webnovel

Cinderella seorang Putera

Orange bukan gadis popular. Dia gadis pendiam yang tidak pernah disedari kewujudannya di sekolah. Mulai berubah apabila dia menjadi 'orang suruhan' seorang jejaka yang dianggap dewa dan putera di sekolah. Bagaimanakah nasib Orange seterusnya? Mampukah dia melepaskan diri daripada si putera atau The devil? Mampukah dia merealisasikan impian untuk bersama lelaki idamannya.

TheWhiteButterfly · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
33 Chs

Bab 17 : Reborn

Benar kata orang, jangan menaruh suatu harapan itu terlalu tinggi nanti jika terjatuh, sakitnya bukan kepalang.

Kereta Axia milik Orange (hadiah selepas mencapai keputusan SPM yang cemerlang) kelihatan berparkir di tepi jalan raya. Rumahnya hanya beberapa meter sahaja lagi tetapi dia mengambil keputusan untuk duduk di kereta dahulu. Fikirannya kacau bilau. Dia tidak dapat berfikir dengan lebih waras ketika ini.

Dalam masa kurang daripada 12jam, dia menolak dan ditolak. Padan muka awak Orange, orang kata lebih baik mencintai orang yang mencintai kita daripada mereka yang kita cintai.

Wajah Noah dan Elisya serta Xavier silih berganti di kepalanya. Derai tawa dan pandangan sinis mereka membuatkan hati Orange semakin terluka. Apatah lagi apabila melihat Noah...dia tidak sanggup untuk memikirkannya.

Awak terlalu naif dalam menilai orang di sekeliling awak, Orange. Orange menghela nafas berat. Dia tidak tahu, kepada siapa perlu dia luahkan segala yang terpendam di dalam hatinya. Corina? Mamanya? Orange memejamkan matanya, pedih. Terlalu banyak air mata yang tumpah menyebabkan matanya terasa pedih. Bodoh. Kenapa perlu membazirkan semua itu demi seorang insan yang tidak layak langsung untuk ditangisi. Orange menggosok matanya kemudian melihat pantulan wajahnya di cermin depan. Bengkak.

Oh, bagaimana saya perlu balik ke rumah jika dalam keadaan begini? Lebih teruk lagi, bagaimana dia mahu ke sekolah esok? Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Noah dan juga Xavier?

Dia sudah tidak kisah tentang diarinya atau isi kandungannya atau rahsia yang bakal tersebar jika Noah menyebarkannya. Hidup mesti diteruskan. No matter what happen.

Bila dia sudah pasti, Pn.Amily dan Selina sudah masuk ke dalam bilik masing-masing, barulah Orange pulang ke rumah dan bergegas masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mahu sesiapa melihat keadaan dirinya saat itu. Kusut masai mengalahkan orang homeless.

Sepanjang malam, dia bertarung dengan dirinya sendiri. Memikirkan apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan bahawa dia kekal kuat dan tidak goyah dengan semua itu. Orange tahu, dirinya kurang keyakinan diri sejak azali lagi. Hanya beberapa bulan ini dia keluar sedikit daripada zon selesanya dan bergaul dengan orang di sekelilingnya. Semua itu, disebabkan oleh Noah. Yes, Noah. Apabila dia mulai menaruh 99% kepercayaan kepada lelaki itu, dalam tempoh yang agak singkat kepercayaan itu diragut kembali.

Disebalik kekecewaan dan sakit hati yang dia rasai, Orange seakan masih tidak mempercayai yang Noah sanggup melakukan hal tersebut kepadanya. Air matanya kembali mengalir. Tangannya pantas mengesat air mata tersebut. Enough Orange! Enough! Awak sendiri yang memilih jalan ini. Maka awak harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Be different, be confident.

********

Pagi itu, Orange bersiap lebih awal daripada biasa. Selepas kejadian semalam, sudah pasti dia tidak mahu dijemput oleh Noah lagi atau itu hanya satu alasan untuk menyenangkan diri sendiri. Takut untuk menerima kenyataan bahawa Noah tidak mungkin akan menjemputnya lagi.

Dia mencari pakaian yang belum pernah dia gayakan ke sekolah, rambutnya juga diikat kemas lebih bergaya dengan reben berwarna hitam. Buat pertama kalinya, dia mengaplikasikan kemahiran mekapnya dengan memilih tema natural. Bibirnya dicalit dengan lip tint pink, cermin mata yang kadang-kadang dia kenakan diganti dengan lenses natural brown. Setelah beberapa minit membuat pilihan, dia akhirnya mengenakan tshirt polos adidas berwarna putih dan seluar slack hitam bersama dengan jaket denim serta kasut converse berwarna putih. Luar daripada kebiasaannya yang sentiasa mengenakan skirt panjang dan blouse. Dia mencari-cari gelang bohemian, hadiah dari Corina beberapa tahun lalu.

Setelah selesai dan sebelum turun ke ruang tamu, dia sempat melihat pantulan dirinya. You can rock this Orange! Tangannya mencapai tote beg dan bukunya diatas meja lalu berlalu turun.

Mata Pn.Amily dan Selina terpaku tidak berganjak, merenung Orange tanpa berkelip. Orange tersenyum sambil sengaja berpusing bergaya di hadapan mama dan adiknya itu.

"Mama, call the police! Saya rasa seseorang baru sahaja memecah masuk ke dalam rumah kita." Selina memecahkan keheningan.

"Then, you call your bapa. Tell him that our Orange kena kidnap." Pn.Amily pula menambah.

Tawa Orange pecah melihat tingkah mama dan adiknya itu.

"Come on! This is me, Orange! Jangan nak mengada sangat berteater bagai, okay..." Orange kemudiannya duduk di sebelah Selina yang masih tidak habis-habis merenungnya.

"Are sure you are Orange? My sister? The weirdo? Yang suka pakai pakaian pelik-pelik. Rambut mengerbang macam kuntilanak. Cermin mata tebal berinci-inci, kalau boleh ke sekolah dengan bedak sejuk? Are you sure awak ada adik namanya Selina? Awak bukan asalnya idol dari mana-mana group idol Korea?"

Puk!

Pn.Amily mengetuk kepala anaknya itu geram.

"Awak ingat ini cerita drama Korea? Yang kononnya tiba-tiba dia ini Nancy Momoland tertukar badan dengan Orange? Nonsense." kemudian matanya memandang Orange, meminta kepastian. Manalah tahu, tekaan Selina benar.

"Mama...i just want to look good today with new style and put some make-up. Do i look weirder than usual?" Pn.Amily dan Selina menggeleng serentak.

"You look veeeeeeeeery good and beautiful and pretty and fabulous! You have change a lot now but today...this is the best! Please, stay seperti ini dan jangan lagi jadi The Old Orange. Creepy!"

Ujar Selina penuh keterujaan. Ini adalah kali pertama dia merasakan kakaknya itu benar-benar jelmaan mamanya sewaktu muda dahulu. Sewaktu zaman kegemilangannya sebagai seorang pelakon terkenal tanah air sebelum bersara dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

"Mama tidak tahu apa yang terjadi last night semasa awak tidur atau tadi sewaktu awak mandi di bilik air. Tetapi anak mama hari ini benar-benar meletup! Tiba-tiba mama rasa terharu sangat..." Dia mengesat air matanya yang mulai bergenang.

Sudah...mamanya mulai dengan drama awal paginya. Orange cepat-cepat mencapai sekeping roti diatas meja dan memberikan isyarat kepada Selina untuk bangun atau mereka akan tersekat di meja makan sehingga jam7.00 pagi mendengar mamanya merengek tentang zaman kegemilangannya sebagai artis. Selina yang juga sudah masak dengan perangai Pn.Amily pantas mengikut jejak Orange.

"Got to go, mama..."

Orange mengucup dahi Pn.Amily diikuti oleh Selina dan mereka lesap di sebalik pintu.

"Eh, mama baru nak buka mulut...nak kongsi kisah lalu. Cepat pula awak berdua lesap. Bertuah betul anak dua orang nie." Pn.Amily membebel sambil memandang sarapan yang dia sediakan, tidak bersentuh. Suaminya pula sekarang berada di luar kawasan untuk out-station, terpaksalah dia menghabiskan makanan tersebut seorang diri. Nasib badan.

********

Sewaktu loceng berbunyi menandakan waktu rehat, Orange sengaja meninggalkan telefon bimbitnya di dalam tote begnya. Dia juga sengaja menahan kencing supaya dia tidak perlu lalu di luar kelas Noah untuk ke kantin. Sanggup dia ke tandas pelajar aliran perdana di bangunan sebelah.

Sepanjang pembelajaran dijalankan, dia juga aktif bertanya soalan. Mata-mata yang memandang dan mulut-mulut yang sibuk berbisik tidak dia pedulikan. I want to be new Orange. Dia bertekad di dalam hati. Nobody can fool me again.

"Holy shit! You look gorgeous and fabulous and way tooooooo pretty today, Orange! Saya tidak pernah menyangka yang awak akan menjadi secantik ini jika mengenakan pakaian yang bergaya sedikit dan light make-up. Awak benar-benar berubah menjadi orang lain." Corina memuji tidak henti-henti. Sejak dia melihat sepupunya itu awal pagi tadi, mulutnya tidak habis-habis mengucapkan perkataan yang sama sahaja. "What striked you last night? Macam mana boleh berubah drastik sekali? Awak tahu tak, kalau dalam drama ke novel ke...ambil masa berbulan atau bertahun barulah gadis hodoh itu berubah jadi cantik dan bergaya. Awak? Hanya ambil masa semalaman, babe. Semalaman."

Orange hanya tertawa kecil mendengar pujian Corina. Well, dia bukannya tidak pernah mengambil kisah tentang fesyen dan mekap. Cuma dia tidak pernah mengaplikasikannya di luar rumah atau lebih spesifik, di luar biliknya. Dia gembira apabila sense of fashion dan kemahiran mekapnya itu rupanya boleh tahan juga.

"I swear to God, yang Noah akan pengsan sebab terkejut melihat awak cantik seperti ini. He will never get to sleep tonight. Hahaha!" Corina menambah lagi.

Senyuman Orange hilang apabila mendengar nama lelaki itu. Hatinya kembali sakit tiba-tiba. No, Orange! Don't show them that you are hurt. Lets follow the flow and go with the rythm.

"Sebut pasal Noah. Awak tidak ke kelasnya hari ini untuk makan bersama-sama?"

Soalan Corina membuatkan Orange butuh mencari jawapan. Rupanya dia tidak mempunyai jawapan yang sesuai untuk persoalan sedemikian. Patutlah kalau dalam drama dan novel, heroin perlukan berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk tampil berbeza selepas dikecewakan. Orange hanya menggeleng perlahan sambil tersengih.

"Where is Orange? I need to talk with her."

Berdesing telinga Orange mendengar suara tersebut. Dia kenal sungguh pemilik suara tersebut. Sekarang apa yang perlu dia lakukan? Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia melarikan diri dan bersembunyi di mana-mana tetapi dia menguatkan hatinya. Dia perlu berubah menjadi seorang yang lebih kuat, dia bertekad.

Hadapi dengan tenang dan jangan tunjukkan kekecewaan awak Orange. Dia berusaha memastikan wajahnya dalam keadaan tenang. Padahal di dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.

"Panjang umur...saya baru sahaja tanya pasal awak, Noah." Ujar Corina sambil tersenyum nakal, matanya melirik kearah Orange yang sedang duduk di hadapannya. Ini mesti kes Noah tidak cam dengan Orange.

"So, where is Orange?"

Noah mengulang kembali soalannya. Matanya meliar memandang sekitar kelas dan...matanya terpaku. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapan matanya. Orange dapat merasakan Noah di sebelahnya sedang merenungnya tajam.

"Cor, tolong jaga makanan saya dahulu." Orange tidak memandang lelaki itu. Dia takut yang dia tidak sekuat seperti yang dia sangka untuk bertentang mata dengannya.

Orange mendahului Noah keluar dari dalam kelas dan menuju ke taman yang terletak di belakang kelas mereka. Noah yang sedikit terkejut mengikut di belakang Orange tanpa suara.

Dia perlu menenangkan dirinya kembali, jantungnya berdegup kencang dan fikirannya tidak keruan. Dia benar-benar tidak menyangka gadis yang sedang duduk di hadapan Corina itu ialah Orange. Dia kelihatan cukup berbeza. Jika selama ini, gadis tersebut mampu membuatnya jatuh cinta. Kini, boleh dikatakan yang dia sudah jatuh tersembam di atas tanah kerana jatuh cinta lagi.

Orange membiarkan keadaan sunyi senyap, dia tidak bersuara. Matanya memandang jauh ke arah bangunan aliran perdana. Sesekali dia menunduk melihat hujung kasutnya tetapi apabila dia tersedar tentang tabiatnya itu, cepat-cepat dia mengangkat kembali kepalanya. Saya tidak boleh memperlihatkan yang saya lemah seperti dulu. Dia bermonolog sendiri.

"Why don't you wait me, today? I said i'll drive us to school everyday." Noah memulakan bicara. Orange tidak menjawab. Dia hanya tersengih jengkel dengan soalan tersebut. "Dan kenapa tidak datang ke kelas saya hari ini? Saya tunggu awak untuk menghantar makanan yang saya pesan." Noah menyambung kata-katanya.

Orange menggenggam erat penumbuknya, berusaha untuk menahan gejolak yang dia rasakan di dalam hatinya. Bayangan semalam terlintas lagi di fikirannya, membuatkan dadanya terasa sesak. Lelaki ini bodoh atau pura-pura bodoh. Atau dirinya yang bodoh.

"I'm not your maid anymore." Setelah mengumpul sepenuh tenaga dan kudratnya, hanya itu yang mampu Orange katakan.

Noah mengerutkan dahinya kemudian tertawa kecil.

"Ulang sekali lagi."

Orange mengetap bibirnya, geram.

"I'm not your maid anymore. So, stop disturbing me. Calling me whenever you want and intruding my life."

"Awak lupa yang..."

Orange berdiri dari duduknya menyebabkan Noah tidak meneruskan kata-katanya.

"Awak boleh sebarkan sesuka hati awak apa yang awak ada. Sebarkan sahaja. I don't care. If you really want to humiliate me, then go on. I really don't care. Just...stop memperbodohkan saya untuk dijadikan bahan jenaka awak. Saya bosan dengan semua sandiwara yang awak lakukan."

Noah terdiam. Tidak mampu untuk mengatakan apa-apa. Dia merenung gadis tersebut lama, adakah apa yang dia lakukan semalam agak keterlaluan? Dia terluka dan sakit hati? Bukankah dia mencintai Caleb. Kenapa perlu sakit hati dengan apa yang dia lakukan semalam.

"And i don't care if Caleb know that i loved him before. Because he love me too. Tiada apa yang saya mahu malukan." Orange menunduk kembali, dia takut dirinya akan menjadi lemah dan mengalirkan air mata. Terpaksa dia mencari kekuatan untuk terus meneruskan kata-katanya. "Cuma jangan ganggu hidup saya lagi. Anggap sahaja saya tidak wujud di sekolah ini. Persekolahan tinggal beberapa bulan, exams pun semakin hampir. So, please...biarkan saya hidup dengan tenang."

Selesai dengan kata-katanya, Orange mengorak langkah untuk pergi tetapi dia terundur sedikit ke belakang apabila Noah menghalang jalannya. Apa lagi yang dia mahukan? Orange membentak marah di dalam hati.

"Jadi awak terima cinta Caleb?" Orange tersentak seketika, tidak menyangka yang Noah akan menanyakan soalan tersebut.

"Rasanya tidak perlu saya jelaskan." Orange menjawab dengan tenang kemudian menolak tubuh lelaki tersebut supaya ke tepi untuk dia lalu. Belum beberapa langkah dia melangkah, Noah menarik tangannya supaya berhenti.

"Tell me. Awak terima cinta Caleb?" Dia tidak berpuas hati Orange tidak memberikan jawapan yang jelas. Hatinya membara

Orange berusaha untuk melepaskan tangannya tetapi gagal.

"Saya kata saya tidak perlu jelaskan kepada awak. Sekarang, let me go!" Dia meronta lagi.

"Saya berhak untuk tahu, sebab saya 'teman lelaki' awak."

Orange mendongak memandang wajah Noah kemudian tergelak kecil. Buat lawak.

"Sorry. Saya bukan teman wanita awak. Ulang suara, saya bukan teman wanita awak! Takkan awak hilang ingatan tentang semalam? Your real girlfriend. Elisya."

Noah menelan air liurnya, tidak dapat mencari kata-kata yang sesuai untuk membidas kata-kata Orange.

Tindakan bodohnya itu mengajak Elisya dan beberapa orang teman lainnya datang ke rumahnya. Mentang-mentang mamanya ke luar negara untuk urusan kerja. Perbuatan yang tidak melalui sebarang penelitian, padahal dia dan Elisya sudah tidak mempunyai sebarang hubungan. Namun, oleh kerana dibutakan dengan perasaan cemburu dan marah dia melakukan kesilapan yang besar. Menyebabkan Orange semakin menjauh dari dirinya. Dia fikir dia mampu mengawal keadaan, kini dia hanyut sendiri.

Orange menarik tangannya kasar kemudian berlalu meninggalkan Noah tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekilas. Good bye, Noah.