya ajak dia tinggal di rumah kita. " kata Shidou. "Selamat berkenalan. " kata Rizky. "Selamat berkenalan Yuuki-san. Saya ayah Shidou, Okabe Ichiro. " kata ayah Shidou. "Baiklah ayah, di mana ayah parkir kereta ayah? " tanya Shidou. "Di situ sahaja. " kata Okabe sambil menunjukkan di mana keretanya. Mereka pergi ke kereta tersebut. Mereka menaiki kereta itu dan terus bergerak. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di rumah keluarga Ichiro. "Jadi Makoto disinilah rumah saya." kata Shidou. "Wah agak besar. " Rizky terpegun. "Mari kita masuk ke dalam. " kata Shidou. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka masuk ke dalam. "Kami sudah pulang. " kata Shidou. "Selamat pulang. Shidou, siapa budak ini. " tanya mak Shidou. "Oh ini Makoto Yuuki. Dia rakan di dorm saya. " kata Shidou. "Selamat berkenalan puan. " kata Rizky. "Dia akan tinggal dengan kita selama tempoh cuti musim panas ini. " kata Shidou. "Oh begitu. Beritahu saya, kenapa awak tidak balik ke rumah awak? " soal mak Shidou. "Sebenarnya saya pelajar pertukaran. Rumah saya berada di Malaysia. " jawab Rizky. "Oh begitu. Jadi bagaimana kamu boleh kenal dengan Shidou. " soal mak Shidou lagi. "Shidou ialah orang pertama yang saya jumpa apabila saya tiba di dorm. " jawab Rizky. "Begitu. Eh lama pula kita bersembang. Mari masuk. " kata mak Shidou. Mereka masuk ke dalam. Shidou membawa Rizky ke biliknya. "Jadi ini bilik aku. Kau boleh tidur atas futon. " kata Shidou. "Baiklah. " kata Rizky.

Rizky sudah tinggal di rumah Shidou selama dua hari. Rizky tidak buat apa-apa selain daripada membuat kerja yang diberi. Jadi Rizky buat keputusan untuk keluar pergi berjalan. "Saya keluar dulu. " kata Rizky. Rizky pergi keluar berjalan. Semasa dia berjalan, dia ternampak seorang perempuan yang biasa dilihatnya. Dia mendekati perempuan itu. "Umm hai. " kata Rizky. "Ya, ada apa. jawab perempuan itu. " Eh! Rin awak ke tu. " kata Rizky dengan perasaan terkejut. "Eh Makoto, apa yang awak buat disini? " tanya Rin. "Saya tinggal disini. " jawab Rizky. "Awak tinggal disini!!?? Bukan awak tinggal di rumah Shidou. " kata Rin. "Rumah Shidou disini. Itu bermaksud awak tinggal disini juga. " kata Rizky."Ya, rumah saya berada di situ sahaja. Jadi ia berdekatan dengan rumah Shidou. " kata Rin. "Jadi awak berjiran dengan Shidou tetapi awak tidak sedar. " kata Rizky. "Mungkin awak boleh datang ke rumah saya. " kata Rin dengan perasaan yang agak malu. Muka Rizky menjadi merah menyala lalu berkata "Oh saya terlupa saya perlu pergi ke suatu tempat. Jadi jumpa nanti ya. " . Rizky terus berlari laju. "Alamak kenapa dia kata begitu. Dengan muka yang comel itu ahhh. " kata Rizky dalam hati. Rizky berpatah balik dan terus pulang ke rumah. "Saya sudah pulang. " kata Rizky. "Oh selamat pulang, Makoto. Kau pergi mana tadi?" tanya Shidou. "Aku pergi berjalan sekitar kawasan di sini. " jawab Rizky. "Begitu. " jawab Shidou. Rizky terus pergi ke bilik untuk membuat kerjanya semula. "Muka dia macam ada sesuatu berlaku. Tetapi aku tidak mahu masuk campur. " kata Shidou. Keesokkan harinya, 'ring ring' telefon Rizky berbunyi dan Rizky terus menjawabnya.

"Hello."

"Hello, ini Rin. "

"Ah Rin. Ada apa ya? "

"Makoto, saya umm nak ajak awak datang ke rumah saya. "

"Sekarang? "

"Ya sekarang. "

"Kenapa? "

"Datang sahaja. "

"Baiklah saya akan datang sekarang. Saya akan sampai dalam beberapa minit sahaja. "

"Baiklah saya akan tunggu. "

Rin meletakkan telefon. Rizky terus besiap untuk berjumpa dengan Rin. "Saya keluar dulu. " kata Rizky. Rizky pergi ke rumah Rin. Dia periksa setiap nama yang terdapat di setiap rumah. Rizky tiba di sebuah rumah yang tertulis Azaki. "Aku sudah jumpa rumah Rin. " kata Rizky. Rizky tekan loceng rumah itu. "Ya saya datang. " suara dari dalam. Ada seorang wanita keluar. "Ya awak ni siapa? " tanya wanita itu. "Selamat berkenalan, nama saya Makoto Yuuki. Saya mahu berjumpa dengan Rin. " jawab Rizky. "Oh jadi awak la teman lelaki Rin. Selamat berkenalan, saya ialah mak Rin. Dia ada di dalam. Jemput la masuk. " kata mak Rin. "Terima kasih. " jawab Rizky. Mereka berdua masuk ke dalam. "Rin, Makoto sudah sampai. " kata mak Rin. "Baik mak! " kata Rin. Rin turun ke bawah. "Makoto! " jerit Rin. Rin melompat dan terus memeluk Rizky. "R-R-Rin, apa yang awak buat? " kata Rizky dalam keadaan gementar. "Jangan la malu sangat. " kata Rin. "Jadi apa yang awak nak panggil saya datang ke rumah awak ni? " tanya Rizky. "Mari masuk dahulu. Kita cakap di ruang tamu. " kata Rin. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka pergi ke ruang tamu. "Jadi Makoto, sebenarnya saya cuma rindukan awak sahaja. " kata Rin. "Eh? " Rizky terkejut dengan muka yang kecewa. "Awak tak rindukan saya ke? "tanya Rin. " Saya juga rindukan awak. Jadi itu sahaja?"kata Rizky. "Saya ingat nak ajak awak makan dengan kami. " kata Rin. "Oh apa salahnya. Saya sudah ada di sini. " kata Rizky. "Bagus.Boleh awak tunggu sekejap. Makanan belum siap lagi. " kata Rin. "Baiklah. Saya akan tunggu di sini. " kata Rizky. Rin pergi ke dapur untuk menolong maknya. Sementara itu, Rizky menyambung membuat novel yang sedang di karang dalam komputer ribanya. Beberapa minit kemudian, "Makoto, makanan sudah siap."kata Rin. "Baiklah saya akan datang. " kata Rizky. Mereka berdua pergi ke dapur. "Makoto-kun mari makan. " kata mak Rin. "Umm Rin, awak pasti yang mak awak guna bahan-bahan yang halal? " bisik Rizky kepada Rin. "Saya yakin. Saya ikut mak pergi membeli belah dan saya beritahu yang awak perlu makan makanan yang halal. " jawab Rin. "Begitu. Nasib baik . " kata Rizky. Mereka makan makanan tersebut. "Wah sedap betul. Terima kasih mak cik menghidangkan makanan ini. " kata Rizky sambil tersenyum. "Sama-sama, Makoto-kun. Rin, boleh kamu hantar Makoto pulang ke rumah? " kata mak Rin. "Tak mengapa. Saya boleh pulang dengan sendiri. " kata Rizky. "Tak mengapa kalau begitu. Jadi jaga diri ya. " kata mak Rin. Rizky lihat di luar tingkap dan di luar sedang hujan dengan lebat sekali. "Nampaknya di luar sedang hujan lebat. Saya tidak tahu kalau saya boleh pulang atau tidak. " kata Rizky. "Kami ada payung tetapi mungkin ia tidak selamat untuk awak pulang. Mungkin awak patut tunggu sehingga hujan reda. " kata Rin. "Mungkin ia idea yang bagus. " kata Rizky.

Sudah dua jam tetapi hujan masih belum reda. Jam sudah menunjukkan pukul empat. Mereka semua hanya membuat kerja sendiri sahaja. "Makoto, saya bawakan teh. " kata Rin sambil membawa teh. "Terima kasih Rin. " kata Rizky. Rizky minum teh itu. "Wah, sedap betul teh ini! " kata Rizky. "Terima kasih. " kata Rin sambil tersenyum. Beberapa minit selepas itu, hujan mula reda sedikit. "Nampaknya hujan sudah reda. Mungkin saya boleh pulang sekarang. " kata Rizky. "Betul tu. Awak boleh pinjam payung kami. " kata Rin. "Terima kasih, Rin. " kata Rizky. "Hati-hati apabila pulang. " kata Rin. "Baiklah. Saya pergi dahulu. Esok saya akan pulang semula payung ini. " kata Rizky. "Baiklah." jawab Rin sambil melambai tangannya. Beberapa minit kemudian, Rizky tiba di rumahnya. "Saya sudah pulang. " kata Rizky. "Selamat pulang, Makoto. Kau pergi ke mana tadi? " tanya Shidou. "Aku pergi ke rumah Rin. " jawab Rizky. "Rumah Rin? Adakah rumah Rin berada di sini? " soal Shidou. "Ya, betul. Jadi kau pun tidak sedar yang kau selama ini berjiran dengan Rin. " kata Rizky. "Pun? Maksudnya Rin juga tidak sedar yang aku berjiran dengan dia. " kata Shidou. "Ya. " jawab Rizky. Rizky terus naik ke bilik. Keesokkan harinya, Rizky mendapat panggilan telefon daripada Rin. Rizky menjawabnya.

"Hello, Rin"

"Hai, Makoto"

"Ada apa ya? "

"Makoto, keluarga saya akan pergi ke hotel mata air panas di Kyoto. Mereka suruh saya ajak awak."

"Begitu. Bunyi macam menarik. Baiklah, saya datang sekali. "

"Bagus. Kita akan pergi pada hari Ahad. "

"Baiklah. Jumpa hari Ahad nanti ya. "

" Baiklah. Bye Makoto . "

"Bye."

Rizky meletakkan telefon. Rizky melompat dengan gembira. Tiba-tiba, Shidou masuk ke bilik. "Makoto, sarapan sudah siap. " kata Shidou. Shidou ternampak Rizky melompat kegembiraan. "Apa yang kau buat? " tanya Shidou. "Ehh." muka Rizky menjadi pelik kerana kantoi. "Haha, malunya. " kata Rizky. "Jadi ada sesuatu terjadi sampai kau terlompat-lompat? " tanya Shidou. "Rin ajak aku pergi ke hotel mata air panas di Kyoto. " jawab Rizky. "Wah bertuah betul kau. Jadi bila kau akan pergi? " tanya Shidou. "Hari Ahad ini. " jawab Rizky. "Oh ok. Jadi jaga diri nanti. " kata Shidou. "Baiklah. " jawab Rizky.

Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Rizky terus bersiap selepas dia makan sarapan. "Saya pergi dahulu. " kata Rizky. "Jaga diri ya. " kata Shidou. Rizky pergi ke rumah Rin. Setelah tiba di rumah Rin, Rizky nampak mereka sedang meletakkan barang mereka ke dalam kereta. "Rin!!! " jerit Rizky. "Ah, Makoto awak sudah sampai. " kata Rin. Rizky terus berlari ke Rin. "Nak saya tolong? " ujar Rizky. "Boleh juga. Terima kasih. " kata Rin. Rizky menolong Rin memgangkat barang tersebut. Beberapa minit kemudian, mereka siap meletakkan barang-barang mereka. "Baiklah, semua sudah dimasukkan mari kita bertolak. " kata ayah Rin. Mereka semua masuk ke dalam kereta. Semasa dalam perjalanan, "Jadi kamu adalah teman lelaki Rin. " kata ayah Rin. "Ya betul tu. Nama saya Makoto Yuuki. Selamat berkenalan. " kata Rizky. "Wah sopan betul kamu ni. Tak hairanla Rin sukakan kamu. " kata ayah Rin. "Ayah! " kata Rin dengan muka yang malu. Rizky ketawa tentang itu. Sejam kemudian, mereka tiba di hotel itu. "Baiklah semua, kita dah sampai. Semua ambil barang masing-masing, kita akan masuk." kata ayah Rin. Mereka mengambil barang-barang mereka. Mereka semua masuk ke dalam. "Rintarou Azaki, mahu mendaftar masuk. " kata ayah Rin. "Baiklah mari lihat. Ok dua bilik bukan? " tanya penjaga kauter itu. "Ya betul. " jawab ayah Rin. Ayah Rin mengambil kunci yang diberikan. "Baiklah Rin ini bilik kamu. " kata ayah Rin. "Baiklah tapi kenapa dua bilik? " tanya Rin. "Kamu akan kongsi bilik bersama Makoto. " jawab ayah Rin. "Apa!!!! " jerit Rin. Rizky berlagak seperti tidak ada apa-apa terjadi. "Mari." Rin menarik tangan Rizky dengan perasaan marah. "Rin bertenang la. " kata Rizky. "Senang la awak kata. " kata Rin. Mereka tiba di bilik mereka. "Baiklah ini bilik kita. " kata Rin. Mereka masuk ke dalam bilik itu. Bilik itu mempunyai sebuah meja dan terdapat beranda di luar. Apabila Rizky nampak ada meja dia terus duduk di situ dan membawa keluar komputer ribanya. "Apa yang awak buat? " tanya Rin. "Oh saya mahu sambung novel yang saya karang. " jawab Rizky. "Oh begitu boleh saya baca? " tanya Rin. "Boleh sahaja. " jawab Rizky. Rin membaca novel itu. Beberapa minit kemudian Rin habis membaca seluruh novel yang ditulis. "Jadi? " tanya Rizky. "Ia agak menarik. Kalau ia menjadi novel sebenar saya akan membelinya. " jawab Rin. Rizky berasa sungguh gembira. Pada pukul 7 malam, Rin membuat keputusan untuk pergi ke kolam mata air panas." Hey Makoto, saya mahu pergi ke kolam mata air panas. Awak nak ikut? "tanya Rin. "Bagus juga. " jawab Rizky. Mereka berdua pergi ke kolam mata air panas. Seminit kemudian, mereka tiba di kolam itu. "Baiklah, di sebelah kanan itu adalah kolam lelaki. " kata Rin. "Baiklah." jawab Rizky. Rizky terus masuk ke dalam. Rizky membuka pakaiannya dan terus memakai tuala yang disediakan. Dia pergi masuk ke dalam kawasan kolam. "Wah agak besar juga tempat ni. " kata Rizky. Tiada siapa di dalam kolam. Rizky terus masuk ke dalam kolam. "Ah nyamannya. Mungkin sebab inilah orang Jepun suka pergi ke tempat yang macam ini. " kata Rizky. Tiba-tiba ada seorang lelaki masuk. "Oh Makoto kamu rupanya. " tegur ayah Rin. "Oh Encik Azaki. Saya ingat siapa tadi. Muka encik lain apabila tidak memakai cermin mata. " kata Rizky. "Oh begitu. " kata ayah Rin. Ayah Rin masuk ke dalam kolam. "Baiklah pak cik ada satu soalan. Bagaimana kamu boleh jadi teman lelaki Rin? " tanya ayah Rin. "Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Ia bermula apabila Rin sentiasa pandang saya. Saya tak tahu apa yang dia fikir. " jawab Rizky. "Begitu. " kata ayah Rin. Beberapa minit kemudian, mereka siap mandi. "Baiklah pak cik keluar dulu ya. " kata ayah Rin. "Baiklah" jawab Rizky. Tidak lama selepas ayah Rin keluar, Rizky turut keluar dari situ. Rizky memakai baju tidur yang disediakan. Apabila Rizky keluar, Rin juga keluar sekali. Rizky dan Rin pergi ke bilik sekali. Tiba-tiba Rizky pengsan akibat pening. "Makoto? Bangun Makoto! Nampaknya kena bawa dia sampai ke bilik ni. " kata Rin dengan perasaan risau. Mereka tiba di bilik. Rin membentangkan futon dan baringkan Rizky. Rin meminta air sejuk dan kain dan letakkannya di atas kepala Rizky. Beberapa minit kemudian, Rizky tersedar. "Makoto awak dah sedar. Nasib baik. " kata Rin dalam keadaan lega. "A-Apa yang terjadi? " tanya Rizky. "Awak pengsan tadi mungkin sebab awak duduk dalam kolam tu lama sangat. " jawab Rin. "Begitu. Bagaimanapun terima kasih kerana mejaga saya. " kata Rizky sambil tersenyum. "Sama-sama Makoto. Awak berehatlah dahulu. " kata Rin.

Keesokkan paginya, Rizky bangun dengan awal. "Sudah pagi. " kata Rizky. Rizky lihat sekeliling dan nampak Rin di sebelahnya. "Mesti dia penat. Baik aku biarkan dia tidur. " kata Rizky. Rizky usap kepala Rin. Tiba-tiba Rin terbangun. "Selamat pagi Makoto. Awak dah sihat? " tanya Rin. "Saya ok.Semuanya terima kasih kepada awak."kata Rizky. "Taklah saya hanya buat apa yang saya boleh buat. "kata Rin. 'knock knock' " Rin ini ayah. Mari kita makan sarapan. "kata ayah Rin dari luar. " Mari Makoto. "kata Rin. " Baiklah. "jawab Rizky. Rizky terus bangun dari futon. Mereka terus pergi ke dewan makan. Selepas makan, mereka terus balik ke bilik. Apabila masuk ke bilik, Rizky mengambil baju bersih dan pergi ke bilik air untuk menukar baju. Setelah siap, " Rin, saya nak pergi berjalan di luar. Awak nak ikut tak? "tanya Rizky. " Boleh juga. Tunggu sekejap ya. "kata Rin. Rin terus menukar bajunya di bilik air. " Baiklah Makoto, mari kita pergi. "kata Rin. Mereka keluar dari hotel itu. Semasa mereka berjalan, " Kawasan di sini memang cantik la. "puji Rizky. " Betul tu. Adakah pemandangan di Malaysia cantik seperti di sini? "tanya Rin. " Pemandangan di sana cantik juga tetapi tidak secantik di sini. "jawab Rizky. " Begitu. Saya teringin untuk pergi ke sana. " kata Rin. "Betul ke? Kalau awak datang memang bagus. " kata Rizky. "Kalau mak dan ayah saya benarkan saya memang akan datang. " kata Rin. Rizky terus senyum. "Apa kata kita balik? " tanya Rin. Rizky mengangguk tanda setuju. Mereka terus balik ke hotel. Tibanya waktu malam, "Makoto, saya mahu pergi ke kolam air panas. Awak nak ikut? " tanya Rin. "Tak mengapa lah. Saya akan duduk di sini dan membuat novel saya. " jawab Rizky. "Ok. Kalau awak nak pergi, awak boleh pergi sendiri. " kata Rin. Rin terus keluar. Beberapa minit kemudian, Rin pulang dari kolam. "Selamat pulang, Rin. " sambut Rizky. Rin masuk dan terus duduk di meja. "Rin boleh saya tanya soalan. " kata Rizky. "Ya boleh. Nak tanya apa? " tanya Rin. "Semasa hari pertama saya di sekolah, kenapa awak pandang saya semasa saya mengemas buku? " soal Rizky. "Awak perasan. Ok baiklah saya akan beritahu. Sebenarnya muka awak mengingatkan saya dengan kawan zaman kanak-kanak saya. " jawab Rin. "Begitu jadi apa nama dia? " tanya Rizky lagi. "Nama dia ialah Rizky. " jawab Rin. "R-R-Rizky??" Rizky terkejut apabila mendengar namanya. "Ya betul tu. Dia sering bermain dengan saya di taman. Tetapi dia mula tidak datang ke taman itu selepas seminggu berkenalan dan dia tidak kembali." kata Rin. Rizky teringat semasa dia melancong ke Jepun 10 tahun yang lalu. Pada suatu hari, Rizky mengajak mak dan ayahnya pergi berjalan. Semasa mereka berjalan, Rizky nampak sebuah taman. Mereka pergi ke taman itu. Semasa Rizky bermain, Rizky ternampak seorang budak perempuan terjatuh apabila bermain. Rizky pergi ke budak itu. "Awak tak apa-apa? " tanya Rizky. Rizky tarik tangan budak itu untuk bangunkan dia. "Saya tak apa-apa. Siapa nama awak? " tanya perempuan itu. "Nama saya Rizky Ashraff. Dan awak? " soal Rizky semula. "Nama saya ialah Rin. " jawab perempuan itu. Sejak dari itu mereka sering bermain bersama. Beberapa hari selepas itu apabila mereka sedang bermain, "Hey Rin, apa kata kita panggil sesama sendiri menggunakan nama panggilan. " cadang Rizky. "Bagus juga. Jadi awak boleh panggil saya Rina. " kata perempuan itu. "Saya suka nama tu. Jadi disebabkan Rizky susah untuk disebut, awak boleh panggil saya Mizuki. " kata Rizky. "Baiklah jadi mulai hari ini kita dipanggil sebagai Rina dan Mizuki. " kata perempuan itu. Imbas kembali tamat. "Betul tu saya panggil budak itu Rina. " kata Rizky dalam hati. "Tunggu sekejap. Jadi itu bermaksud awak ialah Rina. Satu-satunya kawan saya semasa pergi melancong." tanya Rizky. "Ya betul. Akhirnya awak ingat. Sudah sekian lama, Mizuki. " kata Rin. "Awak masih ingat nama tu. Jadi awak memang tahu yang saya ialah Rizky? " tanya Rizky. "Ya sejak daripada hari pertama awak datang ke sekolah. " jawab Rin. "Begitu." kata Rizky. "Awak memang tidak ingat kepada saya, betul tak? " tanya Rin. "Saya sebenarnya memang tidak perasan yang awak ialah Rina. Gaya rambut awak tidak sama seperti dahulu." kata Rizky.Rizky bangun dan terus keluar dari bilik dan berkata "Saya nak keluar sekejap. Saya nak ambil udara segar. ". " Tunggu Makoto, awak nak pergi ke mana? "Rin cuba untuk menahan Rizky.

Rin cuba untuk mengejar Rizky. Rin dapat menggenggam tangan Rizky. " Awak nak pergi ke mana? "tanya Rin. " Maaf Rin, tapi saya perlu masa untuk sendirian sekejap. "jawab Rizky. Rizky terus alihkan tangannya dan pergi. Rin terus balik ke bilik. " Apalah yang dia fikir tu. "Rin mengeluh. Rin membentangkan futon. Dia menutup lampu dan terus tidur. Sementara itu, Rizky duduk di depan pintu hotel. Tiba-tiba ayah Rin lalu di depan pintu dan nampak Rizky di luar. Dia pergi menegur Rizky. " Makoto, apa yang kamu buat disini? "tegur ayah Rin. " Tak ada apa-apa pun. Saya cuma nak ambil udara segar. "jawab Rizky. " Begitu, boleh pak cik duduk disini? "tanya ayah Rin. " Boleh sahaja. "kata Rizky. Ayah Rin duduk di sebelah Rizky." Jadi, adakah kamu bergaduh dengan Rin? "tanya ayah Rin. " Taklah, saya hanya nak masa untuk sendirian sahaja. "jawab Rizky. " Begitu. "kata ayah Rin. " Baiklah saya nak balik ke bilik. Jumpa nanti ya. "kata Rizky. Rizky bangun dan terus balik ke bilik. Apabila sampai di bilik, dia membuka pintu dan lampu bilik sudah tertutup. Apabila dia membuka lampu, Rizky nampak Rin sudah tertidur. " Dia sudah tertidur. "kata Rizky Rizky usap kepala Rin. Rizky membentangkan futonnya di hujung bilik dan terus tidur. Keesokkan harinya, Rizky bangun awal seperti biasa. Rin masih tidur.

" Dia masih tidur hah. "kata Rizky. Rizky menyelak langsir tingkap. Tiba-tiba Rin terbangun. " Oh selamat pagi Rin. Adakah saya kejutkan awak? "kata Rizky. " Selamat pagi, Mizuki. "kata Rin. Rizky terkejut apabila Rin sebut nama panggilannya. " Oh maaf, saya masih separuh tidur lagi. Haha. "kata Rin. Rizky tidak jawab apa-apa. " Awak masih marahkan saya ke? "tanya Rin dengan perasaan risau. " Saya tak marahkan awak pun. Maaf sebab membuatkan awak risau. "kata Rizky sambil usap kepala Rin. " Tak mengapa. Mari kita pergi makan sarapan."kata Rin. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka pergi ke dewan makan. Selepas mereka makan, Mereka terus berkemas untuk pulang ke rumah. Selepas siap berkemas, mereka daftar keluar dan terus balik. Rizky memberitahu ayah Rin untuk menghantarnya ke rumah Shidou. Beberapa jam kemudian, mereka tiba di rumah Shidou. "Terima kasih menumpangkan saya. Maaf menyusahkan kamu semua. " kata Rizky. "Tak mengapa Makoto. Kita semua seronok apabila kamu ada. " kata mak Rin. "Jadi kita jumpa nanti ya. " kata Rizky sambil menunduk. Rizky terus masuk ke dalam rumah. "Saya sudah pulang. " kata Rizky. " Oh selamat pulang Makoto. Bagaimana cuti kau? "tanya Shidou. " Bagus, seronok sangat. "jawab Rizky. Rizky terus naik ke bilik untuk meletakkan barangnya dan berehat.

Seminggu kemudian, Rizky tidak buat apa-apa. Dia hanya duduk di dalam bilik. Tiba-tiba, Shidou masuk ke dalam bilik. " Yo Makoto. Apa yang kau buat? "tanya Shidou. " Tak nampak ke? "sindir Rizky. " Haha. "Shidou ketawa. " Jadi kau nak apa? "tanya Rizky. " Rin telefon tadi. Dia nak ajak kau pergi Summer Festival dengan kau. "kata Shidou. " Rin? Kenapa dia tak telefon aku? "Rizky berasa pelik. " Entah. Mungkin dia malu nak beritahu kau. "kata Shidou. " Oh. Festival tu malam ni betul tak? "Rizky ingin memastikannya." Ya betul tu. Kau nak pergi ke? "tanya Shidou. "Mungkin. Tapi boleh kau ikut aku sekejap. " kata Rizky. "Pergi ke mana? " tanya Shidou. "Ke tempat di mana festival tu berada la. Aku perlu tahu di mana festival

itu. " jawab Rizky. "Ok baiklah. "kata Shidou. Mereka

keluar dan mereka tiba di Tokong Suwa yang tidak jauh dari rumahnya. "Jadi di sini tempatnya. "kata Shidou. Kawasannya begitu cantik. Kawasan itu masih dalam persiapan untuk festival itu. Mereka pulang ke rumah. Masih ada dua jam sebelum ke festival

.Jadi Rizky hanya bermain permainan

video

untuk

melengahkan masa. Dia bermain sehingga tinggal 30 minit untuk ke festival. Rizky bersiap dengan kemas. Baju T putih di dalam dan kemeja biru di luar dan berseluar panjang. Kira-kira lima minit untuk bersiap. Dia hanya duduk santai di ruang tamu kemudian Rizky terlelap. Apabila tersedar, tinggal lima minit untuk ke festival. " Alamak tinggal lima minit sahaja! Pergi ke sana mengambil masa 10 minit. Confirm lambat nanti. " kata Rizky. Jadi Rizky pakai kasut dan terus lari. Dia sampai tepat pada masanya. Bayangan Rin masih belum kelihatan. Rizky terus pergi ke sebuah pokok dan duduk. Tidak lama kemudian, "Makoto!! " jerit Rin sambil melambai tangannya. Rizky terus pergi ke Rin. "Dah lama awak tunggu? " tanya Rin. "Tak pun. Saya baru sahaja sampai. " jawab Rizky. Rin memeriksa belakang yukatanya untuk melihat ikatan obinya kemas. Rin pakai yukata berwarna biru bercorak bunga dan obi yang berwarna kuning. "Apa pendapat awak? " tanya Rin. "Awak nampak comel memakainya. " kata Rizky sambil tersenyum. Rin pusing ke belakang. "Ini pertama kali dia kata comel pada saya. " kata Rin dalam hati. Muka Rin terus menjadi merah. Rin berpaling semula. "Ahem. Jadi mari kita pergi. " kata Rin. "Baiklah." kata Rizky. Mereka pergi melalui kawasan festival itu. Terdapat banyak gerai permainan dan makanan. Rizky tidak berani untuk membeli apa-apa makanan. Jadi dia hanya mengambil bau sahaja. Semasa berjalan, "Hey Makoto, saya laparlah. Jom beli makanan. " cadang Rin. "Baiklah. Apa yang awak nak? Saya akan belikan. " tawar Rizky. "Betul ke? Jadi saya nak.... saya nak takoyaki (bebola sotong). " kata Rin. "Takoyaki hah. Baiklah saya akan belikan. Awak tunggu di sini. " kata Rizky. Rizky pergi ke gerai takoyaki yang berdekatan. "Maafkan saya. Boleh saya minta 10 biji takoyaki? " minta Rizky. "Baiklah." jawab penjaga gerai itu. "Oh satu lagi. Sos apa yang pak cik gunakan ya? " tanya Rizky

. "Pak cik guna sos takoyaki yang biasa. " jawab penjaga gerai itu. "Sos biasa? Adakah ia terkandung mentsuyu dalamnya? " tanya Rizky. "Oh ini pak cik buat sendiri. Pak cik gunakan mentsuyu yang halal." jawab penjaga gerai itu. "Jadi pak cik memang buat untuk orang Muslim ke?" tanya Rizky. "Ya betul. Pak cik sendiri pun orang Muslim. " jawab penjaga gerai itu. Beberapa minit kemudian, takoyaki itu siap."Semuanya 500 yen. "kata penjaga gerai itu. "Baiklah." kata Rizky. Rizky membayarnya. Dia mengambil takoyaki itu dan terus pergi ke Rin. "Nah. Takoyaki awak. " Rizky memberikan takoyaki itu. "Terima kasih Makoto. " Rin mengambil takoyaki itu. Mereka duduk di sebuah bangku untuk makan takoyaki itu. "Saya makan dulu. 'Munch munch' wah sedap betul! Makoto awak nak rasa? " tawar Rin. "Boleh juga. " jawab Rizky. "Baiklah saya suapkan. Cakap 'ahh'. " . " Ahh 'munch munch ' mmm betul kata awak. "ujar Rizky. Mereka habiskan takoyaki itu dan terus berjalan. Semasa berjalan, " Hey Makoto, dah hampir masa untuk pertunjukan bunga api. Saya tahu tempat

yang paling sesuai untuk melihatnya. Mari ikut saya. "Rin menarik tangan Rizky. Mereka menuju ke sebuah bukit yang berdekatan dengan tokong itu. Setelah mereka tiba di puncak, terus kelihatan sebuah bangku di bawah pokok. Mereka duduk di bangku itu. " Hey Makoto, awak ingat apa-apa tentang ini tak? "tanya Rin. " Tentang ini? Apa maksud awak? "Rizky berasa pelik. " Mesti awak dah lupa. "Rin rasa kecewa. Rizky cuba untuk ingat semula. Tiba-tiba dia teringat apa yang terjadi.

Semasa Rizky pergi melancong ke Jepun 10 tahun yang lalu, dia pergi pada minggu kedua cuti musim panas. Sebelum Rizky pulang ke Malaysia, Rizky sempat pergi ke Summer Festival di tempat

yang sama. Rizky pergi bersama dengan keluarganya. Semasa berjalan di festival itu, ada seseorang menepuk bahu Rizky dan berkata "Jumpa awak. " . Rizky berpaling ke belakang dan nampak Rin. "Oh awak rupanya Rina. " kata Rizky. "Hehe. Apa awak buat di sini? " tanya Rin. "Saya dengar ada festival

jadi saya datang ke sini bersama keluarga saya. " jawab Rizky. "Ooo. Alang-alang kita di sini, apa kata kita berjalan bersama. " kata Rin. "Bagus juga idea tu. Mama, Papa. Mari kita berjalan dengan mereka. Papa dan Mama boleh berkenalan dengan mereka. " kata Rizky. Mak dan ayah Rizky hanya ikut sahaja permintaan anaknya. Mereka lakukan perkara yang menyeronokkan. Semasa berjalan, "Hey Mizuki, pertunjukan bunga api hampir bermula. Saya tahu tempat

yang paling sesuai untuk melihatnya. Mari ikut saya. " Rin menarik tangan Rizky. Mak ayah mereka hanya ikut dari belakang. Mereka pergi ke bukit yang sama. Mereka duduk di bangku yang terdapat di situ. "Mak dan ayah saya yang beritahu tentang tempat ini. Jadi saya ingin tunjukkannya kepada awak. " kata Rin. "Ooo. Permandangan di sini sangat cantik. " kata Rizky. "Hey Mizuki, awak nak tahu tak. Saya sebenarnya------. " suaranya tidak jelas akibat bunga api. "Awak apa? " soal Rizky. "Tak ada apa-apa. " kata Rin. Imbas kembali tamat. "Oh ya awak ada beritahu saya sesuatu tetapi saya tidak mendengarnya dengan jelas. " kata Rizky. "Ya betul tu. Apa yang saya cakap pada hari itu adalah----. " Rin terus cium Rizky tanpa melengahkan masa. Pada masa yang sama, bunga api sedang di lancarkan. Rizky tidak mampu untuk buat apa-apa. Dia hanya biarkan Rin. "Ini ciuman pertama kita sepanjang kita menjadi pasangan dan juga ciuman pertama saya. " Rizky seakan tidak percayanya. "Saya cuma.... saya cuma..... kita tak pernah bercium jadi.... " Rin rasa agak malu. "Tak apa. Asalkan awak gembira,saya pun gembira. " kata Rizky. Rin sandarkan badannya pada bahu Rizky. Rizky biarkan Rin untuk beberapa minit. "Hey Rin, dah agak lewat ni. Mari kita balik. " kata Rizky. Rin anggukkan kepalanya.

Cuti hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Rizky telah menyiapkan kerjanya minggu lepas jadi dia tidak melakukan apa-apa selain menyambung novel yang dikarangnya. Semasa sedang baring di lantai, Shidou masuk ke dalam bilik. " Yo Makoto. Mari ikut aku berjalan di luar sekejap. "kata Shidou. " Pergi ke mana? "tanya Rizky. " Entah. Aku cuma nak keluar berjalan. "jawab Shidou. " Ok baiklah. "kata Rizky. Rizky bangun dan ikut Shidou. "Kami keluar dulu."kata Shidou. " Jaga diri ya. "kata mak Shidou. Semasa mereka berjalan, "Jadi Makoto, ada apa-apa terjadi semasa di percutian kau? "tanya Shidou. " Tak ada apa-apa pun. Hanya percutian yang biasa." jawab Rizky. Semasa dalam perbualan, mereka terjumpa dengan Rin. "Hai Rin. " kata Shidou. "Hai Shidou, Makoto. Korang nak pergi ke mana? " tanya Rin. "Kami cuma berjalan di luar. Kami tak tahu apa nak buat jadi kami keluar. " jawab Shidou. "Begitu. Oh terlupa pula saya perlu pergi ke kedai.Jumpa nanti ya."kata Rin. " Baiklah. "kata Shidou. Rizky tidak cakap sepatah pun kepada Rin. " Makoto, kenapa kau tak cakap apa-apa kepada Rin? " tanya Shidou. "Bukan masalah kau. " jawab Rizky. "Baiklah Makoto, beritahu apa yang terjadi. " kata Shidou. "Baiklah baiklah saya akan ceritakan. " kata Rizky. Rizky ceritakan apa sebenarnya yang terjadi semasa di percutian. "Begitu. Jadi korang berdua adalah kawan di zaman kanak-kanak. Apa yang membuatkan kau marah. Sepatutnya kau gembira kau jumpa kawan zaman kanak-kanak kau. " kata Shidou. "Aku rasa kau betul. Nanti aku cakap pada dia. " kata Rizky. "Bagus la kalau begitu. Hari dah nak malam, apa kata kita pulang. "kata Shidou. Rizky mengangguk tanda setuju. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di rumah. "Kami dah pulang. "kata Shidou. "Ah Shidou, Makoto. Makan malam sudah siap. Mari kita makan. "ujar mak Shidou. " Baiklah. "kata Shidou. Mereka masuk ke dalam dan pergi ke dapur. Selepas mereka makan, mereka terus naik ke bilik. " Cuti musim panas tinggal dua hari sahaja lagi dan esok adalah hari terakhir. "kata Shidou. " Betul tu. Baik kita mula berkemas." kata Rizky. "Baiklah." jawab Shidou. Mereka mula berkemas. Keesokkan harinya, "Baiklah mak kita jumpa nanti ya. " kata Shidou. "Baiklah. Jaga diri ya. "kata mak Shidou. Mereka naik kereta dan terus pergi ke stesen kereta api. Setelah mereka tiba di sana, "Baiklah Shidou, kita jumpa nanti ya. " kata ayah Shidou. "Baiklah." jawab Shidou. Mereka masuk ke stesen. Apabila sedang menunggu kereta api, mereka nampak Rin. Mereka pergi menegurnya. "Hey Rin. " tegur Shidou. "Hey semua."kata Rin dengan nada yang kurang ceria. " Awak tak apa-apa Rin? Awak nampak sedih. "tanya Rizky. " Saya ok sahaja. Saya cuma sedih untuk tinggalkan mak dan ayah saya."jawab Rin. "Begitu. Oh kereta api kita sudah tiba. " kata Rizky. Kereta api itu berhenti dan mereka menaikinya. Dua jam selepas itu, mereka tiba di Tokyo. Shidou memanggil sebuah teksi. Beberapa minit selepas itu, teksi itu tiba dan mereka naik teksi itu. Shidou meminta pemandu teksi itu pergi ke dorm mereka. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di dorm mereka. "Akhir sampai juga. " kata Rizky. Mereka masuk ke dalam dan kelihatan ramai pelajar sudah pulang ke dorm. Mereka semua masuk ke bilik masing-masing dan mengemas barang mereka. Keesokkan harinya, Rizky bangun pagi dan bersiap untuk pergi ke sekolah. Semasa Rizky nak keluar dari dorm, "Makoto, tunggu! " jerit Rin. Rin mendekati Rizky. "Oh Rin selamat pagi. " kata Rizky. "Selamat pagi Makoto. Kenapa awak tak tunggu saya seperti biasa? " tanya Rin. "Maaf la. Saya terlupa. Haha. " jawab Rizky. "Begitu. Jadi mari kita pergi. " kata Rin. Mereka berdua pergi ke sekolah bersama. Mereka menjalani hari mereka seperti biasa.